like ?

Monday, December 9, 2013

3 Disember 2013 - Allah lebih menyayangimu Arinah.

Terlalu cepat dikau pergi sahabat. Memori bersama akan sentiasa aku simpan dalam hati buat peringatan diriku ini yang mudah lalai. Arinah Bt Abd Halim. Pemergian kau sangat tidak ku jangka sedangkan baru 2 bulan lepas kita bergelak tawa bersama sama. Hmm.


Peraturan Allah itu sangat cantik untuk kita perhatikan.
 Pada malam Ahad 01/12/2013, aku terdetik untuk mengemas barangan lama aku termasuklah purse lama yang aku guna ketika zaman persekolahan dulu. Aku buka purse tersebut, belek belek kemudian jumpa sekeping kad yang bagi aku cantik, dan tertulis ‘Creative Agent – Mohd Hanif b. Halim’. Sekeping kad yang bagi aku tiada apa apa makna namun, terdetik untuk mengambil kad tersebut dan simpan dalam purse yang aku sedang gunakan sekarang. Malam itu aku online Facebook, tanpa log out, aku tertidur sehingga ditakdirkan Tuhan, aku terjaga jam 5 pagi, dan terus buka FB melalui henset aku, terdapat notification daripada Mena (Amalina Hamran) , mengatakan yang Arinah sedang kritikal di ICU Hospital Putrajaya. Hati aku mula berdebar, dengan harapan yang tinggi, Mena nak suruh aku tolong check up on Arinah’s condition memandangkan Mena terlalu jauh di bumi UK. Aku mula buntu, aku ingin seseorang yang berada di Malaysia utk dihubungi mengenai kesahihannya, dan mungkin keluarga Arinah utk aku hubungi.  Namun kuasa Allah, rupanya Allah dah kirimkan ilhamnya pada aku sejak malam sebelum aku tidur iaitu BUSINESS CARD yang aku jumpa malam itu . Aku terus ambil nombor Abang Hanif (who is Abang kepada Arinah,) tertera di atas kad tersebut dan terus mesej dengan harapan, aku tahu keadaan Arinah ketika itu. Dan betapa berderau darah aku apabila, Abangnya sendiri kata keadaan Arinah tenat dan kritikal dan mohon doa semua untuk kesembuhannya, airmata aku bergenang. Aku yang pada mulanya, nak balik Kampus UiTM Kuala Pilah subuh hari tersebut, terus end up nak pergi ziarah Arinah sebab aku tak pernah ada perasaan risau yang teramat sangat macam tu. Dengan Ibu ayah aku yang betul betul memahami aku kala itu, mereka memberi kebenaran untuk aku menziarahi Arinah di hospital. 


02/12/2013, Aku terus ke wad ICU, dan melihat ramai kawan kawan CUCMS Arinah menangis, dan aku terus mencari Ibunya dan terus memeluknya , lebih memilukan apabila Umi Mena juga berada di situ. Tiba giliran aku menziarah Arinah dalam wad, tiba tiba Doktor memanggil parents Arinah masuk dan waktu itu, depan mata aku sendiri, Ibunya menangis ketika doktor mengesahkan pada waktu itu, buah pinggang mula tidak berfungsi. Keadaan sangat PILU. Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa kala itu.  Jari aku tidak putus putus hantar update mesej pada keluarga dan sahabat Seventh Saviours yang lain. Mohon doa dan yassin utk Arinah. Petang makin larut dan aku perlu pulang ke Kampus kerana masih ada urusan kelas dan lain lain. Takpelah, aku bertawakal kepada Allah dan sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Pilah, aku tak putus putus berdoa, tak putus putus Yassin demi seorang sahabat. Update keadaan Arinah selalu aku dapat melalui Abgnya dan Muadzzam yang ketika itu berada di hospital setelah aku pulang. 03/12/2013, Hujan tak henti henti sejak 2 – 3 hari lepas. Cuaca redup mendung seperti mengerti apa yang sedang aku rasakan. Aku pergi kuliah seperti biasa, perbincangan mengenai Physic Final Project dan lain lain hal duniawi yang lain. Tepat jam 5 petang, aku terima panggilan dari Muadzzam, Muadzzam request aku supaya duduk dahulu sebelum dengar apa berita yang ingin disampaikannya. Dan berita itu umpama halilintar. ARINAH TELAH KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA. Allahuakbar, aku lemah, aku rasa itu peringatan Allah kepada aku. Mati itu dekat. Aku menangis, dan terus menangis, tak mampu untuk menapak pulang ke kolej. Aku hanya mampu berada di meja hadapan fakulti . Berseorangan. Aku mengumpul kekuatan. Kuatkah aku untuk melihat sahabat ku yang sudah tidak bernyawa itu di hari pengebumiannya ? Aku menangis, aku resah, malam itu aku masih mengumpul kekuatan, dan akhirnya keesokkannya 4/12/2013  aku tekad untuk memberi penghormatan terakhir pada SAHABAT aku itu. I’m coming all the way, wang kala itu, bukan lagi soal utama untuk aku, asalkan aku tidak menyesal seumur hidup. Paling paling pun, aku perlu tahu, di mana jejak kuburnya, supaya ziarah aku takkan hilang terhadap dia. Allah. Sesampai aku , sebak melihat keadaan dan situasi sebegitu. Dengan keluarga Saviours yang memeluk aku apatah lagi kawan kawan baik arwah dan aku. Pilu melihat tangisan ibunya. Ketenangan Cikgu Halim begitu membuat aku tak mampu untuk berkata apa apa. Apatah lagi, abang abang arwah yang begitu menyayanginya. Aku tak sempat kucup dahinya. Aku tak sempat melihat wajahnya buat kali terakhir. Namun aku tahu ada hikmah, mungkin Allah tahu aku mungkin tak mampu .

