like ?

Tuesday, February 14, 2012

isu SYRIA. penting untuk pengetahuan kita

salam alaik.

hari ni aku terbaca pasal isu ni and waktu kelas tadi, USTAZ BAKHTIAR ada la cerita sikit sikit.
so, untuk korang yang ingin tahu, silalah baca. jika rasa nak share pun boleh. :)



Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. 
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU 
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria 
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan 
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )


p/s: jika ada pembetulan, sila beritahu. ini pun aku c and p je. thankyou :)

Sunday, February 12, 2012

betul ke SABAR ada tahapnya ? O.o

salam alaik.

apa khabar para peminat sekalian (errrr, ye la sangat -.-)

ahaa. aku yang cantik baik ni nak share something dengan korang mengenai sifat SABAR.

okay first first aku nak tanya pernah tak dengar ungkapan 

"haisshh engkau ni, SABAR AKU ADA TAHAPNYA" ?

pernah kan pernah kan? kadang kadang kita yang TERucap ayat ni bila orang buat taik kat kita, orang tiru lab report kita, orang selalu buat lawak bodoh dengan kita or orang selalu kebas awex pakwex kita or apa apa la perbuatan yang annoying lagi menyakitkan hati . haha. TAK GITU ? hahaha.



and apa yang aku nak bagitahu kat sini (tak tahu lah yang korang pernah tahu atau tak) yang kita 
DILARANG  untuk berkata demikian? hmm. KERANA Rasulullah SAW junjungan kita sangat tinggi sifat sabarnya . sifat sabar Nabi tak berpenghujung dan tiada tahap :') 

so, siapa kita untuk TIDAK BERSABAR ? faham tak maksud aku? haa. cuba kita comparekan, dikala orang lain baru kutuk sikit sikit diri kita maybe dalam menguruskan pasukan or organisasi, kita dah down gila gila sedangkan tukang kutuk tu bukan siapa siapa pun. dia hanya ibarat kuman. bagaimana pula dengan Rasulullah ? pehh, lagi dahsyat kot ujian , dugaan yang baginda terima contohnya dipulaukan dan dibaling dengan najis. uishhh, aku berani cakap la, kalau kita dibaling dengan najis , CONFIRM ! memang muka si pembaling najis serta 7 keturunan dia tu pasti berPARANG . kan kan? hahaha (gila hiperbola -.- ) tapi Nabi boleh je sabar 

. so, why not us ? (i'm asking mself too)

rata rata ramai dah tahu hadis ni ;

 “Sabar itu separuh iman.” 
-(Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)

so apa lagi, marilah kita lengkapkan iman kita ni ;)


p/s: Ain BZ ni pun bukanlah makhluk Allah yang penyabar. selalu je emo emo. tapi itu duluuuu. zaman remaja. sekarang zaman dah tua, bawak banyaklah bersabar. ye dokk? HAHAHAHA :p

wallahualam. habis !

Sunday, February 5, 2012

Ketahuilah sirah, insyaAllah, rindu pasti bertandang ;)

salam alaik. 
setelah ramai yang bertanyakan, apakah kisah yang membuatkan aku tersentuh dan merindui Rasulullah dalam comment comment di FB, so sekarang aku nak kongsi sikit apakah kisah tersebut.

click dulu, baru kau nampak apa yang aku tulis kat status semalam. :D


kisah di bawah ni mengikut apa yang aku catat dan dengar daripada ceramah 
yang bertempat di 
PUSAT ISLAM AT-TAQWA, UiTM NEGERI SEMBILAN.
tajuk ceramah : "Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah"

okay. kisahnya bermula seperti ini.

Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda,  Bilal terus berhijrah ke Syam (kalau tak silap, sekarang SYRIA). ni gara gara beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirulmukminin, Bilal ada di Syam"

pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. balik balik ke Madinah, of course la jumpa para sahabat kan. so, Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun suruhlah Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal. 

