like ?

Monday, April 9, 2012

al kisahnya TITANIC dan scene scene yang tak patut adik kau tengok.

hai. salam alaik.


TITANIC 3D? wooo ! suka la korang ye? dapat tgk LAGI REAL benda benda yang TAK PATUT ditengok. muahahhaha. hadoiii.
(aku tanak tengok pun, sbb dah tengok dulu dulu.)

okay. apa yang best aku pun tak tahu. nak kata BELUM tengok, DAH TENGOK lamaaaa dah sebenarnya. aku bukan nak merepek cerita pasal sinopsis or jalan cerita titanic ni atau KEHENSEMAN leonardo dicaprio atau KECANTIKAN kate winslet tuu. aku saja j ni. aku  tengah bosan dan mati kutu dek masalah yang bertimbun menimpa otak aku sebenarnya, so post kali ni aku nak share PENGALAMAN dan CERITA FIRST TIME aku tengok cerita titanic tuuu :D


ingat lagi waktu FIRST TIME tengok cerita TITANIC, time tu around tahun 1997 - 1998 kalau tak silap. time tu still tengok kat kampung guna VIDEO TAPE yang besar, tebal tuu. 

waktu tu tengok ramai ramai sepupu kecik kecik dengan ayah, pakcik, makcik sekali kot. tiba tiba, ad satu scene ni, ayah cakap "OKAY ! SEMUA ORANG TUTUP MATAAAAAA!" (banyak kali okehh, bukan sekali je kena tutup mata -.- ) pastu semua pun tutup mata. aku yang mmg curious gila waktu tu, tutup je la mata dengan redha. hahaha. disebabkan aku ni jenis yang TAK PUAS HATI. cuba merungkai apakah yang sedang berlaku, so, esoknya pegilah tengok cerita TITANIC  tu senyap senyap lagi sekali time sepupu sepupu semua tgh main main tepi parit, petik petik bunga, main masak masak. aku pun mulakan la proses siasatan aku, aku tunggu punya tunggu la, apalahh yang rahsia sangat sampai dorang tak kasi budak budak tengok. LAST LAST. rupanya! ada babak ROSE tengah ____________________ (isi sendiri) sambil JACK lukis gambar dia. pehhh, time tu terasa diri ni buat salah yg paling besar. haishhh. apelah aku ni, kecik kecik dah jadi gini. teruk teruk. AHAHAHAHA. lepas tu, opah aku jerit panggil "KAKLONG ! pergi mandi ! jap lagi maghrib, mana kaklong ni?!"  uishhh, terus. aku stop cerita tu, simpan balik video and letak tempat asal seperti sedia kala. fuhhh. selamat. and sekarang baru aku dedahkan perbuatan sengal aku tuu. HAHAHAHA. 
*insaf insaf*

SIAPA NAK TENGOK CERITA TU NANTI KAT WAYANG, 
KAWAL KAWAL LAHH YE MATA dan HATI dan IMAGINASI TU. DAH LA 3D. 
(senang cerita tak payah la tengok movie titanic ni. tengok la movie kartun ke. okay jugak.hehehehehe)


p/s: di zaman itu, aku rasa tiada masalah pun (mungkin la) sebab kanak kanak zaman tu tak berapa nak terikut ikut sangat (err, tapi tak tahu la org lain). tapi yang buat aku risau ni, budak budak zaman sekarang. pehh, aku penah lalu dekat tepi kedai, and ramai budak sekolah rendah. gila laaa. kecik kecik dah pandai cakap kotor. terancam rasanya. -.- betullah jugak. cerita cerita ni sebenarnya mmg kena tapis daripada budak budak tengok tengok benda censored. bukan setakat tambah dosa, otak, hati pun rosak ni. huuuuuuu. so, JOMLAH KURANG KURANGKANLAH tengok benda tak berfaedah ni. 
(aku pun tersentap dengan ayat sendiri --') tu je. kbai.

habis.

