like ?

Saturday, April 25, 2015

Ceritera Cinta Pesta Pantun Bestari 2015 - Bukan Sekadar Dongengan (part 2)


DISEBALIK TABIR PERJALANAN CERITERA CINTA ini.



Aku tak pernah sangka untuk berada sejauh ini. KALI PERTAMA setelah BERTAHUN TAHUN meninggalkan antara salah satu cabang kesusasteraan ini.

Bermula dengan penyertaan pertandingan puisi Islam anjuran Pusat Kebudayaan, membawa aku untuk menghadiri bengkel penulisan cerpen dan Pn Jamliah mempelawa aku untuk bersama AKSI dan seterusnya tanpa diduga mengenali ahli dalamnya dan duduk semeja di majlis yang agak berprestij. Sembang sembang santai bersama mereka tiba tiba menjemput aku untuk hadir ke Ujibakat Pantun bagi mewakili UiTM.




Pada awalnya, tak tahu kenapa, aku sekadar hebahkan poster ujibakat tersebut di page FB Fakulti Sains Gunaan dan personal sahaja. Tapi mungkin dipinjamkan kudrat dr Ilahi, aku tak tahu kenapa aku pun pergi untuk sesi ujibakat tersebut. Hahahaha. Mungkin pada hemat aku, aku menghormati jemputan orang (Hariri dengan Iqa) untuk datang ujibakat. Dan pada masa yang sama at least nampak lah effort aku untuk kenal AKSI.

Pertama kali datang ke ujibakat tersebut, aku lost. Datang menonong je sebenarnya. Tanpa bawa sebarang harapan. Hahaha. Dalam Bilik Gemalai Gangsa tu, aku nampak kelibat Faizuddin dgn Asilah yang mana aku pernah jumpa masa pertandingan puisi yang lepas. Haha. (Nampak nauu org kalau jiwa sastera ni semua cabang dia nak teraaiiii)

Masa berganti masa (thrill gila bunyinya).. Latihan demi latihan aku hadiri.. gigih datang setiap latihan walaupun tahap exhausted aku. Haihh. Nauzubillah.. tak dpt dibayangkan. Haha. 90% dari kehadiran, aku datang tanpa mandi dari pagi (hahahhah. K. lantaklah). Hmm. Sumpah. Prestasi aku sangat teruk sebenarnya. Graf prestasi aku sentiasa turun naik. TAK PERNAH jawab bawah dari masa yang ditetapkan. HAHAHA. Tapi, sebenarnya, mulia juga niat aku pada masa tu. Memang lepas perjumpaan pertama untuk ujibakat, aku dah terkesima dah. Kenapa aku tak pernah terdedah dengan ilmu ilmu pantun macam ni (Ke aku lupa apa yang Cikgu Rafidah dgn Cikgu Sukarno ajar waktu sekolah dulu? Haha) Serius, aku rasa teruja.  Jadi, nak dijadikan cerita, tiap kali datang latihan, niat aku nak tuntut ilmu.
(ha kau, sampai tunduk tunduk sampai tembus kertas tu agaknya)

(muka aku stress je manjang. nasib baik cantik. hahahaha)

Sebab aku sangat sangat hargai ilmu yang tercurah. Sebab aku ni jenis yang sentimental sikit. Aku faham perasaan seseorang yang mencurahkan segala ilmu yang ada untuk kebaikan generasi seterusnya. Modus operandi “penurunan ilmu” ini sama konsepnya macam dulu dulu cari pelapis untuk waris KOMANDER KESATRIA aku. Atas dasar yang sama, iaitu kita taknak ia pupus. (dah diam, mohon move on dari kehidupan lampau)

Aku sebenarnya sikit lagi je nak give up dari teruskan latihan. Yelah. Mana tak nya, aku macam masih lost. Masih hilang. Sebenarnya, minat je tak cukup. Benar ! Minat tu perlu seiring dengan usaha. Secara peribadi, aku terhutang budi dengan Hariri (Klik sini kalau nak kenal) hahaha. Bila aku rasa nak putus harapan, mesti bayangan kata kata Hariri pada awalnya akan menyelinap dalam kepala otak, urat saraf aku (hahaha, kemain kauu. Over nauu) Aku rasa dihargai when he said that I got my own pesona and the nice voice. Dia jugak cakap aku boleh pergi jauh kalau berusaha. Aku ingat lagi dia cakap habis dari latihan dekat bilik mesyuarat pejabat Pusat Kebudayaan. Sebab tu aku jadi semangat. Bagi aku, prinsipnya satu je, KITA TAK TAHU APA YANG ALLAH TENTUKAN UNTUK KITA, yang penting kita cuba sedaya upaya. J

(Inilah kitab pantun akuuuuuu. hahaha. kalau buka, nauzubillah konfem tak paham punya)


Dah nak dekat sebulan lebih latihan dijalankan, aku masih ditakuk yang lama. Sampai pengajar kami (Hariri lahh siapa lagi) ambil inisiatif untuk beri aku latihan intensif secara personal. AHAHAHHAHAA.. KAU MAMPU ? hmm jangan ingat free dan senang lenang aku dapat peluang tu ehhhh. Sebelum latihan intensif tu, malam sebelumnya dia call okayyyy. Kena basuh jappp, bakar bakar semangat sikit. Ha, barulah terbuka hati nurani ni untuk usaha sungguh sungguh sampai terpilih. Teknik demi teknik diajar SUPAYA AKU DAPAT JAWAB PANTUN KURANG DARI MASA YANG DITETAPKAN. Hahahaha. Kejar masa gila. Lari sekejap dari masa lapang/tugas hakiki semata mata nak timba ilmu dengan sifu ni. :D

Alhamdulillah. Latihan intensif tersebut membuahkan hasil ! Hmm. Secara peribadinya, aku dapat rasanya prestasi aku semakin meningkat, walaupun tak sehebat kawan kawan lain, tapi okaylah. TAKDE LAH KE LAUT SANGAT. Hahahaha. Rasa gembira tu Tuhan je tahu. Disebabkan aku rasa lebih ‘bernyawa’ atas usaha aku, jadi kalau ada apa apa yang akan terjadi selepas itu (misalannya tak terpilih jadi wakil/pemantun) aku akan redhoo je :) Yang penting ilmu ni BUKAN SEMUA orang boleh dapat dari tepi tepi jalan.

Sekali lagi syukur kepada Allah, akhirnya aku terpilih untuk jadi pemantun UiTM bagi pertandingan pertama bagi kami kami yang mudaaaaaaa hijau ni. Berat sungguh pundak ini dengan amanah yang dipikul. Walaupun tak seberat pemantun pertama, aku sebenarnya ada bawa sesuatu yang orang lain tak nampak (haha, saspen tak ?) Hmm. Takde apa pun, cuma aku nak balas jasa Hariri atas semua jasa dia. Tak mampu balas dengan wang ringgit tapi mungkin boleh balas dengan usaha sungguh sungguh dari diri yang serba hina dina dan jijik ini. (sadis tak bunyinya? )





(Team Darah Ungu)


Akhirnya Tuhan permudahkan perjalanan aku dan sahabat yang lain. Berjaya jejak ke Peringkat Akhir Pesta Pantun Bestari 2015 ini dan merangkul tempat ke 2. Sesungguhnya nikmat ni datang dari Dia. Kita bukan siapa siapa kalau bukan kerana rahmat Allah tu sendiri.

