DISEBALIK TABIR PERJALANAN CERITERA CINTA ini.
Aku tak pernah sangka untuk berada sejauh ini. KALI PERTAMA
setelah BERTAHUN TAHUN meninggalkan antara salah satu cabang kesusasteraan ini.
Bermula dengan penyertaan pertandingan puisi Islam anjuran
Pusat Kebudayaan, membawa aku untuk menghadiri bengkel penulisan cerpen dan Pn
Jamliah mempelawa aku untuk bersama AKSI dan seterusnya tanpa diduga mengenali
ahli dalamnya dan duduk semeja di majlis yang agak berprestij. Sembang sembang
santai bersama mereka tiba tiba menjemput aku untuk hadir ke Ujibakat Pantun
bagi mewakili UiTM.
Pada awalnya, tak tahu kenapa, aku sekadar hebahkan poster
ujibakat tersebut di page FB Fakulti Sains Gunaan dan personal sahaja. Tapi
mungkin dipinjamkan kudrat dr Ilahi, aku tak tahu kenapa aku pun pergi untuk
sesi ujibakat tersebut. Hahahaha. Mungkin pada hemat aku, aku menghormati
jemputan orang (Hariri dengan Iqa) untuk datang ujibakat. Dan pada masa yang
sama at least nampak lah effort aku untuk kenal AKSI.
Pertama kali datang ke ujibakat tersebut, aku lost. Datang menonong
je sebenarnya. Tanpa bawa sebarang harapan. Hahaha. Dalam Bilik Gemalai Gangsa
tu, aku nampak kelibat Faizuddin dgn Asilah yang mana aku pernah jumpa masa
pertandingan puisi yang lepas. Haha. (Nampak nauu org kalau jiwa sastera ni
semua cabang dia nak teraaiiii)
Masa berganti masa (thrill gila bunyinya).. Latihan demi
latihan aku hadiri.. gigih datang setiap latihan walaupun tahap exhausted aku. Haihh.
Nauzubillah.. tak dpt dibayangkan. Haha. 90% dari kehadiran, aku datang tanpa
mandi dari pagi (hahahhah. K. lantaklah). Hmm. Sumpah. Prestasi aku sangat
teruk sebenarnya. Graf prestasi aku sentiasa turun naik. TAK PERNAH jawab bawah
dari masa yang ditetapkan. HAHAHA. Tapi, sebenarnya, mulia juga niat aku pada masa tu.
Memang lepas perjumpaan pertama untuk ujibakat, aku dah terkesima dah. Kenapa aku
tak pernah terdedah dengan ilmu ilmu pantun macam ni (Ke aku lupa apa yang
Cikgu Rafidah dgn Cikgu Sukarno ajar waktu sekolah dulu? Haha) Serius, aku rasa
teruja. Jadi, nak dijadikan cerita, tiap
kali datang latihan, niat aku nak tuntut ilmu.
(ha kau, sampai tunduk tunduk sampai tembus kertas tu agaknya)
(muka aku stress je manjang. nasib baik cantik. hahahaha)
Aku sebenarnya sikit lagi je nak give up dari teruskan
latihan. Yelah. Mana tak nya, aku macam masih lost. Masih hilang. Sebenarnya,
minat je tak cukup. Benar ! Minat tu perlu seiring dengan usaha. Secara
peribadi, aku terhutang budi dengan Hariri (Klik sini kalau nak kenal) hahaha.
Bila aku rasa nak putus harapan, mesti bayangan kata kata Hariri pada awalnya
akan menyelinap dalam kepala otak, urat saraf aku (hahaha, kemain kauu. Over nauu)
Aku rasa dihargai when he said that I got my own pesona and the nice voice. Dia jugak cakap aku boleh pergi jauh kalau berusaha. Aku
ingat lagi dia cakap habis dari latihan dekat bilik mesyuarat pejabat Pusat
Kebudayaan. Sebab tu aku jadi semangat. Bagi aku, prinsipnya satu je, KITA TAK
TAHU APA YANG ALLAH TENTUKAN UNTUK KITA, yang penting kita cuba sedaya upaya. J
(Inilah kitab pantun akuuuuuu. hahaha. kalau buka, nauzubillah konfem tak paham punya)
Dah nak dekat sebulan lebih latihan dijalankan, aku masih
ditakuk yang lama. Sampai pengajar kami (Hariri lahh siapa lagi) ambil
inisiatif untuk beri aku latihan intensif secara personal. AHAHAHHAHAA.. KAU
MAMPU ? hmm jangan ingat free dan senang lenang aku dapat peluang tu ehhhh.
