like ?

Tuesday, November 1, 2011

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Zon Selatan sesi 1/2011 UiTM Melaka :)

salam alaik.


apa khabar? okay. hari tu aku dah janji nak coret sikit pasal pengalaman LIBK kan? okay. sekarang aku akan cerita.

perasaan takut menyelubungi diri ketika dalam perjalanan menuju ke UiTM Melaka bagi menjalani Latihan Intensif Bakal Komander. yela mana taknya, sebelum sebelum ni, otak ni telah disogok dengan kata kata senior komander melalui pengalaman mereka melalui LIBK yang lepas lepas. so, diri ni telah dipersiapkan dengan ketahanan mental dan fizikal kerana expectation aku dan kawan kawan seperjuangan yang lain memang seperti yang digambarkan oleh senior komander.

setelah tiba ke destinasi, perasaan takut bercampur sayu bercampur semangat menyelubungi sanubari. aku percaya, setiap yang datang pasti inginkan yang terbaik. begitu juga aku. Impian untuk menjadi BAKAL KOMANDER TERBAIK menyelubungi diri. cewahhh. hahaha.

hari pertama, kontijen N9 memang betul betul semangat gila. hahaha. mana taknya. kita membawa nama kampus, mestilah kena buat yang terbaik. malam tu pulak, kitorg dibahagikan kepada beberapa platun. aku tercampak dekat platun 1.

okay, esoknya, first day untuk berkumpul dalam platun sendiri. gila lahh, first day, cuba bayangkan, setiap platun, semua IC platun terdiri daripada BK Negeri Sembilan. bangga la sikit. *sebelum pergi LIBK ada senior komander tu dah pesan awal awal, dia kata kalau dia tak nampak mana mana BK N9 ambil baris, memang kena laa. (bunyi macam menakutkan) sebab tu lah, semangat kami telah TERsuntik. hehe.

okaylahh, nak dipendekkan cerita, LIBK kami ni memang unexpected. aku akui, ianya agak ringan berbanding apa yang digambarkan oleh senior komander. tapi, apa yang penting, aku memang telah lakukan yang terbaik ketika di LIBK walaupun tidak ada rezeki jadi BK TERBAIK. hehehe. kawan kawan baru pun best. ada yang dari UiTM Chendering, UiTM Puncak Alam/Perdana, dan UiTM Melaka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
waktu awal awal, pendaftaran.

waktu makan di dewan temenggung :D


platun 1 beb!

cewahh. semart laa kononnye. :p

ain bz bersama BK Puncak Naga.

tabik sikitt.

siswi terbaik!

hitamnya semua orang. :D

*setiap ujian aku jalani dengan bersungguh sungguh. 
*jurulatih jurulatih sangat sporting tapi garang jugak.
*terima kasih komander kesatria Melaka atas jasa yang ditabur.
*mandi 3 hari sekali bukanlah sesuatu yang pelik. hahaha. (tapi aku memang kena mandi setiap hari walaupun sempat mandi sekali je)
*soft skill sangat diperlukan disini, barulah diri tu senang dikenali dan mendapat kawan baru. :D
*Bond antara kami (BK N9) baru terasa. <3

kini, akulah KOMANDER BARU. banyak lagi cabaran yang menunggu di hadapan. :)

p/s: terima kasih kepada KAPTEN (KEST) Normahanim Md Nor kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi seorang komander. :)

***i miss you all : AIDA, MIRA, ZATY, ZUMA, IRFAN, FITRI, MIMI, YANA, TEHA, APIT, EMIR, FIQA, AMIR, QIBAH,TINIE, SERI, MILA, CHUA, AMA, BASIRAH, AWIN dan lain lain. hoping we could met next time :) ehh, lupa pulak, RINDU dekat
ENCIK ISA. the best JURULATIH :D

Monday, October 24, 2011

mood : SUDAH LAMA TIDAK BERinternet :DD

salam alaik!

