like ?

Monday, August 29, 2011

ni je lahh yang mampu. salam AIDILFITRI. (merdekaRAYA) :)


SALAM AIDILFITRI BUAT TEMAN TEMAN DAN SAHABAT SAHABAT
( SKDSiannns, SKTSRiannsss, SEMASHURiannss,UiTMiannn,)
serta KELUARGA yang mengenali diri ini

semoga dirahmati ALLAH selalu.

raya ini, aku langsung tiada mood raya.
almaklumlah, first time beraya di KL.

ramadhan lalu, aku pasti merinduimu
ya Allah, ampunkanlah dosaku.
semoga mata ini masih terbuka untuk meneruskan ibadah terhadapmu.

sekejap je rasanya. :(
macamana sekejapnya jarak masa yang kita rasa ini, macam tulahh sekejapnya jaraknya kita menhampiri KEMATIAN. (*nada sedihh)

semoga anda bahagia disamping keluarga. DOAKAN kebahagian aku ; si penulis blog okay?

ikhlas: nur ain bt badrul zaman

p/s: mood bercelaru. minta maaf

kisah malam ke 27 ramadhan.


salam alaik!

disini aku nak cerita dan ulas sedikit peristiwa yang aku alami semalam. okayy, ni first time aku SOLAT TERAWIH DEKAT MASJID yang dekat BANDAR COUNTRY HOMES nii. alhamdulillah, masjid sini memang sentiasa ramai dengan para jemaah. *berbeza dengan beberapa suarau/masjid yang aku pernah pergi. 


aku pergi masjid ni semalam dengan EDA dengan OPAH UDA. 
ermm, sementara menunggu untuk solat isyak seterusnya terawih, mataku terpanah ke arah 3 orang budak perempuan yang berjubah serba hitam, tudung labuh ke pinggang serta berniqab. *masya-Allah



ku anggarkan 2 orang tu berumur dalam lingkungan 7 ke 8 tahun dan ada seorang tu lebih kelihatan seperti seorang kakak dalam lingkungan 13 tahun. ermm, waktu tu aku usha je dorang nii. aku rasa dorang ni mungkin dari sekolah atau kelas tahfiz berdekatan. waktu tu memang setiap seorang memegang al Quran dan tengok gaya dorang mcm tengah menghafal. 
*sekali lagi aku tersentap,(bilalah aku nak menghafal 30 juz quranulhakim)

okay, azan isya pun tiba tiba berkumandang. bila habis azan, biasalah, kebanyakkan oranag akan buat solat sunat kann. erm,disebabkan budak budak ni betul betul saf depan aku, so, aku terushaa je setiap perilaku mereka ni. ermm, yang membuatkan aku terkejut dan tiba tiba keTIDAK-FAHAMAN melingkari otak ialah. . . budak yang paling kecik tu solat sunat, dan budak yang 13 tahun tu boleh pulak kacau dia waktu solat dan tarik tarik tudung budak kecik tuu.(almaklumlah, dorang solat hanya memakai jubah). dan SAMPAI BUDAK KECIK TU SAMPAI 4 KALI ULANG ULANG SOLAT DIA. ya Allah. aku yang tengok ni yang rasa panas tiba tiba. ermm, pada hemat aku lahh kan, sumpah dorang ni belum AKIL BALIGH dan BELUM MUMAIYIZ . hehehe. 



entahlahh. dari segi appearance, aku memikirkan yang mereka ini telah diberi pendedahan awal yang cukup bagus bagi menutup aurat mereka dengan sempurna NAMUN DEMIKIAN. . aku rasa kadangkala, pelajar pelajar tahfiz seperti mereka ni, hanya diberikan pengajaran hanya pada tahap 'foundation' dan terus diberi pendidikan direct terhadap fiqh, ibadah dan alquran sahaja. err. faham tak? okayy, minta maaf kalau aku salah tapii, aku nak terangkan kat sini bahawa, mengikut pengalaman dan pandangan peribadi aku, kadangkala pelajar pelajar 'more to' agama nii, kurang pendidikan mengenai akhlak dan moral. ermm, aku tak nafikan, mereka ni merupakan golongan yang sangat terpilih untuk mendukung syariat Allah (lebih daripada kita kita) dan kadangkala aku cemburu kerana ilmu ad-din mereka mungkin lebih daripada aku yang serba dhaif ni. tapi, biasalah, iman seseorang itu tak sentiasa teguh. tahap keimanan pasti ada pasang surutnya. macam yang kita pernah belajar time sekolah menengah dulu, terdapat beberapa cara nak capai kemanisan iman. *selak balik la buku PAI SPM wehh. macam kebanyakkan kes yang pernah aku dengar, mcm kisah kisah terlanjur golongan ini, kisah murtad dan lain lain. perkara ini betul betul terjadi. mengapa? haaa, inilah yang macam aku mention tadi, pendidikan mengenai ilmu kehidupan mereka agak kurang. 

