like ?

Monday, December 27, 2010

Afiqah Inani Mohd Haslin

aku ada baca satu artikel tu tau, macamana nak jadi muslimah sejati. salah satunya ialah BERDAMPING DENGAN WANITA SOLEHAH. artikel ni dalam MAJALAH SOLUSI TERBARU.

erm, tiba tiba aku teringat dekat AFIQAH INANI. siapa tak kenal afiqah si apam ni ha. hahahaha. aku  rasa macam terhutang budi dengan kau fiqah. aku rasa kau dah byk tolong aku. kau byk kasi dakwah dakwah kau kat aku. aku sangat menghargainya. aku ni memang kategori yang tidak bermasalah sangat tapi pertemuan kita waktu form 3 betul betul membuka lembaran kehidupan aku yang baru. waktu tu la, kita mula rapat, satu kelas. waktu tu jugak aku dilantik jadi naqibah. memang kedengaran macam tak layak tapi aku tahu, jadi naqibah ni salah satu medium untuk aku menjadi aku yang lebih baik. Terima kasih fiqah. tapikan, sebenarnya, kalau tak jadi naqibah pun, aku pun mmg suka tegur tegur orang ni. hahaha. bukan apa, aku tegur sekadar untuk kebaikan. banyak dugaan yang aku harungi bersama fiqah ni. almaklumlah, perjuangan kami bukan setakat dalam SIS, tapi juga PENGAWAS dan MPP. kita mmg ditakdir bersama la. sebab aku rasa, Allah nak kau bimbing aku. bila kita dah berpisah ni kan, aku dapat rasa sedikit kekosongan laaa. aku rasa aku perlukan lagi sedikit bimbingan kau sebagai kawan dan pendakwah peribadi aku. hahaha. mmg la kadang2 aku tersasar dan tak dengar pun nasihat kau, tapi jangan risau aku tak pernah perlekehkan dakwah kau. seriusly. cuma adakala tu kau annoying sikit la. hahahaha. sebenarnya kau ni pemberi INSPIRASI kat aku laa. hahaha. RINDU la kat kau. hahahah. Fiqah, aku minta maaf la, andai aku sedikit tersasar dari ajaran kau bila aku dah habis sekolah ni tau. doakanlah aku jadi baik. aku nak jadi macam kau, insyaAllah. :) 






siapa nak tahu..

First time aku jumpa afiqah inani ni dekat kelas 1 Iman. perghh, time tu punyalah menyampah. sebab tu aku tengok dia tengah jerit jerit kat kelas, main main walaupun pakai tudung labuhh. hahaha. aku tau, waktu tu mungkin dia masih zaman jahiliah sikit la. tak matang lagi. hahaha. pastu dia ni hebat, jadi exco form bagi rumah AL BATTANI. hebat ahh, *clap
erm, pastu bila form2, dia aktif kut, kawad la, hoki la, sukan la. bagus. haha.  form 3, tetiba sama kelas dengan aku. form 4 pun. then, form5 lain kelas tapi, aku tetap hari hari jumpa dia ni sebab kitorg satu bilik pengawas. hahaha. memang dia ditakdirkan untuk jaga aku la. hahaha. 
terima kasih la atas pertemuan kita. :)

Sunday, December 26, 2010

sk taman seri rampai :) step back of time

ada satu hari tu tau, ada orang add aku dlm group, reunion sk taman seri rampai batch05. pastu aku pun, "eh? aku sktsr 2005 ek? bru setahun je kutt sekolah kat situ" (dalam hati la. haha). pastu aku fikir, nak datang ke tak, ermm, mmg aku tanak dtg pun tau. sbb ye la, segan kutt. cuba kau bayangkan. dah la sekolah setaun je, pastu nk nyebuk nyebuk datang event orang. tak ke namanya tak malu. haihh. pastu aku respond la, tak boleh pergi sebabnya tarikh dan harinya clash dengan hari yang aku arinah. skin dll nak kuar tau. ermm. pastu aku tanyela ibu, pastu cuba kau teka, mak aku cakap, "pegi je la, kan reunion tu, ala, kaklong kan glamour time dulu dulu,(yeke? :DD) mesti orang kenal punye" haihh, kalau dah mak pun ckp gitu, aku pun fikir punya fikir. erm, last last tanya arinah jadi tak kuar, pastu dia ckp tak confirm. erm,, pastu aku fikir lagi. akhirnya, tak jadi kua ngn arinah tu sbb dia tade teman nak gerak dr umah dia. emm, takpelah. okayy. ehh, haa, sebelum tu, aku dah ckp dah kat izzati, hasani yang aku tak jadi pegi. lepas abis fikir. aku buat muka tak malu gi cakap balik kat zati je yang aku rasa cam nak pegi tapi segan. hee. 
okayy. 

