like ?

Sunday, February 5, 2012

Ketahuilah sirah, insyaAllah, rindu pasti bertandang ;)

salam alaik. 
setelah ramai yang bertanyakan, apakah kisah yang membuatkan aku tersentuh dan merindui Rasulullah dalam comment comment di FB, so sekarang aku nak kongsi sikit apakah kisah tersebut.

click dulu, baru kau nampak apa yang aku tulis kat status semalam. :D


kisah di bawah ni mengikut apa yang aku catat dan dengar daripada ceramah 
yang bertempat di 
PUSAT ISLAM AT-TAQWA, UiTM NEGERI SEMBILAN.
tajuk ceramah : "Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah"

okay. kisahnya bermula seperti ini.

Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda,  Bilal terus berhijrah ke Syam (kalau tak silap, sekarang SYRIA). ni gara gara beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirulmukminin, Bilal ada di Syam"

pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. balik balik ke Madinah, of course la jumpa para sahabat kan. so, Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun suruhlah Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal. 

(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid utk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa utk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal  berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada 
Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

so, setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat come back dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, excited dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') .  mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu .  Bilal kemudiannya menyebut  أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut   أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut   أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" 

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruuuss menangis tau tak? kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. 

-------------------------------------------------------------------------------------

"dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara 
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut :'( "


ULASAN ;

betapa rindunya para sahabat terhadap Rasulullah. Rasulullah sangatlah memikirkan umatnya, tapi kita ni sebagai umatnya, pernah terfikir ke mengenai Baginda? 
mulai saat ini, marilah kita berbanyak banyak berselawat kepada Rasulullah supaya di akhirat nanti kita mudah mudahan mendapat syafaat daripadanya. insya Allah.

----------------------------------------------------------------------------
Ya Allah kurniakanlah kepada Nabi Muhammad S.A.W. 
di tempat yang tinggi dan terpuji yang telah engkau janjikan 
-----------------------------------------------------------------------------

amin. :)


*jika berasa ragu ragu dengan tulisan saya ni, para pembaca bolehlah merujuk kepada yang lebih arif tentang sirah nabi ni sebab kadangkala, setiap cerita ada versinya sendiri (tp tidaklah sampai terpesong -.-)

habis. 

No comments:

sekadar perkongsian :)