Monday, April 2, 2012

help, someone is missing somebody!

(shirt sponsored by : abzlovart boutique
shawl by : abzlovart boutique
spectacle by : abzlovart vision house)

this is NOOR SHAHIRAH NOOR'ADI.
or SCHA ADI.

i miss her.
1) rindu dekat gigi jarang dia.
2) rindu gaduh pasal politik ngn dia.
3) rindu lawak LOSER jadah dia.
4) rindu nak dengar dia cakap cakap merepak dengan crush aku BOYFRIEND dia .
5) rindu nak dengar suara boyfriend dia and tumpang UPDATED perkembangan boyfriend dia.
6) rindu cara dia gelabah.
7) rindu bila dia ANNOYING GILA and SAKITKAN HATI aku.
8) rindu nak menTAZKIRAH dia pasal macam macam.
9) rindu nak makan stok makanan dia.
10) rindu nak pinjam SELUAR dalam LUAR dia. hahaha.
11) rindu nak pakai shawl, baju kurung dia.
12) rindu nak KUTUK dia depan depan.
13) rindu nak pakai BLUSHER dengan LIQUID EYE LINER dia.
14) rindu nak usha macam macam harta dalam fon dia.
15) rindu nak sepak dia. hahah
16) rindu nak nyanyi dengan dia even SUARA AKU LEBIH SEDAP dari dia :p.
17) rindu nak tengok gaya dia sebab DIA LAGI CANTIK, PUTIH dari aku.
18) rindu nak tidur katil dia
19)rindu nak teman dia merepek sidai kain pukul 3 pagi
20) rindu la apapun.

*kau orang penah tak solat jemaah dekat dalam rumah kat kolej? haa, aku penah tauu. solat jemaah dekat RT dengan dia. bunyi macam kelakar. tapi itulah hakikat. 

aku taktahu apa dah jadi. but, to you scha. if you miss me too, please contact my PA ASAP :p 
hhahahah..
FYI, I never neglect you. 
I tak pernah ada rasa sakit hati dengan you.
I tak pernah ada sekelumit rasa nak rampas BF you (even jauh di lubuk hati i tetap suka dia. hewhewhew)
I respect you because of your happy life with happy person.
I love you because you adorable.(aku BUKAN lesbo :p)
I always pray for you.
I selalu harap your relationship dengan dia akan ke jinjang pelamin.

TAKDIR yang pertemukan kita di Bumi Pilah ni. Allah nak tunjuk kat aku siapa kau. dan untuk mengenali kau. Allah nak tunjuk yang aku hanya boleh suka dia,(A bukan nama sebenar :p) secara jauh je. and takdir pertemukan kita untuk having same interest sebenarnya. which means, kadangkala kalau dah dua dua ego. pehh. habis segalanya. -.- thats why, we should be friend.

we need to muhasabah. be matured, tolerate. everything gonna be fine. I always pray for you. 
semua ni terjadi sebab at that time aku mmg betul betul terasa hati dengan sikap kau waktu tu 
(you may know why).
even benda tu kecik but for me, it shows, "jealousy kills the cat". so, from that point, I keep on thinking, suddenly, I mengalah, and give it to you. and niat I betul betul ikhlas time giving chance to you 
and ikhlas nak bagi pinjam kasut (baru ) tuu. .
 ikhlas sampai dah terniat mmg nak bagi terus cause it's too big for me. 

and, aku betul betul mendoakan kemenangan kau (and team) seikhlas ikhlasnye. 

tu je. kalau aku benci kau, dah lama aku IGNORE kau. 
masalah sekarang ,aku TAK BENCI kau. okay?

aku tak kisah if kau benci aku 
sebab mmg dalam hati aku mmg aku dah maafkan segalanya.
biasalah . manusia kan. kita tak sempurna.
and I hope, even kita dah tak selalu bersama tapi, aku harap kau 
amiklah apa apa ajaran aku yang jernih (nampak tak gaya NAQIBAH tu ? (heheheh) 
dan buang segala ajaran aku yang keruh selama ini. (kalau ada la) :)

bila kurang jumpa aku, kuranglah bebelan tazkirah aku kan?. hahah. 
so, I hope. sama sama kita ubah diri from mazmumah to mahmudah.