Arinah , Berbahagialah kau disana bersama penciptamu. 

Tuesday, January 22, 2013

Jealousy . Antara Bulan dan Bintang.

salam alaik.

(soryy, POST TITLE MCM GEMPAK. hahaha)

Aku terpanggil untuk menulis ketika ini. 
walau quiz berlambak, walau test tersusun rapi, aku tetap
nak curi peluang coret sesuatu yang mungkin bagi sesetangah orang ianya PENTING dan mungkin
sesetengah orang perkara ni langsung takde kaitan dengan life dorang sendiri.

okay. one word as an introduction which is JEALOUSY.



gahhhh. I know it's really annoys you and your partner if the 'jealousy matter' become 
serious and you keep on arguing or 'menerangkan situasi' atau barangkali 'menegakkan benang yang mungkin basah atau kering' dengan sendirinya. --'

I'm not sure what people on the other side of gender which is for sure KAUM ADAM (bukan pondan, take note) rasa dan fikirkan tentang perkara ini.
TAPI, yang pasti untuk KAUM HAWA seperti aku (ehem ehem* batuk gatal) perasaan JEALOUS itu sangatlah WAJIB untuk dirasai dalam apa jenis situasi sekalipun macam jealous kat adik yang ibu selalu bagi perhatian ke, jealous kat kucing sebab ramai manusia suka ke, jealous dekat kawan sebelah yang asyik dapat dekan ke or whatsoever.

errr, actually, untuk kes yang aku nak bincangkan sekarang ni OF COURSE it's all about your relationship with your partner either it is OFFICIAL or NOT or just being HTS.

Hmm, Mengikut kajian pakar, perasaan CEMBURU ni adalah tindakbalas normal bagi seseorang yang betul betul menyayangi someone.  Perasaan itu wujud apabila sebenarnya kita rasa terganggu gugat (hambik kau ayat BM aku -.-) oleh anasir anasir yang kita tak pasti sama ada ianya bahaya atau tidak untuk relationship kita dengan someone that  you really love, care, and ____________________ apa apa je lah. (korang isi sendiri apa yg sesuai) .


Hmm. certain orang, boleh cover perasaan cemburu tu. ada orang tak boleh. and ADA JUGAK ORANG, CUBA UNTUK COVER TAPI KALAU DAH BANYAK SANGAT DUGAAN YANG MENDUGA DATANG, MEMANG TERKANTOI LA KITA NI CEMBURU SEBENARNYA. errr.

haihh. sometimes, situasi itu sendiri bukanlah punca, tapi mungkin sikap our partner yang mungkin kurang sensitive and mungkin caranya salah bagi kita. (aku tak nafikan, kadang kadang kita pun tak matang kann, byk salah jugak) YA, mungkin your partner sebenarnya ada intention yang baik dan takde niat langsung untuk berselingkuh terhadap korang tapi as a WOMEN (acewahhh, perempuan sudah) kita memang wujud satu feeling yang Allah anugerahkan which is being sensitive. HATI KERING, BESI DAWAI macamana pun, kalau ditusuk hatinya dengan sembilu (mcm ayat novel --') memang boleh HUJAN, dan BANJIR satu bilik tau.


