hai. salam alaik.
TITANIC 3D? wooo ! suka la korang ye? dapat tgk LAGI REAL benda benda yang TAK PATUT ditengok. muahahhaha. hadoiii.
(aku tanak tengok pun, sbb dah tengok dulu dulu.)
okay. apa yang best aku pun tak tahu. nak kata BELUM tengok, DAH TENGOK lamaaaa dah sebenarnya. aku bukan nak merepek cerita pasal sinopsis or jalan cerita titanic ni atau KEHENSEMAN leonardo dicaprio atau KECANTIKAN kate winslet tuu. aku saja j ni. aku tengah bosan dan mati kutu dek masalah yang bertimbun menimpa otak aku sebenarnya, so post kali ni aku nak share PENGALAMAN dan CERITA FIRST TIME aku tengok cerita titanic tuuu :D
ingat lagi waktu FIRST TIME tengok cerita TITANIC, time tu around tahun 1997 - 1998 kalau tak silap. time tu still tengok kat kampung guna VIDEO TAPE yang besar, tebal tuu.
waktu tu tengok ramai ramai sepupu kecik kecik dengan ayah, pakcik, makcik sekali kot. tiba tiba, ad satu scene ni, ayah cakap "OKAY ! SEMUA ORANG TUTUP MATAAAAAA!" (banyak kali okehh, bukan sekali je kena tutup mata -.- ) pastu semua pun tutup mata. aku yang mmg curious gila waktu tu, tutup je la mata dengan redha. hahaha. disebabkan aku ni jenis yang TAK PUAS HATI. cuba merungkai apakah yang sedang berlaku, so, esoknya pegilah tengok cerita TITANIC tu senyap senyap lagi sekali time sepupu sepupu semua tgh main main tepi parit, petik petik bunga, main masak masak. aku pun mulakan la proses siasatan aku, aku tunggu punya tunggu la, apalahh yang rahsia sangat sampai dorang tak kasi budak budak tengok. LAST LAST. rupanya! ada babak ROSE tengah ____________________ (isi sendiri) sambil JACK lukis gambar dia. pehhh, time tu terasa diri ni buat salah yg paling besar. haishhh. apelah aku ni, kecik kecik dah jadi gini. teruk teruk. AHAHAHAHA. lepas tu, opah aku jerit panggil "KAKLONG ! pergi mandi ! jap lagi maghrib, mana kaklong ni?!" uishhh, terus. aku stop cerita tu, simpan balik video and letak tempat asal seperti sedia kala. fuhhh. selamat. and sekarang baru aku dedahkan perbuatan sengal aku tuu. HAHAHAHA.
*insaf insaf*
SIAPA NAK TENGOK CERITA TU NANTI KAT WAYANG,
KAWAL KAWAL LAHH YE MATA dan HATI dan IMAGINASI TU. DAH LA 3D.
(senang cerita tak payah la tengok movie titanic ni. tengok la movie kartun ke. okay jugak.hehehehehe)
p/s: di zaman itu, aku rasa tiada masalah pun (mungkin la) sebab kanak kanak zaman tu tak berapa nak terikut ikut sangat (err, tapi tak tahu la org lain). tapi yang buat aku risau ni, budak budak zaman sekarang. pehh, aku penah lalu dekat tepi kedai, and ramai budak sekolah rendah. gila laaa. kecik kecik dah pandai cakap kotor. terancam rasanya. -.- betullah jugak. cerita cerita ni sebenarnya mmg kena tapis daripada budak budak tengok tengok benda censored. bukan setakat tambah dosa, otak, hati pun rosak ni. huuuuuuu. so, JOMLAH KURANG KURANGKANLAH tengok benda tak berfaedah ni.
(aku pun tersentap dengan ayat sendiri --') tu je. kbai.
habis.
No comments:
Post a Comment