 

Mungkin ini berkat hormati guru, minta halal ilmu yang diajarkan, dan jangan sekali kali sombong, riak, takbur. Dan yang paling penting ikhlas dalam setiap ilmu yang kita tuntut. Semoga segala yang dititipkan ini bermanfaat buat semua.

Secara peribadi juga sebenarnya, nak ucap terima kasih kepada Muhammad Hariri Nasir atas segala tunjuk ajar, carutan, pujian dan komen komen membina sejak hari pertama latihan. Wan Yusuf dengan Syafiqah Hani juga banyak sangat membantu cuma secara peribadi lebihnya nilai sentimental terhadap Hariri. sobss sobss. (Hariri je yang berani bahan kulit TANNED gua and cakap gua gedik waktu pertama kali jumpa. errr. wth ? hahahah. Nasib baik mak jarang sentap noks. haha.)

Thank you bro. May Allah bless you and the effort !




 (hmm. banyak gak gambar dengan Riri. haha.)


Rasanya dah tak ada apa nak dicoretkan lagi. Cuma kalau kalau ada student UiTM yang terbaca tulisanku ini, dan berminat untuk sertai pantun, kami amat mengalu alukan kehadiran kalian. 

Tapi ingat, dalam SETIAP apa yang kita ceburi, jalannya bukan mudah, #OnlyTheStrongWillSurvive
Cuma kami ada aset terbaik yang pernah kami ada..

Kami ada Faizuddin Hashim yang tampan dan mampu mengugat jiwa gadis gadis kota dan jua desa.

 

(mohon pm sis laju laju untuk berkenalan dengannya. hahaha. PEMANTUN PERTAMA pasukan UITM B - Pesta Pantun Bestari 2015)


Okay. Mohon kanda Izu tak marah Dinda Ain Gorgeous ya. Bercanda sekali sekala apa salahnyaaa. ehems. (mati la nakkk aku kena kelar nanti)

okaylah. Akhirulkalam. I just wanna say, I love them so much. Semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa. Gurau gurau manja, sentap carut sikit sikit harap tidak simpan di dalam hati


Love you all.
HANI, ASILAH, AFRINA, ZATIE, HARIRI, IZU, FAI, WAN DAANNNNNN KAK ILAAA


Friday, April 24, 2015

Ceritera Cinta Pesta Pantun Bestari 2015 - Bukan Sekadar Dongengan (Part 1)

Assalammualaikum cinta. Apa khabar ? ehek ehek. :p

Biar gambar berbicara

Genap seminggu sudah berlalu Pesta Pantun Bestari IPTA 2015. Namun aku, dan sahabat lain, rata ratanya belum boleh move on dengan kejayaan yang telah dikecapi. Sesungguhnya, tak pernah terfikir untuk pergi sejauh ini. Kali pertama, percubaan pertama, dan hanya 
sekadar pasukan percubaan.

Alhamdulillah, apa yang berlaku ini semua atas izinNya. Kejayaan yang diraih pula ini semua atas rahmat dari Allah juga. Hanya Dia yang mampu mengangkat dan merendahkan martabat bagi orang orang yang dikehendakinya.

Tahniah diucapkan kepada kedua dua pasukan pantun UiTM (UiTM A dan UiTM B) kerana telah berusaha sedaya upaya mengharumkan nama UiTM seharum kasturi. (gitchewww)
Tak pernah menganggap pencapaian merangkul Naib Johan Pesta Pantun Bestari 2015 ini hanya kejayaan bagi pasukan UiTM B sahaja. Bagi aku ini kejayaan kita bersama.


 Bertatih sama sama. Berlatih sama sama. Bawa nama UiTM sama sama dan harungi susah payah pahit getir sama sama. 

UiTM A juga tak kurang hebatnya, 
Berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir dan dua daripada pemantunnya banyak mecurahkan ilmu pada aku dan sahabat yang lain

TERIMA KASIH juga dari ruang hati aku paling dalam buat kalian juga. Terima kasih atas segala memori. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Terima kasih juga untuk persahabatan kita ni. Bagi aku ini magis !




Kita mampu bina hubungan ini dengan baik. Tak pernah aku duga. Sumpah !
Tak tahu nak cakap macam mana dah sebenarnya. Aku pasti dan yakin yang kalian juga payah nak move on seperti aku. Seperti ada satu kuasa yang betul betul kuat untuk menyatukan kita.
Walaupun ragam kita berbeza, rajuk yang tak sama, personaliti berlainan malahan dari fakulti yang pelbagai, kita mampu bina satu tugu persamaan tu. Kita bertemu atas dasar ilmu dan cinta kepada cabang sastera dan budaya ini. Aku bangga. Aku bangga kenal dangan keluarga baru ini.
Semoga kita mampu bersama sama lagi untuk membawa panji destini anak bangsa yang tercinta ini. Pilu rasanya andai kita tak dapat berjumpa lagi. Mohon untuk tidak berada jauh dari diri ini. (Dah kenapa ayat tacing niiii ? hahah)

TERIMA KASIH



Buat Bonda Jamilah Mat Zain yang banyak membantu dibelakang tabir dan urusan pentadbiran

Kanda Muhammad Hariri Nasir bertindak sebagai guru kami, jurulatih, abang dan apa apa lagi yang berkaitan. Tanpa usaha kanda, kami pasti tiada.

Dinda Syafiqah Hani pinjamkan sedikit gaya dan pesona yang memukau sebagai contoh buat kami. (Sampai sekarang, cakap biasa pun tangan nak gerak gerak macam pantun. hahaha)

Kanda Faizuddin Hashim, yang buat mata tak jemu memandang. Tampan dan memukau. Buatkan diri ini begitu bersemangat untuk terus berada disisi sebagai pemantun kedua.

Dinda Zila Zain, gerakan pantas yang begitu membuatkan kita semua ingin mencabar diri supaya jadi sebaik dirinya. (Yang tak henti henti mengeluh bila menang di setiap peringkat dan asyik nak balik jePeribadi yang baik dan mulia andai tahu siapa dirinya yang sebenar.

Kanda Fairus Basiron yang sentiasa positif tak kira masa. Rasa rimas juga dengan kepositifannya itu. Hahahaha. Tak mengapa, respect kepada kanda kerana sentiasa tabah dalam menghadapi carutan demi carutan hadek hadek. Hahaha.




