like ?

Friday, November 30, 2012

Ingin menguji keserasian? Check it out here :D

Salam Alaik! 
Did you all ever care about CHEMISTRY? err, I mean, keserasian anda dan pasangan or maybe your best friend same gender or opposite gender? haha. btw, sekarang aku nak show something yg might be interesting for you to know. CHECK IT OUT. mungkin anda akan gembira dan mungkin juga tidak. just jgn percaya 100%. ini hanya kajian pakar sahaja. yang menentukan hanya Allah :) have fun. bye.



KESERASIAN DAN PERWATAKKAN.


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,
19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb,
20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb,
21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb,
22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb,
23Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb,
24Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb,
25Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb,
26Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,
27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil,
rajin, terus-terang, cemburu dalam asas
pertandingan, baik hati, peramah dan
autoriti. Anda ingin mendahului dalam
apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah
berada di bawah pimpinan orang lain.
Anda akan bercinta dalam usia yang
muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda.
Malah anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah dengan
anda. Anda seorang yang kuat belanja.
Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang
kecil hati dengan pencapaian anda. Anda
mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh
semua orang kerana anda berperanankan
Bulan dan semua orang suka akan bulan.
Em…bagus! Anda suka bermimpi siang.
Anda kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda
adalah seorang yang sukar diramal
kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri
sendiri tetapi and mempunyai bakat
dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang
boleh mengetahui perubahan anda. Anda
boleh menjadi Mahatma Gandhi yang
kedua kerana cinta akan keamanan. Anda
juga seorang yang bertanggungjawab
dalam keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.

no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras,
pentingkan diri sendiri, kuat agama dan
suka untuk mempertingkatkan kehidupan
sendiri. Anda mempunyai masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi
dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi
ke mana saja anda pergi anda akan dapat
apa yang anda inginkan. Daripada hari
lahir anda, anda perlu berkerja keras
untuk berjaya. Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda
akan membawa harapan, kegembiraan
dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan
ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan
rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-
kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang
lain. Anda berbakat dalam penyelidikan
dan seni. Anda akan membantu ahli
keluarga atau kawan-kawan yang
menghadapi masalah tanpa berfikir
panjang. Anda kena berhati-hati dengan
orang sekeliling anda kerana mereka
mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan
masa dan wang ringgit anda dan selepas
itu menjauhi daripada anda apabila anda
dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang
sabar dan tegas. Pasangan ideal anda
adalah no.1, 8.


no.5
Anda sangat popular dalam komuniti.
Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda
mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-
buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
Kawan-kawan dan ahli keluarga anda
juga akan minta bantuan anda apabila
mereka memerlukan bantuan. Anda
bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda
mempunyai ciri-ciri seorang pengembara
dan ahli silap mata. Anda mempelajari
hidup melalui pengalaman. Pasangan
ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup
ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara
dan hanya ingin berseronok dalam hidup
anda saja. Anda sangat pandai dalam
pelajaran dan pengurusan perniagaan.
Anda seorang genius, baik hati (tapi
hanya orang yang beranggapan anda
orang baik), mempunyai paras rupa yang
cantik atau kacak. Semua benda yang
baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga
dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang
murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada
sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan
seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda
banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di
tempat yang amat tinggi sekali sehingga
kadang-kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk
memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan
seorang yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.


no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat
kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah
menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam
hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup,
tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor
ini telah membawa anda ke puncak
kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli
pasukan, keluarga dan pejuang yang
sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 4.


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah
dari segi fizikal dan juga mental. Anda
mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat
dihormati dalam komuniti. Anda adalah
orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu
bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin
meningkat anda adalah seorang anak
yang taat dan hormati mereka. Anda
sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan
yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan
ideal anda adalah no. 3, 5, 6



P/S: wahh. sasaran pasangan ideal saya mengena. anda bagaimana? :p

sekadar perkongsian :)