like ?

Monday, November 7, 2011

kisah aidiladha dan seluar jeans ketat -.-

salam alaik

SALAM AIDILADHA :)
semoga pembaca blog ini serta umat Islam sekalian alam dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki.

okayy. (tarik nafas dalam dalam sebab penat ni, baru sampai dari kampung.)

i got something to share sebenarnya.

balik kampung semalam, tengah bosan bosan, aku sembang dengan Mak Tina (my beloved auntie). pastu  dia cakap laa, "Kaklong, apahal muka kau ni? buat malu je hitam macam ni --' haihh." dan secara tidak langsung, terus masuk topik KOMANDER KESATRIA (okayy, aku tau korang mesti bosan bila masuk part ni -.-)

erm, dan bilaa dah sembang, dengan bangganya aku bukak laa lappy kesayangan aku ni and tunjuklah gambar gambar komander ni. bila dia tengok gambar tu, aku ingat dia nak kutuk and protes aku tapi rupanya dia puji. hahaha. dia kata, "hebatnya kau ni longg, KOMANDER KESATRIA ni macam PALAPES ke?" aku cakap lahh, err, lebih kurang tapi org cakap PALAPES lagi tough. 

rupanya, Cikgu Rusman(pakcik aku, suami mak tina) ni dulu join PALAPES time study dulu. 
ohh yeke? (patutlah dia nampak macam askar, takut aku. hehehe.)

Mak Tina dok belek belek gambar aku tu, pastu dia siap cakap, "boleh ke kau bagi COMMAND ni? kuat ke?" hahaha. dan korang tau dia suruh buat apa? ni ha arahan dia. 
"Kaklong ! kau diri jauh jauh kat sana, pastu kau kasi COMMAND sikit. Mak Tina nak dengoo" mak aihh, dia suruh aku command pulak dahh. ahahah. aku ignore diam je la. aku cakap, malas nak tunjuk hebat(hebat kewww? hewhew :p), nanti rumah opah ni bergegar runtuh pulak kang. hahahah. 
(takkanlah aku tiba tiba nak kasi command kat kampung tu sedangkan tgh aidiladha, tok imam tu tengah takbir raya kat masjid. -.- hadoiyaii.)

pastu, bila nak balik Rawang balik pagi tadi, aku pakai jubah hitam, dengan selendang favourite aku tuu.
 ------> ni ha attire aku tadi :


yela, balik kampung je kan, aku bawak la baju sikit and simple. lagipun aku rasa jubah ni sesuai dipakai di mana mana. (ni jubah simple tau, bukan jubah yang meraban rabanbermanik manik tuu).

then, aku salam opah, and semua orang. pastuu, Cik Rusman pun cakap, "woi kaklong, kau kan KOMANDER, komander mana pakai JUBAH JUBAH ni, komander kan pakai JEANS, yang ketat ketat? barulah nampak ciri ciri komander tuu. dulu aku PALAPES tak pakai baju camni (sambil tuju kat jubah aku) hahahahhaa"

aku terkesima sambil tergelak sinis, then aku pun cakap, "ha'ahh laa, lupa pulak kaklong nak ALTER SENDIRI, pastu kena KECIKkan." (macam baju uniform aku pulak la kan -.-)

Mak Tina pulak sambung, "ehh! PAKWE kau orang PAS ye? sebab tu kau pakai jubah? heheheh." adoii. ni lagi tak masuk akal. aku pun jawablahh "sorrylahh, I takde boyfriend. I pakai jubah sebab lepas ni nak join TAREKAT -.- " 
hamboii. pandai pulak mak cik aku ni buat lawak. haihhh, tak payah nak bahan sgt la kan jubah aku ni.

ermm, actually, aku langsung tak take serious pun perkara camni. just aku tak faham kenapa lawak tu sarcastic sangat. hahahaha. 
perkara yang berlegar legar kat otak aku ni ada beberapa perkara.

1. takkanlah, asal komander je, kena pakai jeans ketat bila kat luar ? hahaha. 
(aku tau, ni ada kaitan dengan seluar certain uniform komander. hehehe)
2.ehh, apalah salahnye aku pakai jubah? kan hari raya aidiladha ni. nampak murni sikit. hehe.
3. oh, kalau pakai jubah, maksudnya sokong pas la? gila tak-open-minded. hahaha.
4. aku rasa, mungkin dorang rasa jubah aku tu tak sesuai dipakai pagi hari kott --'

hahaha. pembaca fikirlah sendiri. ahahah. aku just nak share je cerita yang bagi aku agak lawak ni. tu je.

p/s: KAKLONG ialah panggilan untuk diri aku bila bersama keluarga. 
okay. habis.

Saturday, November 5, 2011

takutnya, mengalahkan SPM -.- *result UiTM semester 1 saya.

salam alaik.