Dinda Nik NorIzzati, sangat terpancar senyuman tak kira masa. Tak pernah lihat kerutan dimuka. Sentiasa ceria. Paling gigih sebenarnya. Tak berkira wang dan tenaga. Bayangkan setiap hari kalau ada latihan, dia sanggup berhabis wang untuk ke UiTM dari rumah sewa menaiki teksi.(huishhh. ini lah yang dinamakan pengorbanan)

Dinda Fatin Nur Afrina, hmmmm. Nasib baik kita tak satu team, kalau tidak, pasti tak keruan dibuatnya nanti asyik nak tengok mata yang menggoda itu sahaja. MasyaAllah sisturrrr, cantiknya mata. Gaya tersendiri dan comel. (Please do not grow up so fast. Dinda lah yang paling muda dalam keluarga kita ni :p)

Dinda Asilah Jamil, tahap kematangan yang tak dapat nak sangkal. Tapi tu lah, angin dinda cepat berubah. Takut tauu dinda. Haha. *wink wink* ( Respect padanya kerana mempunyai pembacaan yang luas dan hubungan jaringan yang baik.)

Tak lupa juga TERIMA KASIH kepada
Kanda Wan Yusof atas ilmu dan bantuan yang tak berbelah bagi buat kami. Tak pernah menolak andai pertolongan diminta.
Kanda Dinda AKSI dan mantan pemantun UiTM sekalian. Terima kasih atas doa dan sokongan/bantuan yang diberikan buat kami yang sangat hijau ini.


Kanda Dinda pemantun Universiti lain yang budiman yang banyak tunjuk ajar dan memperbaiki kesilapan kami.
Juri juri budiman atas tips dan komen yang sangat membina




 Akhir sekali terima kasih kepada urusetia dan pihak penganjur Kolej Keempat Universiti Malaya. 
You guys made it ! Seronok kan berprogram ? Dengar cerita tak boleh move on ? Hehehe.




 Hmm. Congratulation kepada semua yang terlibat ! Please be proud !



#UiTMDiHatiku
#MogaBerkembangWarisanPusaka

Nak tengok gambar lagi ? boleh klik di bawah


p/s: Jika nak tahu cerita disebalik tabir, perjalanan suka duka aku dan sahabat yang lain, boleh lihat entry post selepas post ini.

Saturday, January 10, 2015

Wali


Salam Alaik.



Ayah. BZ_MR
Bahagian 1. | Betapa sering kita kasih kepada ibu, kita lupa kepada yang lagi satu |

Tak tahu kenapa, aku tiba tiba rasa nak bicara pasal ayah.
Aku jadi sebak. Aku jadi pilu bila aku fikir semula, betapa jarangnya aku berfikir mengenai ayah berbanding ibu.







Ingat lagi waktu pertama kali aku menjejak kaki ke Sekolah Berasrama Penuh, ayah belikan MP3 untuk aku (MP3 yang jenis guna bateri AAA). Ayah kata, "Nah, kau amik ni, Kalau bosan bosan dkt Ulu Yam yang takde apa ni, nak dengar lagu, dengar je lah. Entah lagu apa yang ada dalam tu, ayah ada masukkan sikit"


Ingat lagi waktu first time dapat laptop sempena dapat 8A PMR. Ayah belikan netbook jenama ACER - Aspire One yang takde CD Driver . Ayah kata "Tu, amik dalam bilik, hadiah laptop untuk kau. ok tak ? okaylah kot ni, kecik, senang bawa pergi mana mana, ringan, senang kau nak buat kerja/projek kat sekolah"


Ingat lagi waktu first time nak masuk universiti dulu, ayah tiba tiba bagi handphone cap ayam. jenama I-Mobile. Ayah kata "Nah amik ni, fon murah je ni tapi kau amik je lah, fon ni ada TV *sambil tarik keluar antenna fon. Kat sini kan mana ada TV, kalau bosan kau tgklah kat sini, Tgk berita ke, AJL ke, bola ke"


Ingat lagi aku waktu awal semester degree hari tu. Ayah kata, "kau nak printer ? minggu depan boleh tak ?" dan pada minggu depannya, ayah bawak printer dan handy-scanner. Ayah kata, "Amiklah ni, Printer ni dah repair tapi dia takde scanner, nah kau amik ni handy-scanner, portable ni, Boleh jugak guna untuk scan nota atau buku" *sambil tunjuk cara guna*.



Ayah nampak MACAM kedekut. Ayah kadangkala MACAM annoying. Kadang bukan aku tak bersyukur tika itu, tapi apa yang dia bagi tak memenuhi kehendak (*which is should be ignored) aku. MP3 guna bateri ? Laptop tak boleh masuk CD ? Fon Cap Ayam ? Printer lama + Portable scanner ? Betapa 'lame' nya semua ni. Kawan kawan yang kononnya up to date mesti akan ketawa sinis. TETAPI bila difikirkan balik. Allahu.. Setiap yang ayah bagi tu semua ada hikmah. Semua diberi demi kesenangan aku. Demi keselesaan aku. Dan kebijaksanaan ayah juga nampak dalam mendidik aku supaya tidak begitu demand dan materialistik. DAN SUDAH TENTU semuanya demi untuk pastikan aku belajar dan terus berjaya hingga ke peringkat yang kalau boleh lebih tinggi dari pencapaian dirinya.



PENGORBANAN AYAH SEBENARNYA SANGAT BESAR MESKI IA KABUR ATAU MUNGKIN AYAH SENGAJA MENGABURINYA :(




Allahu. sebaknya rasa bila aku terkenang semua ini. :( Tiba tiba tergerak hati di subuh hari ini dan rindukan ayah. Aku terfikir, apakah yang berada di fikirannya andaikata aku minta izinnya untuk aku bernikah nanti ? Adakah ayah  sudah bersedia lepaskan anak sulung dia ni kepada orang lain yang akan ganti tanggungjawab dia? Seseorang yang sedia terima kerenah aku sepertimana ayah dapat tahan selama ini.. Adakah ayah sudah sedia ?  :(


Thursday, December 11, 2014

Arief Othman Kuasa 2 . Adakah dunia ini terlalu kecil ?

Hi ! Salam alaik semuanya.  Apa khabar ? (Aku tanya apa khabarrrrrr semuaaaa*gaya sonaOne + Joe Flizzowwwww*). Serously, I bet, nowadays, people tend not to blogging. They prefer instagramming, facebooking, twitterring, wasseping and whatsoevering lagi.

 Tetapi, demi anak anak bangsa sekalian, duduknya saya di depan lappy ini (gaya pengucapan awam) bukan kerana saya rajin sangat nak menulis tapi, mmg cuba untuk rajin dan merajinkan diri untuk menulis semula, di samping mengelakkan followers Instagram or friends di Facebook rasa annoying dgn post yang panjang tiap kalngin bersuara. Hahaha.i aku i

Terus direct kepada topik hari ini,

“Arief Othman kuasa 2” 



dalam coretan ini ada 2 watak yang dilabelkan dengan warna yang berbeza.

____________________
dan
____________________


Okay, awal mula pertama mula, ceritanya pendek je kot tp mungkin cara olahan ayat gua ni akan jadi panjang, *maybe* sebab sumpah tak reti nak padatkan ayat. Haha. Okay. 
Jom start.
Actually, ada suatu hari ni, aku post gambar dekat Instagram, and there was someone comment on that photo. And I wonder, siapa eh dia ni ? HAHA. Then, masa berlalu pergi, so, takpelah kan, maybe random person commented on random post. Kemudian, ada suatu hari aku scroll over my facebook timeline kan, then scroll sampai ada satu post yang agak menarik perhatian about something yang mungkin ada kena mengena dengan politik dan negara. Dan status tersebut di post oleh seseorang bernama Arief Othman. Dan apabila aku nak komen dekat situ, nak mention nama ‘Arief Othman’ dekat ruangan komen tu, tapi tiba tiba keluar 2 nama yang sama. Ejaan yang sama. Dan aku seperti tertanya tanya, kenapa ada dua profile yang berlainan *gambar berlainan* tetapi ejaan nama yang sama. And suddenly I recall my memory . . . . .



