like ?

Monday, December 27, 2010

Afiqah Inani Mohd Haslin

aku ada baca satu artikel tu tau, macamana nak jadi muslimah sejati. salah satunya ialah BERDAMPING DENGAN WANITA SOLEHAH. artikel ni dalam MAJALAH SOLUSI TERBARU.

erm, tiba tiba aku teringat dekat AFIQAH INANI. siapa tak kenal afiqah si apam ni ha. hahahaha. aku  rasa macam terhutang budi dengan kau fiqah. aku rasa kau dah byk tolong aku. kau byk kasi dakwah dakwah kau kat aku. aku sangat menghargainya. aku ni memang kategori yang tidak bermasalah sangat tapi pertemuan kita waktu form 3 betul betul membuka lembaran kehidupan aku yang baru. waktu tu la, kita mula rapat, satu kelas. waktu tu jugak aku dilantik jadi naqibah. memang kedengaran macam tak layak tapi aku tahu, jadi naqibah ni salah satu medium untuk aku menjadi aku yang lebih baik. Terima kasih fiqah. tapikan, sebenarnya, kalau tak jadi naqibah pun, aku pun mmg suka tegur tegur orang ni. hahaha. bukan apa, aku tegur sekadar untuk kebaikan. banyak dugaan yang aku harungi bersama fiqah ni. almaklumlah, perjuangan kami bukan setakat dalam SIS, tapi juga PENGAWAS dan MPP. kita mmg ditakdir bersama la. sebab aku rasa, Allah nak kau bimbing aku. bila kita dah berpisah ni kan, aku dapat rasa sedikit kekosongan laaa. aku rasa aku perlukan lagi sedikit bimbingan kau sebagai kawan dan pendakwah peribadi aku. hahaha. mmg la kadang2 aku tersasar dan tak dengar pun nasihat kau, tapi jangan risau aku tak pernah perlekehkan dakwah kau. seriusly. cuma adakala tu kau annoying sikit la. hahahaha. sebenarnya kau ni pemberi INSPIRASI kat aku laa. hahaha. RINDU la kat kau. hahahah. Fiqah, aku minta maaf la, andai aku sedikit tersasar dari ajaran kau bila aku dah habis sekolah ni tau. doakanlah aku jadi baik. aku nak jadi macam kau, insyaAllah. :) 






siapa nak tahu..

First time aku jumpa afiqah inani ni dekat kelas 1 Iman. perghh, time tu punyalah menyampah. sebab tu aku tengok dia tengah jerit jerit kat kelas, main main walaupun pakai tudung labuhh. hahaha. aku tau, waktu tu mungkin dia masih zaman jahiliah sikit la. tak matang lagi. hahaha. pastu dia ni hebat, jadi exco form bagi rumah AL BATTANI. hebat ahh, *clap
erm, pastu bila form2, dia aktif kut, kawad la, hoki la, sukan la. bagus. haha.  form 3, tetiba sama kelas dengan aku. form 4 pun. then, form5 lain kelas tapi, aku tetap hari hari jumpa dia ni sebab kitorg satu bilik pengawas. hahaha. memang dia ditakdirkan untuk jaga aku la. hahaha. 
terima kasih la atas pertemuan kita. :)

Sunday, December 26, 2010

sk taman seri rampai :) step back of time

ada satu hari tu tau, ada orang add aku dlm group, reunion sk taman seri rampai batch05. pastu aku pun, "eh? aku sktsr 2005 ek? bru setahun je kutt sekolah kat situ" (dalam hati la. haha). pastu aku fikir, nak datang ke tak, ermm, mmg aku tanak dtg pun tau. sbb ye la, segan kutt. cuba kau bayangkan. dah la sekolah setaun je, pastu nk nyebuk nyebuk datang event orang. tak ke namanya tak malu. haihh. pastu aku respond la, tak boleh pergi sebabnya tarikh dan harinya clash dengan hari yang aku arinah. skin dll nak kuar tau. ermm. pastu aku tanyela ibu, pastu cuba kau teka, mak aku cakap, "pegi je la, kan reunion tu, ala, kaklong kan glamour time dulu dulu,(yeke? :DD) mesti orang kenal punye" haihh, kalau dah mak pun ckp gitu, aku pun fikir punya fikir. erm, last last tanya arinah jadi tak kuar, pastu dia ckp tak confirm. erm,, pastu aku fikir lagi. akhirnya, tak jadi kua ngn arinah tu sbb dia tade teman nak gerak dr umah dia. emm, takpelah. okayy. ehh, haa, sebelum tu, aku dah ckp dah kat izzati, hasani yang aku tak jadi pegi. lepas abis fikir. aku buat muka tak malu gi cakap balik kat zati je yang aku rasa cam nak pegi tapi segan. hee. 
okayy. 

