like ?

Sunday, July 29, 2012

this is about my family, not your family :D

Salam alaik. :)
SALAM RAMADHAN (rasa macam dah lambat wish, tapi aku harap ia masih diterima)

sihat ? korang rasa diri korang cantik tak hari ni? rasa hensem tak?
ahahaha. kalau jawapannya YA, tahniah, anda mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. YEAHHH ! :p


kali ni aku nak menulis mengenai KELUARGA.
do you love your familyyyy? huuu.
tepuk dada tanya hati apa jawapannya. okay?

keluarga ni ada banyak cabang. pertama keluarga asas, dan seterusnya keluarga kembangan.
 (sila check buku kajian tempatan darjah 4 untuk tahu lebih lanjut. -.-)

for me, jangka masa untuk bersama family adalah sangat pendek. lagi lagi jika korang jadi aku. ye lahh, mana taknye, sejak aku lahir, aku duk kejap dengan ayah ibu, lepas tu, aku dibesarkan oleh nenda kat kampung sampai aku tadika. kat kampung, aku still duduk dengan ibunda tapi ibunda kerja jadi nurse kat hospital, so macam busy sikit sebab kerja shift shift kan, so masa tu terhad la. and ayahanda pula cikgu
 kat KEYYY ELLL. mmg la kan, kitorang duduk kampung, dia macam best je duk KL ;p hmm, lepas habis tadika barulah kitorang duduk bersama balik dan hijrah kembali ke KL. huu. 
(my origin is KAMPUNG okayy, tak lupa daratan, jgn risau. tgk IC nombor tengah tu 08

tup tup dah darjah 6. mungkin aku pandai kot time tu, tu yg dapat tawaran masuk Sekolah Berasrama Penuh. muahahahaha. and, DETIK perpisahan inilah menjadi detik pertama aku 
akan kehilangan masa bersama family terchenta. 

ce tgk analogi masa ni ;
13 y/o - 17 y/o : 5 tahun full time di asrama penuh. hanya cuti semester, cuti raya dan minggu outing je baru jumpa family
18 y/o - 21 y/o : masuk U pulak, U pulak bukannya belakang rumah. kena hidup sendiri lagi.
22 y/o - 24 y/o : rasa nak sambung belajar lagi or kalau malas,  kerja cari duit dulu.
around 24 y/o : TARGET KAHWIN. haihh. ni lagi sedih. start dah ada family baru. terlepas sudah tanggungjawab ayah. dah takde nak hidup senang lenang macam budak budak lagi dah. teruss, hidup sendiri.
27 y/o - bila2  : hidup dah stabil, dah mula la, terus hidup bersama kelauarga yang dibina bersama suami dan anak anak (lagi sedih kalau pindah rumah di area yang agak jauh dari keluarga . ex : RUSSIA :p hehehe)

BILA LAGI AKU NAK SPEND TIME dengan family wehhh kalau bukan masa masa lompong yang aku cari sendiri ni ? :(

hmm. so kesimpulannya, aku nak bagitahu, jangan halang aku untuk having time with my family sebab masa yang aku ada sebelum ni berbanding kau, kau dan kau yang tak pernah berpisah dengan family sangatlah terhad. and aku seru siapa yang still ada ruang masa bersama family anda, sila manfaatkannya. :)


ma famille. 
Ayah, Ibu, Ain, Aina, Ameen, Afeeq.


ada quotes menyatakan : 'WE ARE TOO BUSY GROWING UP but WE FORGET THAT OUR PARENTS ARE ALSO GETTING OLD AND THEY WILL 'GO' SOON' :(

doakanlah ibu bapa kita dan ahli keluarga kita selalu kerana tanpa mereka, siapa kita sekarang. seteruk mana, sejahat mana mereka, mereka tetap darah daging kita. 


p/s: aku tahu aku banyak dosa dgn parents aku. hmm, raya barulah terhegeh hegeh nak mintak maap. harap mereka ampunkan aku sebab 
REDHA ALLAH kepada kita bergantung KEPADA REDHA IBU BAPA kita kepada kita :)

ok . habis.

Tuesday, July 10, 2012

read this.


ALLAH la sebaik baik tempat mengadu dan kepadanya kita WAJIB bersyukur atas segala nikmat.
jangan takutkan makhluk . 

memang sedih kalau tak dapat penghargaan daripada makhluk atas usaha kita TAPI, 
LAGI SEDIH kut kalau tak dapat penghargaan dari Tuhan kita. 





Sunday, July 1, 2012

Jodoh BUKAN di tangan kita.


salam alaik. 

seperti yang telah dijanjikan 3 bulan lepas .
aku kini kembali! huu. okay, ce baca title kat atas ni ? 
A lil bit cliche right? huu. yes, aku tahu, yang semua memang sedia maklum 
yang ajal, maut, JODOH, pertemuan semua di tangan Tuhan kan? tapi, persoalan aku terhadap korang ialah, 
BERAPA RAMAI YANG BETUL BETUL SEDAR AKAN REALITI BAHAWA JODOH SEMEMANGNYA BUKAN DI TANGAN KITA? haaa.

so disini, just nak share je lah. 

bila kita sebut hal CINTA, pernah aku baca dekat TERFAKTAB oleh seorang panel penulisnya, CINTA is all about BERANI. berani untuk apa? salah satunya, BERANI untuk mengharungi suka duka. BERANI menerima kelemahan, dan yang paling besar BERANI UNTUK KEHILANGAN.
untuk skop cinta yang belum mempunyai hubungan yang halal, 
konsep BERANI UNTUK KEHILANGAN memang sesangat lahh sesuai. yelahh, 
nama je bercinta sakan, ke hulu ke hilir dilayan je perasaan tu. 
tapi, pasangan korang tu belum tentu JODOH korang. kan? 