Rupa rupanya, ada suatu hari tu, aku macam teringat kembali kenangan waktu aktif bersajak, pidato, pantun kat sekolah dulu, dan aku terjumpa satu artikel di laman web YBK Hulu Selangor di mana pada tahun 2007 dulu, aku ada join satu festival kemerdekaan ke 50 tahun. Dan kat dalam tu ada mention nama aku sebagai pemenang tempat pertama pertandingan Deklamasi Sajak dan seorang lagi pemenang Pidato Kemerdekaan iaitu Arief Othman


(Abang Arief kat belakang ber-blazer, aku pula yang 
berbaju kurung merah mak ngah tu)

So, at some point aku tiba tiba tergerak hati untuk menjejak di mana abang Arief yang bagi aku boleh dikatakan idola dalam bidang kesusasteraan ni. Memang kehebatannya tidak boleh dinafikan. 

Nak dijadikan cerita, aku pun search friends kan FB, konon nak carik lah abg arief idola dahulukala ni, then jumpa lah. Jumpa tu jumpa tapi banyak lah pulak nama sama. So, dengan suka hati aku je, main add je ada profile yang ada nama sama ni. Just try an error sebab mcm ada mutual friend eventhough satu je, aku add je *sbb kalau nak tgk gmbar, mcm tak jelas sbb bukan gambar style selfie gitcheww*. HAHAHA. So, bila dah di approve tu, aku pun try bukak profile tu, alih alih, salah orang. HAHAHAH. Then, tak terfikir pun nak unfriend. So biar je lah kan. Jadi, usaha diteruskan untuk menjejak Abang Arief tu, dan akhirnya bertemu juaaaa (mcm jejak kasih je, sedangkan dia entah entah tak kenal aku pun)

Jadi, aku dapat relate, propaganda Instagram aku rupanya followers akan automatically sync dgn FB friends aku. So thats why aku boleh difollow dan mengfollow Arief yang satu lagi tu. Dan aku rasa, selagi it will not harm me, why don’t we being friends walaupun di alam cyber je.(cehh , bajet jeee) Hahaha.

Ada suatu hari tu, ternampak satu post Arief ada post gambar dekat instagram dengan Dato Dollah (Dato Abdullah Said, TNC HEP UiTM) berlatar belakang kan dewan Annexe kat UiTM Shah Alam. At that time, aku mcm terfikir sesuatu, “Haishh, this guy must be ‘someone’ kat UiTM Shah Alam ni. Gambar ni mcm ala ala program leadership or something je ni” . Tapi aku takdelah nak figure out sangat. Malas nak jadi stalker sbb tak ada kepentingan pun *ye lah, kan tak kenal*. Hahaha :D Lagipun aku masih belum tamat pengajian lagi dekat UiTM Kuala Pilah yang nuunnnnn disana tu. Hahaha.

Hari berganti hari, sampailah aku dapat tawaran sambung belajar Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam, aku ada post gambar surat tawaran, and again, Arief ni komen something yang mcm “welcoming wishes” untuk aku yang nak on the way ke Shah Alam time tu. So, aku pun macam okayyy, see you when I see you then.

Cuma apa yang pasti, aku taktahu, siapa dia, course apa, umur berapa, duduk kat mana, dan apa apa lagi lah. Just a random cyber friends. Hahaha.

 
TIBA TIBA. Jeng jeng jeng. Minggu lepas ada penamaan calon tau untuk pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang akan bertanding and becoming our next Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Induk UiTM Shah Alam. Pada malam penamaan calon tersebut, aku memang berada di tempat kejadian sebab ... (aku insyaAllah akan berkhidmat untuk Fakulti Sains Gunaan memandangkan aku insyaAllah akan bersama sama barisan Sekretariat Mahasiswa Fakulti FSG). Keberadaan aku di situ of course nak bagi support dekat calon calon FSG yang bertanding.

Nak dijadikan cerita (ayat cliche berulang ulang), aku duduk dekat bangku depan office HEP, then tiba tiba nak pusing ke belakang nak tengok ramai tak pelajar yang datang. Sekali tu, zzzuuuppp! Aku terpandang suatu sosok tubuh (cehh, mcm cerita hantu je), memakai blazer, bertali leher senyum ke arahku ala ala wakil rakyat gittuwww. Then, I was like, err errr, MACAM PERNAH NAMPAK . terus amik fon, klik Instagram, search and yes ! jangkaan tidak meleset. Mmg sah ini lah Arief yang dalam Instagram tu. hahah

Rupa rupanya Arief ni bertanding untuk pemilihan JPP bagi Fac Masscomm. Perghhh. See, as I expected, dia mesti 'someone' punya dekat UiTM Shah Alam ni. Hahaha. Okay pada hari Pengumumun Keputusan Pemilihan JPP, aku datang mmg atas tanggungjawab beri sokongan pada fakulti aku tapi pada masa yang sama aku nak tengok Arief ni menang ke tak. Hahaha. Bila diumumkan keputusan JPP untuk Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, dengan meraih 500++ UNDI *if I was not mistaken*, Arief ni menang and dapat undian terbanyak mengalahkan calon calon lain. Aku terEXCITED sampai tepuk tangan and bersorak lah jugak untuk YB baru ni. Tapi, awkward moment bila aku sorak “Arief!” rupanya, geng geng masscomm kat belakang dok sorak “Luqman!” hahaha. Well, like I said, I just know him as I know him sahaja. Just a random friends. Panggil Arief sbb nama Instagramnya Arief soo.. what do you expect ? hahahha. Then, I try to find the oppurtunity to meet up this new YB. FIRST TIME bercakap secara nyata di alam fana ini. And yes, sudah tentu intention utama nak congratulate dia kann. *Hard to deny, but trust me, dia agak kacak but I expect dia mcm tinggi lagi dari ini. hihi. sorry Arief. biasalah tu kan persepsi, hihi*

Tahniah diucapkan kepada LUQMAN ‘ARIEF BIN OTHMAN. Semoga menjadi perwakilan pelajar yang sentiasa berkredibiliti dalam membawa hala tuju UiTM tercinta ke arah yang lebih jitu. Demi anak bangsa.     





Last but not least, wanna know something ? I found out that, rupanya dua dua ARIEF OTHMAN ni saling mengenali antara satu sama lain. Dan ini sangatlah musykil mengapa, dimana, bagaimana. Hahah. Mungkin nanti kita boleh duduk satu meja berdiskusi di samping hal negara, aku rasa aku perlu tahu apa hubungan mereka. Lulz. Hahahah.
Dua dua YB dan pemimpin muda yang hebat I guess.