Sebelum latihan intensif tu, malam sebelumnya dia call okayyyy. Kena basuh
jappp, bakar bakar semangat sikit. Ha, barulah terbuka hati nurani ni untuk
usaha sungguh sungguh sampai terpilih. Teknik demi teknik diajar SUPAYA AKU
DAPAT JAWAB PANTUN KURANG DARI MASA YANG DITETAPKAN. Hahahaha. Kejar masa gila.
Lari sekejap dari masa lapang/tugas hakiki semata mata nak timba ilmu dengan
sifu ni. :D
Alhamdulillah. Latihan intensif tersebut membuahkan hasil !
Hmm. Secara peribadinya, aku dapat rasanya prestasi aku semakin meningkat,
walaupun tak sehebat kawan kawan lain, tapi okaylah. TAKDE LAH KE LAUT SANGAT. Hahahaha.
Rasa gembira tu Tuhan je tahu. Disebabkan aku rasa lebih ‘bernyawa’ atas usaha
aku, jadi kalau ada apa apa yang akan terjadi selepas itu (misalannya tak
terpilih jadi wakil/pemantun) aku akan redhoo je :) Yang penting ilmu ni BUKAN
SEMUA orang boleh dapat dari tepi tepi jalan.
Sekali lagi syukur kepada Allah, akhirnya aku terpilih untuk
jadi pemantun UiTM bagi pertandingan pertama bagi kami kami yang mudaaaaaaa
hijau ni. Berat sungguh pundak ini dengan amanah yang dipikul. Walaupun tak seberat
pemantun pertama, aku sebenarnya ada bawa sesuatu yang orang lain tak nampak
(haha, saspen tak ?) Hmm. Takde apa pun, cuma aku nak balas jasa Hariri atas
semua jasa dia. Tak mampu balas dengan wang ringgit tapi mungkin boleh balas dengan
usaha sungguh sungguh dari diri yang serba hina dina dan jijik ini. (sadis tak bunyinya? )
(Team Darah Ungu)
Akhirnya Tuhan permudahkan perjalanan aku dan sahabat yang
lain. Berjaya jejak ke Peringkat Akhir Pesta Pantun Bestari 2015 ini dan
merangkul tempat ke 2. Sesungguhnya nikmat ni datang dari Dia. Kita bukan siapa
siapa kalau bukan kerana rahmat Allah tu sendiri.
Secara peribadi juga sebenarnya, nak ucap terima kasih kepada Muhammad Hariri Nasir atas segala tunjuk ajar, carutan, pujian dan komen komen membina sejak hari pertama latihan. Wan Yusuf dengan Syafiqah Hani juga banyak sangat membantu cuma secara peribadi lebihnya nilai sentimental terhadap Hariri. sobss sobss. (Hariri je yang berani bahan kulit TANNED gua and cakap gua gedik waktu pertama kali jumpa. errr. wth ? hahahah. Nasib baik mak jarang sentap noks. haha.)
Thank you bro. May Allah bless you and the effort !
(hmm. banyak gak gambar dengan Riri. haha.)
Rasanya dah tak ada apa nak dicoretkan lagi. Cuma kalau kalau ada student UiTM yang terbaca tulisanku ini, dan berminat untuk sertai pantun, kami amat mengalu alukan kehadiran kalian.
Tapi ingat, dalam SETIAP apa yang kita ceburi, jalannya bukan mudah, #OnlyTheStrongWillSurvive
Cuma kami ada aset terbaik yang pernah kami ada..
Kami ada Faizuddin Hashim yang tampan dan mampu mengugat jiwa gadis gadis kota dan jua desa.
(mohon pm sis laju laju untuk berkenalan dengannya. hahaha. PEMANTUN PERTAMA pasukan UITM B - Pesta Pantun Bestari 2015)
Okay. Mohon kanda Izu tak marah Dinda Ain Gorgeous ya. Bercanda sekali sekala apa salahnyaaa. ehems. (mati la nakkk aku kena kelar nanti)
okaylah. Akhirulkalam. I just wanna say, I love them so much. Semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa. Gurau gurau manja, sentap carut sikit sikit harap tidak simpan di dalam hati
Love you all.
HANI, ASILAH, AFRINA, ZATIE, HARIRI, IZU, FAI, WAN DAANNNNNN KAK ILAAA
1 comment:
Salam singgah. Tahniah atas kejayaan UiTM. :)
Post a Comment