Bismillahirrahmanirrahim.
16 September 2017
Lembaran pena maya dibuka semula. Fuhhhhhh *hembusan semangat*
Apa khabar semuaaaaaaa ? Aku baik - baik sahaja. 😉
Lain kali lah aku tulis pasal perkembangan diri ini. hehe.
Hari ini cuma nak coret sikit sempena Hari Malaysia.
Ya. HARI INI HARI MALAYSIAAAAAAAA !
Selamat Hari Malaysia buat Malaysia yang tercinta dan seluruh rakyat Malaysia.
Topik yang aku nak ulas pada hari ini tidaklah begitu berat. Ia cuma picisan kata hati dan pendapat diri ini yang begitu amat TER paling sangat sayangkan negara ini. Tidak logik dan tidak boleh diterima akal dan fikiran bila mana tanah yang menjadi saksi kelahiran dan tumpah darah kita ini diabaikan hak nya untuk disayangi oleh rakyatnya sendiri ? Dan yang paling sedih jika diri rakyat kita ni, tak ada langsung sekelumit, secebis, secalit, secubit (dan apa jenis perbandingan lagi yang sesuai) rasa patriotik dan cintakan negara dalam hati mereka.
"Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri"
Apa maksudnya ?
"Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa."
hahaha. Kalau nak tahu, aku sejak sekolah rendah, tak pernah bersetuju dengan peribahasa ni.
Rasa bengang je rasa bila baca peribahasa ni. Banyak persoalan yang terlintas dalam kepala ni.
Antaranya; Kenapa hujan emas ? kenapa emas tu kat negara orang ? kenapa kita lebih baik pilih hujan batu ni ? kenapa tak pilih emas yang nampak lebih baik dan elok dari batu ? kenapa ? kenapa ? kenapa?
hahahaha. Biasalah, budak budak kan memang suka banyak tanya (hmm kalau anak aku banyak tanya, aku pun tak tahu nak jawab ke nak lempang . HAHAHAHA #Savage #MaafkanBondaTakSempurna )
Apabila mengijak usia dewasa, aku mula faham sedikit dan boleh lah cuba hadam apa dimaksudkan walaupun tidak sepenuhnya.
SAMPAILAH pada suatu hari, aku betul betul MEMAHAMI peribahasa tersebut.
Dan aku dapat jawapan tersebut dalam pengembaraan aku ke negara orang.
Negara yang iklimnya berbeza, yang makanannya berbeza, komunikasinya berbeza dan segalanya berbeza. Luar dari norma kebiasaan.
TRIP KE CHINA (GUILIN) bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM 2015/2016
Ini pertama kali aku dapat merasakan perbezaan itu.
Jujur aku katakan, memang agak teruja sampai tak boleh tidur malam sebab gembira sangat dapat peluang ke negara orang (bukan Indonesia/Thailand/Singaporer dll yang dekat) tapi kali ni jauh sikit lah. Dan pada ketika trip kami tu, sedang musim sejuk. Lagilah teruja sebab sejuk kann. Tak ada salji pun tak apa lah. Dengar "sejuk" je dah teruja gila. (Sampai KF pun belikan sweater tauuu untuk titewwww.) hahaha.
Hari pertama jejak kan kaki ke negara itu, keluar je dari flight, cahaya mentari memancar mancar sampai silau dibuatnya tapi yang buatkan aku teruja dan mungkin sedikit noob, "ADA MATAHARI TAPI SEJUK YA ALLAH MENGGIGIL SAMPAI TULANG" hahahahah.
Ya aku tahu mesti bunyi macam loser kan ? tapi lantaklah. Sebab aku memang first timer kot ke negara yang ada musim sejuk.
Nak dijadikan cerita, hari pertama aku sangat happy dan bila makan pun teruja makan chinese cuisine. Yelah, macam aku memang kalau kat Malaysia, tak pernah terfikirkan pun nak makan chinese cuisine setiap hari kan. Tapi disebabkan kat negara orang terpaksa lah kan. Lagipun kena berhati hati mencari yang halal. Kerana mencari yang halal itu fardhu. #DoneDakwah hahaha.
Nak dijadikan cerita, hari pertama aku sangat happy dan bila makan pun teruja makan chinese cuisine. Yelah, macam aku memang kalau kat Malaysia, tak pernah terfikirkan pun nak makan chinese cuisine setiap hari kan. Tapi disebabkan kat negara orang terpaksa lah kan. Lagipun kena berhati hati mencari yang halal. Kerana mencari yang halal itu fardhu. #DoneDakwah hahaha.
Haa, satu lagi memang best sebab sejuk. Tak panas langsung. Dan tak berpeluh. Tapi 'best' tu tak bertahan lama. Aku sampai susah nak tidur sebab sejuk sangat walaupun heater pasang kat bilik. Itu belum lagi aku cerita pasal toilet mereka. hmmmm malas lah nak ulas. hahahaha.
Sampai lah satu ketika ni, aku rasa RINDU TERAMAT SANGAT dekat MALAYSIA. Rindu matahari, rindu ayam goreng, rindu orang - orangnya dan rindu toilet sendiriiiiiiii. huwaaaaa.
Sampai lah satu ketika ni, aku rasa RINDU TERAMAT SANGAT dekat MALAYSIA. Rindu matahari, rindu ayam goreng, rindu orang - orangnya dan rindu toilet sendiriiiiiiii. huwaaaaa.
Waktu ni lah aku kemain memanjatkan rasa syukur kerana aku lahir sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu Islam. Kerana segalanya lengkap serba serbi. Ya memang keadaan ekonomi mungkin bermasalah dan politik kucar kacir tapi sampai hari ini, sebenarnya, belum pernah lagi aku hidup tak cukup makan. Syukur alhamdulillah.
Peribahasa "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri" betul - betul kena dengan situasi aku ketika itu. Biarlah aku berpeluh - peluh, dibawah sinaran matahari, tak mengapa. Aku sanggup tinggalkan sejuk di negara orang ini. Kerana bak kata omputih,
"EAST or WEST, HOME IS THE BEST"
Semoga kita semua dapat jadi orang yang reti bersyukur dan sentiasa berbuat kebaikan.
Itu sahaja. Jadi sempena Hari Malaysia ni, aku nak bagi tunjuk video lagi patriotik yang kami nyanyikan sewaktu di negara China ini. JANGAN KECAM. Kami memang patriotik. Nyanyi lagu patriotik kat tepi tasik di Guilin City chuolsssss hahahaha
okay habis.
TERIMA KASIH SEBAB BACA. hehehehe.
No comments:
Post a Comment