like ?

Sunday, June 10, 2012

Komander Kesatria Endurance Challenge 2012

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE 2012

AMARAN : post ni sudah terlewat 2 bulan. harap maklum :D




Pada 5 - 8 Mei yang lalu, Komander Kesatria Kontinjen Negeri Sembilan telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge 2012 
buat kedua kalinya yang bertempat di Pulau Pinang. 
-----------------------------------------------------------------------------------------

ehhh, jap! tak best la cerita macam skema sangat nii. okay, aku tukar corak penceritaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

seawal 25 April, aku telah pulang ke kampus bersama Komander Jass dan Komander Alifie Farhan. kami lahh antara orang terawal yang pulang. haha.
for your information, aku tak menyertai pun apa apa acara dalam KKEC ni, aku adalah
  TEAM MANAGER! yeahh. bunyi macam senang kan?
tapi, sebenarnya, banyak pengalaman dan ilmu telah aku lalui dan timba sepanjang bergelar PENGURUS PASUKAN ni.
it's a little bit tough tau tak? haha. aku balik awal sebab, 1 day before training bermula, aku kena settlekan macam macam. 
Tugas aku walaupun tidak memerlukan kekentalan FIZIKAL dan FITNESS, tapi, KEKENTALAN MENTAL dan DAYA PENGURUSAN tu perlu ada. haha. aku tak pernah expect untuk
menjawat jawatan ni pun. ni pun gara gara aku terkeluar dari pemilihan peserta EOQ. takpe, next time aku cuba lagi ! ahaha. 

------------------------------------------------------------------------------------------------

okay, nak dipendekkan cerita, kami mula training dan fitness bermula 26 April. dan berakhir pada 3 Mei. banyak pengalaman suka duka kami lalui bersama (chewahhh :p
macam macam peristiwa yang menguji kredibiliti kami sebagai Komander Kesatria. hee. bagi aku, aku dapat rasakan pengalaman KKEC ni berlainan sangat dengan pengalaman aku menyertai Jambori Tahunan pada tahun lepas.
ye lahh kan, sewaktu jambori, mmg boleh dikatakan tenaga kerja semua komander disalurkan demi kelancaran program sebab kami pun tuan rumah. 
KKEC ni betul - betul mencabar diri aku yang SEORANG DIRI ni
untuk mengurus kebajikan mereka (30 orang) dengan penuh amanah. fuhhh.

setelah berTRAINING setiap hari dengan penuh konsisten (hehe, bunyi nak gempak je :p), kemudian kami bertolak ke Pulau Pinang dengan penuhhh HARAPAN. apa yang tertulis dalam minda dan terhembus dalam doaku hanya satu
iaitu, "kami datang dengan harapan, dan kami pasti pulang dengan kejayaan"

Akhirnya, berkat usaha dan doa daripada para komander dan seluruh warga UiTM Negeri sembilan, kami telah menjuarai acara Paintball dan dinobatkan sebagai Platun Disiplin TERBAIK KKEC 2012.
syukur alhamdulillah. tahap kesyukuran aku tidak dapat dibayangkan . ye lahh, walaupun mungkin bagi mereka, aku ni hanya sekadar menumpang nama, 
tapi air mata gembira aku menitik dengan penuh keikhlasan kerana 
biarpun aku hanya sekadar peniup wisel dikala training dijalankan, atau aku hanya pembuat air teh yang tak sedap dikala sarapan pagi, doa untuk kejayaan mereka tidak pernah lekang di bibirku. :) (maaf, ayat jiwang.)
  

