hidup ini bukannya selalu indah. kalau hari - hari indah, itu maksudnya, bukan hidup. haha. btul tak? aku tak ada topik nak ditaipkan di sini, haha, apakata aku letak gambar - gambar yang bajet - bajet macam tak pernah di"PUBLISH" di mana - mana, nak tak? haha. ok, ushalah kat bawah ni. hehhehe. erm. kepada mangsa - mangsa gambar, aku minta maaf banyak banyak banyak banyak. hahahaha :))
*JGN RISAU, ANDALAH ORANG2 YANG TERPILIH :)
AFIQAH INANI, PENYEPAH BTUL . HAHA :D
MOSHY WITH ATIE TGH TIDO.. HAHA. SOWY!
KEGEMARAN BUDAK SEMASHUR, TIDURR!
HAHA, TOYOL KECIK MANA ENTAH. :))
BANDUan :))
ORANG WARAK TIDUR NI, JGN MAIN2 :))
CANTIK KAN? AKU DAPAT PIC NI KAT BILIK REDAKSI :))
currently; aku tinggal di Gombak Setia, KL. area Setapak.
tapi sekarang dalam proses berpindah ke Sg Buluh untuk sementara waktu.
lepas rumah baru kat RAWANG dah siap, baru pindah ke sana.
uishh. no more LRT, no more Jusco Wangsa Maju. ..no more Areen, Hannan J, Bell, Rahidah, Skin, arghhh! susah sikit la kalau mahu merayap ke mana - mana. kena stabilkan pengetahuan untuk penghijrahan ke tempat baru. aduyaii. aku bukan apa, duduk kat kawasan sekarang ni pun dah nak dekat 11 tahun, sumpah dah tahu selok belok kawasan. erm, takpe lah. ada hikmah kutt. but i prefer live in urban places. haiiyaa. dushh --'
p/s: haa.. tu la, dulu suka sangat perli si Iylia yg duduk kat SG BUAYA, RAWANG tu. kan dah padan muka kau ain, pindah tempat sama. hahaha :((
Kenal Anang Hermansyah? Beliau merupakan seorang komposer terkenal di Indonesia. senang cerita dia ni sebenarnya bekas suami si KRIS DAYANTI ni. aku tiba - tiba rasa nak publish post ni sebab aku baru tengok Anang kena temu ramah kat MHI tadi. lagu dia sedap weyh. sedih pula tu. dia ada buat album baru. lagu - lagu dalam tu semua cerita pasal kesedihan dia berpisah dengan KRIS DAYANTI. ermm. akhbar cakap, Kris yang curang. aku pun rasa macam tu sebab dari kecil, (ni serius, tak tipu) aku memang rasa Anang ni baik sangat. mereka ni sweet la katakan. keluarga bahagia. tup tup. tahun ni bercerai. minta maaf la tapi hati aku tetap kata yang Anang ni baik. tak tahu kenapa. hak penjagaan anak - anak mereka pun diserah pada Anang. Nampak macam suami dan ayah yang baik. dalam album Anang yang baru tu, ada lagu tajuknya, SEPARUH JIWAKU PERGI. uishh. sedih bangat dong! waktu dia ditemuramah kat MHI tadi, dia tenang je cerita pasal dirinya dan KRIS. dia tak memburuk - burukan KRIS langsung. dia asyik cakap, ni semua takdir Allah. wahh. penyabarnya la si Anang ni. Kalau aku dapat orang macam Anang ni, sumpah aku setia. haha. dah la hebat muzik. reti main instrumen muzik. baik. penyayang. hahaha. apa masalah mereka ya? wallahualam. aku sebenarnya aku tak nak salahkan siapa - siapa. biarlah. Nasihat aku di sini ialah, kalau dah dapat isteri/suami yang baik tu, kita kena la hargai mereka. Isteri curang dengan suami, sangatlah berdosa. tapi kalau suami ada perempuan lain tu, mungkin dia nak kahwin lagi satu kut. hahahah. (suka hati je aku--')
hahaha. kat bawah ni aku ade letak klip video SEPARUH JIWAKU PERGI daripada ANANG. dan klip video AKU WANITA BIASA daripada KRIS DAYANTI. dua lagu ni seperti sedang berbicara menerangkan keadaan hati mereka. dengarlah kalau sudi :))
VS
p/s: minta maaf la, aku suka post blog2 yang merepek macam ni. hahaha. aku rasa nak tulis, aku tulis. macam orang2 tua kan post kali ni?? haha. kalau kalian tak nak baca, kasi la mak kalian baca. hhaha. :)
Ceritanya begini, Aku ni sebenarnya dah lama sangat dah tak pegi Istana Budaya. Kali terakhir pergi pun
waktu tahun 2003. Tak ingat teater apa. haha. Semalam aku datang naik kereta, mak aku hantar.