aku sebenarnya nak bagi contoh situasi. tapi mungkin ada yang TERKAIT pulak dengan kisah benar, so, aku nak minta maaf awal awal andai ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. ini hanya nukilan untuk peringatan bersama.
_________________________________________________________________

1. Kalau kau dah move on daripada someone before, and currently kau dah ada pemilik hati yang baru, just FOCUS on someone je.
-untuk situasi ni, perasaan menggedik gedik atau termimpi mimpi kembali kepada cinta lama kau atau vice versa adalah sangat tidak diperlukan. setialah. hmmm, YUP, ada la tuu, bila aku cakap 'SETIALAH' mesti ada yang ngokngakngokngek bising cakap "eh, aku ramai je kawan laki/pompuang. happy happy tepuk tampar, senyum gelak, hangout, makan sama tapi AKU SETIA"
erghhh. kalau korang rasa korang setia, okaylah I have no doubt about your pendirian tapi ingat, your partner tu pun MANUSIA (bukan ikan), confirm, dia mesti sakit hati punya even sikit sikit. pesanku, jangan kau bermain dengan api, dan jangan kau menjolok sarang tebuan, kelak dirimu kan sengsara dengan perasaan mu sendiri.

2. Kau masih simpan surat cinta dari crush lama? hohhhh. buang je lah. takpun simpan rapi rapi tapi jangan pernah kau bawa memori itu bersama hidupmu sekarang.
- Gila la kau. ni lah dia antara situasi dimana tak sensitip towards your partner's the feelings. okaylah. mungkin surat cinta tu berharga walaupun ianya hanya dari sekeping test pad yang kau pinjam member sebelah katil tapi, kena beragak lahh, kau siap jaja sana sini kau dapat surat cinta yang entah berzaman punya tu kat kawan kawan sampai simpan dalam dompet bagai sedangkan currently , kau dah memang sebenarnya ada hubungan serius dengan someone. btw, INI TIDAK ADIL bagi pasangan kau. kesianlah sikit. walaupun bagi kau surat cinta tu dah terkoyak koyak, berhabuk bagai, tapi kalau kau still tunjuk2 or bawak2 or cerita2 pasal surat cinta tu, siapa je yang tak rasa kau masih ada simpan perasaan kat orang lain. ye dok?


3. KEPERCAYAAN, SUSPICIOUS, DENGAR KATA HATI merupakan sesuatu perkara yang berkait.
Sebenarnya, the fact is, bukannya pasangan kau tak percaya yang kau ni setia tapi sebenarnya dia telah disogok dengan perasaan yang suspicious, dan kata hatinya menyuruhnya supaya  berhati hati . I bet, if there's someone is too trusting you, you might be manipulate the trust eventhough you're not having an intention to do that. betul. aku cakap benda yang aku pernah buat kot.
so, perempuan ni bukannya nak sangat cemburu buta bagai, mungkin dia agak suspicious dan bertindak protect hati dia daripada  sakit and dia cuba untuk melihat situasi yang berlaku dengan pandangan yang positif tapi DIA TAK MAMPU. Nafsu telah melampaui akalnya. dan, emosi menguasai diri dan mulalah, sedih, down, frust semua (sedangkan bukannya partner dia konfem curang ke apa -.- dia je pepoyo raya camtu)


4. Jaga hati. Jaga situasi.
- ohh, social networking sebenarnya salah satu pembunuh rumahtangga dan institusi kekluargaan selain daripada GAME. err,dah nama pun SOCIAL networking, so memang benda macam ni agak public la kan. semua nak heboh. makan ni nak heboh, pergi holiday nak heboh, stress pun nak heboh. (uhuk uhuk, kadang2 aku buat jugak) hmm. tiada salahnya kau ni seorang yang peramah dan disenangi ramai atas kecantikan tau kekacakkan muka kau tu atau the attitude itself tapi kena beragak agak la. jangan la
rancak sangat menambah kenalan/berbalas balas comment nonsense yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan pasangan kau. sedih je bila your partner usha stalk twitter/facebook kau
tgk tgk kau rancak bual dengan org lain. errr. ha, lagi lagi gambar. kalau kau ada gambar berdua dengan someone opposite gender (bukan your partner ) and rasa nak post kat social networking, please THINK TWICE. you might be regret if you doing it. tapi kalau gambar tu taklah nonsense sangat and ada reason disebaliknya kenapa tangkap gambar berdua, ha mungkin boleh dimaafkan. (gambar dengan sedara boleh kot. huhu.)


