AWAS. Post ni bosan. kalau bosan, anda tidak perlu baca. tq. :)
251109.
BAB 1
aku sangat gembira. hahaha. manakan tidak, aku telah berjumpa rakan - rakan lama semasa darjah satu.
mulanya, aku agak segan sebab dah lama sangat dah tak berbual secara berdepan. haha. memang seronok.
sebenarnya, semua ini aku yang atur. tapi aku pula yang keSEGANan keKUCINGan. haha. ntah ape2. aku plan jumpa dekat lrt wangsa maju
pukul 9 pagi. aku tau, ia terlalu awal tapi aku rasa macam tak ada masalah. almaklumlah, masa kan berlalu dengan pantas.
macam biasa, aku mesti datang paling awal. haha. punyalah berdebar jantung aku macam nak tercabut sebab takut, cemas, segan, teruja nak jumpa mereka.
hahaha. biasalah aku, cepat gelabah. disebabkan kecuakan yang melampau, aku pergilah lepak kejap dekat kedai kt stesyen lrt tu. aku beli air la, gula2 la, dll.
hahah. sengal. tup.tup.. tetibe hasani ngan zarin datang. hahaha. punyelah terkejut tapi bajet 'cool' je. kalaulah aku dilahirkan tak ada 'rib cage', agak2, jantung aku akan
terjatuh keluar. hahaha. jadi, waktu tu tinggal tunggu izzati dengan kawannya. hahaha. cuak juga tu, nak jumpa kawan lama la katakan. selalu on9 ym, ms, sms je. tapi kali ini, bedepan beb.
hahah. dupdapdupdap. tibalah zati dengan senyumannya yang aku dah lama tak tengok. masih seperti dulu. hahah.
BAB2
kami pun mengorak langkah membeli tiket lrt. destinasi kami ke KLCC! haha. tapi kan, aku yakin dengan waktu seawal ini, klcc lengang lagi.
sewaktu dalam lrt. aku mulakan perbualan tapi, macam biasalah, kalau dah 'blur' sangat, mesti soalan2 skema je yang keluar. cakap pasal exam la, sekolah la, dll.
hahaha. oh ya, terlupa nak cakap, zati bawa kawan dia, pika. hahah. pika, selamat berkenalan ya :) erm. dalam masa yag singkat, kami pun tibalah ke KLCC. jalan punya jalan, aku diam je kut. haha
tak tau nak cakap apa. lepas tu, kami buat keputusan, ke PAVILION. wahh. aku tak pernah pergi ke situ ya. hahah. tapi tak mengapa, mereka tunjukkan jalan. jalan2 di kota KL. seronok, haha.
kami pun pergi beli tiket wayang. terdapat pelbagai konflik ketika memilih filem apa. hahah. apalah, tu pun susah. aku pula tak reti nak buat keputusan sebab aku tak kisah pun
nak tengok filem ape pun. akhirnya, keputusannya, belilah tiket 2012, kul 12. jadi kami masih ada masa 48 minit.
BAB3
sementara menunggu detik 12 tengahari, kami bergerak ke tempat yang mempunyai makanan untuk diisi ke perut.
makan pun susah nak buat keputusan sebab masing - masing tak kisah. haha. akhirnya, makan lah pizza hut. dalam hati aku, melihatkan jumlah perut yang ada, rasanya
harganya pun mestilah melebihi 50 ringgit. hahah. tapi tak mengapa kut. sekali sekala guna lebih duit kan? hahha. haaa.. dekat restoran pizza hut tu lah, aku berani sikit nak sembang2.
hahah. kat situ seronok la juga. dah la tak ada orang kecuali kami, jadi apa lagi, kami buatlah macam restoran mak bapak kami. hahahaha. gelak2, yang paling 'best' bila zarin buat lawak.
sumpah kami 'banned' dia sebab lawaknya yang kurang berkualiti. hahahahah. macam budaya kat SEMASHUR la, "krik..krik..krik.." hahah. sengal je. seronok tengok semua orang gelak.
aku gelak juga walaupun masih dalam kondisi 'segan' tu. hahah.