RINDU TAK KAT AKU?
tolonglah mengaku yang korang rindu aku.
omg!
lamanya tak mengupdate.
ahahaha.
notification  facebook bertimbun. tak larat dah nak bukak satu satu.
 ehh, jap,
SEBENARNYA korang tahu ke kemana aku menghilang?

aku busy sikit lahh mengejar cita cita. hehe.

err, aku sekarang dah 'graduate' jadi KOMANDER KESATRIA dahh.
sekarang dah jd 'komander baru' 
*dulu panggil BK (bakal komander)

ermm. aku busy skit la sekarang. nanti aku buat laporan penuh la ehh. buat masa ni
ada banayk bende nak settle. okehh?

heee. kalau korang rindu aku, maksudnya, aku rindu korang jugaklahh.
thankyou. ahaha

byee! doakan JAMBORI KOMANDER KESATRIA kami!


MINTA MAAF, AYAT AYAT DIATAS AGAK MEM-BAJET. *macanlah ada org rindu. -.-

Tuesday, September 27, 2011

salah sangat ke jadi stalker?

salam alaik.

well, aku tengah exam nii, tapi tangan ni still gataii nak tekan keyboard kat laptop aku nihh.
okayy. ceee tgk TITLE POST nii.
adakah ia menjadi tanda tanya bagi sesiapa yang terasa ? hehehee



okayy, sekarang kita analisis dulu apa itu STALKER?

definisi biasa: pengitip, orang yang menghendap, 
definisi bagi orang orang yang suka guna istilah ni : penceroboh privasi seperti mengUSHA facebook or blog.

TAPI ! bagi aku. . .
menjadi seorang seorang stalker TIDAK SALAH (kott lahh).

my own definition:
STALKER = PENYIASAT

hehehehe. kenapa nak marah sangat bila orang stalk perkara perkara yang confirm confirm PUBLIC ? contohnya;

no. 1
seseorang tu marah kepada rakannya yang telah mengetahui perangai, hubungan dia dengan gf/bf si dia ni sebab rakannya ni stalk fb dia sedangkan, mengikut logik akal laa kan. . siapa suruh letak gambar bukan bukan dan status yang entah pape? am I right? 



no. 2
seseorang itu memarahi rakannya kerana rakannya telah mengetahui aktiviti sehariannya dan segala isi hatinya terhadap seseorang. sedangkan, mengikut logik akal laaa kan, aku rasa BLOG NI dicipta untuk memang 1 DUNIA baca kott. bak kata aku dalam post aku yang dulukala nii(nak tgk sila click) yang blog ni sebenarnya OPEN DIARY. tak rasa ke? ermm, kalau tak suka orang baca and stalk blog kau, baik kau tak payah tulis langsung and better kau BELI PEN, pastu tulis je dalam buku diary warna pink yang ada love love kau tuuu. kan senang? kau je yang tahu. ni takk, nak marah marah orang yang stalk blog kau (dah la tak privatekan, pastu ekau lotak gamba bosar bosar siap suruh orang follow lagi. --' haduii.) lawak lawak.


okayylahh. apa apa pun. bagi aku, 
menjadi seorang STALKER, kadang kadang baik jugak and 
kadang kadang ye, aku akui laa perbuatan ni macam jaga tepi kain orang.

being a good stalker makes you being a great investigator or conan laa.(CSI-to-be)
and, bila dah jadi, pengSTALKER or pengUSHA ni..
korang semua ada potensi jadi kaunselor
sebab
aktiviti ini mendidik anda lebih mengetahui sifat sifat manusia
dan  boleh mentafsir manusia serta menyelesaikan masalah mereka.

OKAYY. AKU TAU LEPAS NI MESTI RAMAI BENCI + nak maki aku la kott  SEBAB AKU BERSIKAP POSITIF TERHADAP perbuatan stalk - menyeSTALK nii? 
okay. sila jangan marah sangatlah ehh. 
ni personal opinion je

sekian. tq.

p/s: ye, AKU pengUSHA  penyiasat yang HEBAT. tak percaya? tanya la kawan kawan aku. hahahah.
but, REMEBER, Allah suruh kita jaga mata, telinga dan mulut daripada perkara mungkar. okayy? 
*mood: insaf

=================================================================

bukti aku stalk org dengan hebat bukan melalui blog atau facebook but di ALAM YANG NYATA.
(sampai orang tu boleh copy and letak gamba dia ni dlam fb dia --'): 


okay. habiss.
AMARAN! : jangan cuba cuba copy gambar atas ni kalau nak hidup lama laa. aku boleh track siapa yang copy! 


