salam alaik.
apa khabar para peminat sekalian (errrr, ye la sangat -.-)
ahaa. aku yang cantik baik ni nak share something dengan korang mengenai sifat SABAR.
okay first first aku nak tanya pernah tak dengar ungkapan
"haisshh engkau ni, SABAR AKU ADA TAHAPNYA" ?
pernah kan pernah kan? kadang kadang kita yang TERucap ayat ni bila orang buat taik kat kita, orang tiru lab report kita, orang selalu buat lawak bodoh dengan kita or orang selalu kebas awex pakwex kita or apa apa la perbuatan yang annoying lagi menyakitkan hati . haha. TAK GITU ? hahaha.
and apa yang aku nak bagitahu kat sini (tak tahu lah yang korang pernah tahu atau tak) yang kita
DILARANG untuk berkata demikian? hmm. KERANA Rasulullah SAW junjungan kita sangat tinggi sifat sabarnya . sifat sabar Nabi tak berpenghujung dan tiada tahap :')
so, siapa kita untuk TIDAK BERSABAR ? faham tak maksud aku? haa. cuba kita comparekan, dikala orang lain baru kutuk sikit sikit diri kita maybe dalam menguruskan pasukan or organisasi, kita dah down gila gila sedangkan tukang kutuk tu bukan siapa siapa pun. dia hanya ibarat kuman. bagaimana pula dengan Rasulullah ? pehh, lagi dahsyat kot ujian , dugaan yang baginda terima contohnya dipulaukan dan dibaling dengan najis. uishhh, aku berani cakap la, kalau kita dibaling dengan najis , CONFIRM ! memang muka si pembaling najis serta 7 keturunan dia tu pasti berPARANG . kan kan? hahaha (gila hiperbola -.- ) tapi Nabi boleh je sabar
. so, why not us ? (i'm asking mself too)
rata rata ramai dah tahu hadis ni ;
“Sabar itu separuh iman.”
-(Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)
so apa lagi, marilah kita lengkapkan iman kita ni ;)
p/s: Ain BZ ni pun bukanlah makhluk Allah yang penyabar. selalu je emo emo. tapi itu duluuuu. zaman remaja. sekarang zaman dah tua, bawak banyaklah bersabar. ye dokk? HAHAHAHA :p
wallahualam. habis !
1 comment:
terbaek... jayyid jiddan.
Post a Comment