like ?

Thursday, January 26, 2012

kisah Jubah ber'hood' di masjid Putrajaya dan signboard depan kuil Hindu .


salam alaik.

ermm, kali ni, aku nak cakap something yang ilmiah sikit laa.
its all about our attire. erm, firstly first, AMARAN ! aku nak cakap yang aku ni tak la sempurna mana pun. aku hanya berkongsi cerita sekelumit rasa. tu je. ambil iktibar.

-----------------------------------------------------------------------------------

cuti CHINESE NEW YEAR hari tu ada dua peristiwa berlaku.

peristiwa 1
Aku pergi bersiar siar sekitar Putrajaya. then, dah zohor tu, singgah Masjid Putra. cantik sangat. last aku pergi pun 6 tahun lepas. pastu. time tu mmg tak fikir ape, teruslah melulu nak pergi solat kan. then tetiba ada abang penjaga ni panggil seseorang ni. disuruhnya ke satu kaunter ni yang berderet jubah sarung yang berHOOD, yang sekali tengok macam jubah konvo, dua kali tengok macam baju orang yang dalam dewan bedah tuu. haihh. aku pelik, kenapa orang yang dipanggil itu disuruh pergi ke kaunter tapi tidak aku? sedangkan, aku pakai tudung, dia pun pakai tudung? cuma yang beza, aku pakai baju kurung,(sebenarnya nasib je tu aku terpakai baju kurung. hehehe) and dia pakai seluar jeans. kenapa ?

peristiwa 2
aku pergi pasar malam tadi, then kat tepi pasar malam tu ada kuil Hindu tau. aku tidak tertarik pun nak pergi situ tapi, apa yang menarik perhatian aku ialah signboard nyaa. ni ha. cuba tengok gambar bawah ni

sila click di gambar untuk tgk dgn lebih dekat.

(signboard tu tunjuk, NO PHONE, NO SHOES, NO SMOKE and lasttt sekali NO SEXY ATTIRE.)




ULASAN


Dulu, aku ingat, pelancong atau orang yang tak berhijab je yang kena pakai jubah hoodies tu. rupa rupa, jubah tu sebenarnya utk sesiapa sahaja yang tidak menutup aurat dengan sempurna. sebagai contoh, baju lengan 3 suku, baju ketat . dan lain lain (even yang pakai seluar jeans dan berbaju tidak labuh ke paras punggung pun kena pakai jubah tu.) semata mata untuk bertandang ke rumah Allah. . nampak tak betapa kita seharusnya menjaga sahsiah rupa diri sebagai orang Islam. ?

and kenapa dengan peristiwa 2?
ermm, aku just nak kaitkan, cuba korang fikir, kalau agama lain pun sebenarnya menitik beratkan soal pemakaian dalam rumah ibadat mereka (seperti kuil dan lain lain) apatah lagi kita ? yang beragama ISLAM, berTuhankan ALLAH SWT dan MASJID sebagai tempat ibadah kita. sudah pasti ianya suatu tuntutan untuk kita memastikan kemuliaannya kan?


nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ?
haaa? TAK PAHAM LAGI?

haihh, senang citer dalam bahasa senang difahami macam ni lahh. .

kalau dah agama lain larang penganutnya pakai seksi meksi, apatah lagi agama Islam kita ni sayang oii . confirm confirm laa kena lebih TERTUTUP. kannn?


okay tu je. akhirulkalam. lu fikirlah sendiri. :D


p/s: seriously, AKU TAK LAH BAIK SANGAT. kadang kadang TERpakai jugak baju TERseksi nii. tapi aku ni kadang kadang TERfikir la jugak. . BILA nak insaf ? aku ni dah sempurna ke tutup aurat? haihh. korang tak payah nak sentap sebab post ni bukan lah nak tuju pada sesiapa, sebab, aku pun terasa bila aku baca balik TULISAN AKU SENDIRI. hahaha. gila. takpe. selagi kita hidup, selagi tu tanam sikap amar makruf nahi mungkar dalam diri ye kawan kawan ?

:)

MAAF jika terkasar bahasa. tiada unsur racist disini okay. peace.

habiss.

No comments:

sekadar perkongsian :)