like ?

Monday, November 30, 2009

AWAS. Post ni bosan. kalau bosan, anda tidak perlu baca. tq. :)

251109.

BAB 1
aku sangat gembira. hahaha. manakan tidak, aku telah berjumpa rakan - rakan lama semasa darjah satu.
mulanya, aku agak segan sebab dah lama sangat dah tak berbual secara berdepan. haha. memang seronok.
sebenarnya, semua ini aku yang atur. tapi aku pula yang keSEGANan keKUCINGan. haha. ntah ape2. aku plan jumpa dekat lrt wangsa maju
pukul 9 pagi. aku tau, ia terlalu awal tapi aku rasa macam tak ada masalah. almaklumlah, masa kan berlalu dengan pantas.
macam biasa, aku mesti datang paling awal. haha. punyalah berdebar jantung aku macam nak tercabut sebab takut, cemas, segan, teruja nak jumpa mereka.
hahaha. biasalah aku, cepat gelabah. disebabkan kecuakan yang melampau, aku pergilah lepak kejap dekat kedai kt stesyen lrt tu. aku beli air la, gula2 la, dll.
hahah. sengal. tup.tup.. tetibe hasani ngan zarin datang. hahaha. punyelah terkejut tapi bajet 'cool' je. kalaulah aku dilahirkan tak ada 'rib cage', agak2, jantung aku akan
terjatuh keluar. hahaha. jadi, waktu tu tinggal tunggu izzati dengan kawannya. hahaha. cuak juga tu, nak jumpa kawan lama la katakan. selalu on9 ym, ms, sms je. tapi kali ini, bedepan beb.
hahah. dupdapdupdap. tibalah zati dengan senyumannya yang aku dah lama tak tengok. masih seperti dulu. hahah.

BAB2
kami pun mengorak langkah membeli tiket lrt. destinasi kami ke KLCC! haha. tapi kan, aku yakin dengan waktu seawal ini, klcc lengang lagi.
sewaktu dalam lrt. aku mulakan perbualan tapi, macam biasalah, kalau dah 'blur' sangat, mesti soalan2 skema je yang keluar. cakap pasal exam la, sekolah la, dll.
hahaha. oh ya, terlupa nak cakap, zati bawa kawan dia, pika. hahah. pika, selamat berkenalan ya :) erm. dalam masa yag singkat, kami pun tibalah ke KLCC. jalan punya jalan, aku diam je kut. haha
tak tau nak cakap apa. lepas tu, kami buat keputusan, ke PAVILION. wahh. aku tak pernah pergi ke situ ya. hahah. tapi tak mengapa, mereka tunjukkan jalan. jalan2 di kota KL. seronok, haha.
kami pun pergi beli tiket wayang. terdapat pelbagai konflik ketika memilih filem apa. hahah. apalah, tu pun susah. aku pula tak reti nak buat keputusan sebab aku tak kisah pun
nak tengok filem ape pun. akhirnya, keputusannya, belilah tiket 2012, kul 12. jadi kami masih ada masa 48 minit.

BAB3
sementara menunggu detik 12 tengahari, kami bergerak ke tempat yang mempunyai makanan untuk diisi ke perut.
makan pun susah nak buat keputusan sebab masing - masing tak kisah. haha. akhirnya, makan lah pizza hut. dalam hati aku, melihatkan jumlah perut yang ada, rasanya
harganya pun mestilah melebihi 50 ringgit. hahah. tapi tak mengapa kut. sekali sekala guna lebih duit kan? hahha. haaa.. dekat restoran pizza hut tu lah, aku berani sikit nak sembang2.
hahah. kat situ seronok la juga. dah la tak ada orang kecuali kami, jadi apa lagi, kami buatlah macam restoran mak bapak kami. hahahaha. gelak2, yang paling 'best' bila zarin buat lawak.
sumpah kami 'banned' dia sebab lawaknya yang kurang berkualiti. hahahahah. macam budaya kat SEMASHUR la, "krik..krik..krik.." hahah. sengal je. seronok tengok semua orang gelak.
aku gelak juga walaupun masih dalam kondisi 'segan' tu. hahah.

BAB 4
tibalah 12 tengahari, kami pun masuk panggung. HALL 9 , ROW F, SIT 6. (agaknya lah, tak ingat sgt.) hahha. aku duduk sebelah hasani pula tu. ishh, kacau je.aku dah la nak duduk sebelah izzati sebab
aku nak tau pasal cerita 2012 tu (zati dah tengok sebenarnya. haha) tapi tak mengapa. hahha. ok je duduk sebelah hasani pun. TIBA2. masuk satu sms, "Ain, awak dekat mana?" sms daripada nelisa. haha.
"aku kat pavi tgk wyg 2012. " aku jawab. aku pun malas nak taip sms, aku telefon si nelisa ni, tengok2, ada cahaya kat depan sit si zarin tu, RUPA2nya, nelisa satu 'hall' dengan aku la. hahaha. kantoi.
hahaha. bagi aku sebenarnya, cerita 2012 tu tak ada la hebat mana pun, aku lagi suka tengok transformer daripada 2012. hahah. erm. lepas dah habis cerita tu, kami pun bergerak la mencari surau.
cari punya cari, tak jumpa jumpa. hahaha. jadi kata putus, pulang ke klcc, solat di klcc. hahah. sengal.