akhirulkalam. I MISS YOU and OUR MEMORIES.
lets creating it again :D


p/s: I really appreciate when you said "aku tak kisah kau still admire A lagi ke tak sebab aku percaya A seorang yang setia" wahaha. JYEAHHH. thanks for understanding. 
Aida pun tak pernah cakap mcm ni tau :p HAHAHAHAHA. 

bye.

DISCLAIMER : SESIAPA YANG TAKTAHU PASAL NI, PLEASE, DONT MAKE ANY NONSENCE ASSUMPTION. okay? nak tahu penjelasan , tanya kalau tak faham. 
malu bertanya sesat jalan. :D

Friday, March 23, 2012

my love analogy.

maaflah. aku bukan lah seperti perempuan lain okay. pffftt -.-
aku TAK desperate pun utk cari cinta manusia tu. and 
aku bukan jenis yang perasan perasan tuu ;p
i have my own love life. bukanlah aku ni sombong untuk katakan tidak pada cinta 
tapi, please understand me. I'll keep on waiting till the day comes. 
(kononnye la kan, we never know, :p)
but seriusly, aku hanya intai cinta tu dari jauh. langsung tak terniat pun nak datang dekat pun dengan cinta tu. so, to cinta. aku bagi amaran, JANGAN datang sebelum waktunya. hahaha :D aku bukan baik mana, 
tapi, i got my own persepective about CINTA ni ahaa. okay? next time, aku share my thought about this okay? malas la nak type panjang panjang. kau orang bukan suka baca pun kan?. -.- HAHHAHA. okayy. 


love's life aku macam gambar rainbow yang plain, tanpa warna macam kat atas ni.



aku tunggu SOMEONE beli colour pencil yang penuh KECERIAAN, DAN KEBAHAGIAAN
(tak berjenama dan tak mahal takpe, asalkan berkualiti)




untuk colour life aku yang plain macam rainbow plain macam kat atas tadi tu jadi seperti 
COLOURED RAINBOW macam kat bawah ni dengan penuh kasih sayang




lagi best kalau SOMEONE tu, pandai menghiasi life aku dengan sinar sinar keimanan
atau menjadi pelindung abadi untuk aku 
umpama rainbow yang lagi comel kat bawah ni . yang lebih comel , 
dan lebih nampak indah :D



dan akhir sekali SOMEONE yang buatkan life itu menjadi sesuatu yang realistik :)




p/s : kalau kau suka aku, meh la datang masuk meminang. :D tapi janganlah sekarang. agak agak la pun -.- HAHAHAHAAHAHAHA. okay. 
btw, aku joking je. don't take this thing seriously. 
aku tak bersedia lagi nak kahwin. 
(walaupun aku kata aku nak kahwin lagi 5 tahun)



Saturday, March 17, 2012

Lirik Lagu Kosong - Najwa Latif.

salam.
okayy. aku suka melodi and lirik lagu ni.
btw, REMEMBER. *I'm NOT a BIG FAN of NAJWA LATIF :p 
hehehe.


SONG : KOSONG
by : NAJWA LATIF 

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong…kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong…kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong… kosong

Saturday, March 10, 2012

kau mampu masuk UNIVERSITI PERTAHANAN NEGARA MALAYSIA? hehe. *edisi TERjumpa kawan yang dah lama tak jumpa.

