like ?

Monday, May 16, 2011

gajiku terhenti buat sementara waktu :) ohh ZY FOTOSTAT. hee. :D

salam alaik!
13 Mei 2011. merupakan titik noktah terakhirku di ZY FOTOSTAT. 


begitu banyak ilmu yang telah aku timba (*bukan baldi ehh) di sini. PULUHAN RATUSAN RIBUAN JUTAAN terima kasih aku ucapkan kepada semua warga kerja ZY serta pelanggan kerana menjadi sebahagian daripada kenangan hidupku. chewwaahh :) semoga doa kalian akan mengiringi aku sepanjang masa :). salam kemaafan juga dari aku andai ada kekhilafann serta kekurangan sepanjang aku menyumbangkan khidmatku (*sorrylah ehh kalau ada fotostat yang terbalik ke, tak ikut format ke atau terkurang jumlah copy yang korang nak ke atau err, TERkoyak kan salinan asal copy korang ke. hehehe. kita semua manusia yang tak kan lah lepas dari membuat kesilapan) 

TERIMA KASIH kepada makcik cleaner yang sentiasa membersihkan kawasan yang sepatutnya. TERIMA KASIH kepada pakcik tukang sapu yang sentiasa bersihkan halaman depan kedai ZY fotostat dari dipenuhi daun daun kering. TERIMA KASIH kepada WARGA KANTIN, Kak Inul, Kak Tuz and the gang kerana menyediakan makan dan minum aku *berbayarlahh. hehe* 

KEPADA KAK TUZ: aku tau kamu sayang bangat sama aku. aku 'ngak akan lupakan kamu ya kerana air yang kamu bancuh itu semuanya manis seperti kamu ;). 


TERIMA KASIH kepada MAJIKANku, Pn Zalina Yahya dan En. Ramlan Mohd. Arif atas jasa yang ditabur. akan aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian :) 



TERIMA KASIH kepada part-timer ZY yang juga student di situ (uishh, ramai ni nak kena sebut. ermm, kak tuti, kak nonoy, abg farhan, abg hafiz, abg din, kak zana, kak ririn, kak adah, dll) kerana perkenalan kita ehh. TERIMA KASIH kepada pekerja lama yang datang kembali (kak nurul, kak iqa dan didi) kerana sempat menjadi teman sekerja aku. 

TERIMA KASIH kepada abg Bas sebab marah aku apabila aku salah kira account atau duit short. HAHAHA. sorry gila. TERIMA KASIH kepada rakan seperjuanganku, 



HASIF, dan SYAHIR. tak sangka kita dapat berkawan sejauh ini. to hasif, belajar baik baik. jangan main main and jangan asyik SMS jee. HAHA. to syahir, kau memang hensem la *mcm radhi khalid* tapi kau kena ingat, hensem tu tak kemana. hiasi diri dengan pekerti mulia dan jangan putus asa, kerana ALLAH tahu yang terbaik untuk kau. 

*USRATI*

TERIMA KASIH ZY FOTOSTAT dan WARGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI :)

disini aku selitkan beberapa bait kata kata mereka untuk aku :) insyaALLAH, saya akan realisasikan impian diriku . amin! :)

Pakcik tukang sapu : "nak, belajar elok elok ya. pakcik doakan. nanti dah takde orang nak tegur pakcik lagi "

Makcik cleaner 
*yang selalu aku jumpa kat toilet: "Jumpa lagi laa ye, dah tak jumpa acik lepas ni"

Abg Din : "GOODLUCK!"

Syahir : "saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada ain dan hasif. Kata kata terakhir ialah, SAYA AMAT SEDIH LA MEREKA KELUAR *walaupun dalam hati saya memang nak halau mereka."

Kak Tuti : "err.. hahaha, takdelah ain *speechless*"

Kak Nonoy : "teruskan belajarr, aaa, takdepape pun nak ucap, semoga berjaya je lahh "

Abg Farhan : "belajar elok elok :)"

Abg Al Hafiz : "assalammualaikum, saya mohd al hafiz, ic 900805 ** ****,nanti dok sana belajar belajar, time cuti, baliklah belanja air kotak lagii :D" 

Abg Solihin : "assalammualaikum, nak cakap ni je, first of all, kat U nanti belajar rajin rajin, second, JANGAN TERPENGARUH DENGAN GEJALA SOSIAL, pastu yang lain tu macam biasa laa. tu je"

Abg Amir JPP : " JAGALAH HATI" 
*ini merupakan nasihat yang simple tetapi mendalam. kalau ada button like, aku akan click :)*

Kak Ririn : "timbalah pengalaman sebanyaknya"

Abg Basri : "Kau jangan gatal gatal kat sana, INGAT SIKIT KAU TU SIAPA EHH, kau tu ada martabat, maruah jaga baik baik. Baik baik belajar kat tempat orang"

Abg Aiman and the gang : " okay jumpa lagi, byebye, ada masa mari lagi, boleh belanja lagi" 

Kak Nurul : "ishh, bestnya, dapat UiTM, ala, ain boleh punya :)"

Kak Iqa : "study rajin rajin, biasalah UiTM, okay kott. hahaha. biasalah, orang pandai, mestilah dapat pointer 4.00. *gilelahhh* okay, akak doakan :)

Kak Lailam : "masuk mana? UiTM kan, haa, nanti masuk tau pidato ke, syarahan ke, pantun ke for IPTA. jaga diri :) "

Umi ZY dcc : "ermm, selamat berjaya, semoga menjadi pelajar cemerlang, jangan main main, belajar betul betul nanti boleh terus kahwin. ahahaha :))"

CEO MR. MRA : "selamat maju jaya, belajar baik baik, insya-Allah :)"

Datin Zakhiyyah : "all the best, just determine your future. think you can do it, insyaAllah"

okay tu je la. akhirulkalam, AKU SAYANG DEKAT KORANG SEMUA :(


p/s: to SITI MUNIRAH, kite sangatlah tahu yang akak sedih sebab kite pun sedih. tapi, jangan sedih sangat tau. nanti terjejas semua perkara. heheh. at least kite ada pengalaman naik motor ngan akak, solat sebelah akak kat bilik akak, minum air akak, makan makanan akak. kite akan sentiasa simpan cincin yang terukir nama akak tu *walaupun cincin tu ketat sikit untuk dipakai* hahaha. I LOVE YOU! 

*touching jugak lahh bila abg solihin nasihatkan aku buat kali kedua supaya jaga diri dan tidak terlibat dengan gejala sosial.  insyaALLAH, aku akan jaga diri. :)

*sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak larat nak letak banyak banyak. HAHAHAH :)*

ok. habis.

3 comments:

TuTi KLise 89 said...

ain!!!!!! terharu.. menangis saat membaca post di atas.. tolonglah jangan buang kenangan kita bersama.. huhu.. =(

FARHAN said...

sedih la ain..

ain bz :) said...

jangan sedih ! study elok elok. jadilah seorang guru yang berwawasan tau ! :) kenangan kita tak akan dilupakan.

sekadar perkongsian :)