BAB 5
selepas solat, hasani lapar lagi hahah. badan je SEKEPING tapi kuat makan kut. hahaha. seterusnya, seperti yang dirancang, kaki mengorak langkah ke CENTRAL MARKET. nak temankan si hasani ni
ambil jadual tuisyennya. pelik betul. duduk dekat setapak, tuisyen jauh2. bak kata mak aku, "nak melencong la tu.." hahah. betul2. aku pun rasa macam tu.
lepas tu, aku ajak mereka ke dlm bangunan pasar seni tu. hasani tak nak pegi sebab dia kata tempat tu hanya untuk orang2 tua sahaja. hahah. heii. tolong sikit ya, itu tempat untuk orang2 artistik macam aku. hahah.
jadi, hasani pun terpaksa ke situ sebab semua orang setuju dan tak kisah ke situ. hahah. yeahh. hasani kalah. dekat pasar seni la baru kami sibuk2 nak tangkap gambar. hahah. (sebenarnya dalam hati dah lama dah nak ajak tangkap gambar, tapi malu la plak--')
hahahah.

BAB 6
kami beransur pulang, mereka beli tiket ke wangsa maju, tapi aku beli tiket ke taman melati. ye la kan, nak memudahkan perjalanan.
waktu ini sebenarnya masih dalam mood nak tangkap gambar lagi, ingatkan boleh lagi nak tangkap gambar dalam lrt. tengok2. masyaAllah, punye la ramai manusia dalam lrt tu. dh macam sardin aku tengok. melepaslah peluang nak tangkap gambar dalam lrt tu.
tapi macam biasa, otak aku kan hebat. aku rancang untuk turun kejap dekat wangsa maju ikut dorang, hanya untuk tangkap gambar je. hahah. dengan muka tembok, aku pun minta tolong akak cina yang tengah duduk baca buku tolong tangkapkan gambar kami.
hahaha. sebenarnya nak suruh tangkap lagi tapi akak tu macam tak rela je --' hahah. tiba2, tren sampai. jadi selamat tinggallah kawan - kawan, moga - moga kita bertemu lagi. waktu ni aku rasa macam nak menangis sebab berpisah dengan mereka. hahha. sedihnya. :((
tapi aku janji yang kita akan berjumpa lagi walau 10 tahun akan datang kerana sejarah telah membuktikan, walaupun 9 tahun kita berpisah, akhirnya kita jumpa juga. aku harap perjumpaan seterusnya, akan disertai oleh ISA dengan FAKHRUL sekali. ok. tamat.


AKHIR KATA;; aku sayang anda sangat sangat. hahahah :))
tq for the great moment.


edited. haha



lawa kan. i love them :)



meet my friend. her name izzati. cantikk kan? :)


 
ni hasani. dulu aku penolong kelas, dia ketua

kelas kami 1 DELIMA. haha
p/s: aku tutup mulut sebab mulut aku hodoh. :D



 
(tade keje. haha)

usrah extravaganza.

Adik - adik 2 EHSAN
anda semua hebatt.
minta maaf jika akak tak berkesempatan luangkan masa bersama anda semua.
akak bukanlah naqibah yang baik tapi akak dah cuba yang terbaik :) ok?
ni gambar2 anda. haha. good luck pmr next year :)


 
 
 
 
 
 
 

usrah2009 :))



MPP.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR.

suatu perkara baru yang diwujudkan di SEMASHUR. dan ajk2nya dipilih melalui pencalonan dalam pilihanraya di sekolah. Walaupun kurang mendapat sambutan, namun kesemua jenis exco dapat dipenuhi dengan calon2 yang percaya yang mereka boleh memikul tanggungjawab tersebut. aku juga masuk bertanding. dan akhirnya terpilih untuk menganggotai Majlis Tertinggi MPP.

MT MPP
1. Afiq Sulaim
2. Afiqah Inani
3. Syahmi
4. Maizura
5. Atieka
6. Amar Afbiat
7. Nur Ain.

mungkin ia akan meringankan tugas  tugas guru serta pengawas selama ini.

MALAM JUARA - JUARA.

Buat pengetahuan semua, pada tahun ini, aku tidak mengambil apa - apa anugerah pada Malam Juara Juara. Tapi, pada malam tersebut aku telah mencetuskan kontroversi yang agak mengganggu jiwa dan perasaan la. hahaha. Ini semua gara - gara bertindak tanpa berfikir. mesti anda semua tertanya - tanya kan? erm.. macam ni ceritanya..