esok harinya. jeng jeng jeng. aku pergi weyh. haha. dah la bangun awal gle. lepas subuh aku dah mandi sebab aku nak tumpang bapak aku gi ktm or lrt or mana mana la yang bapak aku rasa nak hantar. then, aku dah janji ngan zati jumpa kat kl sentral. so, tggu la dia kt situ. aku dh ada kat kl sentral tu. 9.30 woiii. hahah. awal tak? semangat ni. huh. pastu tggu la si zati ni ha. lambat gile ohh. rupe rupenye, lrt yg dia naik tu terkandas. banyak kali. akhirnya, zati smpai la, dlm 11.30 cmtu kutt. aku pun tak ingat. dah jumpa tuu, skali, fakhrul call banyak kali. tapi aku tak angkat. haha. haa. pastu kt kl sentral tu, bertemu la kami.. hasani pun muncul, and ada sorang tu nama dia amin. haha. kitorg pun pegi la ke destinasi iaitu TS. zarin msg dah ramai dah tunggu kat situ. aku pun cuak la dowhh. mana tak nya, kang nanti aku yang rasa terpinggir. hahaha. ye la, aku ulangi disini yang aku hanya setahun sahaja bersekolah di situ. haaa. bila dah sampaii...

dah sampai. tetibe zarin (tapi cara sebut zaGHin ekk :p) muncul. hahaha. pastu terus ajak gi makan. kitorg pun ikut je la.  waktu dtg kat meja tu. fuhh, gile segan la. pastu ada orang lambai dari jauhhh. wahh. itu ISA laaaa. LONG TIME NO SEE. last jumpe, of course la, last 10 years agoo. hahah.
aku pun buat selamba je la, cakap HAIIII. kuat kuat kat dorang. dlm hati aku, "tak kesah la kau kenal ke tak ain, janji dorang kenal kau'. hahahahahaha. ehh, tau tak ada sorg tu, nama dia mastura, dia ckp cara aku mcm IZZURA JAAFAR. haihh? yeke? heheheh. ha, lagi satu, SYIFA ni bdk skolah seksyen5. knal la ASHLEY YOONG HUEE YIN (bestfriend aku time kat skds), pastu dia cakap ashley dah nak masuk islam (ALHAMDULILLAH, SYUKUR, i'm proud of you la kawan!) 

untuk menjadikan perjumpaan kitorg tu taklah pelik sgt dgn kehadiran aku, aku pun pi la bwk buku catatan harian aku time darjah satu. perghh. antik tau buku tu, dah 10 taun. lama - lama, aku pun sembang cam biasa. bila ada aku ngn zati, kitorg gelak kuat - kuat ohh, ala, buat la cara SBP, bayangkan la bila PEREMPUAN duk gelak - gelak time kat DEWAN MAKAN. haa, mcm tu la kitorg buat kat food court TS tu. hahaha. okayy, time tu aku dh tak rasa terpinggir dah. kita enjoyy. haha.



then, main bolingg. aku dh la TAK PERNAH MAIN BOLING TAU! (dalam komputer ada la--') zarin. fakhrul, hasani, zati ajak jugak. erm,, aku pun hulurla duitt. aku dh ckp kt dorgg, aku TAK RETI. ermm. hampehh, dorg wat tak kesah je. hasani lak pi letak aku giliran yg first. matila aku. haa.. aku pun suh la dia mainkan dulu. elehh,, bukan hebat punn. hahaha. aku try first first, tapi masuk longkang la. bila dah lama - lama. wahh. aku hebat la. cuba tgk ni..

aku kalah kan hasani ngn zati woahhh! SEMASHUR kalahkan ASIS n SSP. hahaha.

pastu gi la solat. pastu lepas solat, dah tade arah tujuan dah. yang lain - lain macm mastura, syifa, ezue dll nak gi main kat cosmos world. aku tanak, first, sebab tade duit sgt, second, aku takutt. hahaha. zati pun tanak. erm last last kitorg separate. YESS, dorang ajak gi KARAOKE, hahaha. yeayy. aku suka aku suka. mula mula gi la tmpt karaoke kt ts tu, tanya harga. sorg rm10. ermm,, dh mahal pulak, pastu gi la pavi. tnya harga,, adoii, lagi mahal rupanya. sorg rm18. hahaha. hampehh. pastu dorang nak tgk wyg. ala,, aku tanak sebab, dh lmbt and ramai orang. pastu udah sume lapa plak. hahha. pegi la makan.

