like ?

Monday, January 31, 2011

okayy, sekarang aku dah kerja tauu! :D . . .ZY FOTOSTAT :)

assalammualaikum semuaa :)
rindu dekat kalian semua. hahaha.
siapa nak tahu? aku dah ada perkembangan baru,


AKU DAH MULA BEKERJA weyhh! hahaa. 
excited jee. erm, ala, aku kerja biasa biasa jee. aku memang sebenarnya takde niat langsung nak kerja tapi entah macamana, satu hari, ENCIK BZ (*bapakku laa) telah menawarkan aku bekerja. erm,, aku pun, fikir punya fikir punya fikir. last last aku accept jee. haha. okayy, first day aku kerja ialah pada ISNIN, 24 JANUARY :)
aku kerja dekat kedai ala ala koperasi camtu dan sekali dengan photostat dan khidmat khidmat lainn, haha. tau tak kat mana? kat INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA. ala, kalau korang nak ziarah aku senang je, naik LRT, turun stesyen Kerinchi, jalan kaki, tempat aku keje ni kat sebelah UNIVERSITI MALAYA je. hahaha. first time kerja, sumpah aku blurr. cuak pun ada sikit. ala, rasa la jugak macam bodoh kan. hahaha. mula mula, aku telah diperkenalkan kepada BOS; auntie ZALINA. kemudian diperkenalkan kepada CO-BOS; abang BAZZ. dan seterusnya aku ditempatkan di kawasan photostat dan segala macam khidmat macam binding dan lain lain. okayy, mula mula, memang segan nak mampus laa, mana taknye, masuk masuk je situ, nampak SEMUA LELAKI. hahaha. okayy, pastu aku diam dan lihat dan telah diajarkan beberapa skill oleh orang orang di situ. hahaha. dah lama lama tu, okay laa, baru kenal la pekerja pekerja kat situ dan ada sorang lagi pekerja perempuan tapi dia cashier kat kedai koperasi sebelah tuu. APA YANG MENARIK ialahh, KAMI SEMUA LEPASAN SPM! woahh. kire oklahh, at least ada la perkara yang ingin dibualkan. :) so, tujuanku menulis lebaran blog kali ini adalah untuk memperkenalkan member member seKERJA aku. okayyy. tu jee :)


ini ialah RAEES, merangkap mentor aku. almaklumlah, paling terer la kononnye. haha :)


ini pulak, AJYM, nampak macam kerek sikit, tapi aku tau dia sebenarnya okay jee. :)

ha, yang ini, nama dia SYAHIR, aku rasa muka dia ada sikit macam Radhi Khalid laa. haha :)

yang ni, HASIF, anak BOS, dia kerja sekali kat sini, dan dia kawan sekolah rendah Amirah Sariyati tau :)

ini pula, MIRA, cashier kat sebelah. haha. :)

aku rasa enjoy jugakla kerja kat sini walaupun masih banyak yang perlu aku pelajari lagi. lagi best bila, kitorang kerja sambil pasang lagu lagu, sambil nyanyi. haha. nyanyi nyanyi jugak, jangan salah kira and salah buat kerja dah la ekk. :) anyway, to korang, aku harap korang akan tegur kesalahan aku dan insyaALLAH aku akan memberi khidmat yang terbaik kepada pekerjaan ini. chewwaaahhh. :D

ehh, lupa, PHOTO BAWAH NI BOS BESARR. :)

ha, yang baju biru tu pulak, co-BOS,


p/s: kitorang solat dalam koperasi tu je tau. hebat tak. betapa MULTI-PURPOSEnye kedai kami :) thanks to umi INA atas tunjuk ajar yang telah diberikan:)

Monday, January 10, 2011

terlepas peluang laaa,, rugi :p

salam semua. hahahaha.
ada cerita ni, aku sangat excited nak cerita. hee :)
semalam, bapak aku ajak pergi kenduri kahwin anak kawan dia. entah kenapa la dia beriya iya sangat nak ajak aku ngn adik adik aku pergi. rupenyee, majlis kahwin yang diadakan dkt dewan komuniti manjalara, KL tuu, agak gempak sebab, ada diiringi band muzik ghazal  dan keroncong. best laaa! okay la, bila sampai tu, of course la macam tak layak je pergi sebab tempat tu ramai nampak macam datuk datin camtuu (nampak 'MACAM' JE KUTT. hahaah") dewan tu, nama je dewan komuniti tapi lawaa gile macam istana. hahaha. dah sampai tu, terus makan, tengah makan, ada la muzik muzik tu berkumandang. sedap sangat. :) dah habis makan, tetibe, adik aku ni gedik cakap "kaklong, tak nak pergi nyanyi ke?"  haihhh, dalam hati aku memang la nak tapi boleh kee? haa, dah tu, tetibe..... bapak aku tanya pulak "kau nak nyanyi ke kaklong?" aku cakap tak nak laa, tetiba je. tak pernah pernah aku tengok bapak aku ni. pastu bapak aku buat isyarat dekat MC tu yang bermaksud, "boleh ke nak nyanyi satu lagu?" korang tau tak?, si MC ni cakap la OK! nasib baik waktu tu pengantin belum datang. uishh, time tu terus jantung aku dupp dapp dupp dapp. memang takut habis! hahaah. bapak aku bangun, pergi tarik aku pergi depan, bak kata orang kan, aku ni 'MALU TAPI MAHU' haahaha. yelaa, siapa tak nak kan. aku pun pergi la selak selak lagu apa yang aku nak nyanyi, aku macam nak nyanyi la lagu PENAWAR RINDU, ramlah ram tuu. ala, aku sure gila la, kalau korang yang selak buku tu mesti terkapai kapai, sebab semua lagu lama yang hanya certain daripada kita je tahu. haa, pastu kan, tak tahu kenapa, aku terus menggigil, tangan aku sejuk gila, terus aku patah balik tempat duduk aku. haihh, bapak aku tanya la, "HOI, KAU KENAPA? INGAT SENANG KE NAK NYANYI LIVE SIAP ADA BAND SEKALI NI?" haishh, aku pun cakap aku malu tersangatttt. yela, aku dah la tak biasa pergi event besar besar yang ada ramai kawan bapak aku yang pangkat besar besar(bapak aku tak tergolong ekk. dia biasa je :D). cuba la bayangkan, aku nyanyi salah ke, tak ke segan namanye? haihh, selang 5 minit cmtu, MC umumkan, yang pengantin sudah tiba, then, kitorg duk lagi 5 minit, pastu balik.