Pada Malam Juara -Juara tersebut, aku telah membuat sesuatu yang menongkah arus di SEMASHUR iaitu menyanyi di atas pentas. aishhh. aku pun tak tahu nak cakap apa2 dah. kelu lidah apabila memikirkannya. (chewwahh) Pada malam tersebut, aku memanglah ditugaskan untuk menguruskan dan melatih para peserta yang akan membuat persembahan pada malam tersebut. Tetapi, dalam kesibukan 30 minit sebelum majlis bermula, boleh pula la kan tiba - tiba Cikgu Baha jumpa aku dan suruh pilih lagu untuk dinyanyikan bersama Mawar anaknya. bukannya satu lagu tapi 5 lagu!!! uishhh.. dah macam artis la pula. hehehe. jadi, tanpa berfikir panjang tentang reputasi yang bakal diterima selepas itu, aku pun terus bersetuju. ye la kan.. aku memang suka bab - bab buat persembahan ni. cuma.... anda semua kena faham, sekolahku ialah SEMASHUR. dan aku menggalas jawatan yang agak islamik di sekolah. hhahaha. Bak kata ibu aku, ikutlah kata hati, kerana hanya kita yang mengerti. tapi bak kata FARIDAH HANIM, jika ikut kata hati, mati. aishh.
tapi nak buat macamana kan. benda dah jadi. dalam otak aku hanya ada satu, JADILAH 'THE REAL' AIN. erm.. jadi, pada ketika itu, aku dah tak kisah dah kemungkinan untuk di'BANNED' oleh cikgu2 di SEMASHUR. selama ini, bakat aku dan rakan - rakan lain terpendam oleh kerana dasar sekolah yang agak Islamik kononnya. ok. sambung balik cerita nyanyian tadi. waktu aku nyanyi tu, punya lah ramai orang dalam dewan tu. hahaha. sumpah takut! waktu dulu - dulu biasa lah tapi, sekarang jadi gugup sikit tapi seronok kerana dapat rasa kembali ke zaman silam :DD

sebenarnya, banyak lagi yang ingin aku ceritakan di sini, tetapi tidak mengapalah, biarlah hanya aku yang faham akan perasaan hati ini. Apa yang penting aku tahu yang aku mendapat pahala kerana aku telah berusaha untuk menghibur semua orang yang terlibat pada malam itu dengan persembahan ZAPIN, BORIA, NYANYIAN, SAJAK DAN PANTUN. aku sangat berterima kasih dan berbangga dengan kawan2 dan adik - adik didikan aku yang sangat senang dilatih. terima kasih :) aku respect anda semua. Secara tuntasnya, semua persembahan tersebiut telah berjaya.

ni gambar underground. tak boleh publish suka - suka hati. haha.














p/s: disebabkan aku telah menongkah arus budaya di SEMASHUR, aku tahu yang mungkin ramai cikgu akan ''BANNED' aku tetapi apakan daya dan aku mahu semua guru dan seluruh warga SEMASHUR faham, bahawa aku memang begini. Sejak Form1 kan aku dah terlibat dalam choir. Aku tahu, aku ada tanggungjwab dalam SIS. tapi, dulu telah aku katakan, aku tidak boleh memikul jawatan ini oleh kerana hati aku masih menyukai perkara seperti ini(persembahan). kawan - kawan, fahamilah aku. aku mungkin boleh jadi naqibah yang baik dari aspek yang lain tetapi bak kata pepatah, "nobody's perfect" jadi aku minta di sini, jangan mengadili orang tanpa mengetahui perkara yang sebenar - benarnya. BUKALAH MINDA, BUKALAH PEMIKIRAN ANDA. i am sorry. tahun depan aku tak buat dah perkara2 ni sebab spm. :))

DINNER PENGAWAS. :))

hahahah. mesti anda semua rasa yang aku gelabah gila sebab tulis mende ni kan? hehehe. saja je la nak bgtau pasal dinner pengawas SEMASHUR. kami mengadakannya di RESTORAN NELAYAN TITIWANGSA, KL. seronok la juga. bolehla. makan steamboat. malam tu, aku bantai 20 ekor udang galah bersama Arinah, Shoe, Hanis. kami makan sampai lebam. hahahah. walaupun dinner ni diadakan secara 'open' tapi boleh tahanlah. gambar di bawah ini mungkin menceritakan segala - galanya. :)


sebelum bertolak

 
nur afiq sulaim :)

 
arinah membenci kamera ketika ini

 
asma hajar capap :D

 
form 2


 
ntah pape



ni la akibatnya, lambat sangat wat :))


BENDAHARI PENGAWAS BERJAYA :P

 
alamak! tersosial la. hahah

 
shoe.ain ngada2. haha


loser. tribute to kimy


master of ceremony


bila dah kenyang :)


p/s: perhatian kepada sesiapa yang nak gambar dinner ni, mintalah kat aku or anda semua boleh ke
myspace aku
tq.


Sunday, November 1, 2009

another one... hmm. :((

selepas opah sihat, atuk pula yang sakit.

currently; 2/11/09, berada di hospital untuk dibedah.

aku pula pulang ke kampus hari ini juga kerana esok periksa.

tidak mengapalah, aku akan sentiasa mendoakan agar atuk selamat.

kepada semua pembaca juga sedekahkan al fatihah untuk dia.

moga - moga dia selamat. aminnn. :((

sekadar perkongsian :)