okay, SILA ANGKAT TANGAN KALAU KORANG BETUL BETUL SURE 
yang KORANG PUNYA *ehemm tu SURE MILIK KORANG.?

okay fine, maybe ada je yang cakap 

"wehh, aku dah bercinta dgn si polan 7 tahun kot, takkan la aku tanak kahwin dengan dia kot" 
or 
"family kitorang dah kenal kot, so konfem kitorang akan kawen !" 

err, annoying lah weh kasi jawapan macam ni. bunyi macam bagus je.
i'm sick of hearing this . -______-

ye, betul. CINTA itu salah satu cabang bahagia. tapi,  JODOH bukanlah berpaksikan kepada cinta sangat pun. kadang kadang ada situasi di mana CINTA SAYANG CINTA (whatsoever) tu
datang dulu sebelum JODOH. and ada juga situasi JODOH datang dulu  sebelum CINTA SAYANG KASIH (seperti contoh, perkahwinan yang dirancang keluarga )

pernah tak terfikir semua ni? 
okay, MESTI korang rasa macam aku NI BAJET JE cakap pasal jodoh, cinta bagai ni kan?
well, aku pun manusia biasa wehh. kau ingat aku tade hati jantung limpa semua ke?
 of course ada. pernah je lalui semua ni (err, yeke? :p) 

ohh, terlupa, ada juga suatu situasi, di mana, kita punyalah DENY gila gila yang kita tak ada apa apa hubungan dengan si polan. or kita benci gila dekat si polan tapi last last KAHWIN pulak dahh -.- 
*cliche story. 

well inilah yang dikatakan , JODOH BUKAN DI TANGAN KITA. kita ni manusia yang sentiasa merancang, tetapi segala ketentuan, terletak di tangan Dia.
 actually, bagi aku jodoh ni sesuatu yang REALISTIK dan bukan fantasi semata. 


.
now, kita kosongkan fikiran. aku cuba sentuh satu sub-topic baru which is, 
KITA BOLEH RANCANG JODOH KITA, tapi TERTAKLUK JUGA ATAS KETENTUAN-NYA setuju? ye. sangat boleh. sebab apa boleh? kalau kita asyik buat bodoh tanpa berusaha, memang berkarat lah wehh (especially for lelaki, perempuan takpe kot kalau tunggu je :p)

okay, aku nak tanya. pernah tengok situasi, 

KAWAN DENGAN ORANG LAIN, 
BERCINTA DENGAN ORANG LAIN,
KAHWIN DENGAN ORANG LAIN ?

hahaha. bagi aku itu STANDARD untuk zaman sekarang. 
walaupun aku seboleh bolehnya, TAK NAK situasi macam ni terjadi dekat aku. 
kalau boleh, aku nak persahabatan yang aku hulurkan kepada 'orang tertentu' tuu, akan berakhir dengan sesuatu yang pasti. 
(cinta ke tak cinta, itu belakang kira) . 
sesuatu yang pasti itu ialah pernikahan yang diredhai (over sangat ke?)


kau TAKUT orang yang kau 'cinta macam nak gila' sekarang ni 
bukan jodoh korang? 
ahaha. don't worry. just go wih the flow. sedih tu mmg sedih. yelahh, bak kata orang kita dah serahkan jiwa raga kepadanya tiba - tiba putus tengah jalan. of course korang pernah terfikir yang korang rasa nak LUPUSKAN kenangan dengan dia kan? 
well, sikap benci membenci ni harus dielakkan dalam hidup. just be natural. 
terima dengan redha. Allah knows best.

pernah ada seorang makcik yang aku 
jumpa dalam bas nak pulang ke kampus 
bersama seorang kawan baik lelaki ni pesan.

"takpelah kamu kawan special special sikit. ADA JODOH, KAHWIN, TAK ADA JODOH, KAWAN -.- " 

(I don't give a damn pun dgn kata kata makcik tu, sebab aku tak kesah pun. 
kalau ada jodoh. okay la, tade jodoh pun it's okay. itu semua kerja Allah )


see? org tua tua dulu dulu pun menggunakan 
konsep JODOH tu dengan penuh aman . 
err, maksud aku, dorang tak terlalu stress dalam mencari pasangan dan bab bab cintan ni perlu dilalui dengan keadaan yang cool. mungkin sebab tu lah, org dulu dulu ni redha je mak bapak dorang tentukan pasangan hidup dorang.. kann? 

okaylahh, aku harap korang dapatlah apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ni. JANGAN over dalam bercinta.  JANGAN sedih sangatlahh jika kehilangan orang yang kita sayang lagi lagi yang kita tak sure dia akan jadi milik kita yang sah ke tidak.. 

JANGAN terburu buru mencari pasangan. JANGAN terlalu yakin akan sesebuah perhubungan yang belum pasti. okay?  and yang paling penting berkenaan JODOH ni, just remember, 
kalau ada jodoh, takkan kemana dan takkan lari gunung dikejar.:) 


p/s : PESANAN kepada budak budak bawah umur === 
DIKK, KECIK KECIK, JANGAN GATAL NAK BERCINTA ! ni umur baru 8 tahun, dah bersayang sayang bagai. hahaha. 
ohh, dikesmpatan ini, aku nak ucap selamat berbahagia lahh kepada kawan kawan aku yang dari sekolah bercinta and kekal sampai sekarang. harapnya korang akan sampai ke jinjang pelamin. memang buang masa laa kalau bercinta lama lama, dah macam macam aktiviti korang buat (ex; gaduh, ), 
tup tup, the relationship was over. -.- sakit dohhh. so, doa je lah banyak banyak 

SEBAB JODOH TU RAHSIA ALLAH. :)

sekadar perkongsian :)