Salam alaik. hmm.
sekarang kan study week. so, aku pun mmg tgh studyy. tapi tadi kann. aku pun online laa. online FB. saja stalk stalk kawan kawan lama. apa khabar mereka. hmm. punyalah aku dok dok belek belek semua yang ada kat FB tuu. sekali tuu. aku ternampak satu gambar ni tau. PEHHH ! TERKEJUT MAK TAU NYAHHH ! aku baru ternampak ada satu gambar nii. perubahan yang agak ketara ke atasnyaaaaa. walawehhhhh.  *terketar ketar aku nak tulis pasal post nii. okaylahh. biar aku cerita sikit. 

time kat SEMASHUR dulu, aku ada kawan, nama dia MOHD SYAHMI B. SHAHARUDIN. kitorang panggil dia SUMO sebabnyaaa, agak sendiri la ehh. hmm. dia ni baik orangnya (*walaupun annoying -.-) dia ni mmg geng geng budak baik tapi sengal. ye laa. bagi aku 'BAIK' la kott sebab dia ni PENGAWAS. pastu SEMASHUR ISLAMIC SOCIETY lagii. pehh. boleh dikatakan orang kuat sekolah jugak la dulu. hmm. dia ni time sekolah digosipkan dengan seseorang dan hasil pemerhatian aku tgk dorg masih bersama (harapnya kekal sehingga ada ikatan sah). apa yang kelakarnya sekarang ialah, mmg dulu, dia ni mmg tembam la jugak. selalu ejek mengejek "gemuk" sesama rakan rakan yang sejenis. hahaha. satu sekolah tahu kehebatan dia dalam BERKAWAD. dia ni dulu KRS . PEGAWAI WARAN tuuuu. gilaaaa lahhhh. ahahah. Cikgu Baha mesti sayang gila kat diaaa. :p dia ni nampak macam kerek dan garang tapi kan, ishhh. mengada ngada jugak kadang kadang. hahahah. kami ni boleh dikatakan sekepala laa. dulu dulu kami bersama rakan rakan lain macam Inani, Sulaim, Bandu, HaziqTar, Shoe, Nelisa, Arinah, Mena, Mosh, dan lain lain. . memang la suka bergurau senda. kadang kadang dia ni nampak macam ulamak. hahaha. almaklumlah, selalu bagi tazkirah and tegur menegur. err (aku pernah terkena TEGURAN dia. -.-

haihhhh. sebenarnya banyak lagi yang aku nak ckp pasal dia ni tapii. takpelahh. biarlah ianya rahsia orang orang yang mengenalinya sahaja. huuu. berbalik kepada tujuan asal aku nak cakap ialah. . .

aku terjumpa photo (aku rasa LATEST kot) dia kat FB.
*ohh, lupa nak bagitahu, dia sekarang menuntut di 

UNIVERSITI PERTAHANAN NEGARA 
MALAYSIA.
dalam jurusan ASASI KEJURUTERAAN.
(budak pandai nii. )

-
-
-
-
-
-
jeng jeng jenggggg ! inilah diaaaa. .


okayy. korang mesti tak faham perasaan aku. AKU NI KAN KAWAN DIA DULU. aku SANGAT TERKEJUT perubahan ini keranaaaaaa! dulu, SUMO yang aku kenal dulu adalah sebegini .....
-
-
--
-
-
--
-




BERBEZA kot ! pehhh. aku terasa kerdil. hahaha. 
okaylahh. tak kisah la walau apapun terjadi. yang penting, aku doakan yang terbaik untuk dia. 
to you SYAHMI; 
jadilah apa yang kau impikan sejak dahulu kerana aku percaya kau mampu dan kau boleh!  :)


p/s: minta maaf, kalau kau tak suka aku post pasal kauu. tapi disebabkan aku terlampau excited, so aku post jugak. lantaklah kau tak suka ke apaa. ahahahahah.. sesiapa nak kenal dengan dia, boleh hubungi aku di talian yang sedia ada :p hahahaha. and and. kalau kau masih still dengan AINA AQILAH tuu. harapnya kau akan terus setia sehingga ke jinjang pelamin. hewhewhew :D. *jaga diri Sumo, jgn sebab kau dah semakin hot, kau lupa orang orang yang pernah buat baik dengan kau. hehe :)


