like ?

Saturday, January 10, 2015

Wali


Salam Alaik.



Ayah. BZ_MR
Bahagian 1. | Betapa sering kita kasih kepada ibu, kita lupa kepada yang lagi satu |

Tak tahu kenapa, aku tiba tiba rasa nak bicara pasal ayah.
Aku jadi sebak. Aku jadi pilu bila aku fikir semula, betapa jarangnya aku berfikir mengenai ayah berbanding ibu.







Ingat lagi waktu pertama kali aku menjejak kaki ke Sekolah Berasrama Penuh, ayah belikan MP3 untuk aku (MP3 yang jenis guna bateri AAA). Ayah kata, "Nah, kau amik ni, Kalau bosan bosan dkt Ulu Yam yang takde apa ni, nak dengar lagu, dengar je lah. Entah lagu apa yang ada dalam tu, ayah ada masukkan sikit"


Ingat lagi waktu first time dapat laptop sempena dapat 8A PMR. Ayah belikan netbook jenama ACER - Aspire One yang takde CD Driver . Ayah kata "Tu, amik dalam bilik, hadiah laptop untuk kau. ok tak ? okaylah kot ni, kecik, senang bawa pergi mana mana, ringan, senang kau nak buat kerja/projek kat sekolah"


Ingat lagi waktu first time nak masuk universiti dulu, ayah tiba tiba bagi handphone cap ayam. jenama I-Mobile. Ayah kata "Nah amik ni, fon murah je ni tapi kau amik je lah, fon ni ada TV *sambil tarik keluar antenna fon. Kat sini kan mana ada TV, kalau bosan kau tgklah kat sini, Tgk berita ke, AJL ke, bola ke"


Ingat lagi aku waktu awal semester degree hari tu. Ayah kata, "kau nak printer ? minggu depan boleh tak ?" dan pada minggu depannya, ayah bawak printer dan handy-scanner. Ayah kata, "Amiklah ni, Printer ni dah repair tapi dia takde scanner, nah kau amik ni handy-scanner, portable ni, Boleh jugak guna untuk scan nota atau buku" *sambil tunjuk cara guna*.



Ayah nampak MACAM kedekut. Ayah kadangkala MACAM annoying. Kadang bukan aku tak bersyukur tika itu, tapi apa yang dia bagi tak memenuhi kehendak (*which is should be ignored) aku. MP3 guna bateri ? Laptop tak boleh masuk CD ? Fon Cap Ayam ? Printer lama + Portable scanner ? Betapa 'lame' nya semua ni. Kawan kawan yang kononnya up to date mesti akan ketawa sinis. TETAPI bila difikirkan balik. Allahu.. Setiap yang ayah bagi tu semua ada hikmah. Semua diberi demi kesenangan aku. Demi keselesaan aku. Dan kebijaksanaan ayah juga nampak dalam mendidik aku supaya tidak begitu demand dan materialistik. DAN SUDAH TENTU semuanya demi untuk pastikan aku belajar dan terus berjaya hingga ke peringkat yang kalau boleh lebih tinggi dari pencapaian dirinya.



PENGORBANAN AYAH SEBENARNYA SANGAT BESAR MESKI IA KABUR ATAU MUNGKIN AYAH SENGAJA MENGABURINYA :(




Allahu. sebaknya rasa bila aku terkenang semua ini. :( Tiba tiba tergerak hati di subuh hari ini dan rindukan ayah. Aku terfikir, apakah yang berada di fikirannya andaikata aku minta izinnya untuk aku bernikah nanti ? Adakah ayah  sudah bersedia lepaskan anak sulung dia ni kepada orang lain yang akan ganti tanggungjawab dia? Seseorang yang sedia terima kerenah aku sepertimana ayah dapat tahan selama ini.. Adakah ayah sudah sedia ?  :(


No comments:

sekadar perkongsian :)