(okayfineee)


Haihh. nak cakap pasal cemburu ni, sampai ke sudah tak habis. apa apa pun. aku nak bagitahu, aku tak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. apa yang aku tulis atas ni semuaaaaa, aku pernah lakukan, pernah menjadi pihak yang menjadi mangsa cemburu atas KETIDAKSENSITIVEnya aku terhadap perasaan dia dan aku sedar akan kesalahan aku. AND, AKU CURRENTLY pun tengah merasai perasaan cemburu itu sekarang. memang tak keruan dan huru hara jadinya.

hahahah. taktahu boleh cure ke tak masalah aku ni. just wait and see.
so itu je lah aku nak coret and share kat korang. pesanan aku ialah, hati perempuan memang sensitip. tu je. hoooooo. and, doa ialah penyembuh kepada masalah yang timbul. doalah kepada Tuhanmu yang Satu itu untuk menstabilkan kembali relationship seperti sediakala :)


p/s: ye, mesti korang tertanya tanya kan, aku ni ad partner ke, atau someone special ke kan? haaa, itu aku tak boleh komen sekarang tapi insyaAllah,
akan dicerita pada masa akan datang.;)


*kepada KAU yang mungkin baca, ketahuilah, aku masih percaya pada kau sebenarnya.dan jangan risau, masih sayang. bagi sikit masa je. * :)

Friday, November 30, 2012

Ingin menguji keserasian? Check it out here :D

Salam Alaik! 
Did you all ever care about CHEMISTRY? err, I mean, keserasian anda dan pasangan or maybe your best friend same gender or opposite gender? haha. btw, sekarang aku nak show something yg might be interesting for you to know. CHECK IT OUT. mungkin anda akan gembira dan mungkin juga tidak. just jgn percaya 100%. ini hanya kajian pakar sahaja. yang menentukan hanya Allah :) have fun. bye.



KESERASIAN DAN PERWATAKKAN.


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,
19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb,
20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb,
21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb,
22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb,
23Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb,
24Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb,
25Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb,
26Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,
27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil,
rajin, terus-terang, cemburu dalam asas
pertandingan, baik hati, peramah dan
autoriti. Anda ingin mendahului dalam
apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah
berada di bawah pimpinan orang lain.
Anda akan bercinta dalam usia yang
muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda.
Malah anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah dengan
anda. Anda seorang yang kuat belanja.
Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang
kecil hati dengan pencapaian anda. Anda
mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh
semua orang kerana anda berperanankan
Bulan dan semua orang suka akan bulan.
Em…bagus! Anda suka bermimpi siang.
Anda kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda
adalah seorang yang sukar diramal
kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri
sendiri tetapi and mempunyai bakat
dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang
boleh mengetahui perubahan anda. Anda
boleh menjadi Mahatma Gandhi yang
kedua kerana cinta akan keamanan. Anda
juga seorang yang bertanggungjawab
dalam keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.

no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras,
pentingkan diri sendiri, kuat agama dan
suka untuk mempertingkatkan kehidupan
sendiri. Anda mempunyai masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi
dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi
ke mana saja anda pergi anda akan dapat
apa yang anda inginkan. Daripada hari
lahir anda, anda perlu berkerja keras
untuk berjaya. Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda
akan membawa harapan, kegembiraan
dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan
ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan
rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-
kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang
lain. Anda berbakat dalam penyelidikan
dan seni. Anda akan membantu ahli
keluarga atau kawan-kawan yang
menghadapi masalah tanpa berfikir
panjang. Anda kena berhati-hati dengan
orang sekeliling anda kerana mereka
mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan
masa dan wang ringgit anda dan selepas
itu menjauhi daripada anda apabila anda
dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang
sabar dan tegas. Pasangan ideal anda
adalah no.1, 8.


