Terlalu cepat dikau pergi sahabat. Memori bersama akan
sentiasa aku simpan dalam hati buat peringatan diriku ini yang mudah lalai. Arinah Bt Abd Halim. Pemergian kau sangat tidak ku jangka
sedangkan baru 2 bulan lepas kita bergelak tawa bersama sama. Hmm.
Peraturan Allah itu sangat cantik untuk kita perhatikan.
Pada malam Ahad 01/12/2013, aku terdetik untuk mengemas barangan lama aku
termasuklah purse lama yang aku guna ketika zaman persekolahan dulu. Aku buka
purse tersebut, belek belek kemudian jumpa sekeping kad yang bagi aku cantik,
dan tertulis ‘Creative Agent – Mohd Hanif b. Halim’. Sekeping kad yang bagi
aku tiada apa apa makna namun, terdetik untuk mengambil kad tersebut dan simpan
dalam purse yang aku sedang gunakan sekarang. Malam itu aku online Facebook,
tanpa log out, aku tertidur sehingga ditakdirkan Tuhan, aku terjaga jam 5 pagi,
dan terus buka FB melalui henset aku, terdapat notification daripada Mena
(Amalina Hamran) , mengatakan yang Arinah sedang kritikal di ICU Hospital
Putrajaya. Hati aku mula berdebar, dengan harapan yang tinggi, Mena nak suruh
aku tolong check up on Arinah’s condition memandangkan Mena terlalu jauh di
bumi UK. Aku mula buntu, aku ingin seseorang yang berada di Malaysia utk
dihubungi mengenai kesahihannya, dan mungkin keluarga Arinah utk aku
hubungi. Namun kuasa Allah, rupanya
Allah dah kirimkan ilhamnya pada aku sejak malam sebelum aku tidur iaitu
BUSINESS CARD yang aku jumpa malam itu . Aku terus ambil nombor Abang Hanif
(who is Abang kepada Arinah,) tertera di atas kad tersebut dan terus mesej
dengan harapan, aku tahu keadaan Arinah ketika itu. Dan betapa berderau darah
aku apabila, Abangnya sendiri kata keadaan Arinah tenat dan kritikal dan mohon
doa semua untuk kesembuhannya, airmata aku bergenang. Aku yang pada mulanya,
nak balik Kampus UiTM Kuala Pilah subuh hari tersebut, terus end up nak pergi
ziarah Arinah sebab aku tak pernah ada perasaan risau yang teramat sangat macam
tu. Dengan Ibu ayah aku yang betul betul memahami aku kala itu, mereka memberi
kebenaran untuk aku menziarahi Arinah di hospital.
02/12/2013, Aku terus ke wad
ICU, dan melihat ramai kawan kawan CUCMS Arinah menangis, dan aku terus mencari
Ibunya dan terus memeluknya , lebih memilukan apabila Umi Mena juga berada di
situ. Tiba giliran aku menziarah Arinah dalam wad, tiba tiba Doktor memanggil
parents Arinah masuk dan waktu itu, depan mata aku sendiri, Ibunya menangis
ketika doktor mengesahkan pada waktu itu, buah pinggang mula tidak berfungsi.
Keadaan sangat PILU. Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa kala itu. Jari aku tidak putus putus hantar update
mesej pada keluarga dan sahabat Seventh Saviours yang lain. Mohon doa dan
yassin utk Arinah. Petang makin larut dan aku perlu pulang ke Kampus kerana
masih ada urusan kelas dan lain lain. Takpelah, aku bertawakal kepada Allah dan
sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Pilah, aku tak putus putus berdoa, tak
putus putus Yassin demi seorang sahabat. Update keadaan Arinah selalu aku dapat
melalui Abgnya dan Muadzzam yang ketika itu berada di hospital setelah aku
pulang.
03/12/2013, Hujan tak henti henti sejak 2 – 3 hari lepas. Cuaca redup
mendung seperti mengerti apa yang sedang aku rasakan. Aku pergi kuliah seperti
biasa, perbincangan mengenai Physic Final Project dan lain lain hal duniawi
yang lain. Tepat jam 5 petang, aku terima panggilan dari Muadzzam, Muadzzam
request aku supaya duduk dahulu sebelum dengar apa berita yang ingin
disampaikannya. Dan berita itu umpama halilintar. ARINAH TELAH KEMBALI KEPADA
PENCIPTANYA. Allahuakbar, aku lemah, aku rasa itu peringatan Allah kepada aku.
Mati itu dekat. Aku menangis, dan terus menangis, tak mampu untuk menapak
pulang ke kolej. Aku hanya mampu berada di meja hadapan fakulti . Berseorangan.
Aku mengumpul kekuatan. Kuatkah aku untuk melihat sahabat ku yang sudah tidak
bernyawa itu di hari pengebumiannya ? Aku menangis, aku resah, malam itu aku
masih mengumpul kekuatan, dan akhirnya keesokkannya
4/12/2013 aku tekad untuk memberi penghormatan terakhir
pada SAHABAT aku itu. I’m coming all the way, wang kala itu, bukan lagi soal
utama untuk aku, asalkan aku tidak menyesal seumur hidup. Paling paling pun,
aku perlu tahu, di mana jejak kuburnya, supaya ziarah aku takkan hilang
terhadap dia. Allah. Sesampai aku , sebak melihat keadaan dan situasi sebegitu.
Dengan keluarga Saviours yang memeluk aku apatah lagi kawan kawan baik arwah
dan aku. Pilu melihat tangisan ibunya. Ketenangan Cikgu Halim begitu membuat
aku tak mampu untuk berkata apa apa. Apatah lagi, abang abang arwah yang begitu
menyayanginya. Aku tak sempat kucup dahinya. Aku tak sempat melihat wajahnya
buat kali terakhir. Namun aku tahu ada hikmah, mungkin Allah tahu aku mungkin
tak mampu .
Arinah , Berbahagialah kau disana bersama
penciptamu.
2 comments:
ain, kte bce ni, kte sdh, tgh tahan nangiis, :')
Post a Comment