Mungkin lepas ni, iols dah boleh ada link dgn MPP induk yg baru. Mungkin untuk guideline. Mungkin jua untuk join venture program dengan fac lain kannnn. Atau mungkin boleh memulakan empayar sedari awal ini. hahaha. *Ada antara bakal MPP baru ni, bekas komander juaa. #I'mProudBebeh


SUMMARY 

Cari cari idola lama di FB --> Add friend tapi salah orang  --> Cari semula orang yang betul --> Orang yang salah dibiarkan sahaja jadi rakan di alam maya --> FB sync dgn Instagram --> Jadi friend dekat Instagram --> Kami belajar di kampus yang sama --> Bakal orang penting UiTM --> Akhirnya berjumpa secara real --> Bangga kenal one of upcoming MPP. Kbye. Tu je.



p/s: Act, I minat sesangat nak masuk Masscomm or maybe any management related course tapi tapi, ayah tak bagi eventhough dia pun dulu grad masscomm kot :/ lulz. so, teruskan perjuangan dalam FSG ni. and with new love, Bachelor of Sc (Hons) of Textile Technology. Pray for me. :* 



Maafkan saya atas bahasa rojak yang digunakan. Mohon untuk tidak meniru tatabahasa dan serba serbi ayat dalam coretan ini untuk kegunaan formal andaaaaa. 

Saturday, August 23, 2014

Bukan salah EMBUN atau KIOSHI, Edisi Tragedi "Dapur Anganku Musnah".

Assalammualaikum. Ya Allah, berhabuk bersarang dan berlapis lapis dah debu kat blog aku ni. Dikuatkan jua kudrat untuk mula menulis semula walaupun aku tahu, mcm tak ramai je yg baca. Cuma aku nak cerita panjang sebab malas dah nak explain bila orang tanya tanya kat wassep, twidder, fesbuk dan stagrem. So, I'm back people ! untuk menceritakan sesuatu yg diharapkan menjadi iktibar kepada yang lain.

18/8/2014
Pagiku bermula seperti hari hari menanggur ku seperti biasa. Rutin surirumah part time. Pagi kayuh basikal kejap ke sekolah Afeeq adik aku sebab nak pass kan sempoa dia tertinggal. So, dlm perjalanan nak balik tu singgah pegi pasar nak beli sayur utk masak hari tu.


Petang tu aku tengok filem Embun tau dekat Astro Prima. So, bila dah lama tak melayan perasaan dan jiwa patriotik ni, jadi eksaited (ejaan melayu sgt. Lulz –‘) berlebihan. Tiap kali scene, tiap kali tu lah update dkt fesbuk and twidderrr.
Nak dijadikan cerita, jam 4.30 petang cerita tu tamat, dan aku masih melingkar lingkar terasa seperti kemalasan untuk bangun dari baring depan TV time tu. Nasib baik baju dah cuci, sidai, pinggan pun dah licin siap basuh, susun, lantai dah bersapu semua. Sumpah, walaupun pagi tu dah beli sayur, beli tempe nak masak utk dinner (rutin aku mmg masak dinner), aku takde mood dan takde hati langsung nak masak pada hari tu. Aku pun terus capai telefon rumah, NIATNYA nak call ibu, untuk ibu tapau je makanan kat luar untuk dinner malam tu. Aku teringin sangat nak makan burger. Tetapi, niat aku terbantut, bila telefon 76 kali (hiperbola, sebenarnya 4 kali je) tapi enganged je. Masuk voicemail. Hmm. Jadi, disebabkan tak dapat call ibu dan aku mengenangkan, andainya aku tak masak petang tu, kesian ibu, ayah, adik adik aku balik takde makanan atas meja untuk dorang semua.

Jadi sebagai anak yg degil tapi sebenarnya mithali ni, aku turutkanlah hati untuk pergi ke dapur untuk start masak. Hmm. MULA MULA, KITA PANASKAN MINYAK YE (nada suara Chef Wan sikik), hahaha. Aku panaskan lah minyak mcm biasa, and sementara nak tunggu panas tu, aku pergilah isi air, masak air kat heater, isi dalam peti ais, dalam masa 3 – 5 MINIT je pun. DENGAN KUASA ALLAH, aku pusing je belakang, tgk dapur, api tu nampak besar, melekat sekeliling kuali tu (mohon korang bayangkan abg yg selalu masak char kuey teow kat pasar malam tu, kau akan tahu gambaran apinya macam mana). Well, aku pun apa lagi, FIRST IMPRESSION, of course lah panik gila khinzir punya. Tapi aku tarik nafas, tutup api gas dapur tu, pastu cuba padamkan api sekitar kuali tu dengan api, tapi, sebaliknya berlaku, api menyambar, makin besar dan terus ke exhaust fan atas dapur tu (kitchen hub), aku makin panik, terus pegang je kuali tu dgn tuala nipis yg ada kat situ, angkat ke singki, dan buka running tap water, tapi, api dkt kuali still tak padam. Dah pulak dah, timbul masalah lain dekat bahagian lain, hmm. Aku pun lari - lari, capai telefon rumah, call ibu tak dapat, call ayah banyak kali tak angkat. Hmm. :3 Aku cuba untuk independent, then cari tuala and aku basahkan, cuba untuk padamkan bahagian atas kitchen hub yang dalamnya ada exhaust fan tu, tapi still tak berjaya. Besi atas tu, dah sikit sikit mencair jatuh atas dapur tu. Asap hitam dah keluar dahhhhh. Aku menangis, sambil mulut ni kumat kamit “Allahuakbar” sentiasa. Takut sangat. Takut. Macam macam bayangan dah keluar kat kepalaotak ni ha. 

Terus, dekat pintu dapur tu, aku Iqamat, sbb aku tahu kalau bab bab api ni, mesti ada saham syaitan dalamnya. Aku tawakal, terus lari keluar rumah minta tolong jiran jiran. Well, time tu dalam pukul 5.15 ptg, kebanyakkannya semua orang tak balik kerja lagi, mesti baru je gerak dr office. :3 Minta tolong jiran sebelah, tak menyahut sedangkan ada kereta. Hmm, aku pun lari sampai hujung taman ni, teringat ada sorang pakcik AJK Taman ni sentiasa ada siang malam (aku taktahu dia kerja apa sebab sentiasa ada kat rumah). Dengan teresak esak, dah macam drama TV, “Pakcik tolong saya, rumah saya terbakar ! pakcik ada tak ‘fire extinguisher’ ke ?” Pak Cik tu pun mcm “Hah? Rumah terbakar? Rumah No berapa?” tanpa sempat aku bagi tahu, terus dia ajak aku pegi rumah time tu jugak, dia berlari pecut mengalahkan fitness aku yg dah berkarat ni (lawak tu lawak tapi, TERHARU, PAKCIK TU LARI LAJU) , then cuba nak masuk rumah… tapi, masyaAllah, asap hitam dah berlegar legar kat ruang tamu, sampai ke luar pintu rumah. Nak masuk tak boleh, sangat gelap. Makin menangis aku. Disebabkan handphone aku takde kredit, minta tolong pakcik tu call kan bomba. Hmm.