esok harinya. jeng jeng jeng. aku pergi weyh. haha. dah la bangun awal gle. lepas subuh aku dah mandi sebab aku nak tumpang bapak aku gi ktm or lrt or mana mana la yang bapak aku rasa nak hantar. then, aku dah janji ngan zati jumpa kat kl sentral. so, tggu la dia kt situ. aku dh ada kat kl sentral tu. 9.30 woiii. hahah. awal tak? semangat ni. huh. pastu tggu la si zati ni ha. lambat gile ohh. rupe rupenye, lrt yg dia naik tu terkandas. banyak kali. akhirnya, zati smpai la, dlm 11.30 cmtu kutt. aku pun tak ingat. dah jumpa tuu, skali, fakhrul call banyak kali. tapi aku tak angkat. haha. haa. pastu kt kl sentral tu, bertemu la kami.. hasani pun muncul, and ada sorang tu nama dia amin. haha. kitorg pun pegi la ke destinasi iaitu TS. zarin msg dah ramai dah tunggu kat situ. aku pun cuak la dowhh. mana tak nya, kang nanti aku yang rasa terpinggir. hahaha. ye la, aku ulangi disini yang aku hanya setahun sahaja bersekolah di situ. haaa. bila dah sampaii...

dah sampai. tetibe zarin (tapi cara sebut zaGHin ekk :p) muncul. hahaha. pastu terus ajak gi makan. kitorg pun ikut je la.  waktu dtg kat meja tu. fuhh, gile segan la. pastu ada orang lambai dari jauhhh. wahh. itu ISA laaaa. LONG TIME NO SEE. last jumpe, of course la, last 10 years agoo. hahah.
aku pun buat selamba je la, cakap HAIIII. kuat kuat kat dorang. dlm hati aku, "tak kesah la kau kenal ke tak ain, janji dorang kenal kau'. hahahahahaha. ehh, tau tak ada sorg tu, nama dia mastura, dia ckp cara aku mcm IZZURA JAAFAR. haihh? yeke? heheheh. ha, lagi satu, SYIFA ni bdk skolah seksyen5. knal la ASHLEY YOONG HUEE YIN (bestfriend aku time kat skds), pastu dia cakap ashley dah nak masuk islam (ALHAMDULILLAH, SYUKUR, i'm proud of you la kawan!) 

untuk menjadikan perjumpaan kitorg tu taklah pelik sgt dgn kehadiran aku, aku pun pi la bwk buku catatan harian aku time darjah satu. perghh. antik tau buku tu, dah 10 taun. lama - lama, aku pun sembang cam biasa. bila ada aku ngn zati, kitorg gelak kuat - kuat ohh, ala, buat la cara SBP, bayangkan la bila PEREMPUAN duk gelak - gelak time kat DEWAN MAKAN. haa, mcm tu la kitorg buat kat food court TS tu. hahaha. okayy, time tu aku dh tak rasa terpinggir dah. kita enjoyy. haha.



then, main bolingg. aku dh la TAK PERNAH MAIN BOLING TAU! (dalam komputer ada la--') zarin. fakhrul, hasani, zati ajak jugak. erm,, aku pun hulurla duitt. aku dh ckp kt dorgg, aku TAK RETI. ermm. hampehh, dorg wat tak kesah je. hasani lak pi letak aku giliran yg first. matila aku. haa.. aku pun suh la dia mainkan dulu. elehh,, bukan hebat punn. hahaha. aku try first first, tapi masuk longkang la. bila dah lama - lama. wahh. aku hebat la. cuba tgk ni..

aku kalah kan hasani ngn zati woahhh! SEMASHUR kalahkan ASIS n SSP. hahaha.

