pernah tak rasa diri anda tu LOSER gila?
pernah tak rasa tekanan yang melampau?
pernah tak rasa nak bunuh diri?
pernah tak rasa nak tumbuk orang lain?
------------------------------------------------
Minggu ni aku sangat tertekan. tak tahu kenapa. aku asyik menangis je. tak tau. agak sensitif. aku sebenarnya perlukan seseorang yang memahami dan boleh jadi kaunselor yang sentiasa bersama aku. tolonglah. aku rasa penat dah hidup. (nauzubillahminzalik. ampunkan aku Ya Allah.) aku rasa mata aku tak pernah kering untuk minggu ni. aku tercari - cari apa yang tak kena dengan aku. tiba - tiba aku rasa jiwa dan hati aku sangat lah kosong. aku rasa aku perlukan makanan rohani. Ya Allah, tolonglah aku. walaupun tinggal beberapa bulan sahaja tinggal di SEMASHUR ni, tapi aku rasa tekanan sangatlah banyak. tolonglah faham. aku dah Tingkatan 5. aku pun rasa diri ni tak pandai weyh. addmath aku taun lepas pun fail kaw -kaw punya. 13 %. dahsyat. :(( aku sangat tak ada semangat nak teruskan kehidupan ni. kepada kawan - kawan yang ada terasa dengan aku. aku nak minta maaf sangat - sangat. aku nak kalian tolonglah faham diri aku. kadang - kadang aku rasa aku ni terlampau baik. aku rasa macam aku je yang selalu faham orang lain dan jaga hati orang lain. tapi, orang lain tak pula buat macam tu kat aku. jadi, bila dah lama - lama orang sekililing tak hargai aku, sebab tu kadang - kadang aku terlepaskan pendaman hati serta amarah dan ketidakpuasan hati aku. aku minta maaf. AKU SEBENARNYA MEMPUNYAI EGO YANG TINGGI. Tolong faham. hanya aku rasa bila aku betul - betul bersalah sahaja, aku akan minta maaf dengan orang terlibat sahaja. takkanlah LOSER sangat sampai setiap hari nak minta maaf dari orang. satu lagi, aku tak suka lah bila orang kata cemburu ataupun mengutuk KESIBUKAN aku. tolong faham bahawa ini semua bukan kehendak aku. ini hanya Amanah. tolonglah. tolong hormati aku sebagai seorang NUR AIN BT BADRUL ZAMAN yang kalian kenal. kalau tak berapa kenal, tolonglah kenal dahulu. mungkin luaran tidak menunjukkan dalaman. ha, ada satu lagi, tolonglah jangan pernah paksa aku untuk bagitahu isi hati dan perasaan aku, aku tak suka. aku lebih suka jika aku sendiri yang akan bagitahu apabila aku terasa untuk berbuat demikian. suka hati aku la nak suka siapa atau nak benci siapa. biarlah itu menjadi urusan aku. arghhhhh! aku tahu, kadangkala ada mulut - mulut yang cakap aku ni selalu tensyen tak tentu pasal. tapi masalahnya, kalian bukan diri aku. kalian tak kan pernah rasa apa yang aku rasa. tolong faham. aku dah penat. aku paling benci kalau kadang - kadang tu, usaha serta jasa aku langsung tak dihargai oleh sesetengah pihak. wth?? kalau kalian hebat sangat, cubalah buat apa yang aku pernah buat. cuba rasa sendiri. cakap guna mulut tak bawa diri kalian tu ke mana - mana la. tolonglah. kepada kawan -kawan, guru - guru, keluarga dan lain - lain, aku nak bagitahu, aku bukanlah sempurna sangat dan kalian juga begitu. sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, kelemah pula datang dari diri kita sendiri.
p/s: kepada pembaca, minta - maaf atas kata - kata SAMPAH macam ni. aku cuma nak luahkan apa yang terpendam dalam hati.
ikhlas;
nukilan hati dari aku, si SAMPAH
..::::kesedihan disebalik senyuman:::..
itulah, ain
No comments:
Post a Comment