like ?

Sunday, June 10, 2012

Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti UiTM - Malaysia Book of Records

Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti UiTM -  Malaysia  Book of Records
----------------------------------------------
24 Hours Non Stop Marching Event 


Setelah berpenat lelah untuk Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) , kami pun bersiap sedia 
utuk next event which is Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti yang bertempat di UiTM Perlis, kampus Arau.

uishh, bila aku bagitahu family aku pasal ni, semua macam cakap 
"weh kaklong, tak mati ke kawad lama lama macam tu ha?"
hahaha. ofkos, kalau bagitahu siapa siapa pun, mesti dorang fikir,
 tak makan ke? tak tido ke? tak segala bagai laa.

actually, mmg la 24 jam tapi, ianya bergilir gilir. kan banyak kontinjen. bukan setakat Komander Kesatria, ada jugak PALAPES, Kor-SUKSIS, Kor-SISPA

memang best sangat. kenangan yang sangat manis untuk dikenang.
yelahh. aku suka bila keadaan tu rushing, then kami sama sama bertungkus lumus untuk pastikan segalanya berjalan lancar. :)

1) lepak lepak makan dekat kedai tomyam sampai pukul 2 3 pagi . hee. mmg best. makan sampai kenyang.

2) alang alang dah sampai PERLIS kann, so, kami mmg ada spend masa untuk shopping dekat PADANG BESAR dengan WANG KELIAN.

   (heee. kalau duit kau banyak, boleh la bergumbira. tapi kalau duit kau tak cukup sangat, mmg terkebil kebil la kat tepi kedai :p)
(3 baju warna berlainan tu hasil shopping kami :p)

3) disebabkan kitorg sangat mengejar masa, dan gap masa giliran tu dekat . so kitorg malas la nak balik tidur kat kolej sebab jauh jugak kolej dengan padang kawad . kitorang pun request la tidur dalam bas,
   and pakcik bas pun macam setuju. konon konon, dapat la tidur tepi padang kawad and senang bila tiba giliran, ktorang akan on time sampai terus. 
then, nak dijadikan cerita, semua pun start la tidur. almaklumlah penat + kenyang sebab lepas makan. then, bas pun parking la dekat one side ni yang aku pun tak pasti dekat mana.
tidur tidu tidur tidur dengan lenanya walaupun dalam bas aircond and engine ditutup. esok pagi, 
dalam pukul 4 pagi ktorg pun bangun, 
and bas pun gerak lah ke tempat yang dituju. bila aku selak langsir bas, hahahaha. rupanya bas parking depan KOLEJ. errr. faham tak cerita aku ni?
apa yang aku nak sampaikan ialah, takde beza la tidur dalam bas or dalam kolej sebab, macam sama je. ahahaha. baik tidur kolej, ada katil. haha. kelakar je.

4) aku tak teringat langsung yang AHMAD FAYYADH study kat kampus Arau ni (haa? siapa tuu?) haha. Fayyadh ni senior SEMASHUR aku dulu. okay, apa yg buat aku teringat kat dia bila dia post kat wall FB aku and dia tanya sama ada aku join kawad kaki ni ke tak.
 at that time, baru aku teringat, ohh, ni lah senior aku yg study kat UiTM Arau ni. (yelahh kan, bukannya ramai SEMASHURIAN yang study local macam ktorg) so that's why aku excited. haha. tak silap aku, si Fayyadh ni NYDP MPP UiTM Arau. tapi, tak tahu pulak
dia ni komander jugak! pehhh! dahsyat kau bangg. dulu kat sekolah, hot biasa biasa jdan gitu gitu ee. tapi agak dikenali laa. homeroom AL BATTANI  la katakan. hehehe. 

5) haa, time ni jugak lahh, FIRST TIME AKU NAMPAK ASYRAF ZAINI memberi command serta berkawad (SEMASHURIAN 0610, sila percaya). yela, dalam kelas dulu, suara gila bapak kuat kalau gelak ke apa, no wonder la sesuai bg command. hahaha. seriuslyy. dah lama aku nak tengok dia kawad. tak silap aku, time asyraf masuk SEMASHUR dulu, dia tade masuk kawad pun tapi aku tahu, dia ada ilmu kawad ni. yes. nampak gaya tentera kau disitu. haha. (tapi, apsal aku tengok kau kawad tangan tak paras? :o) 

6) ohh, tidak lupa kepada Al - Rifaie kerana sudi menerima pelawaan untuk mencukupkan kuota yang kekurangan kekuatan anggota itu walaupun betul betul berada di saat akhir. terima kasih :)

