TRIBUTE TO MY DEAR BESTFRIEND.
click SINI untuk tahu rentetan peristiwa pemergian arwah. :'(
Seorang sahabat yang sangat berprinsip, sangat aku hormati
kerana hidup penuh dengan tekad dan wawasan. Arinah Abd Halim, antara sahabat
baik yang aku kenali sejak berada di SEMASHUR.
2006. Kami kenal sejak hari
pertama orientasi SEMASHUR, Aku dan Arinah satu kumpulan. Kumpulan 3. Ingat lagi time
tu satu group dgn Farid Ali, Rahidah, Loly, Sopek, Syakirin, Mazni, Vinosha,
Amin, dan lain lain. Ohh, lagi, yang paling tak lupa dengan LEYAAAAA. (Aqiliah
Radzi). Pada awalnya, memang bila perangai tak matang, mula terbawak perangai
sekolah rendah, dan kita selalu je ada perselisihan faham. Satu minggu
orientasi je pun, dah rasa setahun sebab time tu kita mula kenal perangai
masing masing. Ya, aku masih ingat, kita pernah bermasam muka tapi things
going back to normal lepas tu. Alaaa, biasalah budak budak. Hee. Pastu bila dah
dibahagikan kelas, lagi timbul isu, apabila kau, dapat kelas 1 Jujur which is
kelas hujung dan aku kelas 1 Amal iaitu kelas first. Aku ada terdengar cerita
yang kau tak puas hati mengenai result penemptan kelas tersebut. Kau ada
sedikit iri hati kala itu. Alaaah, apalah sangat, pembahagian kelas itu hanya
berdasarkan ujian bahasa Inggeris dengan Matematik asas sahaja. Macam biasa,
keadaan kembali normal.
2007. Zaman form 2 yang paling bagi aku the most broken
years untuk batch kita. Sebab time tu, Saviours dah pandai nak break the rules
and couple sini sana and having a click/ geng. Hahaha. I still remember that
time, Arinah memang rapat dengan geng geng Al Khindi nya, tapi Arinah ni sangat
aku respect, dia terselamat dibawa dek arus perubahan remaja. Sebab kadangkala
Arinah sangat matang in her own way.
Ingat lagi aku time tu, aku selalu je kacau Arinah and saja cucuk cucuk
dia pasal Ruji (Syameer Faruzzi) hehe. Sebab Ruji pernah bagi coklat dekat
Arinah. Feewiitt. Tu belum lagi kawan kawan luar SEMASHUR yang ada suka kat
dia. Arinah memang HOT. Tapi, sekali
lagi aku tekan kan, Arinah tidak mudah dibawa dek arus remaja. Haha. Dia sangat
bagus.
2008, Semua busy sebab nak PMR kan. Tapi untuk tika itulah,
barulah ada batch 0610 ada diangkat jadi pengawas. Termasuklah aku dan Arinah.
Ohh. Time tu memang kau ada cakap kat aku, kau memang tak sangka kenapa lah kau
dipilih jadi pengawas sedangkan rules pun selalu langgar. Haha. Time tu aku
gelak je lah, aku just cakap dekat Arinah, bila dah jadi pengawas ni, kena
pegang amanah betul betul. Oh lupa pulak, time ni, FIRST TIME kita satu kelas.