Wednesday, March 7, 2012

BBQ . Malam 1000 Kenangan Komander Kesatria :)


salam alaik.

lama juga lah aku tak jenguk blog kesayangan ni ye. hmm. takpe. kadang kadang orang kata, kalau sayang, tinggal tinggalkan. HAHAHAH.

okay, ain ! jangan melalut. kali ni aku nak post pasal malam BBQ komander yang bertempat di Anjung Sri Perpatih (sepatutnya, padang kawad -.-) hahaha. 


aku ditugaskan untuk jadi Ketua Biro Multimedia dan Publisiti.
pehhh. kembali KE ZAMAN SILAM. bila aku ditugaskan buat video and montaj montaj, TERBAYANG muka ERWAN JONOH. rindu siottt kat kau. :'( hmm, takpe, kau balik dari Mesir nanti, jumpa aku tauu. haha. kite shooting banyak banyak. :p

okayy, banyak sangat peristiwa yang berlaku. so, aku listkan je la kat sini.


1) stress gila kot. hahah. aku lambat siapkan video. kalau tak, selalu nye aku buat awal, tapi disebabkan minggu tu test and quiz memanjang, so, hasilnya pun lambat la kan. sorry, itu je yang mampu yang aku buat.



2) tema baju hari itu ialah kotak kotak tauu. so, mmg aku takde pilihan lain laa selain memakai baju kotak kotak yang first edition time dulu dulu aku beli time zaman Indie muncul ahaha. baju tu kaler purple and dah lama kot tapi warna baju tu still terang. hahahah . :D 

3) semua orang nampak sangat cantik malam tu KECUALI aku. aku dah la gila kabut. pastu, lappy hang pulak. last minute punya kerja. and, aku mmg TAK ADA masa la nak make up make up bagai macam orang lain. aku sarung je apa yang ada. tudung pun pakai je tudung hitam plain yang tak de manik pun. hahaha. bedak pun tak pakai. hahah. berkilat habis muka aku malam tuu. :p

4) hmm. makan okayy. walaupun simple tapi okay laa. aku suka ikan cicah ngn kuah asam tuu. masyukkk :D

5) not bad la. tahniah kepada rakan rakan serta senior komander kerana dapat settlekan perubahan tempat dikala hujan lebat serta petir sambar menyambar pada malam ituu. ahaha. syukur. segalanya selamat.


6) tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk komander intake 1 yang bakal meninggalkan UiTM NS setelah selesai berkhidmat sebagai seorang komander kesatria. jutaan terima kasih kami ucapkan. :') sedihh rasanya apabila mereka bakal meninggalkan kami. All the best ! :) doa kami mengiringi kalian.

ehh, lupa . TERIMA KASIH banyak banyak aku ucap kepada Biro Multimedia yang sudi bekerja bersama sama aku. sesungguhnya, jasa kalian, Allah pasti akan balas dgn balasan yang baik. 
THANKS; skien, farahzain, scha, amirul ruseli, akif, izzudin, :)


p/s: malam tu jugak. aku FIRST TIME dapat tangkap gambar dengan Cik Hanim setelah sekian lama daku mencuba berbuat demikian :D

and malam tu jugak baru aku tahu, ada orang cakap yang dia SAYANG akuu. HAHAHAHA. okayy. pehhhh. terharuu. RASA NAK NANGIS je. hahahah. :p

Tuesday, February 14, 2012

isu SYRIA. penting untuk pengetahuan kita

salam alaik.

hari ni aku terbaca pasal isu ni and waktu kelas tadi, USTAZ BAKHTIAR ada la cerita sikit sikit.
so, untuk korang yang ingin tahu, silalah baca. jika rasa nak share pun boleh. :)



Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. 
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU 
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria 
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan 
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )


p/s: jika ada pembetulan, sila beritahu. ini pun aku c and p je. thankyou :)

sekadar perkongsian :)