Pakcik tu yang selesaikan semua. Aku dah tersadai kat tepi menangis. Aku pinjam fon pakcik tu lagi untuk call ibu dgn ayah. Dah dapat tahu, ibu ayah tanya macam macam bertubi tubi dalam situasi getir macam tu. Aku malas dan kecewa atas pertanyaan dorg yang seperti tu. Sbb aku sendiri dah kehabisan kata kata dan cuma menanti bomba tiba dan kepulangan mereka. Alhamdulillah, dalam masa 10 minit, bomba sampai. Soal siasat sikit, dan beberapa anggota masuk ke dalam rumah dengan memakai oxygen mask. Ada salah seorang abang bomba ni, bertanya ada orang lain tak dalam rumah, aku pun jawab tiada, cuma ada seekor kucing yang saya tak tahu lokasinya di mana ketika ini. Abang bomba yang paling hensem aku rasa (okay, sempat lagi :p), jalankan misi untuk cari kucing, and beberapa anggota yang lain pergi ke bahagian dapur untuk memadamkan kebakaran. Tapi dorang tak guna hos air, guna pemadam api biasa sebab api dah slow, tapi still bahaya jika dibiarkan.

Aku kat luar, berdoa dan tunggu dengan penuh harapan, supaya tiada apa apa yang buruk terjadi. Dan Alhamdulillah semuanya selamat. Kucing pun selamat. Diselamatkan oleh seorang anggota bomba yang mengatakan kucing aku tu menyorok bawah bantal dekat bilik atas -.- . Sempat lagi abang bomba pujuk aku jangan nangis. Err err. okay tak nangis dah. Tak lama lepas tu ibu sampai, dan pihak bomba ambil segala jenis keterangan dan macam macam yang perlu disetelkan. Dan trak bomba, van bomba, kereta polis semua pulang ke balai masing masing. Dah settle semua baru ayah sampai. Hmmm. *no comment*



 Dapur terbakar, Aku trauma. Kecewa. Rasa loser.

Cuma apa yang aku boleh kutip hikmah dari kejadian ini untuk tatapan korang ialah

1)      Safety first ! keep on eye terhadap dapur gas dan api jika menggunakannya. Jangan lah berani berani tinggal WALAUPUN 6 SAAT (cehh, perlu ke contoh 6 saat ? lulz.)
2)      Family is your priority !  Call dari family, wajib angkat. Hmm hmm. Angkat tau.. (walaupun boipreng ada kat sebelah, pastu mak suruh balik cepat. Kihkih)
3)      Tanamkan semangat kejiranan yang tinggi. Please. Kau bukan hidup sorang atas muka bumi ni.
4)      Jodoh boleh dicari di mana mana. Termasuklah di ketika saat genting ni. Mana dapat jodoh bomba pulakss. HAHAHA. (kalau kau dah ada calon, dah ada cinta hati, tayah nak gedik ! usha sikit sikit takpe kot :p)
5)      Insurans rumah kena ada.
6)      Jangan panik bila bencana tiba. Tuntut ilmu pencegahan sebaik mungkin. Kalau boleh, dekat rumah tu sediakan fire extinguisher tau.

Dan yang PALING PENTING dalam kes aku ni ialah


7)      Kadangkala kita kena ikut kata hati kita. When it says NO, and kita buat jugak, pasti akan ada something buruk akan berlaku. Sebab gerak hati ni pun ada masanya ‘jentikan’ dari Allah. Cuma minda kita kena fikir jugak lah either tindakan yang kita nak buat tu buruk atau tak. 

p/s : Terima kasih kepada Balai Bomba Rawang atas servis yang bagi aku agak memuaskan. Terima kasih

KEPADA ADIK ADIK, PLS JGN MAIN API DAH. YOU NEVER KNOW PERASAN BILA DAH TERJEBAK DENGAN KEBAKARAN. OKAYY ? :*


  

Monday, December 9, 2013

Arinah, nantikan kami di syurgaNya ya. Al - Fatihah.

TRIBUTE TO MY DEAR BESTFRIEND.


click SINI untuk tahu rentetan peristiwa pemergian arwah. :'(

Seorang sahabat yang sangat berprinsip, sangat aku hormati kerana hidup penuh dengan tekad dan wawasan. Arinah Abd Halim, antara sahabat baik yang aku kenali sejak berada di SEMASHUR. 

2006. Kami kenal sejak hari pertama orientasi SEMASHUR, Aku dan Arinah satu kumpulan. Kumpulan 3. Ingat lagi time tu satu group dgn Farid Ali, Rahidah, Loly, Sopek, Syakirin, Mazni, Vinosha, Amin, dan lain lain. Ohh, lagi, yang paling tak lupa dengan LEYAAAAA. (Aqiliah Radzi). Pada awalnya, memang bila perangai tak matang, mula terbawak perangai sekolah rendah, dan kita selalu je ada perselisihan faham. Satu minggu orientasi je pun, dah rasa setahun sebab time tu kita mula kenal perangai masing masing. Ya, aku masih ingat, kita pernah bermasam muka tapi things going back to normal lepas tu. Alaaa, biasalah budak budak. Hee. Pastu bila dah dibahagikan kelas, lagi timbul isu, apabila kau, dapat kelas 1 Jujur which is kelas hujung dan aku kelas 1 Amal iaitu kelas first. Aku ada terdengar cerita yang kau tak puas hati mengenai result penemptan kelas tersebut. Kau ada sedikit iri hati kala itu. Alaaah, apalah sangat, pembahagian kelas itu hanya berdasarkan ujian bahasa Inggeris dengan Matematik asas sahaja. Macam biasa, keadaan kembali normal. 

2007. Zaman form 2 yang paling bagi aku the most broken years untuk batch kita. Sebab time tu, Saviours dah pandai nak break the rules and couple sini sana and having a click/ geng. Hahaha. I still remember that time, Arinah memang rapat dengan geng geng Al Khindi nya, tapi Arinah ni sangat aku respect, dia terselamat dibawa dek arus perubahan remaja. Sebab kadangkala Arinah sangat matang in her own way.  Ingat lagi aku time tu, aku selalu je kacau Arinah and saja cucuk cucuk dia pasal Ruji (Syameer Faruzzi) hehe. Sebab Ruji pernah bagi coklat dekat Arinah. Feewiitt. Tu belum lagi kawan kawan luar SEMASHUR yang ada suka kat dia. Arinah memang HOT. Tapi, sekali lagi aku tekan kan, Arinah tidak mudah dibawa dek arus remaja. Haha. Dia sangat bagus.