pastu gi la solat. pastu lepas solat, dah tade arah tujuan dah. yang lain - lain macm mastura, syifa, ezue dll nak gi main kat cosmos world. aku tanak, first, sebab tade duit sgt, second, aku takutt. hahaha. zati pun tanak. erm last last kitorg separate. YESS, dorang ajak gi KARAOKE, hahaha. yeayy. aku suka aku suka. mula mula gi la tmpt karaoke kt ts tu, tanya harga. sorg rm10. ermm,, dh mahal pulak, pastu gi la pavi. tnya harga,, adoii, lagi mahal rupanya. sorg rm18. hahaha. hampehh. pastu dorang nak tgk wyg. ala,, aku tanak sebab, dh lmbt and ramai orang. pastu udah sume lapa plak. hahha. pegi la makan.

pavillion

makan jee --'

tu je la. makan, main boling, tgkap gmbar, makan, tankap gmbr, jalan, jalan jalan sampai LEBAM. adehh. tu je la. maybe tade pape yg best tapi, yang pnting, aku jumpe GENG AKU TIME DARJAH SATU. hahah. COMPLETE TAU! ada 5 org semuanya. dh macam power rangers. patutnya aku pakai baju PINK and isa pakai baju kuning ohh. hahhaa. 

that's the end of our storyy, pastu aku pun balik bila ibu dah call. kira mcm time's up la kutt. hahaa.
sebelum tu, kitorg jadi gedik skit depan petrosains--'
haha, ngadangada :p

okayy, pastu aku balik sama dengan isa tau. woott woott. turun kat sungai buluh. then, mak aku sempat jumpa isa. yess. mak aku gembira jumpa isa. sbb, dulu dulu, mak aku yg tgkpkan gmbar aku ngn isa time anugerah cemerlang. heee :pp

here's the photossss :D
amira,ezue,mas
syifa, hidayu

amin, afiq

haa,, photo bawah2 ni, kawan yg rapat skit :p

Wednesday, December 15, 2010

mission accomplish!


setelah 5 tahun berulang alik, berpusing pusing, berputar putar, di jalan ulu yam. akhirnya, ia sudah berakhir. time result nanti, sangat mendebarkan. ahaaa. lama tak update blog nih, almaklumlah, SPM kan --' err, post ni hanya bak kata orang "warming up post".  hahahaa. btw; i miss SEMASHUR. terkenang la pulak kan, macamana, aku belajar bersama, aku belajar memimpin, aku belajar macamana berkomunikasi dengan kawan, dengan cikgu - cikgu, aku belajar macamana nak survive, macamana mempunyai jati diri yang kuat bila kena kutuk dengan senior, kawan, aku dapat dan aplikasi ilmu agama, aku tahu rasa perasaan bila suka gila - gila kat orang dan yang paling penting, AKU BELAJAR JADI MATANG. ahakss. matang ke? --' okaylah, matang jugak la. :D

aku bersyukur kut bersekolah kat SEMASHUR ni, eventhough, dulu - dulu tak tau pun ada sekolah kat dalam ULU YAM ni haa. haahahahha. terfikir gak, kalaulahh aku tak sekolah kat sini, 
terdapat pelbagai kebarangkalian la aku ingin nyatakan disini;
 1) mungkin aku freehair and tiada kesedaran nak pakai tudung lagi, hahaha
2) mugkin tahap sosial tu masih tinggi macam kat sekolah rendah dulu.
3) mungkin kurang berdikari, (ex: aku takkan iron baju sendiri, kat semashurlah, aku first time iron baju sendiri :p)
4) couple? err, mungkin tak kut, sebab dari sekolah rendah aku jenis yang tak suka cuople2 ni.
5) mungkin aku tak kenal erti persahabatan
6) mungkin aku tak terdedah mengenai dakwah - dakwah islamiah (thanks to fiqainani n hazim :))
7) ohh, mungkin..mungkin.. mungkin blaa, blaa, blaa., pelbagai 'mungkin' lagi lah
itulah, mungkin banyak jugak lah sinar hidayah yang terpancar kat semashur tu. hee :)

dan hari ini, semashur telah melahirkan NUR AIN BT BADRUL ZAMAN yang agak hebat la. hahahaha (okayy, aku tau, dah ada orang menyampah tuu, :D)
yela, bukan apa, aku boleh differentiate ain yang lama dengan ain yang baru. hee.

by the way; aku harapkan yang terbaik untuk resultku dan kawan2 0610 yang lain. 