3 JUJUR yang sangat legend, selalu dapat kelas terbersih. Ehemm, tengoklah
siapa penolong ketua kelasnya, aku kan :p Arinah pulak apa kurangnya, jadi Biro
MATEMATIK sebab kau sangatlah genius bab bab kira mengira ni
2009, Tahun pertama kita jadi pengawas, tapi time ni, ramai
yang buat double standard dekat kau sebab kau terpilih untuk duduk di Bilik
Pengawas aras Al Battani dengan Kak Zana, Kak Salia and Kak Emira Nabila kalau
tak silap. HAHA. Yelahh, selalu dalam otak kami pengawas pengawas yang duduk
dorm dorm biasa ni, haaa, mesti pengawas form 4 yang duduk dgn pengawas form 5
ni ada dapat speciality dgn privilege. Hihi. Tapi kadang kadang kau malas nak
layan sangat bila ada kerja pengawas sebab aku faham, yelah, bila junior macam
kau dapat privilege duduk dengan senior, senior pun rasakan privilege untuk
dorg ada Arinah untuk sampaikan apa apa pesanan pada ktorg si pengawas junior
ni. Huhu :D (sorry senior ! :p)
(tunggu aku dekat Syurga Allah, Arinah)
Aku sentiasa ingat, bila kau tak pernah kedekut bagi pinjam kamera Nikon D90 abang kau, selalu bagi aku dengar lagu Taufik Batisah dalam MP4 kau, kau tak lokek ilmu dan sentiasa jaga kesihatan dan kecantikan. Aku ingat sangat kau pakai product Nano White, dan kita selalu lawan siapa lagi cerah (sebab kita kan berkongsi tona kulit yang sama, hihi ) Haha. Yang paling annoying, pernah satu hari tu Arinah nangis , aku pun tanya kenapa nangis, dengan usaha nak tenangkannya, tapi, rupanya reason dia nangis sebab dia dapat nombor 19 atau 29 dalam kelas 5 Jujur kalau tak silap aku utk Trial SPM, and aku tanya dapat berapa A, jawapannya SEMUA A. Pehhh, time tu rasa nak sepak sepak je Arinah, dia boleh nangis sedih dpt nombor corot dlm kelas sedangkan bagi aku result tu dah cukup cemerlang dah berbanding aku yg fail addmath ni. HAHA. Arinah, kau sangat legend sebab dalam arus semua budak batch kita tgh gila dgn lawak loser, kau antara yang langsung tak layan lawak lawak mcm tu dan mesti akan banned and mengamuk kalau buat lawak macam tu depan kau. Ya, aku ingat jugak, aku pernah buat kau marah sampai berhari hari kau merajuk and marah tapi akhirnya kau maafkan juga aku sebab aku ada buat kad besar boleh gantung gantung, yang tertulis “SORRY”. Haha. Sejak itu aku mmg janji takkan buat kau marah lagi. :)
Aku ingat yang kau pengakap, aku ingat kau memang seorang
atlet, aku ingat kau pemain netball, aku ingat kau sangat suka warna hijau and
purple.Aku ingat yang kau sangat benci semut dengan lipas. Apa yang aku paling suka pasal kau ialah, kau
pembersih, dan kau sangat kemas serta wangi. Sangat menyenangkan. Kau jugak
yang ajar aku dengar lagu lagu korea.
2011. 2012. 2013 , berlalu dengan pantasnya. dan aku akui. Jauhnya jarak aku dari kau. Tapi kita masih ada social networking, FB, Instagram, dan handphone khususnya. Aku tahu, selain aku, kau sememangnya baik, dan rapat dengan sahabat yang lainnya lebih lebih lagi Mena. You two are very close and I'm glad you happy :)
Last Birthday wishes aku untuk Arinah and the last msg reply dari dia
:(
(biru : Arinah,
kuning : aku)
Terima kasih untuk segala galanya. Aku akan selalu rindu kau.
Aku akan selalu rindu pelukan kau. Akan
aku ziarah pusara kau bersama sama sahabat yang lain. Kau sahabat, kau teman.
Akan ku ingat pesanmu selalu supaya belajar bersungguh sungguh dan rajin macam kau. Pinjamkan aku sedikit semangat kau untuk aku harungi dunia ni.
Al fatihah untuk
sahabat tercinta
Allahyarhamah Arinah bt Abd Halim.
04/10/1993 – 03/12/2013
Semoga Allah cucuri rahmat atas diri kau dan tempatkan kau
dalam kalangan orang beriman. Tunggu aku dan sahabat yang lain di syurga sana.:') Pemergian kau mungkin suatu peringatan untuk kami. Berbahagialah kau
wahai sahabat.
(colour of us. many years together :'( )
p/s : Mulai hari ini, aku akan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam. Semoga aku tak tergolong dalam golongan orang yang lalai serta rugi. Kepada bestfriends aku yang lain, aku sayang korang sangat sangat sepertimana aku sayang Arinah. To #SeventhSaviours family, thankyou very much for all. Semoga Allah balas kebaikan semua. Kita doakan yang terbaik untuk arwah. kepada MENA, be strong ! Kau kena berusaha tunaikan harapan yang kau bina dengan Arinah tu bersama sama okay ? :*
ILOVEYOUALL.
No comments:
Post a Comment