Pada Malam Juara -Juara tersebut, aku telah membuat sesuatu yang menongkah arus di SEMASHUR iaitu menyanyi di atas pentas. aishhh. aku pun tak tahu nak cakap apa2 dah. kelu lidah apabila memikirkannya. (chewwahh) Pada malam tersebut, aku memanglah ditugaskan untuk menguruskan dan melatih para peserta yang akan membuat persembahan pada malam tersebut. Tetapi, dalam kesibukan 30 minit sebelum majlis bermula, boleh pula la kan tiba - tiba Cikgu Baha jumpa aku dan suruh pilih lagu untuk dinyanyikan bersama Mawar anaknya. bukannya satu lagu tapi 5 lagu!!! uishhh.. dah macam artis la pula. hehehe. jadi, tanpa berfikir panjang tentang reputasi yang bakal diterima selepas itu, aku pun terus bersetuju. ye la kan.. aku memang suka bab - bab buat persembahan ni. cuma.... anda semua kena faham, sekolahku ialah SEMASHUR. dan aku menggalas jawatan yang agak islamik di sekolah. hhahaha. Bak kata ibu aku, ikutlah kata hati, kerana hanya kita yang mengerti. tapi bak kata FARIDAH HANIM, jika ikut kata hati, mati. aishh.
tapi nak buat macamana kan. benda dah jadi. dalam otak aku hanya ada satu, JADILAH 'THE REAL' AIN. erm.. jadi, pada ketika itu, aku dah tak kisah dah kemungkinan untuk di'BANNED' oleh cikgu2 di SEMASHUR. selama ini, bakat aku dan rakan - rakan lain terpendam oleh kerana dasar sekolah yang agak Islamik kononnya. ok. sambung balik cerita nyanyian tadi. waktu aku nyanyi tu, punya lah ramai orang dalam dewan tu. hahaha. sumpah takut! waktu dulu - dulu biasa lah tapi, sekarang jadi gugup sikit tapi seronok kerana dapat rasa kembali ke zaman silam :DD
sebenarnya, banyak lagi yang ingin aku ceritakan di sini, tetapi tidak mengapalah, biarlah hanya aku yang faham akan perasaan hati ini. Apa yang penting aku tahu yang aku mendapat pahala kerana aku telah berusaha untuk menghibur semua orang yang terlibat pada malam itu dengan persembahan ZAPIN, BORIA, NYANYIAN, SAJAK DAN PANTUN. aku sangat berterima kasih dan berbangga dengan kawan2 dan adik - adik didikan aku yang sangat senang dilatih. terima kasih :) aku respect anda semua. Secara tuntasnya, semua persembahan tersebiut telah berjaya.
ni gambar underground. tak boleh publish suka - suka hati. haha.
p/s: disebabkan aku telah menongkah arus budaya di SEMASHUR, aku tahu yang mungkin ramai cikgu akan ''BANNED' aku tetapi apakan daya dan aku mahu semua guru dan seluruh warga SEMASHUR faham, bahawa aku memang begini. Sejak Form1 kan aku dah terlibat dalam choir. Aku tahu, aku ada tanggungjwab dalam SIS. tapi, dulu telah aku katakan, aku tidak boleh memikul jawatan ini oleh kerana hati aku masih menyukai perkara seperti ini(persembahan). kawan - kawan, fahamilah aku. aku mungkin boleh jadi naqibah yang baik dari aspek yang lain tetapi bak kata pepatah, "nobody's perfect" jadi aku minta di sini, jangan mengadili orang tanpa mengetahui perkara yang sebenar - benarnya. BUKALAH MINDA, BUKALAH PEMIKIRAN ANDA. i am sorry. tahun depan aku tak buat dah perkara2 ni sebab spm. :))
No comments:
Post a Comment