7) rasa family EQUINE tu betul2 meresap dalam diri. kan lagi best kalau semua komander UiTM Negeri Sembilan join. :')


overall, mmg best sangat. goodjob to Zullfika Mohiddi kerana beliau dengan penuh dedikasinya
 menjadi ketua platun untuk Negeri Sembilan. :)

DAN ESOKNYA, BELI PAPER, sebab kitorang masuk paper tau uolsss :D

(klik gambo utk kome baca iye.)


p/s: just wanna say, my personal issue and hal hal peribadi tolonglah jangan korang campur adukkan dengan perkara luar dan official menjadi satu adunan. 
sesungguhnya kehidupan lampau aku tiada kena mengena dengan hidup anda dan saya pada masa kini. minta maaf jika ada kekhilafan dan ke-tidak-senang-hati-an disitu. 
fyi, aku mmg sensitif. but, i try to be tough. okay? :p 
gedik je bunyinya. nyampah. hee. 

habis!

Komander Kesatria Endurance Challenge 2012

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE 2012

AMARAN : post ni sudah terlewat 2 bulan. harap maklum :D




Pada 5 - 8 Mei yang lalu, Komander Kesatria Kontinjen Negeri Sembilan telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge 2012 
buat kedua kalinya yang bertempat di Pulau Pinang. 
-----------------------------------------------------------------------------------------

ehhh, jap! tak best la cerita macam skema sangat nii. okay, aku tukar corak penceritaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

seawal 25 April, aku telah pulang ke kampus bersama Komander Jass dan Komander Alifie Farhan. kami lahh antara orang terawal yang pulang. haha.
for your information, aku tak menyertai pun apa apa acara dalam KKEC ni, aku adalah
  TEAM MANAGER! yeahh. bunyi macam senang kan?
tapi, sebenarnya, banyak pengalaman dan ilmu telah aku lalui dan timba sepanjang bergelar PENGURUS PASUKAN ni.
it's a little bit tough tau tak? haha. aku balik awal sebab, 1 day before training bermula, aku kena settlekan macam macam. 
Tugas aku walaupun tidak memerlukan kekentalan FIZIKAL dan FITNESS, tapi, KEKENTALAN MENTAL dan DAYA PENGURUSAN tu perlu ada. haha. aku tak pernah expect untuk
menjawat jawatan ni pun. ni pun gara gara aku terkeluar dari pemilihan peserta EOQ. takpe, next time aku cuba lagi ! ahaha. 

------------------------------------------------------------------------------------------------

okay, nak dipendekkan cerita, kami mula training dan fitness bermula 26 April. dan berakhir pada 3 Mei. banyak pengalaman suka duka kami lalui bersama (chewahhh :p
macam macam peristiwa yang menguji kredibiliti kami sebagai Komander Kesatria. hee. bagi aku, aku dapat rasakan pengalaman KKEC ni berlainan sangat dengan pengalaman aku menyertai Jambori Tahunan pada tahun lepas.
ye lahh kan, sewaktu jambori, mmg boleh dikatakan tenaga kerja semua komander disalurkan demi kelancaran program sebab kami pun tuan rumah. 
KKEC ni betul - betul mencabar diri aku yang SEORANG DIRI ni
untuk mengurus kebajikan mereka (30 orang) dengan penuh amanah. fuhhh.

setelah berTRAINING setiap hari dengan penuh konsisten (hehe, bunyi nak gempak je :p), kemudian kami bertolak ke Pulau Pinang dengan penuhhh HARAPAN. apa yang tertulis dalam minda dan terhembus dalam doaku hanya satu
iaitu, "kami datang dengan harapan, dan kami pasti pulang dengan kejayaan"

Akhirnya, berkat usaha dan doa daripada para komander dan seluruh warga UiTM Negeri sembilan, kami telah menjuarai acara Paintball dan dinobatkan sebagai Platun Disiplin TERBAIK KKEC 2012.
syukur alhamdulillah. tahap kesyukuran aku tidak dapat dibayangkan . ye lahh, walaupun mungkin bagi mereka, aku ni hanya sekadar menumpang nama, 
tapi air mata gembira aku menitik dengan penuh keikhlasan kerana 
biarpun aku hanya sekadar peniup wisel dikala training dijalankan, atau aku hanya pembuat air teh yang tak sedap dikala sarapan pagi, doa untuk kejayaan mereka tidak pernah lekang di bibirku. :) (maaf, ayat jiwang.)
  