aku tidaklah mengharapkan sangat straight A+ tu, andai aku dapat gred A yang bercampur - campur pun aku dah kira bersyukur ke hadrat Allah sangat sangat. aku berdoa semoga Allah tentukan result yang terbaik untukku, Ya Allah, kurniakan aku result yang cemerlang, aminn..
sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang :)

okaylahh, sampai sini buat masa ni. ada banyak idea dalam otak ni untuk diterjemahkan. heee.
kesimpulannya: SEMASHUR is one great place to be remembered :)



Sunday, December 12, 2010

Sunday, October 17, 2010

the last chapitre

i love you saviours. MUAAHHHH :)

Tuesday, August 24, 2010

wahai insan.

KENAPA tak nak rebut ye peluang yang ada? RAMADAN ni la masa untuk kita cuba betulkan balik amalan kita. cuba isi dengan pahala. FATAMORGANA tu hanya fana' je. SEMASHUR SEMASHUR SEMASHUR. susah sangat ke kita nak manfaatkan waktu ramadan yang kadang kadang je datang ni. aku buat kajian, manusia memang suka cakap. aku pun suka. tapi, cuba kita sesuaikan, bila kita harus cakap atau hanya berdiam dan berfikir. aku memang tak puas hati la kan, kalau waktu berbuka tu, punyalah bising DM tu. macam konsert. tolonglah, dengar tazkirah yang disampaikan kat depan tu. bukannya selalu. bagi aku kan, siapa yang tak dengar tazkirah waktu tu umpama seseorang itu kufur nikmat. ye la, cuba fikir, orang penat penat kasi tazkirah kat depan, berusah untuk curah dan kongsi ilmu agama tapi yang lain lain buat tak tau je. warga semashur sekalian, kalu taknak dengar sekalipun, tolonglah senyap sikit, orang yang nak dengar pun terganggu tau. tapi kalau boleh tu, cuba la hayati tazkirah yang disampaikan waktu tu. kita semua ni bukannya cukup pun amalannya lagi untuk dibawa selepas ALAM dunia ni. bukan CONFIRM pun masuk syurga tapi sekurang kurangnya, tambah la amalan waktu ni. RAMADHAN! satu lagi, tolonglah jangan BISING dalam surau tu. aku pelik betul la orang - orang yang keras hati, kepala dan lain lain tu. tekanan dibuatnya. ITU RUMAH ALLAH, cuba fahamkan. tolonglah jangan bawak sampah masuk. kalian suka ke kalau tetamu datang umah, pastu buang merata -rata. haihh --' ingatlah. KITA NI HANYA MAKHLUK KERDIL disisi ALLAH. aku tau, aku bukanlah sesempurna mana pun. ada je perkara yang aku susah nak tinggalkan tapi, aku cuba secara sikit sikit. bagi aku, tak wujud la istilah HIPOKRIT, istilah yang lebih sesuai untuk diguna pakai ialah CUBA UNTUK MENJADI LEBIH BAIK.

dah la aku malas la nak ulas lagi. apa yang aku tau, aku akan terus tegur perkara mazmumah kalau aku rasa bertanggungjawab atas perkara tu. aku nasihat je, nak dengar atau tidak, terpulang. pesanan untuk sesiapa yang tak redha bila kau tegur tu, --> jangan nanti cari aku kat akhirat untuk salahkan aku pulak. 

ok tu je
akhirulkalam, JAGA LAH DIRI SENDIRI, TINGKATKAN IBADAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP PERGERAKAN KITA. 


Wednesday, August 11, 2010

ramadan TIBA LAGI :)

selamat menyambut RAMADAN AL MUBARAK :)
aku ada azam sempena ramadan ni, hahaha. harap2 dapat ditunaikanlah.

1) cuba utk tidak mencarut
2) baca quran banyak2.
3) buat ibadah banyak2.
4) rajin stay up sebab dah tak payah takut sebab takde SETAN nak kacau. hahah
5) studyy. spm spm oiii :))

ohh, lupa..

6) nak terawih FULL . hahaah


DOAKAN AKU, INSYA-ALLAH AKU DOAKAN KALIAN, :)

p/s: aku gembira untuk hadapi ramadan esok sebab... habis prep tadi ade orang wish SELAMAT PUASA. :) hahaha. tq ye kepada yang wish tu. tauu. :) peace.


