like ?

Sunday, July 29, 2012

this is about my family, not your family :D

Salam alaik. :)
SALAM RAMADHAN (rasa macam dah lambat wish, tapi aku harap ia masih diterima)

sihat ? korang rasa diri korang cantik tak hari ni? rasa hensem tak?
ahahaha. kalau jawapannya YA, tahniah, anda mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. YEAHHH ! :p


kali ni aku nak menulis mengenai KELUARGA.
do you love your familyyyy? huuu.
tepuk dada tanya hati apa jawapannya. okay?

keluarga ni ada banyak cabang. pertama keluarga asas, dan seterusnya keluarga kembangan.
 (sila check buku kajian tempatan darjah 4 untuk tahu lebih lanjut. -.-)

for me, jangka masa untuk bersama family adalah sangat pendek. lagi lagi jika korang jadi aku. ye lahh, mana taknye, sejak aku lahir, aku duk kejap dengan ayah ibu, lepas tu, aku dibesarkan oleh nenda kat kampung sampai aku tadika. kat kampung, aku still duduk dengan ibunda tapi ibunda kerja jadi nurse kat hospital, so macam busy sikit sebab kerja shift shift kan, so masa tu terhad la. and ayahanda pula cikgu
 kat KEYYY ELLL. mmg la kan, kitorang duduk kampung, dia macam best je duk KL ;p hmm, lepas habis tadika barulah kitorang duduk bersama balik dan hijrah kembali ke KL. huu. 
(my origin is KAMPUNG okayy, tak lupa daratan, jgn risau. tgk IC nombor tengah tu 08

tup tup dah darjah 6. mungkin aku pandai kot time tu, tu yg dapat tawaran masuk Sekolah Berasrama Penuh. muahahahaha. and, DETIK perpisahan inilah menjadi detik pertama aku 
akan kehilangan masa bersama family terchenta. 

ce tgk analogi masa ni ;
13 y/o - 17 y/o : 5 tahun full time di asrama penuh. hanya cuti semester, cuti raya dan minggu outing je baru jumpa family
18 y/o - 21 y/o : masuk U pulak, U pulak bukannya belakang rumah. kena hidup sendiri lagi.
22 y/o - 24 y/o : rasa nak sambung belajar lagi or kalau malas,  kerja cari duit dulu.
around 24 y/o : TARGET KAHWIN. haihh. ni lagi sedih. start dah ada family baru. terlepas sudah tanggungjawab ayah. dah takde nak hidup senang lenang macam budak budak lagi dah. teruss, hidup sendiri.
27 y/o - bila2  : hidup dah stabil, dah mula la, terus hidup bersama kelauarga yang dibina bersama suami dan anak anak (lagi sedih kalau pindah rumah di area yang agak jauh dari keluarga . ex : RUSSIA :p hehehe)

BILA LAGI AKU NAK SPEND TIME dengan family wehhh kalau bukan masa masa lompong yang aku cari sendiri ni ? :(

hmm. so kesimpulannya, aku nak bagitahu, jangan halang aku untuk having time with my family sebab masa yang aku ada sebelum ni berbanding kau, kau dan kau yang tak pernah berpisah dengan family sangatlah terhad. and aku seru siapa yang still ada ruang masa bersama family anda, sila manfaatkannya. :)


ma famille. 
Ayah, Ibu, Ain, Aina, Ameen, Afeeq.


ada quotes menyatakan : 'WE ARE TOO BUSY GROWING UP but WE FORGET THAT OUR PARENTS ARE ALSO GETTING OLD AND THEY WILL 'GO' SOON' :(

doakanlah ibu bapa kita dan ahli keluarga kita selalu kerana tanpa mereka, siapa kita sekarang. seteruk mana, sejahat mana mereka, mereka tetap darah daging kita. 


p/s: aku tahu aku banyak dosa dgn parents aku. hmm, raya barulah terhegeh hegeh nak mintak maap. harap mereka ampunkan aku sebab 
REDHA ALLAH kepada kita bergantung KEPADA REDHA IBU BAPA kita kepada kita :)

ok . habis.

No comments:

sekadar perkongsian :)