Tahniah diucapkan kepada para KOMANDER KESATRIA UITM NEGERI SEMBILAN atas kejayaan yang dikecapi ini. kalah menang, adat bertanding.
 insyaAllah, apabila kita redha, semuanya akan nampak bahagia :D

JUTAAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ;

KAPTEN (KEST) NORMAHANIM BT MOHD NOR atas komitmen beliau dan pengorbanan yang tiada galang gantinya, tidak kira dari segi masa, wang mahupun ilmu yang dicurahkan. 
ENCIK ABU HASAN and ENCIK JIMI HARON atas penyeliaan atas kami.
KRK ASYRAF HAZAHAN atas jasa beliau sebagai Ketua Kontinjen Komander Negeri Sembilan dan pemilihan jersi yang sangat best serta warna yang bagi aku sangat memberi aura baru kepada team kita.
KRK ZULLFIKA MOHIDDI kerana membuka peluang untuk aku belajar menjadi pengurus pasukan yang berjaya :p hee. walaupun mungkin aku perlu memperbaikinya di masa akan datang.
KRK ZULFAHMI AMRI atas kerjasama beliau dalam mengawal pergerakan dan penyampai maklumat kepada komander siswa yang lain (almaklumlah, mereka golongan majoriti, sukar untuk dikawal. haha)
KRK JASS NUUR SARAH ARINA kerana menemani aku disaat aku perlukan beliau.
SEMUA KETUA ACARA (EOQ, JALAN LASAK, 6 PUNCAK MENARA, PAINTBALL,)
SEMUA PESERTA KKEC 2012 atas komitmen anda dalam pasukan kita.



BEHIND THE SCENE;

1) Kini aku memahami erti penat lelah serta perasaan seorang ibu yang perlu menguruskan anak anak. hahaha. ye la, mana taknya, seawal 6 pagi akan mula masak air dan sediakan breakfast para peserta. 
aku lakukannya semampu yang boleh demi menjaga mereka. (bunyi macam ibu tunggal je -.-)

2) Kerap kali, KRK Nurikhmar Surian bertanya khabar dan memberi nasihat kepada aku dalam menjadi pengurus yang baik. aku sangat terharu dan sangat berterima kasih kerana beliau sangat mengambil berat terhadap keluarga komander ini.

3) Aku sangat risau mengenai pemakanan para peserta sebenarnya. sebolehnya, aku nak mereka berpuas hati.

4) Sebenarnya, ada suatu hari, kami (aku, asyraf hazahan, dan zullfika mohiddi) telah melakukan sesuatu yg agak kurang sesuai. kami dengan tidak sengaja TERmelencong ke Seremban 2, dalam perjalanan pulang dari repair basikal peserta eoq. *minta maaf, kami hanya release tension :D

5) Kontinjen Negeri Sembilan merupakan kontinjen yang paling awal tiba di kampus UiTM Pulau Pinang.

6) Kamilah satu satunya kontinjen yang langsung tidak membawa baju korporat.

7) Tidak ramai yang tahu kisah sebenar KOMANDER PENANG, MOHD KHOHA , aku dengan Cik Hanim dan mengapa populariti Khoha kian memuncak. hehe.

8) KRM Zulfikar Samsudin tetap ceria walaupun beliau mengalami kecederaan yang agak serius setelah menang acara paintball.

9) Aku sangat menyayangi mereka semua. walaupun mungkin sekilas pandang, di riak muka aku tiada tergambar perasaan itu, tetapi perasaan di hati, hanya Allah yang tahu :)


itu sahaja. kepada SENIORS, harap diampunkan segala kekhilafan andai terkasar bahasa, tertinggi suara, maafkan saya. kepada Cik Hanim juga ucapan maaf ini saya tujukan dengan penuh rendah diri :)

habis :)

p/s: Penang sangat best :D 

Friday, June 1, 2012

SEMESTER 2 / 2012

salam alaik.

result semester 2 aku?

okay. pointer rahsia. ia sangat teruk sebab
AKU REPEAT 1 PAPER.
paper yang aku dah agak aku akan repeat which is CALCULUS I



bapakk ahhh! bencinyaa aku kat subjek ni :(

addmath,calculus,addmath,calculus,addmath,calculus.
damn! aku mmg rasa aku salah course! 

okay! boleh tak aku nak drop subjek ni?

-.-
aku kena kumpul balik semangat.
aku kena berperang dengan subjek ni! seriusly! 

tarik nafas. lepas. yeah!

doakan aku berjaya next sem ye?

aku nak jadi pelajar cemerlang. dari semua segi.
hopefully.

i love you all. thankyou.




p/s: jeles tengok HANIS ZALIKHA yang fofuler tu dapat ANUGERAH NAIB CANSELOR. pehhh! dahsyat. 
(alaa, itu sebab dia amik course yang dia minat. kalau aku pun boleh .) hmm. ni lah dilema bak kata orang. 
its okay ain. teruskan apa yg dah kau mulakan ni, then degree nanti, ikutlah apa yang kau minat. kau pasti berjaya!

sekadar perkongsian :)