 #animation sekadar hiasan :D

okayy. seperti yang semua orang tahu.
4 NOV ialah tarikh keramat. *huh -.-
bagi student UITM yang lain, seBOLEH BOLEHnya, detik 11.59 malam 3NOV tu, semua tergesa gesa nak check. haihh. aku pulak? dengan seCUAK CUAKnya menunggu tanpa berusaha sedikit pun untuk memBUKA laman student portal tuu. 

bila orang tanya.

"ain! dah check ke?" (common question)
"bz, kau dekan ehh?" (sarcastic)
"woi. aku dekan. kau?" (pehh, belagak. -.-)
"aku dapat 3.87 je weh. kau dah check belum?" (kau ingat kau hebat? huh --')
"i repeat, you repeat jugak ke?" (mak aii, tertusuk jantung tau.)
"ain?" (ni paling best, simple tapi berunsur pertanyaan. haha)

ahaaa. tu lah gayanya mesej mesej member member aku nii. 

dan nak tahu? dengan senangnya aku akan jawab, "AKU TAK CHECK LAGI WEHH. TAKUT :S"

ahahaa.
tapi . . .
lepas ni dah tak boleh jawab macam tuu.
sebab ..

aku dah check dah. andddd, ALHAMDULILLAH.
aku lulus. walaupun tak dapat DL but, aku bersyukur tiada repeat paper. 

syukur syukur syukur. tu je aku mampu cakap. ermm, nak cakap capai target tuu, memang tak lahh kan. takpe. next time aku belajar betul betul. seriuslyy. AKU NAK KERJAYA YANG BAIK BAIK. AKU TAKNAK KERJAYA YANG BURUK BURUK

to all my dearly friends, seniors UiTM.
all the best next sem. be THE BEST. beat THE REST. whatever you get, ingat; mesti ada hikmah disebaliknya okay?

P/S: ermm, kepada AWAK (only you know who you are), erm, jangan bersedih lagi tauu? seriusly, i'm not the kind of person yang reti nak mengCOMFORTkan orang lain but, for you, i try my best. remember sayang, result ni bukan penentu terakhir dalam hidup kita. perjalanan diploma ni masih panjang. just, lepas ni, kita try our best. style belajar kita pun kena tukar. kita dah takboleh sama sama M**** dah. nanti kita banyak banyak spent masa dengan orang pandai ehh? I always pray for you tau. you are such a very good person. ingat. Allah sayangkan awak lebih dari orang lain sayangkan awak. sebab tu, this thing happens. okay. BE STRONG and POSTIVE okayy? see you next sem. :)

Wednesday, November 2, 2011

JAMBORI KOMANDER KESATRIA 2011 kali ke - 7 @ UiTM Negeri Sembilan:)

salam alaik.
sebelum kita beralih ke tajuk dan topik yang berlainan, biar aku habiskan topik yang beratmosferakan komander terlebih dahulu. hee. ye laa, aku malas la nak simpan cerita lama lama sebab nanti jadi basi. so, for now, i'm gonna update about JAMBORI KOMANDER KESATRIA KALI KE-7 yang bertempat di UiTM NEGERI SEMBILAN kampus KUALA PILAH. *maksudnya, kami la yang jadi tuan rumahnya. 



ermm, penat tu memang penat. mana taknya, bagi komander baru( KB) memang tak baliklah sebab jambori ni directly selepas LIBK. preparation perlu dibuat. and bagi senior komander pulak, mereka ni perlu datang awal and cuti mereka selepas akhir sem hari tu pun sekejap je. ni gara gara ingin memastikan JAMBORI ini berjalan dengan lancar. 

seperti yang telah diketahui, aku ni masuk dalam pertandingan LINTAS HALANGAN. at first, memang la aku yang volunteer untuk join, but still ada perasaan takut dan was was atas kemampuan aku untuk menyertainya lahh kan. okay. dipendekkan cerita, pada waktu kejadian pertandingan, team aku kalah. *serius aku rasa, sebab aku team aku kalah. but aku nak nyatakan disini, aku dah lakukan yang terbaik (walaupun mungkin belum cukup baik -.-) so, disini sekali lagi aku nak minta maaf kepada pengurus, team capten, dan komander sekalian. 

okay, tahniah buat PLATUN KAWAD kerana beroleh tempat ke-2. aku tahu, naib johan bukanlah tempat yang diharapkan. walaupun kita tidak mampu mengekalkan kedudukan Johan Kawad pada jambori lepas, tapi apa yang penting, semangat tu sentiasa ada dalam jiwa. :)  

bagi PASUKAN CHOIR pulak, hehehe. you all dah buat yang terbaik. *just suara je tak beberapa kuat. ramai yang puji. walaupun kita tak menang, tapi, kita menang di hati orang lain dan telah menghiburkan sekalian yang ada pada malam itu. CHILL BEBEH! 

tidak lupa kepada team EOQ dan ORIENTEERING. you all had done a good job. 