Tuesday, September 20, 2011

dia seorang yang baik *part 2* :DD

salam alaik.
wahh wahh, post PART 1 pasal ni hari tuu betul betul menarik perhatian orang
okayy, kali ni kisah seterusnya pulak. :p

--------------------------------------------------------------------------------
(WAKTU KEJADIAN ialah sehari selepas peristiwa pertama hari tu)
-------------------------------------------------------

here the story continues ------>>

dan baru hari ni aku baru tau nama dia betul betul

***ZZ*****

(tu pun sebab aku usha (bab bab usha ni memang kehebatan aku. HAHAH)
nama yang tertulis dekat LAB REPORT CHEMISTRY dia :pp )



okayy, masa dia nak print cover page lab report dia tu, dia sempat la cakap cakap sikit dengan aku lagi.
heee. excited pulak aku. (aku tau. -.-

ni adalah sikit conversation aku semalam dgn dia

*ZZ* : lama lagi ke nak print ni kak?
aku : TAK PAYAH nak panggil KAK sgt lahh sengal. gelabah --'
*ZZ*: ermm. ahahaa. :D
aku: nak kena hantar arini ke wehh? apasal kau buat keje last minute ni. haiiihh .(bajet kan aku. hehe)
*ZZ*: yelaa, org mmg tgh buat keja last minute pun. elehh, tu buat apa tuu? (sambil tunding jari kat meja counter)
aku: ohh, ni, nak buat tutorial math, jap lagi nak hantar.
*ZZ*: elehh, kata org....
aku: diamlahh. hahaha
*ZZ*: tadi pergi PTAR ( panggilan untuk LIBRARY UITM )sorg2 kan? buat apa? study?
(time ni aku sumpah terkedu, (macamana pulak dia tau aku pergi library tadi -.-)
aku : ohh, ha'ah tadi pagi buat tutorial biology .
*takdelah aku nak menggedik sangat nak tanya macamana dia tahu. kesian pulak mamat ni*


OKAYY. habis! err, faham tak apa yang aku nak sampaikan?
aku tau yang korang mesti fikir aku ni PERASAN sebab dia tau aku pergi library kan? hahaha
excuse me! aku bukan seorang yang perasan. (buat buat tak perasan kot :p)

HAHAHA. bagi aku peristiwa tu sgt lawak. :p

ahahahaha. okayy. sebenarnya aku just nak bagitau. aku ada kawan baru.:))
tidak lebih dari itu.
aku harap dia dapat pasangan yang sama cantik macam dirinya juga :) chillll...


p/s: ohh korang, aku tak ade pun nak feeling feeling dgn benda macam ni tau. okay?
hahah. nak share je. . so, tak payah laa kot aku nak perkenalkan or letak gambar bagai dll. kawan je tau. tak payah nak sensasi sangat laa. hahahah :DD


*FRIEND IN NEED is a FRIEND IN DEED*

bye. habis.

Saturday, September 17, 2011

i adore them. TUN DR.M and TUN DR. H. :)

salam alaik.

"Ya Allah, kau rahmatilah, ampunilah dosa dan panjangkanlah umur pemimpin negaraku ini yang telah banyak berjasa kepada rakyatnya. aminn "



SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIRNYA.

p/s: celakalah kepada sesiapa yang suka sangat memFITNAH beliau. sekian terima kasih.

Thursday, September 15, 2011

dia seorang yang baik *part 1*


salam alaik. 

hahaha. okayy. kelmarin aku jumpa seorang nii kann.
jumpa waktu dia nak fotostat assignment dia.