pavillion

makan jee --'

tu je la. makan, main boling, tgkap gmbar, makan, tankap gmbr, jalan, jalan jalan sampai LEBAM. adehh. tu je la. maybe tade pape yg best tapi, yang pnting, aku jumpe GENG AKU TIME DARJAH SATU. hahah. COMPLETE TAU! ada 5 org semuanya. dh macam power rangers. patutnya aku pakai baju PINK and isa pakai baju kuning ohh. hahhaa. 

that's the end of our storyy, pastu aku pun balik bila ibu dah call. kira mcm time's up la kutt. hahaa.
sebelum tu, kitorg jadi gedik skit depan petrosains--'
haha, ngadangada :p

okayy, pastu aku balik sama dengan isa tau. woott woott. turun kat sungai buluh. then, mak aku sempat jumpa isa. yess. mak aku gembira jumpa isa. sbb, dulu dulu, mak aku yg tgkpkan gmbar aku ngn isa time anugerah cemerlang. heee :pp

here's the photossss :D
amira,ezue,mas
syifa, hidayu

amin, afiq

haa,, photo bawah2 ni, kawan yg rapat skit :p

Wednesday, December 15, 2010

mission accomplish!


setelah 5 tahun berulang alik, berpusing pusing, berputar putar, di jalan ulu yam. akhirnya, ia sudah berakhir. time result nanti, sangat mendebarkan. ahaaa. lama tak update blog nih, almaklumlah, SPM kan --' err, post ni hanya bak kata orang "warming up post".  hahahaa. btw; i miss SEMASHUR. terkenang la pulak kan, macamana, aku belajar bersama, aku belajar memimpin, aku belajar macamana berkomunikasi dengan kawan, dengan cikgu - cikgu, aku belajar macamana nak survive, macamana mempunyai jati diri yang kuat bila kena kutuk dengan senior, kawan, aku dapat dan aplikasi ilmu agama, aku tahu rasa perasaan bila suka gila - gila kat orang dan yang paling penting, AKU BELAJAR JADI MATANG. ahakss. matang ke? --' okaylah, matang jugak la. :D

aku bersyukur kut bersekolah kat SEMASHUR ni, eventhough, dulu - dulu tak tau pun ada sekolah kat dalam ULU YAM ni haa. haahahahha. terfikir gak, kalaulahh aku tak sekolah kat sini, 
terdapat pelbagai kebarangkalian la aku ingin nyatakan disini;
 1) mungkin aku freehair and tiada kesedaran nak pakai tudung lagi, hahaha
2) mugkin tahap sosial tu masih tinggi macam kat sekolah rendah dulu.
3) mungkin kurang berdikari, (ex: aku takkan iron baju sendiri, kat semashurlah, aku first time iron baju sendiri :p)
4) couple? err, mungkin tak kut, sebab dari sekolah rendah aku jenis yang tak suka cuople2 ni.
5) mungkin aku tak kenal erti persahabatan
6) mungkin aku tak terdedah mengenai dakwah - dakwah islamiah (thanks to fiqainani n hazim :))
7) ohh, mungkin..mungkin.. mungkin blaa, blaa, blaa., pelbagai 'mungkin' lagi lah
itulah, mungkin banyak jugak lah sinar hidayah yang terpancar kat semashur tu. hee :)

dan hari ini, semashur telah melahirkan NUR AIN BT BADRUL ZAMAN yang agak hebat la. hahahaha (okayy, aku tau, dah ada orang menyampah tuu, :D)
yela, bukan apa, aku boleh differentiate ain yang lama dengan ain yang baru. hee.

by the way; aku harapkan yang terbaik untuk resultku dan kawan2 0610 yang lain. 

aku tidaklah mengharapkan sangat straight A+ tu, andai aku dapat gred A yang bercampur - campur pun aku dah kira bersyukur ke hadrat Allah sangat sangat. aku berdoa semoga Allah tentukan result yang terbaik untukku, Ya Allah, kurniakan aku result yang cemerlang, aminn..
sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang :)

okaylahh, sampai sini buat masa ni. ada banyak idea dalam otak ni untuk diterjemahkan. heee.
kesimpulannya: SEMASHUR is one great place to be remembered :)



Sunday, December 12, 2010

waitt. in progres

sekadar perkongsian :)