2008, Semua busy sebab nak PMR kan. Tapi untuk tika itulah, barulah ada batch 0610 ada diangkat jadi pengawas. Termasuklah aku dan Arinah. Ohh. Time tu memang kau ada cakap kat aku, kau memang tak sangka kenapa lah kau dipilih jadi pengawas sedangkan rules pun selalu langgar. Haha. Time tu aku gelak je lah, aku just cakap dekat Arinah, bila dah jadi pengawas ni, kena pegang amanah betul betul. Oh lupa pulak, time ni, FIRST TIME kita satu kelas. 3 JUJUR yang sangat legend, selalu dapat kelas terbersih. Ehemm, tengoklah siapa penolong ketua kelasnya, aku kan :p Arinah pulak apa kurangnya, jadi Biro MATEMATIK sebab kau sangatlah genius bab bab kira mengira ni

2009, Tahun pertama kita jadi pengawas, tapi time ni, ramai yang buat double standard dekat kau sebab kau terpilih untuk duduk di Bilik Pengawas aras Al Battani dengan Kak Zana, Kak Salia and Kak Emira Nabila kalau tak silap. HAHA. Yelahh, selalu dalam otak kami pengawas pengawas yang duduk dorm dorm biasa ni, haaa, mesti pengawas form 4 yang duduk dgn pengawas form 5 ni ada dapat speciality dgn privilege. Hihi. Tapi kadang kadang kau malas nak layan sangat bila ada kerja pengawas sebab aku faham, yelah, bila junior macam kau dapat privilege duduk dengan senior, senior pun rasakan privilege untuk dorg ada Arinah untuk sampaikan apa apa pesanan pada ktorg si pengawas junior ni. Huhu :D (sorry senior ! :p)


(tunggu aku dekat Syurga Allah, Arinah)

2010, kita jadi rapat sangat . terlalu rapat bila, makan, pakai, mandi, tidur dan lain lain selalu buat sama sama sebab kita ROOMATE ABADI. Hahah. Kita roommate sekali dengan Syuhadatul, Afiqah Inani sekali. Bilik Pengawas aras FARABI yang sentiasa cantik kemas indah . haha. Kita pilih nak duduk sama sebab kalau tak silap aku, sebab kita ni sekepala and kadang kadang nak ngelat gak jadi pengawas yang terlampau strict (tapi aku mmg mcm ni, mmg poyo kerek and strict, lantaklah apa student lain nak ckp) hahaha tapi best. Kita makin rapat, Aku dgn Arinah selalu cari geng, nak buat performance nyanyi sama sama. Bajet bajet artis memekak dalam bilik. Antara geng karaoke ni kalau tak Syu dlm bilik, mesti Moshyy (Atieka Roslan), takpun, Iffah, Datin (Diana) or Izyan Nafisa . hmm. Seronok sebab kita kongsi minat yang sama. Kita pernah buat cover sama sama lagu Lagenda Budak Setan yang kau rekod dalam mp4  pink kau, yang aku simpan lagi sampai harini. (take note Semah, Datin , kalau nak cover tu msg aku). Tu belum lagi masuk geng kutuk aku. Arinah akan bersekongkol dengan Mena, Skin, Priya,Lela untuk kenakan aku dan membahan aku. okay. part ni, mmg sadis. tapi, aku tak pernah ambil hati :) The most glorious part, kau sememangnya hebat sebab kau dapat straight As for SPM. Aku bangga dengan kau :)

Aku sentiasa ingat, bila kau tak pernah kedekut bagi pinjam kamera Nikon D90 abang kau, selalu bagi aku dengar lagu Taufik Batisah dalam MP4 kau, kau tak lokek ilmu dan sentiasa jaga kesihatan dan kecantikan. Aku ingat sangat kau pakai product Nano White, dan kita selalu lawan siapa lagi cerah (sebab kita kan berkongsi tona kulit yang sama, hihi ) Haha. Yang paling annoying, pernah satu hari tu Arinah nangis , aku pun tanya kenapa nangis, dengan usaha nak tenangkannya, tapi, rupanya reason dia nangis sebab dia dapat nombor 19 atau 29 dalam kelas 5 Jujur kalau tak silap aku utk Trial SPM, and aku tanya dapat berapa A, jawapannya SEMUA A. Pehhh, time tu rasa nak sepak sepak je Arinah, dia boleh nangis sedih dpt nombor corot dlm kelas sedangkan bagi aku result tu dah cukup cemerlang dah berbanding aku yg fail addmath ni. HAHA. Arinah, kau sangat legend sebab dalam arus semua budak batch kita tgh gila dgn lawak loser, kau antara yang langsung tak layan lawak lawak mcm tu dan mesti akan banned and mengamuk kalau buat lawak macam tu depan kau. Ya, aku ingat jugak, aku pernah buat kau marah sampai berhari hari kau merajuk and marah tapi akhirnya kau maafkan juga aku sebab aku ada buat kad besar boleh gantung gantung, yang tertulis “SORRY”. Haha. Sejak itu aku mmg janji takkan buat kau marah lagi. :)

Aku ingat yang kau pengakap, aku ingat kau memang seorang atlet, aku ingat kau pemain netball, aku ingat kau sangat suka warna hijau and purple.Aku ingat yang kau sangat benci semut dengan lipas.  Apa yang aku paling suka pasal kau ialah, kau pembersih, dan kau sangat kemas serta wangi. Sangat menyenangkan. Kau jugak yang ajar aku dengar lagu lagu korea.


2011. 2012. 2013 , berlalu dengan pantasnya. dan aku akui. Jauhnya jarak aku dari kau. Tapi kita masih ada social networking, FB, Instagram, dan handphone khususnya. Aku tahu, selain aku, kau sememangnya baik, dan rapat dengan sahabat yang lainnya lebih lebih lagi Mena. You two are very close and I'm glad you happy :)


Kenapa aku patut sedih bila kau pergi secara tiba tiba ni? Mana taknya, kita baru je jumpa 7 minggu lepas, dengan harapan aku celebrate birthday kau sambil mengisi ruang kekosongan diri kau apabila Mena fly study abroad. I know, kau mesti rindu Mena. Hari tersebut, kita jalan jalan makan makan , shopping dekat AEON Rawang. Rasa macam baru semalam aku post gmbar kita dekat instagram. Sebab apa aku patut sedih ? sebab apa yang aku pakai, guna hari hari semua ingatkan aku pada kau. Perfume Elianto pemberian kau aku pakai hari hari ke kuliah, liquid eyeliner IN2IT hadiah kau pada akulah yang aku pakai juga setiap hari ke mana mana. And, tudung prep hitam yang berlubang kepunyaan kau tu lah yang aku selalu pakai untuk aktiviti Komander Kesatria aku. Plus, kalaulah kau tahu, lagu lagu dan klip video korea kau masih bersemadi dalam laptop aku :( Arinah dekat sangat dengan aku. Even dia ada masalah dengan kawan kawan kolej, dia boleh call aku. Ajak aku pergi program ilmiah, dan Arinah selalu jadi calon utama untuk aku ajak kemana mana memandangkan dia dekat. Aku patut sedih jugak sebab hasrat Arinah nak jadi pengapit aku waktu aku kahwin nanti tak kesampaian. Hmm. Aku bersyukur ada kawan macam kau. Syukur, mak aku kenal kau dan mak kau juga kenal aku. Kau pernah jalan jalan dgn mak aku dekat Ampang point cari tudung and mak kau pun selalu bagi aku hadiah biskut cookies yg sedap tu. hmm. banyak kenangan lain yang mungkin tak cukup untuk aku coretkan disini.