no.5
Anda sangat popular dalam komuniti.
Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda
mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-
buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
Kawan-kawan dan ahli keluarga anda
juga akan minta bantuan anda apabila
mereka memerlukan bantuan. Anda
bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda
mempunyai ciri-ciri seorang pengembara
dan ahli silap mata. Anda mempelajari
hidup melalui pengalaman. Pasangan
ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup
ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara
dan hanya ingin berseronok dalam hidup
anda saja. Anda sangat pandai dalam
pelajaran dan pengurusan perniagaan.
Anda seorang genius, baik hati (tapi
hanya orang yang beranggapan anda
orang baik), mempunyai paras rupa yang
cantik atau kacak. Semua benda yang
baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga
dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang
murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada
sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan
seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda
banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di
tempat yang amat tinggi sekali sehingga
kadang-kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk
memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan
seorang yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.


no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat
kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah
menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam
hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup,
tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor
ini telah membawa anda ke puncak
kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli
pasukan, keluarga dan pejuang yang
sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 4.


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah
dari segi fizikal dan juga mental. Anda
mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat
dihormati dalam komuniti. Anda adalah
orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu
bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin
meningkat anda adalah seorang anak
yang taat dan hormati mereka. Anda
sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan
yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan
ideal anda adalah no. 3, 5, 6



P/S: wahh. sasaran pasangan ideal saya mengena. anda bagaimana? :p

Thursday, October 4, 2012

apa khabar hati ?

salam alaik.


"Don't WORRY, be HAPPY,
when READY, MARRY me"
;)

(muka bajet baik -.-)


kbye !

p/s: maaf. tiada motif kot. ahaha :D SELAMAT EXAM ! :)

Saturday, September 22, 2012

PEREMPUAN makhluk yang sukar untuk difahami ?


Salam Alaik !

hi hi hi. mshty kowunk winduu angatt kat iteww enn? ngehehe.

hmm. ikut hati mmg banyak yg nak dicoretkan, tapi ape kan daya, tahap kemalasan sangat memuncak hingga ke tahap level yang paling atas !  -.-


hah! malas nak intro pepanjang. korang bukan baca pongg. :D okay. kali ini tajuk title bunyi mcam emosi tapi sebenarnya tak. 
haha. okay let's start. 

Susah ke nak faham PEREMPUAN ? (nama lain : WANITA, AN-NISA, GIRLS, WOMEN, SISWI, OGHE TINO, SASTERAWATI. EHH? hahah.) 
Jawapan pada persoalan ini ialah YA, MEMANG SANGAT SUSAH NAK FAHAM PEREMPUAN. TAPI KALAU STUDY, FAHAM dan SENANG LA KOT (erkk, bunyi mcm ayat lecturer utk subjek Chemistry pulak -.-)

HAHA. ye bukan apa. aku sebagai seorang perempuan yang halus hatinya (ehemm :p) merasakan memang susah nak faham perempuan ni. Andaikata aku ni lelaki, serius, aku mesti macam nak pecah otak
untuk faham perempuan ni. sebab apa tau? perempuan sebuah spesies makhluk yang jiwanya pemalu, hati sentiasa berbolak balik dan susah nak menyampaikan sesuatu perkara tu secara direct.

yeahhhh! kalau korang tanya, macam mana aku tahu? ehh, AKU PEREMPUAN, aku TAHU LA derrr. hahaha. 

korang kena sedia maklum ehh, perempuan ni kan, memang spesies yang cakap berbelit belit tauu. tapi percaya la cakap gua, benda yang dia nak sampaikan tu sebenarnya simple je, tapi entah kenapa susah sangat nak cakap. lagi lagi kalau cakap dengan orang yang dia suka. (ngeheheh :p)
kalau ada mana mana guys yang memang dalam proses mengenali girls yang korang minat, solutionnya ialah TOLONGLAH FOKUS dan SABAR bila girls ni cakap sebab, 
FAKTANYA ialah  PEREMPUAN MEMANG KADANGKALA SUSAH NAK BUAT AYAT STRAIGHT TO THE POINT. (ini bukan kes ayat tipu kaki kencing tau. ni ayat betul yang memang ingin disampaikan)