p/s: dalam kereta, bapak aku cakap la dalam nada kecewa, pastu dia ada kasi pengajaran sikit la, dia kata "KAKLONG, KAU KENA YAKIN BILA BUAT SESUATU KEPUTUSAN ITU DAN JANGAN SESEKALI PANDANG KE BELAKANG" adoiii. aku sedih la jugak, melepaskan perkara yang aku suka ni. hahaha. takpe la ain, lain kali ye :D 

yang paling menarik ni ha, perbualan aku, adik aku ngan mak aku;

mak aku ; "TENGOK TU, DAH TERLEPAS PELUANG JADI ARTIS,"
adik aku : "HA'AH LONG, NTAH NTAH DALAM DEWAN TADI TU, ADA MANA MANA KOMPOSER KE..."
aku : "yelaaaa tuu --' *dalam hati(aku bukan nak jadi artis pun)"


ok, habis :D

Tuesday, January 4, 2011

hari hari ada je berita panas di akhbar --'

memang la kan, dah kata akhbar. mestilah cerita panas, takkan cerita sejuk beku pulak kan? haihh. ha, aku nk komen sikit la, cerita yang menarik perhatian aku. it's about *GAY*. korang baca tak pasal pengakuan berani mati org Malaysia yang mengaku gay tu kat youtube? adoii. ntah la weyh. dunia dah akhir zaman kan? aku yang takut skang ni. kenapa la mereka mereka ni kan,, haihh, aku malas nak cakap tau tapi, mereka ni tak belajar PENDIDIKAN AGAMA ISLAM ke? masya-Allah. takkan tak tau, MUSAHAQAH ataupun HOMOSEKSUAL ni kan berdosa dalam islam. tak belajar ke sejarah islamiyyah dimana Allah murka dan menimpa azab kepada kaum Lut? aku seriusly, sangat takut weyhh bila tengok video tu. aku cari gila gila video tu dan akhirnya jumpa. erm, malas nak cakap. apapun, saya seru, INGATLAH ALLAH. silalah bertaubat. 
TQ :(

Monday, January 3, 2011

now what? welcome 2011 :)

ahahaha. mcm biasa la, kalau aku online, kiranya, aku tgh curi broadband bapak aku la ni. haa, apa yang aku nak cakap sikit tapi banyaaakk sgt since last year. haaa btw; HAPPY NEW YEAR 2011 *aku harap tak terlambat la, heheehe. okayy 30 disember lepas. hahahaha. semua orang tahu DAMPING MALAM keluar pawagam. aku pun pergi la tengok. almaklumlah, SEMASHUR masuk --' haa, bak kata Ahmad Idham, cerita seram, tapi,, bila dah budak2 semashur masuk. err,, mungkin jadi cerita lawak la kan. hahahaa. dari start sampai habis, asyikk geeeelllaaaakkkk je. hahaha. oklah, aku just nak cakap, muka aku BAPAK HODOH dalam tu. tapi, macamana hodoh pun, glamour la jugakk. hahahahaha. okayy aku tahu, korang menyampah dah tu :p. 

ha, apa lagi ek? erm, new year aku tak sambut pun, doa je cukup SEMOGA TAHUN NI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN LEPAS. haa, azam aku? nak jadi terkenal. hahaha. tak boleh ke? haa, suka hati aku laaa. ha, sapa nak join, boleh jee,


ha, sapa nak tahu? aku tgh amik LESENN. yeahhh. lepas ni rempit la, ape lagi. hahah. time aku amik lesen, aku jumpa HANYN. best la, ada kawan la atleast. hehehe. 

aku nak kerja, tapi bapak aku tak kasi, aku nak duit tapi tak kerja. ha? habis tu macamana? haa, aku tgh merangka program perniagaan aku korang kena la TUNGGUUUUU..  bisnes online. ok kan? hee.

erm, tu je la. nanti aku post lagi.

okay. tamat :)

sekadar perkongsian :)