like ?

Monday, March 28, 2011

study study!


salam alaik semua !
semalam, hari ahad, aku pergi EKSPO SELANGKAH KE UiTM. memang niat aku pergi untuk mendapatkan penerangan serta panduan untuk menyambung pelajaran aku di peringkat universiti. TERNYATA. ekspo ni serius telah memberi sinar harapan serta masa depan pada aku. err, walaupun aku dapat 6A je untuk SPM tu wehh, tapi aku seriusly tanak la terus kuburkan cita cita aku, dan cita cita mak bapak aku macam tu jee. aku kena buktikan yang aku akan capai impian untuk jadi doktor atau dentist weh. bak kata orang laa, BILA DAPAT STRAIGHT A'S tu sebenarnya memudahkan permulaan perjalanan kehidupan. erm, memang betul pun. tapi bagi orang orang yang dah TERkurang bilangan A nye, kena usaha lebih sikit laa. aku mungkin akan pilih salah satu daripada empat course ini iaitu, DIPLOMA SAINS, DIPLOMA FARMASI, DIPLOMA MIKROBIOLOGI atau DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN untuk membolehkan aku mendapat course MEDICAL unuk degree nanti. program ni, *kalau dapat laa* akan berjalan selama 6 semester atau 3 tahun. erm, mungkin korang akan cakap, pilih matrikulasi lebih baik sebab ia akan jimat masa kan? kan? erm, tapiii, aku dah banyak dengar pasal matriks ni, bila study kat matriks memang kena kaw kaw SCORE semua subjek and kalau boleh pointer tu mesti 4.00. aku bukan ape, takut takut je laa, andaikata, kurangnya pencapaian aku kat matriks dan tak boleh teruskan ke degree, tak ke benda tu jadi sia sia? takpe, biar laa, program yang aku sebut tadi kat UiTM ni, lama sikit pun takpe. at least, kalau 3.5 ke atas, aku dah boleh pegi buat medic or tak pun, teruskan je farmasi or dentistry. mmg setengah org kata, amik diploma ni, play save, tapi ntah laa weh, btul jugak sebenarnya. aku tak kejar sangat pun nak pergi oversea sekarang ni. aku sekarang fokus untuk study and have carier. tu je. 

About other course? erm, kalau ikut hati, nak je aku try semua course, especially LAW and ART. perghh. aku ada jugak saja saja suka suka pergi booth seni reka dan artistik, boleh pulak kan, orang kat situ cakap aku CONFIRM CONFIRM akan diterima oleh fakulti tersebut disebabkan backgroud pengalaman, minat serta kebolehan aku dalam seni. uishhh. dalam hati sumpah berbunga bunga time kena puji tuu. BUTTT. . . AIN ! remember, cari field of study yang critical, kerjaya yang menunggu, serta kerjaya yang memberi manfaat kepada semua orang serta harapan ibu ayah yang utama. then, aku pergi pulak la kat booth ASASI UNDANG UNDANG. ermm, lagilaaa, bila orang tu tgk result aku, dia boleh pulak terus tanya, ADIK MINAT SEJARAH ye ? MESTI ADIK MINAT LAW jugak kan?  haihh, tau la SEJARAH aku A+. hahahaha. :D dulu dulu waktu sekolah rendah, memang tak dinafikan, ada jugak la terselit impian untuk jadi peguam. tapiii, bila terfikir balik, MAMPU KAH aku untuk berlaku adil pada masyarakat ? terus aku melupakan niat tersebut. ada orang cakap, LAW ni bersangkut paut jugak dengan dunnyaa wal akhirah. erm, wallahualam laa. 

so, tu je la kut coretan kali ni. jus nak bagitau, yang aku dah ada arah tujuan. insyaAllah, dipermudahkan oleh NYA dengan doa yang tidak putus putus dari kita. nasihat aku pada kawan kawan yang nak jadi doktor ke atau dentist atau pharmacist tapi result SPM tak beberapa bagus, jangan putus asa, bak kata orang putihh, WHEN THERE'S A WILL, THERE'S A WAY.


p/s: aku minat jugak la nak masuk UiTM, sebab aku memang bersemangat lepas dengar ucapan NAIB CANSELOR UiTM yang cakap "UiTM ialah benteng terakhir anak bangsa" lebih kurang empat tahun lepas laa. biasalah, aku kan patriotik, soo, memang dah berkobar kobar niii. lagipun ayah dengan eda galakkan, almaklumlah, dorang kan, graduan lepasan UiTM. :D moga moga Allah mempermudahkan jalanku. aminn :)

5 comments:

scha said...

hey hey hey :) sha mintak dip teknologi makmak perubatan then future degree in medic :) jom laaa , excited nii nak study U :DD

rafflesia:) said...

schaaa! sama la. itu impian kte jugak ohh. haha. takpe, kalau ada rezeki, ada laa. insyaAllah :) btw, how's ur spm?

scha said...

huhu teruk lahh . lg kurang A drpd awak doee . huhu . takpe2 nty ade rezeki ada jodoh bly la stdy sme2 kann .

TuTi KLise 89 said...

wahhhhhhhh!!! masok ib ok

rafflesia:) said...

scha : insyaAllah :)

kak tuti : kalau masuk ib, kak tuti wajib jadik kakak kitee :p

sekadar perkongsian :)