like ?

Monday, December 9, 2013

3 Disember 2013 - Allah lebih menyayangimu Arinah.

Terlalu cepat dikau pergi sahabat. Memori bersama akan sentiasa aku simpan dalam hati buat peringatan diriku ini yang mudah lalai. Arinah Bt Abd Halim. Pemergian kau sangat tidak ku jangka sedangkan baru 2 bulan lepas kita bergelak tawa bersama sama. Hmm.


Peraturan Allah itu sangat cantik untuk kita perhatikan.
 Pada malam Ahad 01/12/2013, aku terdetik untuk mengemas barangan lama aku termasuklah purse lama yang aku guna ketika zaman persekolahan dulu. Aku buka purse tersebut, belek belek kemudian jumpa sekeping kad yang bagi aku cantik, dan tertulis ‘Creative Agent – Mohd Hanif b. Halim’. Sekeping kad yang bagi aku tiada apa apa makna namun, terdetik untuk mengambil kad tersebut dan simpan dalam purse yang aku sedang gunakan sekarang. Malam itu aku online Facebook, tanpa log out, aku tertidur sehingga ditakdirkan Tuhan, aku terjaga jam 5 pagi, dan terus buka FB melalui henset aku, terdapat notification daripada Mena (Amalina Hamran) , mengatakan yang Arinah sedang kritikal di ICU Hospital Putrajaya. Hati aku mula berdebar, dengan harapan yang tinggi, Mena nak suruh aku tolong check up on Arinah’s condition memandangkan Mena terlalu jauh di bumi UK. Aku mula buntu, aku ingin seseorang yang berada di Malaysia utk dihubungi mengenai kesahihannya, dan mungkin keluarga Arinah utk aku hubungi.  Namun kuasa Allah, rupanya Allah dah kirimkan ilhamnya pada aku sejak malam sebelum aku tidur iaitu BUSINESS CARD yang aku jumpa malam itu . Aku terus ambil nombor Abang Hanif (who is Abang kepada Arinah,) tertera di atas kad tersebut dan terus mesej dengan harapan, aku tahu keadaan Arinah ketika itu. Dan betapa berderau darah aku apabila, Abangnya sendiri kata keadaan Arinah tenat dan kritikal dan mohon doa semua untuk kesembuhannya, airmata aku bergenang. Aku yang pada mulanya, nak balik Kampus UiTM Kuala Pilah subuh hari tersebut, terus end up nak pergi ziarah Arinah sebab aku tak pernah ada perasaan risau yang teramat sangat macam tu. Dengan Ibu ayah aku yang betul betul memahami aku kala itu, mereka memberi kebenaran untuk aku menziarahi Arinah di hospital. 


02/12/2013, Aku terus ke wad ICU, dan melihat ramai kawan kawan CUCMS Arinah menangis, dan aku terus mencari Ibunya dan terus memeluknya , lebih memilukan apabila Umi Mena juga berada di situ. Tiba giliran aku menziarah Arinah dalam wad, tiba tiba Doktor memanggil parents Arinah masuk dan waktu itu, depan mata aku sendiri, Ibunya menangis ketika doktor mengesahkan pada waktu itu, buah pinggang mula tidak berfungsi. Keadaan sangat PILU. Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa kala itu.  Jari aku tidak putus putus hantar update mesej pada keluarga dan sahabat Seventh Saviours yang lain. Mohon doa dan yassin utk Arinah. Petang makin larut dan aku perlu pulang ke Kampus kerana masih ada urusan kelas dan lain lain. Takpelah, aku bertawakal kepada Allah dan sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Pilah, aku tak putus putus berdoa, tak putus putus Yassin demi seorang sahabat. Update keadaan Arinah selalu aku dapat melalui Abgnya dan Muadzzam yang ketika itu berada di hospital setelah aku pulang. 03/12/2013, Hujan tak henti henti sejak 2 – 3 hari lepas. Cuaca redup mendung seperti mengerti apa yang sedang aku rasakan. Aku pergi kuliah seperti biasa, perbincangan mengenai Physic Final Project dan lain lain hal duniawi yang lain. Tepat jam 5 petang, aku terima panggilan dari Muadzzam, Muadzzam request aku supaya duduk dahulu sebelum dengar apa berita yang ingin disampaikannya. Dan berita itu umpama halilintar. ARINAH TELAH KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA. Allahuakbar, aku lemah, aku rasa itu peringatan Allah kepada aku. Mati itu dekat. Aku menangis, dan terus menangis, tak mampu untuk menapak pulang ke kolej. Aku hanya mampu berada di meja hadapan fakulti . Berseorangan. Aku mengumpul kekuatan. Kuatkah aku untuk melihat sahabat ku yang sudah tidak bernyawa itu di hari pengebumiannya ? Aku menangis, aku resah, malam itu aku masih mengumpul kekuatan, dan akhirnya keesokkannya 4/12/2013  aku tekad untuk memberi penghormatan terakhir pada SAHABAT aku itu. I’m coming all the way, wang kala itu, bukan lagi soal utama untuk aku, asalkan aku tidak menyesal seumur hidup. Paling paling pun, aku perlu tahu, di mana jejak kuburnya, supaya ziarah aku takkan hilang terhadap dia. Allah. Sesampai aku , sebak melihat keadaan dan situasi sebegitu. Dengan keluarga Saviours yang memeluk aku apatah lagi kawan kawan baik arwah dan aku. Pilu melihat tangisan ibunya. Ketenangan Cikgu Halim begitu membuat aku tak mampu untuk berkata apa apa. Apatah lagi, abang abang arwah yang begitu menyayanginya. Aku tak sempat kucup dahinya. Aku tak sempat melihat wajahnya buat kali terakhir. Namun aku tahu ada hikmah, mungkin Allah tahu aku mungkin tak mampu .

Arinah , Berbahagialah kau disana bersama penciptamu. 

2 comments:

Faten Nor Izzatie Binti Saleh said...

ain, kte bce ni, kte sdh, tgh tahan nangiis, :')

Faten Nor Izzatie Binti Saleh said...
This comment has been removed by the author.

sekadar perkongsian :)