Lagi satu, perempuan ni memang suatu jenis makhluk yang suka cakap ayat INVERSI. bila dia cakap TAK, hakikatnya YA. bila dia cakap TAK NAK, maksudnya dia NAK SANGAT.
bila dia cakap OKAY, maksudnya dia TAK OKAY dan nak SOMEONE YANG BOLEH COMFORTKAN HATI DIA. bila dia cakap TAK APA, TAK PAYAH, hakikatnya ialah dia MAHUKAN SESUATU ITU TANPA DITANYA.
bila dia cakap PERGI MATI, maksudnya dia nak ORANG TU SENTIASA DISAMPING DIA. :p dan bila dia cakap BENCI, hakikatnya SAYANG. puii. :D 
(tapi kekadang perempuan mmg maksudkan apa yang dia cakap :D)

kann? nampak tak susah ? ahahha. aku tahu sebab aku pun selalu buat ! HAHAHA. LAWAK KAN? untuk kes ni, solutionnya sangat susah, hanya ada satu je cara iaitu dengan
menggunakan gerak dan kata hati. jangan risau, gerak khas hati manusia ni sebenarnya sengat hebat. daya ni akan muncul apabila diperlukan. tak perlu dipaksa.

Selain itu , (haha, ada penanda wacana pulak :p) perempuan ni memang ada satu habit iaitu merajuk tak tentu pasal. ahahah. WEHH. COME ON lahh ! sebenarnya perempuan bukannya suka sangat merajuk, tapi entah, kekadang TERmerajuk tak tentu pasal. tapi walaupun nampak tak tentu pasal, percayalah cakap aku MESTI ADA REASON PUNYA (*err, paham tak?) maksudnya, bila perempuan merajuk, lagi lagi dengan someone yang opposite gender, CONFIRM! dia sangat ada perasaan kat orang tu. :p memang bunyi macam GEDIK GILA BAPAK PUNYA, tapi itulah perempuan. Perempuan pun memang akan cepat terasa kalau orang yang dia sayang/suka/cinta tu marah marah kat dia WALAUPUN BENDA TU NAMPAK MACAM REMEH TEMEH contohnya kena marah sebab tak ikat tali kasut masa joging -.-

YA! aku admit. perempuan memang nampak annoying. TAPI ingatlah, perempuan memang jiwa dia lembut. Perempuan tu kalau rupa hodoh macam muka pecah rumah, perngai macam lelaki, hati macam besi, tapi JIWA dia masih perempuan bila ada sesuatu yang mengusik hati dia (maksudnya, bila dia ada minat someone or vice versa laaa) 

(atas ni contoh gmbr perempuan hodoh yang suka beremosi :p)

Emosi perempuan memang suka berubah ubah. kalau ada guys yang mampu mengstabilkan perasaan dan emosi dia, TAHNIAH, anda sangat hebat !
ada sesetengah perempuan, suka tunjuk emosi melalui luaran dan ada juga yang sebaliknya. Guys kena tahu, kalau perempuan ni TERtunjuk emosi dia, maksudnya, mungkin dia nak cari perhatian untuk dikasihani dan dipujuk oleh orang yang dia sayang tuuuuu. (YE, BUNYI MACAM MENYAMPAH TAPI ITU HAKIKAT. hewhewhew). 


Susah gila nak faham perempuan kerana kadang kadang perempuan tu pun sendiri tak faham diri dia sendiri. HAHAHHA. PELIK PELIK PELIK ! :D

*Elehh, tapi ada je LELAKI YANG SUSAH UNTUK DIFAHAMI jugak.* so CONCLUSIONNYA, cara yang spesifik untuk memahami perempuan MEMANG TAKDE. apa yang aku
mampu untuk cakap ialah, MEMANG LELAKI kena STUDY macamana nak faham perempuan melalui kata katanya, body languangenya, dan habitnya. Kejadian manusia ini sangat indah (SubhanAllah)
LELAKI dan PEREMPUAN memang berbeza. sebab tu Allah ciptakan manusia berpasang pasangan supaya kita dapat melengkapi antara satu sama lain.


p/s : TAPI LELAKI kena tengok jugak, KALAU KALAU PEREMPUAN tu OVER GEDIK, rasanya tak perlulah layan. AHAHHAAHAH ! :DD LELAKI PATUT BELAJAR FAHAM PEREMPUAN sebab
ianya jugak boleh diaplikasikan bukan sahaja untuk GF/CRUSH sahaja tapi untuk memahami IBU, ADIK, KAKAK mereka juga. :)


PEREMPUAN PUN KENA BELAJAR FAHAM PEREMPUAN SEBAB, PEREMPUAN MEMANG AKAN BERKONGSI RASA DAN PERASAAN DENGAN BESTIES PEREMPUAN JUGAK. :)