 FIRST DAY
time tu pukul 8. dia pulak tgh kabut kabut suruh aku fotostatkan.
waktu tu ada la berbual sikit sikit dengan dia.
then pukul 3, dia datang lagi. dan dia terus tanya aku.
"dari pukul 8 berdiri je ke dekat mesin fotostat ni? (sambil tgk jam)"
pastu aku pun cakap laa. "kau tak payah nak tgk jam sgt lahh. biasalah aku ni tough."
dia cakap lagi "nasib baik PUSAT KESIHATAN UITM ni dekat sebelah tu je. kalau kalau pengsan, boleh terus hantar." (heeeheehe. :p)

okayyy, bla bla bla.

lastly, dia tanya sebelum dia blah, "DAH MAKAN KE BELUM nii?"
(touchinggg la pulak kan org tanya dah makan ke belum. hehehe)
omg, dia nak belanja ke, mmg aku TAK akan ikut laa kan.
nasib baik aku puasa. *at least Allah selamatkan aku.
hehehe. okay, pastu dia cakap thanks and terus pergi.

hati aku dah berbunga bunga dah. hahah. ntah pape la aku ni. hehe.)


sebenarnya, waktu tu aku dah terlambat pergi kelas,
apa lagi, aku pun rushing gila tggalkan part time kerja aku then terus lari balik kolej.
dah la tak solat lagi, kelas lagi 5 minit. mmg tak la kan.
tgh lari lari tuu.
zapp!, tiba tiba kat junction depan lif laman pelajar tu
jumpa lagi la mamat ni.
hahaha.
sepanjang perjalanan aku yang agak laju + rushing tu
dia tanya aku nak pergi mana and dah habis kerja ke?
dan dia BOLEH TANYA aku lagi sekali DAH MAKAN KE?
wehh, gila tak faham. aku dah ckp aku puasa, puasa laa (*emo :p)
pastuu. dia tanya aku dip sains ke. then aku just ckp yes.
and finally, he asking my name. hahaha.
aku pun, ckp.. err,,, ainn. ain bz.
dan aku tanya la pulak.
dia suruh panggil  *ZZ* jee.
then aku pun ckp aku nak cepat dan nak lari laju laju.
dan dia boleh lagiii tanyakan soalan. (tension la pulak kan, tanya byk2 nii)
tapi kali ni soalan dia sangat membuatkan aku terkesima dan rasa mcam DIA SEORANG YANG BAIK.
soalannya ialah.
"ehh, rushing2 nak pergi kelas ni, dah SOLAT ke belum?"
ya Allahh, susahnya nak jumpa lelaki macam dia niiii.
then, aku pun cakap, aku nak balik kolej sekali dgn solat zohor laaa.

then, berakhirnya sebuah kisah pada hari tersebut.

p/s: peristiwa itu berlalu dengan pantas sekali. :)

ahahaah. dia sangat baik wehh. nampak seri kemurnian hati dia di wajahnya.
ecehhh. poyo pulak. but, sadlyy, dia seorang yang cerahhh. jauh lebih baikkkk warna kulitnya berbanding aku. kalau korang rasa hidung aku mancung, hidung dia lagi mancung. bulu mata dia? ahah. tak payah cakap laa. gila lentik weh. bulu mata aku jugak yang gila straight dan tak lentik langsung.

terima kasih atas perkenalan pendek kita. :D



Tuesday, September 13, 2011

stage, microphone, spotlight, music, dancing still in my heart :(

salam alaik

kadang kala kita di bawah, kadangkala kita diatas. :) 
*kadangkala kita jd entertainer, kadangkala kita hanya mampu jd spectator je. 
kadangkala kita buat performance atas stage, kadangkala kita jadi supporters yang macam nak gila je kat bawah stage. heee.


sorry. mood kacau. HAHAHA. happy sangat tgk konsert AIDILFITRI DI AMBANG MERDEKA tadii. happy sampai nangis and sedih sebab tak dapat jd one of them. waktu band tgh buat live show tadi. pehhh. rasa macam 'i wish to be there'


okayy . tu je. just nak express feeling and nak tanya. . .
nak teruskan jadi artistik dekat UITM NEGERI SEMBILAN ni macam dulu boleh tak?


p/s: faham tak post ni pasal apa? kalau tak faham tanya okay?.

bye.



sekadar perkongsian :)