Saturday, July 17, 2010

perancangan berjalan seperti biasa :)

aku terSELAMAT dari PLKN! HAHAHAHAAH

Sunday, July 11, 2010

optimistic :)

just now, i just saw it and i just realize.
my heart said: "it's okayy. let it be. :)"



"loneliness and emptiness will be my only friends,
 from today my love is forgotten and i'll go on as best i can :))"

hahahaha. mcm bodoh je kan. 

i just adore you with no reasons. tq.

Saturday, July 10, 2010

peace


kadang - kadang, perkara yang kita nak tu bukannya baik untuk kita pun. kadang - kadang, apa yang kita suka tu lah, yang jadi perosak kepada sesebuah persahabatan, atau apa - apa je lah. apsal ha dengan aku ni? ntah apa2 ntah. macam tak berfikiran waras dan rasional langsung. come on la weyh, ain! banyak lagi bende yang kau kena fikir. ishh, seriously, I HATE THIS FEELING, bodoh! result pun cm taik. haihh. dah nak dekat trial tapi, ntah, aku masih terkapai kapai lagi ni. MENYESAL! erm, for those yang banyak terasa hati dengan aku, aku minta maaf sangat - sangat. korang akan faham kalau korang jadi aku. haihh--' aku nak cuba jadi ain yang bukan macam dulu dah. faham tak? errr, mesti tak faham kan. kadang kadang aku rasa macam ada konflik diri. haha, macam orang gila pun ada. erm, tu je kut. please everybody, do understand me. i don't meant it. try to be in my shoe and you'll know it. 

Friday, July 2, 2010

geram.

ishh, malasla kann. ee, menyampah betulla. haihh --'

Thursday, July 1, 2010

...

i feel bad :(

Monday, June 14, 2010

chin sheng, kit mun, jo - ei,luqman :)

ala,, ingatkan ramai ohh. rupa-rupanya, chin sheng je yang mangat. haha. tapi takpe la, dah lama sangat tak jumpa mereka. dah semakin tinggi, dan matang. hahaaha. biarlah gambar menerangkan segalanya. mungkin bosan, tapi ia masih dikira sebagai kenangan. harap lain kali kita ajak ramai - ramai lagi join tauu!

sim kit mun, me and jo ei


me, tan chin sheng, and luqman


blurry - we~

p/s: waktu tengah main dekat arcade kan, aku pun terjumpa la seorang mamat ni, macam kenal tapi aku buat bodoh je, manalah tau kalau salah, buat malu je. haha. dia ialah HAZIQ ASYRAF. haah. ala, aku bukannya
kenal sangat pun setakat sekali jumpa, mestilah dia tak kenal aku, tapi aku kenal dia, almaklumlah, dia penah masuk majalah. haahah. pastu kan. aku cakap kat Luqman yang aku terjumpa kawan aku. pastu, Luqman tanya aku apa nama dia, aku pun cakap. Tetiba, Luqman ni hilang. Rupanya, dia pergi jumpa si Haziq Asyraf ni. dengan tak malunya pergi tanya "aaaa,, ni haziq ek?" adoii. malunya aku, aku tengok je dari jauh. malas dan segan nak pergi tegur. so, biar je la. hahaha.


the end tq :)

Wednesday, June 9, 2010

Abg shahrez kawenn!

siapa? abg shahrez kawen
dengan siapa? entah, tak ingat nama akak tu
kat mana? TAMAN JOHOR JAYA, JB.
bila? aritula.. tak ingat pulak tarikhnya. ermm 6.6.2010 kutt
apa yang menarik? rahsiaaa.. haahahahaha

ni gambar - gambar nya :)
hahaha. bilalah aku pulak? hehehe

ha,, senyum kambing

ha, sambutt

ecececee.. pengapitt


ni lah mak bapak abg shahrez. uncle is dgn cik yayah


ni encah, dan ibuku


ni la kak anim, time aku kecik, dia selalu jaga aku. kami ni sepupu. haha


HAAAAA.. YANG LAST SEKALI. KOMPILASI GAMBAR.


ni la khawari. agagagagag :DDD sepupu je okayy :))

ok,, tu je la kutt, mungkin ia tidak menarik, tetapi bagi aku ia tetap jadi kenangan cuti sekolah kali ni. :)

p/s: nak tengok lagi, sila usha di facebook
TQ

Tuesday, June 8, 2010

wahhhh. loong time (!)

dah lama gila tak update.
bukan takde cerita ingin dikongsi, sebenarnya banyak sangat - sangat
dah tak terkira jumlahnya. disebabkan komitmen terhadap spm (ye ye jee --')
blog terpaksa ditangguhkan. haha. okayy, sementara ada peluang ni,, ingin aku berkongsi cerita pertama.