Aku sampai dalam pukul 7.55 macam tu. Dah sampai, mak aku tak masuk, dia hanya tinggalkan aku kat tepi jalan je sebab malas nak parking kat dalam. Macam biasa, aku kan senang mengGELABAH. Dah pukul 7.58 pm dan aku blur macamana untuk ake teater hall kat situ. Apa lagi, ambil jalan mudah, call si Sulaim ni. Suruh dia ambil aku kat parking. hahah. call byk kali lak tu, tapi dia tak sampai - sampai. Mak aku pula tak nak pergi dari situ selagi aku tak jumpa Sulaim ni. haha. akhirnya, aku suruh juga mak aku balik dulu. hehe :)). lepas tu, disebabkan masih tak jumpa Sulaim, aku pun buat keputusan masuk je kat dalam istana budaya tu. perghh. punya lah ramai orang. Semuanya macam orang tua2 pula tu. haha. tiba- tiba fon aku bunyi. sulaim call. aku angkat, tapi tak dengar apa2. arggghh! fon aku buat pasal lagi. speaker 'kureng' berfungsi sebab hari tu masuk air. haha. aku pun ketuk sikit, on off on off on off. dah tu, tiba2, fon aku 'hang'. Ya Allah. bagi aku, itu memang satu dugaan yang sangat menakutkan. mana tak nya, aku bayangkan, macamana aku tak jumpa Sulaim, dan macamana aku nak balik tanpa fon aku. ahahahah. punya lah cuak. aku cuba on balik, ha, kali ni boleh. apa yang aku boleh buat hanya mesej je. aku pun mesej Sulaim. mesej punya mesej, kredit habis pula. arghhh. kat mulut dah memBABI - BABI dah tapi dalam hati, beristighfar byk2. hahahah. (macam bodo je --') aku pun keluar masuk lobi, macam orang gila. pusing punya pusing. Alhamdulillah, Allah tolong aku. akhirnya, aku jumpa si Haziqtar ni. syukurr :DD. Haziq gelak - gelak tengok aku. kurang asam betul. rupa - rupanya, haziq dah lama perasan aku, tapi dia biar saja Sulaim tercari - cari aku. aishh. Haziq, apsal ko sengal sangat haa! hahah. Akhirnya, bertemulah aku dengan NUR AFIQ SULAIM. hhahaha. (bajet macam pencarian cinta pula dah --'). Jadi, kami pun berkumpul. waktu tu ada Haziq, Sumo dengan Sulaim je, Sekarang ni, menunggu Paed, Aina dan Sheda yang tak sampai2. aku pun hairan, sanggup mereka datang jauh - jauh dari BANTING untuk tengok teater. haha. tak pa. bak kata pepatah, nak seribu daya, mahu seribu cara. haha. "Harap maklum, teater akan dimulakan dalam masa 5 minit lagi" announcement berbunyi. hahaa. macam kat SEMASHUR je bunyinya. masa ni, aku tengah berbual - bual dengan mak si Sulaim ni ha. Auntie ni sangat baik orangnya. hahaha. dia seorang yang mencintai nilai - nilai kesenian dan kebudayaan seperti ini. seronoknya dapat jumpa orang yang seKEPALA macam aku ni. haha. Dah pukul 8.30, barulah kami semua dibenarkan masuk. (kalau aku tahu start 8.30, bolehh je aku ambil Bell kat umah dia. aiseymann. sowy bell.) Teater 'Natrah' 'malam tadi menampilkan persembahan yg cukup hebat. Sebelum ni aku dah pernah terbaca tentang sejarah NATRAH ni. jadi, tidak sukar untuk aku memahami jalan ceritanya. Inilah kelebihan aku, kerana aku memang suka baca buku/majalah yang berjiwa tua dan ilmiah, jadi banyak info yang aku dapat dalam pembacaan aku. Sepanjang teater yang berlangsung, apa yang menarik perhatian aku
ialah, REMY ISHAK jadi pelakon utama!!! waahahahha. tengok Adam(nur kasih) depan mata beb! Mula - mula tak perasan, sebab aku ni memang rabun tahap dewa la. tapi, lama - lama aku rasa macam pernah dengar suaranya. hahaha.ADAM!!! hahah. sudahlah tu. hehehe.
