like ?

Tuesday, August 24, 2010

wahai insan.

KENAPA tak nak rebut ye peluang yang ada? RAMADAN ni la masa untuk kita cuba betulkan balik amalan kita. cuba isi dengan pahala. FATAMORGANA tu hanya fana' je. SEMASHUR SEMASHUR SEMASHUR. susah sangat ke kita nak manfaatkan waktu ramadan yang kadang kadang je datang ni. aku buat kajian, manusia memang suka cakap. aku pun suka. tapi, cuba kita sesuaikan, bila kita harus cakap atau hanya berdiam dan berfikir. aku memang tak puas hati la kan, kalau waktu berbuka tu, punyalah bising DM tu. macam konsert. tolonglah, dengar tazkirah yang disampaikan kat depan tu. bukannya selalu. bagi aku kan, siapa yang tak dengar tazkirah waktu tu umpama seseorang itu kufur nikmat. ye la, cuba fikir, orang penat penat kasi tazkirah kat depan, berusah untuk curah dan kongsi ilmu agama tapi yang lain lain buat tak tau je. warga semashur sekalian, kalu taknak dengar sekalipun, tolonglah senyap sikit, orang yang nak dengar pun terganggu tau. tapi kalau boleh tu, cuba la hayati tazkirah yang disampaikan waktu tu. kita semua ni bukannya cukup pun amalannya lagi untuk dibawa selepas ALAM dunia ni. bukan CONFIRM pun masuk syurga tapi sekurang kurangnya, tambah la amalan waktu ni. RAMADHAN! satu lagi, tolonglah jangan BISING dalam surau tu. aku pelik betul la orang - orang yang keras hati, kepala dan lain lain tu. tekanan dibuatnya. ITU RUMAH ALLAH, cuba fahamkan. tolonglah jangan bawak sampah masuk. kalian suka ke kalau tetamu datang umah, pastu buang merata -rata. haihh --' ingatlah. KITA NI HANYA MAKHLUK KERDIL disisi ALLAH. aku tau, aku bukanlah sesempurna mana pun. ada je perkara yang aku susah nak tinggalkan tapi, aku cuba secara sikit sikit. bagi aku, tak wujud la istilah HIPOKRIT, istilah yang lebih sesuai untuk diguna pakai ialah CUBA UNTUK MENJADI LEBIH BAIK.

dah la aku malas la nak ulas lagi. apa yang aku tau, aku akan terus tegur perkara mazmumah kalau aku rasa bertanggungjawab atas perkara tu. aku nasihat je, nak dengar atau tidak, terpulang. pesanan untuk sesiapa yang tak redha bila kau tegur tu, --> jangan nanti cari aku kat akhirat untuk salahkan aku pulak. 

ok tu je
akhirulkalam, JAGA LAH DIRI SENDIRI, TINGKATKAN IBADAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP PERGERAKAN KITA. 


No comments:

sekadar perkongsian :)