1) aku hanya nak cakap yang ZIONIS ni memang bangsat!  aduihh. mmg la. isu palestin ni bukan setakat isu kemanusiaan kepada kita tetapi isu akidah juga. aku malas nak cerita panjang - panjang. kalau nak tahu, discover sendiri, pergilah dengar ceramah - ceramah atau, search kat internet. okayy?

2) SPM semakin dekat tapi aku ni tak pandai - pandai lagi. entahlah.. mak aku pun dah daftarkan private class tusyen untuk pecutan terakhirr.harap2 dapat la straight a+. aminn.

3)aku ada banyak sangat gambar yang ingin dikongsi tapi takde masa. banyak event kat sekolah. banyak nak cerita tapi lain kali la. haha. aku tau ramai RINDU aku. hahahaah.

4)aku tak tau kenapa tapi aku rasa, aku rasa, aku rasa YAYA dah jadi sebahagian daripada life aku. ecececeececehhh. YAYA! jangan perasann keyhh. 0.o. hahaha. malas la nak ulas lebih - lebihh.

5) SABTU ni geng - geng SKDS aku ajak gi jalan -jalan. hahaha. tak sabar. 

6) last sekali,, aku suka sangat balik rumahh! i miss everything.

Tuesday, May 11, 2010

my dear blog.

sorryy. tak ada masa langsung nak update. ermm. walaubagaimanapun, aku sihat sahaja di bumi Allah ni. STRIVE FOR SUCCESS! go ain! 

p/s: dh 2 bulan tak balik rumah.. waaaaa.. :((

Sunday, April 4, 2010

aku jumpa ni tadi!

Is your birthday day 1 of the month? 

Your Life 
You are very curious and dedicative. When you are interested in something,everything else has to wait. This is your quality. But if you learn to be more patient and complete what you have started, you will be successful 
inlife. 

Your Love 
You believe in love at first sight. You won't wait to learn more about the person. Vise versa, people who fail to impress you will hardly get a chance to be your friend. Your emotion is on the extreme. You can only love or hate, nothing in between and this often shows in your expression. Try not to 
end a relationship in a quarrel. 



haha. sekadar hiburan, tapi ada jugak betul sikit - sikit :))

