apa khabar? okay. hari tu aku dah janji nak coret sikit pasal pengalaman LIBK kan? okay. sekarang aku akan cerita.
perasaan takut menyelubungi diri ketika dalam perjalanan menuju ke UiTM Melaka bagi menjalani Latihan Intensif Bakal Komander. yela mana taknya, sebelum sebelum ni, otak ni telah disogok dengan kata kata senior komander melalui pengalaman mereka melalui LIBK yang lepas lepas. so, diri ni telah dipersiapkan dengan ketahanan mental dan fizikal kerana expectation aku dan kawan kawan seperjuangan yang lain memang seperti yang digambarkan oleh senior komander.
setelah tiba ke destinasi, perasaan takut bercampur sayu bercampur semangat menyelubungi sanubari. aku percaya, setiap yang datang pasti inginkan yang terbaik. begitu juga aku. Impian untuk menjadi BAKAL KOMANDER TERBAIK menyelubungi diri. cewahhh. hahaha.
hari pertama, kontijen N9 memang betul betul semangat gila. hahaha. mana taknya. kita membawa nama kampus, mestilah kena buat yang terbaik. malam tu pulak, kitorg dibahagikan kepada beberapa platun. aku tercampak dekat platun 1.
okay, esoknya, first day untuk berkumpul dalam platun sendiri. gila lahh, first day, cuba bayangkan, setiap platun, semua IC platun terdiri daripada BK Negeri Sembilan. bangga la sikit. *sebelum pergi LIBK ada senior komander tu dah pesan awal awal, dia kata kalau dia tak nampak mana mana BK N9 ambil baris, memang kena laa. (bunyi macam menakutkan) sebab tu lah, semangat kami telah TERsuntik. hehe.
okaylahh, nak dipendekkan cerita, LIBK kami ni memang unexpected. aku akui, ianya agak ringan berbanding apa yang digambarkan oleh senior komander. tapi, apa yang penting, aku memang telah lakukan yang terbaik ketika di LIBK walaupun tidak ada rezeki jadi BK TERBAIK. hehehe. kawan kawan baru pun best. ada yang dari UiTM Chendering, UiTM Puncak Alam/Perdana, dan UiTM Melaka.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
waktu awal awal, pendaftaran.
waktu makan di dewan temenggung :D
platun 1 beb!
cewahh. semart laa kononnye. :p
ain bz bersama BK Puncak Naga.
tabik sikitt.
siswi terbaik!
hitamnya semua orang. :D
*setiap ujian aku jalani dengan bersungguh sungguh.
*jurulatih jurulatih sangat sporting tapi garang jugak.
*terima kasih komander kesatria Melaka atas jasa yang ditabur.
*mandi 3 hari sekali bukanlah sesuatu yang pelik. hahaha. (tapi aku memang kena mandi setiap hari walaupun sempat mandi sekali je)
*soft skill sangat diperlukan disini, barulah diri tu senang dikenali dan mendapat kawan baru. :D
*Bond antara kami (BK N9) baru terasa. <3
kini, akulah KOMANDER BARU. banyak lagi cabaran yang menunggu di hadapan. :)
p/s: terima kasih kepada KAPTEN (KEST) Normahanim Md Nor kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi seorang komander. :)
***i miss you all : AIDA, MIRA, ZATY, ZUMA, IRFAN, FITRI, MIMI, YANA, TEHA, APIT, EMIR, FIQA, AMIR, QIBAH,TINIE, SERI, MILA, CHUA, AMA, BASIRAH, AWIN dan lain lain. hoping we could met next time :) ehh, lupa pulak, RINDU dekat
ENCIK ISA. the best JURULATIH :D
1 comment:
terima kasih ^_^ btw nice blog
Post a Comment