like ?

Saturday, October 31, 2009

sedih.

RABU MINGGU LEPAS

Selepas solat Zohor tadi, aku pergilah kembali ke kelas PAI untuk meneruskan pelajaran. Beberapa minit menunggu, tiba - tiba Ustaz Pauzi datang. aku dan kawan - kawan mula gembira sebab selalunya buku agama yang akan dibawa oleh Ustaz. Tetapi, pada kali ini, Ustaz bukan bawa buku tetapi, bawa air gas 2 botol besar, sekotak kuih tart nenas dan sebungkus kacang. selepas itu, ustaz pun beri kami makan. Kami sangat gembira kerana dapat makan. Tiba - tiba, Afiqah bertanya, "ain, ustaz nampak macam tak gembira seperti biasa kan?" oh. waktu tu, barulah aku perasan yang ustaz diam saja. hah. mesti ada sesuatu di fikiran ustaz ni. Jadi, kami pun bertanya kepada ustaz. Rupa - rupanya, JUMAAT ni, ustaz akan berangkat ke Mekah. oh, patutlah ustaz kelihatan sugul. kami pun sedih juga. Ya lah, nanti siapa nak ajar PAI lepas ni. kami dah la tak habis tasmi' hafazan lagi. ermm.. tak pa lah. kami akan doakan ustaz selamat pergi dan selamat kembali. kami akan merindui ustaz. kami harap ustaz akan doakan yang terbaik untuk kami ketika di TANAH SUCI. insya-Allah :))


<<<===ni gambar ustaz ====>>>

1 comment:

Anonymous said...

Hai. Saya dari masa depan. Hehe. 🤭

sekadar perkongsian :)