like ?

Wednesday, December 2, 2009

'NATRAH' cinta. pengorbanan.air mata :(


Malam tadi aku tengok teater. Sulaim yang ajak tau. haha.
Seronok la juga walaupun banyak sangat insiden yang entah apa - apa yang berlaku.
haha. dah la banyak susahkan si Sulaim ni. hehe.
-------------------------------------------------------------------------
Ceritanya begini, Aku ni sebenarnya dah lama sangat dah tak pegi Istana Budaya. Kali terakhir pergi pun
waktu tahun 2003. Tak ingat teater apa. haha. Semalam aku datang naik kereta, mak aku hantar.
Aku sampai dalam pukul 7.55 macam tu. Dah sampai, mak aku tak masuk, dia hanya tinggalkan aku kat tepi jalan je sebab malas nak parking kat dalam. Macam biasa, aku kan senang mengGELABAH. Dah pukul 7.58 pm dan aku blur macamana untuk ake teater hall kat situ. Apa lagi, ambil jalan mudah, call si Sulaim ni. Suruh dia ambil aku kat parking. hahah. call byk kali lak tu, tapi dia tak sampai - sampai. Mak aku pula tak nak pergi dari situ selagi aku tak jumpa Sulaim ni. haha. akhirnya, aku suruh juga mak aku balik dulu. hehe :)). lepas tu, disebabkan masih tak jumpa Sulaim, aku pun buat keputusan masuk je kat dalam istana budaya tu. perghh. punya lah ramai orang. Semuanya macam orang tua2 pula tu. haha. tiba- tiba fon aku bunyi. sulaim call. aku angkat, tapi tak dengar apa2. arggghh! fon aku buat pasal lagi. speaker 'kureng' berfungsi sebab hari tu masuk air. haha. aku pun ketuk sikit, on off on off on off. dah tu, tiba2, fon aku 'hang'. Ya Allah. bagi aku, itu memang satu dugaan yang sangat menakutkan. mana tak nya, aku bayangkan, macamana aku tak jumpa Sulaim, dan macamana aku nak balik tanpa fon aku. ahahahah. punya lah cuak. aku cuba on balik, ha, kali ni boleh.  apa yang aku boleh buat hanya mesej je. aku pun mesej Sulaim. mesej punya mesej, kredit habis pula. arghhh. kat mulut dah memBABI - BABI dah tapi dalam hati, beristighfar byk2. hahahah. (macam bodo je --') aku pun keluar masuk lobi, macam orang gila. pusing punya pusing. Alhamdulillah, Allah tolong aku. akhirnya, aku jumpa si Haziqtar ni. syukurr :DD. Haziq gelak - gelak tengok aku. kurang asam betul. rupa - rupanya, haziq dah lama perasan aku, tapi dia biar saja Sulaim tercari - cari aku. aishh.  Haziq, apsal ko sengal sangat haa! hahah. Akhirnya, bertemulah aku dengan NUR AFIQ SULAIM. hhahaha. (bajet macam pencarian cinta pula dah --').  Jadi, kami pun berkumpul. waktu tu ada Haziq, Sumo dengan Sulaim je, Sekarang ni, menunggu Paed, Aina dan Sheda yang tak sampai2. aku pun hairan, sanggup mereka datang jauh - jauh dari BANTING untuk tengok teater. haha. tak pa. bak kata pepatah, nak seribu daya, mahu seribu cara. haha. "Harap maklum, teater akan dimulakan dalam masa 5 minit lagi" announcement berbunyi. hahaa. macam kat SEMASHUR je bunyinya. masa ni, aku tengah berbual - bual dengan mak si Sulaim ni ha. Auntie ni sangat baik orangnya. hahaha. dia seorang yang mencintai nilai - nilai kesenian dan kebudayaan seperti ini. seronoknya dapat jumpa orang yang seKEPALA macam aku ni. haha. Dah pukul 8.30, barulah kami semua dibenarkan masuk. (kalau aku tahu start 8.30, bolehh je aku ambil Bell kat umah dia. aiseymann. sowy bell.) Teater 'Natrah' 'malam tadi menampilkan persembahan yg cukup hebat. Sebelum ni aku dah pernah terbaca tentang sejarah NATRAH ni. jadi, tidak sukar untuk aku memahami jalan ceritanya. Inilah kelebihan aku, kerana aku memang suka baca buku/majalah yang berjiwa tua dan ilmiah, jadi banyak info yang aku dapat dalam pembacaan aku. Sepanjang teater yang berlangsung, apa yang menarik perhatian aku
ialah, REMY ISHAK jadi pelakon utama!!! waahahahha. tengok Adam(nur kasih) depan mata beb!  Mula - mula tak perasan, sebab aku ni memang rabun tahap dewa la. tapi, lama - lama aku rasa macam pernah dengar suaranya. hahaha.ADAM!!! hahah. sudahlah tu. hehehe.
Oklah, kesimpulannya, teater Natrah ni menceritakan seribu satu sejarah yang pernah berlaku kat Tanah Melayu suatu ketika dahulu.  Jika anda semua tidak tahu siapakah Natrah, cuba tanya nenek atuk anda. pasti mereka tahu. :) klik sini kalau nak tahu kisah hidup NATRAH yang sebenarnya.
---------------------------------------------------------------------------------

Mesej teater ini, antaranya ialah, "KITA HARUS BERSATU MEMPERTAHANKAN MARUAH, AGAMA ISLAM, BANGSA kita itu sendiri. teater ini, memberatkan soal akidah."
anda tidak akan rugi menyaksikan teater ini. :))



 

poster



'bunting'



nampak tak? remy ishak tu.. :))



ishh, si gigi ni nyemak je :D



dah start2. *excited**



geng BANTING. haha.



sorry, kamera rosak bila tangkap gambar kalian :p



we, semashurian! yeah. haha. apsal seluar aku nampak cam skinny? haha
dah la seluar slack je. :D



with sulaim's family. haha. chewwahh.
mak sulaim sebijik macam dia. :))




aku sebenarnya datang untuk berlakon bukan untuk menonton.
haahaha. *perasann. ;)






No comments:

sekadar perkongsian :)