KEMENANGAN lain cerita, yang penting SEMANGAT tu. betul?

sejuta penghargaan kepada:
Cik Normahanim Md Nor, 
En. Jimi Haron
KM Syazwan (ketua urusetia)
KM Aiman Arif (kawad)
KMdy Ismail (lintas halangan)
KRK Roszaifa (choir) 
dan seluruh warga KOMANDER tidak kira urusetia mahupun peserta. :)

***jap, jap, terima kasih sekali lagi kepada TEAM CAPTAIN lintas halangan,
KRK ZULFIKAR MOHIDDI kerana menjadi ketua yang TERBAIK. terima kasih sebab tidak meyalahkan saya atas kekalahan yang dialami (edited, dia suruh tambah. hehehe)***

thank you.

photos of the week
rehearsel perasmian.

hujan, so rehat jap bawah astaka.

semua sama colour :p

hey orange! err.

alya me izzat

abang semartt @ solah. :p

bila komander siswi berCHOIR :D

bila komander siswa pulak yang berlatih CHOIR. hehehe

duduk dalam BS satu kenikmatan :p

dah habis kawad.


komander baru di tengah tengah.


weewitt. :D




p/s: BEST sebab semua kampus UiTM datang ke Kuala Pilah. satu Malaysia berkampung di Negeri Sembilan. :D

Tuesday, November 1, 2011

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Zon Selatan sesi 1/2011 UiTM Melaka :)

salam alaik.


apa khabar? okay. hari tu aku dah janji nak coret sikit pasal pengalaman LIBK kan? okay. sekarang aku akan cerita.

perasaan takut menyelubungi diri ketika dalam perjalanan menuju ke UiTM Melaka bagi menjalani Latihan Intensif Bakal Komander. yela mana taknya, sebelum sebelum ni, otak ni telah disogok dengan kata kata senior komander melalui pengalaman mereka melalui LIBK yang lepas lepas. so, diri ni telah dipersiapkan dengan ketahanan mental dan fizikal kerana expectation aku dan kawan kawan seperjuangan yang lain memang seperti yang digambarkan oleh senior komander.

setelah tiba ke destinasi, perasaan takut bercampur sayu bercampur semangat menyelubungi sanubari. aku percaya, setiap yang datang pasti inginkan yang terbaik. begitu juga aku. Impian untuk menjadi BAKAL KOMANDER TERBAIK menyelubungi diri. cewahhh. hahaha.

hari pertama, kontijen N9 memang betul betul semangat gila. hahaha. mana taknya. kita membawa nama kampus, mestilah kena buat yang terbaik. malam tu pulak, kitorg dibahagikan kepada beberapa platun. aku tercampak dekat platun 1.

okay, esoknya, first day untuk berkumpul dalam platun sendiri. gila lahh, first day, cuba bayangkan, setiap platun, semua IC platun terdiri daripada BK Negeri Sembilan. bangga la sikit. *sebelum pergi LIBK ada senior komander tu dah pesan awal awal, dia kata kalau dia tak nampak mana mana BK N9 ambil baris, memang kena laa. (bunyi macam menakutkan) sebab tu lah, semangat kami telah TERsuntik. hehe.

okaylahh, nak dipendekkan cerita, LIBK kami ni memang unexpected. aku akui, ianya agak ringan berbanding apa yang digambarkan oleh senior komander. tapi, apa yang penting, aku memang telah lakukan yang terbaik ketika di LIBK walaupun tidak ada rezeki jadi BK TERBAIK. hehehe. kawan kawan baru pun best. ada yang dari UiTM Chendering, UiTM Puncak Alam/Perdana, dan UiTM Melaka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
waktu awal awal, pendaftaran.

waktu makan di dewan temenggung :D


platun 1 beb!

cewahh. semart laa kononnye. :p

ain bz bersama BK Puncak Naga.

tabik sikitt.

siswi terbaik!

hitamnya semua orang. :D

*setiap ujian aku jalani dengan bersungguh sungguh. 
*jurulatih jurulatih sangat sporting tapi garang jugak.
*terima kasih komander kesatria Melaka atas jasa yang ditabur.
*mandi 3 hari sekali bukanlah sesuatu yang pelik. hahaha. (tapi aku memang kena mandi setiap hari walaupun sempat mandi sekali je)
*soft skill sangat diperlukan disini, barulah diri tu senang dikenali dan mendapat kawan baru. :D
*Bond antara kami (BK N9) baru terasa. <3

kini, akulah KOMANDER BARU. banyak lagi cabaran yang menunggu di hadapan. :)

p/s: terima kasih kepada KAPTEN (KEST) Normahanim Md Nor kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi seorang komander. :)

***i miss you all : AIDA, MIRA, ZATY, ZUMA, IRFAN, FITRI, MIMI, YANA, TEHA, APIT, EMIR, FIQA, AMIR, QIBAH,TINIE, SERI, MILA, CHUA, AMA, BASIRAH, AWIN dan lain lain. hoping we could met next time :) ehh, lupa pulak, RINDU dekat
ENCIK ISA. the best JURULATIH :D

sekadar perkongsian :)