kenapalah dengan tarikh hari ni ya? ( 4 APRIL 2010) :((

hari ini bermula dengan penuh kedukaan.
pagi tadi bangun dah la lambat gile, pukul 6.40. tidur kat bilik iylia, tidur kat katil dia tapi aku tergantung kat tepi katil tu. haha. pastu, bangun lambat, nasib baik sempat solat subuh. --'
pastu rushing2 pergi balik bilik sendiri, buka locker dan pilih mana satu baju kurung yamg hendak dipakai. aku pun pilih yang warna merah yang aku suka tu. pergi lah bilik iron, dan iron. mula - mula iron tu okay tau. sekali aku naikkan kepanasannya sikit, perghh. terus terbakar la pulak baju aku --' haihh. bodo. pastu aku pun tukar baju lain. ermm. kejadian seterusnya, waktu dah abis kem addmath tadi, aku pun balik tanpa nelisa dan shoe, aku jalan sorang sorang sebab nak jumpa kawan lama aku. aduhh, lepas tu aku pun jalan la nak pergi makan DM, sekali, ada pulak mamat dari SMK Sungai Buaya ni ha,, tunggu aku dan jalan sama - sama pergi DM dengan aku. eeee. segan betul. pastu jalan je la, nak buat macamana kan. haha. pastu jalan punya jalan, sekali, aku punya note terjatuh dan berterabur. aduihh. malunya.. kat belakang aku rupanya dah la ada arinah dan skin. gelak gelakkan aku tanpa tolong aku angkat brang2 yang jatuh tu dan terus berlalu. pastu si mamat ni tolong la angkat. pastu aku panas je tengok arinah gelak gelak. tetibe, aku dengar suara UTHAYA. aduuiiii. dia boleh gelak gile dahsyat tengok kejadian tu. OMG! malu siall. hahaha. dah la ada uthaya and the gang. aishhh. rosak reputasi aku. hahaha. erm. sebenarnya mamat ni nerd je. aku pun kenal biasa - biasa je waktu form 3. tapi DIA BAIK OKAYY. :) erm.. jadi aku teruskan jelah perjalanan ke DM. dan aku cepat - cepat nak balik asrama sebab nak check ada tak orang guna mesin basuh waktu tu dan aku cakap BYE dan THANKS kat mamat tu. hahaha. okay. kejadian seterusnya pula, aku, arinah dan skin nak pergi jalan - jalan dan usha - usha orang. erm. aku pun nampak amalina. pastu aku cakap kat dia, aku nak pinjam kamera dia, nak tengok gambar. dia pun kasi. pastu, balik - balik asrama je, terus plart suruh aku jumpa dan pulangkan kamera amalina tu. erm. aku pun dah cuak - cuak dah. rupa - rupanya, mak ayah amalina datang tadi dan mereka memerlukan kamera tu. waktu aku dah nak kasi kamera tu kat dia, amalina tengah nangis gile. Ya Allah, bersalahnya aku. aku rasa bersalah gile tapi sumpah weyh, aku taktau pun dia perlukan kamera tu sebab dia tak bagitau pun. erm,, TERUK GILE HARI AKU HARI NI! tak tahulah. aku rasa sedih sangat. kenapa terjadi perkara - perkara macam ni dekat aku. aku sedihh. Ya Allah berilah kekuatan kepada aku. aku redha seandainya, ini adalah antara kifarah dosa yang pernah aku lakukan. 

p/s: AMALINA. AKU SORRY SANGAT - SANGAT. aku tak tau. sorry. aku sanggup telefon ayah dan mak kau dan terangkan keadaan dan meminta maaf. aku sorry. aku harap kau tak marah aku. aku minta maaf sangat - sangat - sangat :((

to ZAHID; good luck SPM. :)

Wednesday, March 31, 2010

khairul akmal!! (tak tahu berapa kali dah aku post pasal kau. haha)

hari isnin,
ada penyampaian ANUGERAH DELF AI, A2, B1,
pastuu.. nak bagitahu kat sini bahawa,
KHAIRUL AKMAL BIN SALIM dapat HIGHEST dalam SEMASHUR DELF B1
dan KHAIRUL AKMAL BIN SALIM jugak dapat no3 DALAM MALAYSIA. wahh.



waktu tu, ketika diumumkan dekat perhimpunan dalam dewan bila sebut je nama KHAIRUL AKMAL BIN SALIM, demi Allah satu dewan tepuk tangan lama gilee, non-stop, sampai ada antara 0610 MENGALIRKAN AIRMATA. ye la, bayangkan, nama KHAIRUL AKMAL BIN SALIM yang selama ini, "KONONNYA" busuk, tiba - tiba jadi satu lagenda dalam SEMASHUR. pengetua baru yang tak kenal pun si KHAIRUL AKMAL ni, dah pelik - pelik dah,,, kenapa para pelajar tak henti - henti tepuk tangan. sumpahh cakap, terharu sangat sampai kami tak kisah, tepuk sampai tangan jadi merah dan sakit. 
kami bangga dengan kau KHAIRUL AKMAL. BANGGA GILEEEE! 

airmata yang tiba - tiba je rasa nak bergenang, teringat kau gile gile. :((

bukan nak cakap apa, tapi,,
CIKGU BUAT KEPUTUSAN yang salah. 
aku tak kisah kalau ada yang tak setuju dengan pernyataan aku ni.
hahaha.

tidak mengapa, KHAIRUL AKMAL BIN SALIM! TERUSKAN perjuangan SPM kauu.
yesss, we know you can do it. straight A+. aminn.


with love; <3
ain bz and 0610.