sebenarnya, setiap perkara, PENGHAYATAN itu sangat penting. aku ulang lagi sekali ::: PENGHAYATAN itu sangat laa penting. kenapa? setiap perkara itu perlu datang dari hati. bila ia datang dari hati, semua akan jadi ikhlas dan segalanya akan berjalan dengan lancar. itu je kuncinya. :)

okay berbalik pada peristiwa terawih aku tadi. aku sangat respect kepada mereka yang bersekolah/kelas tahfiz ni sebab mereka mampu menimba ilmu akhirat yang sangat bermanfaat. aku berdoa supaya mereka akan menjadi generasi yang berguna kepada agama dan negara. 

rupa rupanya ada majlis khatam quran pada malam tuu.


p/s: aku malu berdepan dengan para alim ulama' . aku rasa aku ni sangat kerdil disisi Allah. ermm, tapi, alhamdulillah, aku ni seorang yang suka mempelajari ilmu Allah. so, disini dengan HUMBLEnya, aku minta kepada semua, bimbinglah daku :) ilmu ditimba di zaman SEMASHUR dulu sangatlah berguna. 

terima kasih SEMASHUR ISLAMIC SOCIETY :)

Wednesday, August 24, 2011

aktivitiku sepanjang bulan MERDEKA+PUASA+RAYA di UiTM N9 [sem1 sesi mei-okt 2011]


salam alaik.

1. Prinsip aku : aku takkan masuk pertandingan yang aku tak mampu menang *chewwahhh, poyo. 

2. minggu lepas ada minggu ISTIQAMAH MERDEKA anjuran JPK 
dan aku masuk pertandingan poster dan sajak.

3. aku rasa best la minggu istiqamah merdeka ni, sebab banyak aktiviti yang 
boleh mengisi masa pelajar (tu pun, untuk siapa siapa yang rajin nak involve la *mcm aku. hehehe)

4. dapat la sikit sikit rasa suasana MERDEKA RAYA. syabas!

5. ehh, lupa nak cakap, awal ramadhan haritu pun JPK ada anjurkan program AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN. best jugak la. dan aku masuk pertandingan nasyid dan tulisan hot khat

6. overall, aktiviti kali ni boleh tahan lahh. dan tiba tiba rindu dekat sekolah. rindu nak handle event event besar mcm ni. 

--------------------------------------------
p/s: haihhh, bila nak jadi SENIOR nii? aku nak jugak handle handle program mcm dulu.
*ermm, takpe, mula mula ni jadi peserta, lama lama orang pasti sedar kehadiran aku dan khidmat aku pasti akan diperlukan sebab bagi aku, apalah gunanya pengalaman kalau tidak dipraktikkan. kan? so, kalau anda perlukan bantuan serta khidmat, sila berhubung melalui FB, YAHOO okayy?  :)

tq for understanding.

mehh la tengok gambar.






antara poster yang aku hantar 

pertandingan blok patriotik. (sila abaikan model berjubah tersebut :p)


blok patriotik-raya.


terawihhhhhhh. *cuba teka siapa di sebelah kanan.


nasyiddd. baju combination colour yang striking !

biasalahh, kita kena tinggalkan kesan 


lepas pertandingan sajak.


ada request, dan bayaran untuk request ini akan disalurkan terus ke rumah anak anak yatim.
*sangat bagus*

 ni pulak nur afiqah, classmate aku. dia menang busana muslimah. cantik kan?

majlis penutup di LECTURE THEATRE. *kesiam UiTM N9, tiada dewan besar --'


ni jelahh dapat ditunjukkan. sekian.



Wednesday, August 17, 2011

NUZUL QURAN - Ustazah Asni bt Mansur - dan kesedihan aku

salam alaik!

Ya Allah,
betapa sedihnya aku. 
TAK DAPAT bersalaman dengan seseorang yang betul betul aku nak jumpa dari dulu lagi. ya Allah. sedihnyaaaaaa. Allah je yang tahu perasaan aku sekarang ni. 

sebenarnya tadi, ada ceramah sempena NUZUL QURAN. penceramah yang dijemput ialah 


USTAZAH ASNI BINTI MANSUR. kenal tak? wehh, dia sangat adorable. seriouslyyyy! aku dah pasang niat dah nak salam dia, nak peluk dia and nak tangkap gambar dengan dia. tapiii, apakan daya, sekadar bersesak sesak dan berasak asak sehingga tidak tersampai dan tidak tertunai hajatku.
*dapat gambar dari jauh jee :(

ya Allah, aku sangat sedihhh apabila perkara seperti ini berlaku. 