Oklah, kesimpulannya, teater Natrah ni menceritakan seribu satu sejarah yang pernah berlaku kat Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Jika anda semua tidak tahu siapakah Natrah, cuba tanya nenek atuk anda. pasti mereka tahu. :) klik sini kalau nak tahu kisah hidup NATRAH yang sebenarnya.
Mesej teater ini, antaranya ialah, "KITA HARUS BERSATU MEMPERTAHANKAN MARUAH, AGAMA ISLAM, BANGSA kita itu sendiri. teater ini, memberatkan soal akidah."
erm. hari ni aku rasa macam nak kemas rumah, malam ni nak tengok teater kt istana budaya. tapi, badan masih terpacak depan laptop ni ha. macam ada satu virus yang melekakan. haha. sedang melayari internet, ada seorang ni ha, kata aku GEDIKK. haha. tiba - tiba. aku terkesima dan mengingat kembali waktu form1.
gedik:p
waktu form 1 dulu, aku kena brainwash sebab aku GEDIKK. duhh. apahal lak ni? haha. this is the true story. haha. aku masih tak tahu kenapa or siapa punya angkara waktu tu. ada satu komuniti yang tiba - tiba muncul yang dipanggil MAJLIS GEDIK - GEDIK BERSATU dalam batch 0610 ni ha. siap ada AJK lagi. aku tak tahu siapa la yang pandai2 susun data - data pasal komuniti tersebut. aduyaii. tapi yang memang buat aku bengang ialah, jawatan aku dalam MGGB tu ialah NAIB PENGERUSI. uishhh. nampak sangat aku gedik weyh! haha. tapi aku tak rasa gedik pun :DD (sebab dah biasa kut. haha). tau tak siapa pengerusinya? IZYAN NAFISA pula tu. adoii. siapa punya angkara, masih menjadi misteri hingga kini walau 4 tahun sudah berlalu. hahaha. kenangan ni sangat menarik sebenarnya. hahah. :))
Nak tahu tak? bagi aku, gedik itu satu anugerah :)) hahaa. sewel.
p/s: aku tak kisah tentang cakap - cakap orang la. aku tak kisah juga kalau orang cakap aku gedik. sebab hanya aku kenal siapa aku. Don't ever simply judge people, okay?
itu sahaja. tq.
MAHAR CINTA-DEVOTEES
Andainya... dapat engkau mendengarkan suara di hatiku melagukan rindu Kiranya... engkau mampu mentafsirkan setiap bait kata - kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengajamelindungi rasa dijiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sebagai mainan tetapi sebuah janji.
hayatilah lirik lagu ni. Ia menerangkan, biarlah cinta itu disimpan dahulu dalam hati.
bila - bila nanti pasti ada masa yang sesuai, ia akan keluar dan tiba sendiri.
chewwahh, jiwang konon. hahah. ber'couple ni sebenarnya bagi aku bukan satu perkara yang relevan dan
bukan satu keperluan asas. Memang cinta ialah sejenis makanan kehidupan tetapi bercinta bukanlah satu keperluan. bak kata ustazah anizar "kita tak payah cari cinta, biar cinta cari kita"
ok la, kalau macam tu, aku tunggu.
8 tahun lagi aku kahwin. hahahaha :DD
sengal je.
(*aku tau, ini persepsi aku je. tapi aku tahu apa yang aku buat adalah yang terbaik untuk diri aku sendiri)