Saturday, March 27, 2010

exam dah habiss :)

yeahh! periksa sudah habis. setakat ni, dah dapat result BIO denagn BM. perghh. nak cerita sikit ni.
hahahaha. camni..

pagi tadi, lepas RE-TEST BIO, aku datang lambat ke kelas BM, aku cari - cari mana la budak2 kelas aku, lepas tu.. usaha je cari. haha. akhirnya jumpa. kat kelas math mod. aduihh. punye la penat aku cari. ermm.. aku pun melangkah masuk ke kelas. lepas tu, semua orang cakap tahniah kat aku, aku pun pelik la,, pastu aku ambil la kertas exam ups1 aku tu kat meja cikgu. tapi, sebelum ambil je kertas tu, cikgu dah terus cakap dengan KUATnya, macam satu SEMASHUR nak dengar. cikgu cakap macam ni "HA AIN! TAHNIAH LA, KAMU BOLEHLAH PILIH NAK KAHWIN DENGAN SIAPA, UTHAYA ATAU MIOR... sama - sama gagal" aduihh,, aku pun dah pelik pelik kenapa,, ermm. rupa - rupanya.. BM aku FAILL. 2%. --'. tak penah dalam sejarah hidup. waktu nak pergi kantin lepas tu,, ramai dah senyum - senyum kat aku. siott. dalam hati aku dah membangang - bangang. aku dah agak yang mesti cerita ni dah tersebar. gila la, cepat je tersebar.  hahaha. erm,, aku fail pun BUKAN sebab aku ni teruk sangat BM, ni sebab aku TAK GARIS LA, TAK IKUT ARAHAN LA dan macam - macam lagi. aduihhh. tidak mengapa kerana, orang ramai tahu yang aku ni seorang SASTERAWAN SEKOLAH. oklah. apa -apa pun BIO aku A-. hodoh kan A-? oklah. malas nak tulis dah, doakan aku,, aku tunggu result lain. doakan aku. tq :)

p/s: sayang gila cikgu RAFIDAH. terima kasih kerana menyedarkan silap saya. :)

Tuesday, March 16, 2010

special to INANI (10/3), SKIN AND LELA (13/3)

HAPPY BELATED BIRTHDAY





sabar ekk, aku akan beli hadiah birthday kalian. tungguuuu.
hahahha. AKU TAK WISH KALIAN TAK BERMAKSUD AKU TAK INGAT KALIAN. oraitt? 
:) peace yaww

dah kahwin dah orang tua ni :p. congratss uncle long :)


malas nak cerita panjang, sesiapa yang pernah baca post sebelum ni mesti dah tau siapa gerangan orang tua yang agak nampak muda ni :)). ok, dia dah kahwin ketika berusia 53 tahun. heheeh. 
tahniah ya UNCLE LONG :)





Monday, March 15, 2010

seminggu yang lepas .. about the shooting. :)

Tak tau kenapa, tapi kan, sekolah aku selalu sangat famous dalam kalangan orang - orang buat filem ni ha. hahaha. macam minggu lepas, shooting filem DAMPING MALAM telah diadakan di SEMASHUR. wahahah. popular siott. ada la beberapa artis popular yang datang. yang penting, AHMAD IDHAM ada la. haha. mula - mula krew filem datang, semua orang tak senang duduk, takut - takut mereka ni mengacau perjalanan hidup kami di SEMASHUR la kan. haha. tapi, bila shooting dah habis, memang agak sunyi la sekolah. dah takde orang jerit2, "ROLL, ACTIONN!!" hahah. erm. dalam masa yang sama, aku ni takdelah niat pun nak jadi extra artis, tapi, nak buat macamana, dah rezeki. haha. aku dapatlah berlakon untuk 3 scene, selain artis2 tu pinjam tudung warna warni aku dan pinjam beg prep aku. wahhh. teruja. erm. tajuk filem ni ialah DAMPING MALAM. filem yang bergenre seram dan bakal menemui penonton dalam bulan 11 atau 12 camtu. erm. good luck la, aku ucapkan kepada filem ni ya. :)

PANORAMA PENGGAMBARAN "DAMPING MALAM"




















erynn erynna. (tak tau salah eja ke tak :p)





(bersama amy mastura)

(elfira loy yang cantik)


(sipa tak kenal.. ini dia AHMAD IDHAM :DD )

p/s: aku hanya nak nasihatkan supaya orang - orang filem ni banyak2kan bersolat, dan jangan lupa Tuhan, barulah kerjaya anda akan sukses. aku bukanlah siapa -siapa untuk beri pandangan tetapi sekadar mengingatkan. (ada satu hari tu, waktu maghrib kut, IYLIA solat sebelah ELFIRA LOY. wahh. teruja :DD)

ok, habiss.

sekadar perkongsian :)