biasalah kann, beliau kan selebriti, mestilah ada PA. disebabkan, terlalu ramai dan semua berasak asak, PA ustazah pun iring ustazah keluar daripada tempat yang ustazah berdiri tadi tuu. ya Allah, tika itulah, airmata jatuhhh selepas berlinangan. betapa ..... ahhhh, aku speechless lahh. . balik balik terus menangis lagi. sampai lah aku menulis entry ni. haishhh. sabarlah CIK AIN BZ, bak kata AFIQAH INANI tadi, insyaAllah, ada rezeki, lain kali boleh lagi jumpa. ala, aku pun faham, sebenarnya ustazah nak kejar masa nak gerak dari KUALA PILAH ni terus ke KL sebab, esok beliau akan muncul dengan MALAYSIA HARI INI. 

ermm, tu je la nak cerita, intipati ceramah hari ini berkisarkan tentang QURANUL KARIMMM.
antaranya;

*bacalah Al Quran sebelum mata tertutup
*setiap perjalanan meniti kejayaan semestinya akan ada kegagalan dan kepayahan.
*contohilah Bilal bin Rabah. Beliau ikhlas beribadat kepada Allah.
*BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH.
*dampingilah al quran.
*muslimat yang pandai jaga diri luaran dan dalaman, insyaAllah, akan dapat pasangan yang sesuai, dan baik. :)
*dan lain lain

INFO yang menarik ketika ustazah bagi ceramah tadi.
(aku tak pernah tahu, so nak kongsi kat sini kepada sesiapayang tidak tahu.)
1) Bilal bin Rabah seorang yang pelat. beliau tidak boleh menyebut perkataan yang mengandungi huruf SYIMM.
2) Sayidatina Fatimah insan istimewa kerana Allah jadikan beliau tidak pernah didatangi HAID dan NIFAS. meskipun demikian, beliau tetap boleh mengandung. 

okayy, itulah nak cerita kali ni. apa apapun, aku tetap sedih.

p/s: aku dah pernah tgk keadaan seperti ni waktu PA UNIC yang perform kat SEMASHUR dulu suruh UNIC beredar dari tempat yang ramai orang tu. so, fahamlah kan, celebrity la katakan. 

Wednesday, August 10, 2011

apa perasaan anda apabila diREJECT? :(

salam alaik.

okayy, mood aku sekarang ni. . .
perhhhh, mmg hancur buluh luluh la rasa jantung hati limpa dan segalanya.
sedih nii. 
tau tak sebab apa? hahaha. 

the story : Aku masuk pertandingan photography SUARA KEAMANAN MAHASISWA. then, aku hantar. then, aku tgk la kat FB ruangan album tuu. cari punya cari, tak jumpa pun gambar yang aku send tu. dah mula down dah. sekali tu, aku beranikan hati tanya orang yang incharge pertandingan ni la, RUPA - RUPANYA, photo aku diREJECT! ni gara gara gambar tu aku edit sikit.
adoiiii. ciss. punyelah sedih aku. dah la aku berharap dengan penuh harapan untuk menang wehh. tup tup. pehhh. REJECTED! aku rasa macam loser gila. kempunan la aku nak menang wehh. nak buat macam mana kan, TAK DE REZEKI la kott. ermm, SABAR LA WAHAI CIK AIN BZ. jgn risau, nanti kau akan dapat masuk dan menang contest yang lagi best ! 

sooo, untuk tontonan umum, AKU TAYANGKANLAHHH gambar yang telah direject tu kat korangg. 

FIRST CHOICE!
*model gambar : student SEMASHUR batch 0913

SECOND CHOICE !
*model gambar : kitorang kitorang yang terlibat dalam lakonan iklan 1 Malaysia - FINAS


*last last, langsung tak diCHOOSE pun. ahahah --'*
sadis gilaa

harap harap mesej dalam foto keamanan aku dapatlah disampaikan di ruangan blog ni dan bukan di ruangan FACEBOOK CONTEST tu. TERIMA KASIH ! 
salam 1 MALAYSIA



p/s: kita sebagai manusia harus REDHA atas segala ketentuan yang Allah berikan. :)

Monday, August 1, 2011

RAMADHANNNN, kau tiba lagi sayanggg !

salam alaik.


subhanallah.
antum takkan tahu betapa excitednya ana bertemu kembali dengan Ramadhan kali ni.
rasa sekejap sangatt jarak antara Ramadhan yang lepas.
btw; SELAMAT BERPUASA kepada antum yang membaca post kali ini.

TINGKATKAN IBADAH TAUUU. BULAN NI SANGAT SPECIAL.
mari kita bersama sama memasang azam untuk Ramadhannn kali ini.

hiasi peribadi, tingkatkan potensi, 
kurangkan kontroversi.

p/s: kepada readers, ana doakan antum berbahagia dan diberkati Allah SWT. :)
mari rebut pahala ! :)

sekadar perkongsian :)