Assalammualaikum cinta. Apa khabar ? ehek ehek. :p
Biar gambar berbicara
Genap seminggu sudah berlalu Pesta Pantun Bestari IPTA 2015.
Namun aku, dan sahabat lain, rata ratanya belum boleh move on dengan kejayaan
yang telah dikecapi. Sesungguhnya, tak pernah terfikir untuk pergi sejauh ini.
Kali pertama, percubaan pertama, dan hanya
sekadar pasukan percubaan.
Alhamdulillah, apa yang berlaku ini semua atas izinNya.
Kejayaan yang diraih pula ini semua atas rahmat dari Allah juga. Hanya Dia
yang mampu mengangkat dan merendahkan martabat bagi orang orang yang
dikehendakinya.
Tahniah diucapkan kepada kedua dua pasukan pantun UiTM (UiTM
A dan UiTM B) kerana telah berusaha sedaya upaya mengharumkan nama UiTM seharum
kasturi. (gitchewww)
Tak pernah menganggap pencapaian merangkul Naib Johan Pesta Pantun
Bestari 2015 ini hanya kejayaan bagi pasukan UiTM B sahaja. Bagi aku ini
kejayaan kita bersama.
Bertatih sama sama. Berlatih sama sama. Bawa nama UiTM sama sama dan harungi
susah payah pahit getir sama sama.
UiTM A juga tak kurang hebatnya,
Berjaya mara
sehingga ke peringkat separuh akhir dan dua daripada pemantunnya banyak
mecurahkan ilmu pada aku dan sahabat yang lain
TERIMA KASIH juga dari ruang hati aku paling dalam buat
kalian juga. Terima kasih atas segala memori. Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Terima kasih juga untuk persahabatan kita ni. Bagi aku ini magis !
Kita mampu
bina hubungan ini dengan baik. Tak pernah aku duga. Sumpah !
Tak tahu nak cakap macam mana dah sebenarnya. Aku pasti dan
yakin yang kalian juga payah nak move on seperti aku. Seperti ada satu kuasa
yang betul betul kuat untuk menyatukan kita.
Walaupun ragam kita berbeza, rajuk yang tak sama, personaliti
berlainan malahan dari fakulti yang pelbagai, kita mampu bina satu tugu
persamaan tu. Kita bertemu atas dasar ilmu dan cinta kepada cabang sastera dan
budaya ini. Aku bangga. Aku bangga kenal dangan keluarga baru ini.
Semoga kita mampu bersama sama lagi untuk membawa panji
destini anak bangsa yang tercinta ini. Pilu rasanya andai kita tak dapat
berjumpa lagi. Mohon untuk tidak berada jauh dari diri ini. (Dah kenapa ayat
tacing niiii ? hahah)
TERIMA KASIH
Buat Bonda Jamilah
Mat Zain yang banyak membantu dibelakang tabir dan urusan pentadbiran
Kanda Muhammad Hariri
Nasir bertindak sebagai guru kami, jurulatih, abang dan apa apa lagi yang
berkaitan. Tanpa usaha kanda, kami pasti tiada.
Dinda Syafiqah Hani
pinjamkan sedikit gaya dan pesona yang memukau sebagai contoh buat kami. (Sampai
sekarang, cakap biasa pun tangan nak gerak gerak macam pantun. hahaha)
Kanda Faizuddin
Hashim, yang buat mata tak jemu memandang. Tampan dan memukau. Buatkan diri ini
begitu bersemangat untuk terus berada disisi sebagai pemantun kedua.
Kanda Fairus Basiron
yang sentiasa positif tak kira masa. Rasa rimas juga dengan kepositifannya itu.
Hahahaha. Tak mengapa, respect kepada kanda kerana sentiasa tabah dalam
menghadapi carutan demi carutan hadek hadek. Hahaha.
Dinda Nik NorIzzati,
sangat terpancar senyuman tak kira masa. Tak pernah lihat kerutan dimuka.
Sentiasa ceria. Paling gigih sebenarnya. Tak berkira wang dan tenaga. Bayangkan setiap hari kalau ada latihan, dia sanggup berhabis wang untuk ke UiTM dari rumah sewa menaiki teksi.(huishhh. ini lah yang dinamakan pengorbanan)
Dinda Fatin Nur
Afrina, hmmmm. Nasib baik kita tak satu team, kalau tidak, pasti tak keruan
dibuatnya nanti asyik nak tengok mata yang menggoda itu sahaja. MasyaAllah sisturrrr,
cantiknya mata. Gaya tersendiri dan comel. (Please do not grow up so fast. Dinda
lah yang paling muda dalam keluarga kita ni :p)
Dinda Asilah Jamil,
tahap kematangan yang tak dapat nak sangkal. Tapi tu lah, angin dinda cepat
berubah. Takut tauu dinda. Haha. *wink wink* ( Respect padanya kerana mempunyai
pembacaan yang luas dan hubungan jaringan yang baik.)
Tak lupa juga TERIMA
KASIH kepada
Kanda Wan Yusof atas
ilmu dan bantuan yang tak berbelah bagi buat kami. Tak pernah menolak andai
pertolongan diminta.
Kanda Dinda AKSI dan
mantan pemantun UiTM sekalian. Terima kasih atas doa dan sokongan/bantuan yang
diberikan buat kami yang sangat hijau ini.
Kanda Dinda pemantun
Universiti lain yang budiman yang banyak tunjuk ajar dan memperbaiki kesilapan
kami.
Juri juri budiman
atas tips dan komen yang sangat membina
Akhir sekali terima kasih kepada urusetia dan pihak penganjur Kolej Keempat Universiti Malaya.
You guys made it ! Seronok kan berprogram ? Dengar cerita tak boleh move on ? Hehehe.
Hmm. Congratulation kepada semua yang terlibat ! Please be proud !
#UiTMDiHatiku
#MogaBerkembangWarisanPusaka
#MogaBerkembangWarisanPusaka
Nak tengok gambar lagi ? boleh klik di bawah
p/s: Jika nak tahu cerita disebalik tabir, perjalanan suka duka aku dan sahabat yang lain, boleh lihat entry post selepas post ini.
2 comments:
huwaaa..berair da. :(
Hmmm. Ramai lagi tak move on. Tahniah buat pasukan UITM A dan B. :)
Post a Comment