(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid utk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa utk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal  berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada 
Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

so, setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat come back dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, excited dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') .  mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu .  Bilal kemudiannya menyebut  أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut   أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut   أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" 

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruuuss menangis tau tak? kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. 

-------------------------------------------------------------------------------------

"dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara 
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut :'( "


ULASAN ;

betapa rindunya para sahabat terhadap Rasulullah. Rasulullah sangatlah memikirkan umatnya, tapi kita ni sebagai umatnya, pernah terfikir ke mengenai Baginda? 
mulai saat ini, marilah kita berbanyak banyak berselawat kepada Rasulullah supaya di akhirat nanti kita mudah mudahan mendapat syafaat daripadanya. insya Allah.

----------------------------------------------------------------------------
Ya Allah kurniakanlah kepada Nabi Muhammad S.A.W. 
di tempat yang tinggi dan terpuji yang telah engkau janjikan 
-----------------------------------------------------------------------------

amin. :)


*jika berasa ragu ragu dengan tulisan saya ni, para pembaca bolehlah merujuk kepada yang lebih arif tentang sirah nabi ni sebab kadangkala, setiap cerita ada versinya sendiri (tp tidaklah sampai terpesong -.-)

habis. 

saturday never die . haha :D


salam alaik.

harini fitness untuk KB berjalan seperti biasa.
walaupun sedang bercuti -.-

and maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan.
kesemuanya bersetuju aktiviti hari ni membuat kan mereka sangat gembira.
yeahh. syukurlah tiada pemberontakkan yang berlaku. :p

walaupun kekuatan anggota hanyalah seramai 19.
tapi ia tidak melunturkan semangat kami untuk memberikan yang terbaik pada sesi fitness tadi.

*aku  pun happy hari ni. sebab enjoy. ;)

tapi tadi aku kena denda la turun 10 kali. then time turun tu aku tak kira . dapat lagi habuan tambah lagi 10. pehh. baik punyaaaa. hahaha. tapi aku tak kisah. mmg salah aku :D


hari ni belajar KAWAD FORMASI. best best. teringat time sekolah :D

makan kat luar (walaupun takde duit, hahaha:D)

---------------------------------------------------------------------------------------------------
petang pulak, dah bosan bosan tuu, turunlah main basikal. hee. mula mula tak hujan, pastu renyai renyai. pastu terus hujan lebat, pastu kitorg basah, pastu stop hujan, pastu hujan balik -,-

kesimpulannya, mmg kitorg basah la tadi . hehehe.
best sangat. serius. dah lama tak naik basikal. 
BASIKAL PINK BERBAKUL DI HADAPAN kat rumah aku tu pun dah lama tak naik sebab tayar pancit. (malas kan aku nak pergi isi angin balik? -.-)


ray-ma :p

farah zain :]

ain bz :D

 zulfikar mohiddi :)

ride sampai hujung kampung jerrr. 

dah hujan hujan, lepak jap kat medan, minum jap.

(#sebenarnya ada je lagi yang join macam EUMI, SKIEN and KAK KALIE. tapi dorg tak ikut smapai luar. hahah. and paling LAWAK, EUMI jatuh basikal jatuh tepi semak. hadoii. ahhaha :D sorry eumi, aku tak tolong kau tadi sebab aku asyik gelak je tadi :p )

okay dah tu je. pastu azan maghrib, kitorg pun balik la masuk kampus and pulangkan basikal. 
basikal ni perlu disimpan di SP 1 dimana ianya ialah kolej siswa.
dan tak semena mena aku kena saman dengan PAK GUARD POLIS UITM ni. perghhh. menyirap betul tapi still, sabar kan. haihh. tau tak atas kesalahan apa?

KESALAHAN : melepak di kawasan kolej siswa. -.-

(bukan melepak pun, sekadar nak simpan basikal bawah tangga tu je. tak mudarat pun budak budak laki kat situ kalau kitorg masuk kolej dorang pun la pakcik oii. haihh. tak paham aku.)

chill je la. nak buat macamana kan. lantak dia laa. ahahha :D

okay. habis !

sekadar perkongsian :)