BAB 4
tibalah 12 tengahari, kami pun masuk panggung. HALL 9 , ROW F, SIT 6. (agaknya lah, tak ingat sgt.) hahha. aku duduk sebelah hasani pula tu. ishh, kacau je.aku dah la nak duduk sebelah izzati sebab
aku nak tau pasal cerita 2012 tu (zati dah tengok sebenarnya. haha) tapi tak mengapa. hahha. ok je duduk sebelah hasani pun. TIBA2. masuk satu sms, "Ain, awak dekat mana?" sms daripada nelisa. haha.
"aku kat pavi tgk wyg 2012. " aku jawab. aku pun malas nak taip sms, aku telefon si nelisa ni, tengok2, ada cahaya kat depan sit si zarin tu, RUPA2nya, nelisa satu 'hall' dengan aku la. hahaha. kantoi.
hahaha. bagi aku sebenarnya, cerita 2012 tu tak ada la hebat mana pun, aku lagi suka tengok transformer daripada 2012. hahah. erm. lepas dah habis cerita tu, kami pun bergerak la mencari surau.
cari punya cari, tak jumpa jumpa. hahaha. jadi kata putus, pulang ke klcc, solat di klcc. hahah. sengal.
BAB 5
selepas solat, hasani lapar lagi hahah. badan je SEKEPING tapi kuat makan kut. hahaha. seterusnya, seperti yang dirancang, kaki mengorak langkah ke CENTRAL MARKET. nak temankan si hasani ni
ambil jadual tuisyennya. pelik betul. duduk dekat setapak, tuisyen jauh2. bak kata mak aku, "nak melencong la tu.." hahah. betul2. aku pun rasa macam tu.
lepas tu, aku ajak mereka ke dlm bangunan pasar seni tu. hasani tak nak pegi sebab dia kata tempat tu hanya untuk orang2 tua sahaja. hahah. heii. tolong sikit ya, itu tempat untuk orang2 artistik macam aku. hahah.
jadi, hasani pun terpaksa ke situ sebab semua orang setuju dan tak kisah ke situ. hahah. yeahh. hasani kalah. dekat pasar seni la baru kami sibuk2 nak tangkap gambar. hahah. (sebenarnya dalam hati dah lama dah nak ajak tangkap gambar, tapi malu la plak--')
hahahah.
BAB 6
kami beransur pulang, mereka beli tiket ke wangsa maju, tapi aku beli tiket ke taman melati. ye la kan, nak memudahkan perjalanan.
waktu ini sebenarnya masih dalam mood nak tangkap gambar lagi, ingatkan boleh lagi nak tangkap gambar dalam lrt. tengok2. masyaAllah, punye la ramai manusia dalam lrt tu. dh macam sardin aku tengok. melepaslah peluang nak tangkap gambar dalam lrt tu.
tapi macam biasa, otak aku kan hebat. aku rancang untuk turun kejap dekat wangsa maju ikut dorang, hanya untuk tangkap gambar je. hahah. dengan muka tembok, aku pun minta tolong akak cina yang tengah duduk baca buku tolong tangkapkan gambar kami.
hahaha. sebenarnya nak suruh tangkap lagi tapi akak tu macam tak rela je --' hahah. tiba2, tren sampai. jadi selamat tinggallah kawan - kawan, moga - moga kita bertemu lagi. waktu ni aku rasa macam nak menangis sebab berpisah dengan mereka. hahha. sedihnya. :((
tapi aku janji yang kita akan berjumpa lagi walau 10 tahun akan datang kerana sejarah telah membuktikan, walaupun 9 tahun kita berpisah, akhirnya kita jumpa juga. aku harap perjumpaan seterusnya, akan disertai oleh ISA dengan FAKHRUL sekali. ok. tamat.
AKHIR KATA;; aku sayang anda sangat sangat. hahahah :))
tq for the great moment.
edited. haha
lawa kan. i love them :)
meet my friend. her name izzati. cantikk kan? :)
ni hasani. dulu aku penolong kelas, dia ketua
kelas kami 1 DELIMA. haha
p/s: aku tutup mulut sebab mulut aku hodoh. :D
(tade keje. haha)
No comments:
Post a Comment