Last Birthday wishes aku untuk Arinah and the last msg reply dari dia
 :(

(biru : Arinah,
kuning : aku)








Terima kasih untuk segala galanya. Aku akan selalu rindu kau. Aku akan selalu rindu pelukan kau.  Akan aku ziarah pusara kau bersama sama sahabat yang lain. Kau sahabat, kau teman. Akan ku ingat pesanmu selalu supaya belajar bersungguh sungguh dan rajin macam kau. Pinjamkan aku sedikit semangat kau untuk aku harungi dunia ni.

 Al fatihah untuk sahabat tercinta 
Allahyarhamah Arinah bt Abd Halim. 
04/10/1993 – 03/12/2013

Semoga Allah cucuri rahmat atas diri kau dan tempatkan kau dalam kalangan orang beriman. Tunggu aku dan sahabat yang lain di syurga sana.:') Pemergian kau mungkin suatu peringatan untuk kami.  Berbahagialah kau wahai sahabat. 

(colour of us. many years together :'( )

p/s : Mulai hari ini, aku akan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam. Semoga aku tak tergolong dalam golongan orang yang lalai serta rugi. Kepada bestfriends aku yang lain, aku sayang korang sangat sangat sepertimana aku sayang Arinah. To #SeventhSaviours family, thankyou very much for all. Semoga Allah balas kebaikan semua. Kita doakan yang terbaik untuk arwah. kepada MENA, be strong ! Kau kena berusaha tunaikan harapan yang kau bina dengan Arinah tu bersama sama okay ? :*
ILOVEYOUALL.

3 Disember 2013 - Allah lebih menyayangimu Arinah.

Terlalu cepat dikau pergi sahabat. Memori bersama akan sentiasa aku simpan dalam hati buat peringatan diriku ini yang mudah lalai. Arinah Bt Abd Halim. Pemergian kau sangat tidak ku jangka sedangkan baru 2 bulan lepas kita bergelak tawa bersama sama. Hmm.


Peraturan Allah itu sangat cantik untuk kita perhatikan.
 Pada malam Ahad 01/12/2013, aku terdetik untuk mengemas barangan lama aku termasuklah purse lama yang aku guna ketika zaman persekolahan dulu. Aku buka purse tersebut, belek belek kemudian jumpa sekeping kad yang bagi aku cantik, dan tertulis ‘Creative Agent – Mohd Hanif b. Halim’. Sekeping kad yang bagi aku tiada apa apa makna namun, terdetik untuk mengambil kad tersebut dan simpan dalam purse yang aku sedang gunakan sekarang. Malam itu aku online Facebook, tanpa log out, aku tertidur sehingga ditakdirkan Tuhan, aku terjaga jam 5 pagi, dan terus buka FB melalui henset aku, terdapat notification daripada Mena (Amalina Hamran) , mengatakan yang Arinah sedang kritikal di ICU Hospital Putrajaya. Hati aku mula berdebar, dengan harapan yang tinggi, Mena nak suruh aku tolong check up on Arinah’s condition memandangkan Mena terlalu jauh di bumi UK. Aku mula buntu, aku ingin seseorang yang berada di Malaysia utk dihubungi mengenai kesahihannya, dan mungkin keluarga Arinah utk aku hubungi.  Namun kuasa Allah, rupanya Allah dah kirimkan ilhamnya pada aku sejak malam sebelum aku tidur iaitu BUSINESS CARD yang aku jumpa malam itu . Aku terus ambil nombor Abang Hanif (who is Abang kepada Arinah,) tertera di atas kad tersebut dan terus mesej dengan harapan, aku tahu keadaan Arinah ketika itu. Dan betapa berderau darah aku apabila, Abangnya sendiri kata keadaan Arinah tenat dan kritikal dan mohon doa semua untuk kesembuhannya, airmata aku bergenang. Aku yang pada mulanya, nak balik Kampus UiTM Kuala Pilah subuh hari tersebut, terus end up nak pergi ziarah Arinah sebab aku tak pernah ada perasaan risau yang teramat sangat macam tu. Dengan Ibu ayah aku yang betul betul memahami aku kala itu, mereka memberi kebenaran untuk aku menziarahi Arinah di hospital. 


02/12/2013, Aku terus ke wad ICU, dan melihat ramai kawan kawan CUCMS Arinah menangis, dan aku terus mencari Ibunya dan terus memeluknya , lebih memilukan apabila Umi Mena juga berada di situ. Tiba giliran aku menziarah Arinah dalam wad, tiba tiba Doktor memanggil parents Arinah masuk dan waktu itu, depan mata aku sendiri, Ibunya menangis ketika doktor mengesahkan pada waktu itu, buah pinggang mula tidak berfungsi. Keadaan sangat PILU. Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa kala itu.  Jari aku tidak putus putus hantar update mesej pada keluarga dan sahabat Seventh Saviours yang lain. Mohon doa dan yassin utk Arinah. Petang makin larut dan aku perlu pulang ke Kampus kerana masih ada urusan kelas dan lain lain. Takpelah, aku bertawakal kepada Allah dan sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Pilah, aku tak putus putus berdoa, tak putus putus Yassin demi seorang sahabat. Update keadaan Arinah selalu aku dapat melalui Abgnya dan Muadzzam yang ketika itu berada di hospital setelah aku pulang. 03/12/2013, Hujan tak henti henti sejak 2 – 3 hari lepas. Cuaca redup mendung seperti mengerti apa yang sedang aku rasakan. Aku pergi kuliah seperti biasa, perbincangan mengenai Physic Final Project dan lain lain hal duniawi yang lain. Tepat jam 5 petang, aku terima panggilan dari Muadzzam, Muadzzam request aku supaya duduk dahulu sebelum dengar apa berita yang ingin disampaikannya. Dan berita itu umpama halilintar. ARINAH TELAH KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA. Allahuakbar, aku lemah, aku rasa itu peringatan Allah kepada aku. Mati itu dekat. Aku menangis, dan terus menangis, tak mampu untuk menapak pulang ke kolej. Aku hanya mampu berada di meja hadapan fakulti . Berseorangan. Aku mengumpul kekuatan. Kuatkah aku untuk melihat sahabat ku yang sudah tidak bernyawa itu di hari pengebumiannya ? Aku menangis, aku resah, malam itu aku masih mengumpul kekuatan, dan akhirnya keesokkannya 4/12/2013  aku tekad untuk memberi penghormatan terakhir pada SAHABAT aku itu. I’m coming all the way, wang kala itu, bukan lagi soal utama untuk aku, asalkan aku tidak menyesal seumur hidup. Paling paling pun, aku perlu tahu, di mana jejak kuburnya, supaya ziarah aku takkan hilang terhadap dia. Allah. Sesampai aku , sebak melihat keadaan dan situasi sebegitu. Dengan keluarga Saviours yang memeluk aku apatah lagi kawan kawan baik arwah dan aku. Pilu melihat tangisan ibunya. Ketenangan Cikgu Halim begitu membuat aku tak mampu untuk berkata apa apa. Apatah lagi, abang abang arwah yang begitu menyayanginya. Aku tak sempat kucup dahinya. Aku tak sempat melihat wajahnya buat kali terakhir. Namun aku tahu ada hikmah, mungkin Allah tahu aku mungkin tak mampu .

Arinah , Berbahagialah kau disana bersama penciptamu. 

sekadar perkongsian :)