Sunday, July 29, 2012

this is about my family, not your family :D

Salam alaik. :)
SALAM RAMADHAN (rasa macam dah lambat wish, tapi aku harap ia masih diterima)

sihat ? korang rasa diri korang cantik tak hari ni? rasa hensem tak?
ahahaha. kalau jawapannya YA, tahniah, anda mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. YEAHHH ! :p


kali ni aku nak menulis mengenai KELUARGA.
do you love your familyyyy? huuu.
tepuk dada tanya hati apa jawapannya. okay?

keluarga ni ada banyak cabang. pertama keluarga asas, dan seterusnya keluarga kembangan.
 (sila check buku kajian tempatan darjah 4 untuk tahu lebih lanjut. -.-)

for me, jangka masa untuk bersama family adalah sangat pendek. lagi lagi jika korang jadi aku. ye lahh, mana taknye, sejak aku lahir, aku duk kejap dengan ayah ibu, lepas tu, aku dibesarkan oleh nenda kat kampung sampai aku tadika. kat kampung, aku still duduk dengan ibunda tapi ibunda kerja jadi nurse kat hospital, so macam busy sikit sebab kerja shift shift kan, so masa tu terhad la. and ayahanda pula cikgu
 kat KEYYY ELLL. mmg la kan, kitorang duduk kampung, dia macam best je duk KL ;p hmm, lepas habis tadika barulah kitorang duduk bersama balik dan hijrah kembali ke KL. huu. 
(my origin is KAMPUNG okayy, tak lupa daratan, jgn risau. tgk IC nombor tengah tu 08) 

tup tup dah darjah 6. mungkin aku pandai kot time tu, tu yg dapat tawaran masuk Sekolah Berasrama Penuh. muahahahaha. and, DETIK perpisahan inilah menjadi detik pertama aku 
akan kehilangan masa bersama family terchenta. 

ce tgk analogi masa ni ;
13 y/o - 17 y/o : 5 tahun full time di asrama penuh. hanya cuti semester, cuti raya dan minggu outing je baru jumpa family
18 y/o - 21 y/o : masuk U pulak, U pulak bukannya belakang rumah. kena hidup sendiri lagi.
22 y/o - 24 y/o : rasa nak sambung belajar lagi or kalau malas,  kerja cari duit dulu.
around 24 y/o : TARGET KAHWIN. haihh. ni lagi sedih. start dah ada family baru. terlepas sudah tanggungjawab ayah. dah takde nak hidup senang lenang macam budak budak lagi dah. teruss, hidup sendiri.
27 y/o - bila2  : hidup dah stabil, dah mula la, terus hidup bersama kelauarga yang dibina bersama suami dan anak anak (lagi sedih kalau pindah rumah di area yang agak jauh dari keluarga . ex : RUSSIA :p hehehe)

BILA LAGI AKU NAK SPEND TIME dengan family wehhh kalau bukan masa masa lompong yang aku cari sendiri ni ? :(

hmm. so kesimpulannya, aku nak bagitahu, jangan halang aku untuk having time with my family sebab masa yang aku ada sebelum ni berbanding kau, kau dan kau yang tak pernah berpisah dengan family sangatlah terhad. and aku seru siapa yang still ada ruang masa bersama family anda, sila manfaatkannya. :)


ma famille. 
Ayah, Ibu, Ain, Aina, Ameen, Afeeq.


ada quotes menyatakan : 'WE ARE TOO BUSY GROWING UP but WE FORGET THAT OUR PARENTS ARE ALSO GETTING OLD AND THEY WILL 'GO' SOON' :(

doakanlah ibu bapa kita dan ahli keluarga kita selalu kerana tanpa mereka, siapa kita sekarang. seteruk mana, sejahat mana mereka, mereka tetap darah daging kita. 


p/s: aku tahu aku banyak dosa dgn parents aku. hmm, raya barulah terhegeh hegeh nak mintak maap. harap mereka ampunkan aku sebab 
REDHA ALLAH kepada kita bergantung KEPADA REDHA IBU BAPA kita kepada kita :)

ok . habis.

Tuesday, July 10, 2012

read this.


ALLAH la sebaik baik tempat mengadu dan kepadanya kita WAJIB bersyukur atas segala nikmat.
jangan takutkan makhluk . 

memang sedih kalau tak dapat penghargaan daripada makhluk atas usaha kita TAPI, 
LAGI SEDIH kut kalau tak dapat penghargaan dari Tuhan kita. 





sekadar perkongsian :)