Tahniah diucapkan kepada para KOMANDER KESATRIA UITM NEGERI SEMBILAN atas kejayaan yang dikecapi ini. kalah menang, adat bertanding.
 insyaAllah, apabila kita redha, semuanya akan nampak bahagia :D

JUTAAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ;

KAPTEN (KEST) NORMAHANIM BT MOHD NOR atas komitmen beliau dan pengorbanan yang tiada galang gantinya, tidak kira dari segi masa, wang mahupun ilmu yang dicurahkan. 
ENCIK ABU HASAN and ENCIK JIMI HARON atas penyeliaan atas kami.
KRK ASYRAF HAZAHAN atas jasa beliau sebagai Ketua Kontinjen Komander Negeri Sembilan dan pemilihan jersi yang sangat best serta warna yang bagi aku sangat memberi aura baru kepada team kita.
KRK ZULLFIKA MOHIDDI kerana membuka peluang untuk aku belajar menjadi pengurus pasukan yang berjaya :p hee. walaupun mungkin aku perlu memperbaikinya di masa akan datang.
KRK ZULFAHMI AMRI atas kerjasama beliau dalam mengawal pergerakan dan penyampai maklumat kepada komander siswa yang lain (almaklumlah, mereka golongan majoriti, sukar untuk dikawal. haha)
KRK JASS NUUR SARAH ARINA kerana menemani aku disaat aku perlukan beliau.
SEMUA KETUA ACARA (EOQ, JALAN LASAK, 6 PUNCAK MENARA, PAINTBALL,)
SEMUA PESERTA KKEC 2012 atas komitmen anda dalam pasukan kita.



BEHIND THE SCENE;

1) Kini aku memahami erti penat lelah serta perasaan seorang ibu yang perlu menguruskan anak anak. hahaha. ye la, mana taknya, seawal 6 pagi akan mula masak air dan sediakan breakfast para peserta. 
aku lakukannya semampu yang boleh demi menjaga mereka. (bunyi macam ibu tunggal je -.-)

2) Kerap kali, KRK Nurikhmar Surian bertanya khabar dan memberi nasihat kepada aku dalam menjadi pengurus yang baik. aku sangat terharu dan sangat berterima kasih kerana beliau sangat mengambil berat terhadap keluarga komander ini.

3) Aku sangat risau mengenai pemakanan para peserta sebenarnya. sebolehnya, aku nak mereka berpuas hati.

4) Sebenarnya, ada suatu hari, kami (aku, asyraf hazahan, dan zullfika mohiddi) telah melakukan sesuatu yg agak kurang sesuai. kami dengan tidak sengaja TERmelencong ke Seremban 2, dalam perjalanan pulang dari repair basikal peserta eoq. *minta maaf, kami hanya release tension :D

5) Kontinjen Negeri Sembilan merupakan kontinjen yang paling awal tiba di kampus UiTM Pulau Pinang.

6) Kamilah satu satunya kontinjen yang langsung tidak membawa baju korporat.

7) Tidak ramai yang tahu kisah sebenar KOMANDER PENANG, MOHD KHOHA , aku dengan Cik Hanim dan mengapa populariti Khoha kian memuncak. hehe.

8) KRM Zulfikar Samsudin tetap ceria walaupun beliau mengalami kecederaan yang agak serius setelah menang acara paintball.

9) Aku sangat menyayangi mereka semua. walaupun mungkin sekilas pandang, di riak muka aku tiada tergambar perasaan itu, tetapi perasaan di hati, hanya Allah yang tahu :)


itu sahaja. kepada SENIORS, harap diampunkan segala kekhilafan andai terkasar bahasa, tertinggi suara, maafkan saya. kepada Cik Hanim juga ucapan maaf ini saya tujukan dengan penuh rendah diri :)

habis :)

p/s: Penang sangat best :D 

4 comments:

cik maze (: said...

hai komander negeri sembilan (:
hope korang have fun dekat penang haritu hihi

ain bz :) said...

ohh, hai komander.
mmg fun sangat dekat penang harituu. thankyou. keep in touch :)

Nadiaz Namikaze said...

salam dari komander shah alam.
nice post.
tp sayang tak dapat join hari tu. huhu

Syuria.Khafi said...

salam,..hye komander n9...
jemput 2 lah dtg melawat sekali komander johor :))
hehehee

sekadar perkongsian :)