like ?

Saturday, September 5, 2009

merdeka!


ahha. tibe2 rasa terpanggil nk menulis tentang merdeka walaupun sekarang ni dh masuk 5 September. haha. takpelah. aku harap xdelah terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MERDEKA MALAYSIA! hahah.
erm..
sebagai remaja alaf baru, chewwahh. kita harus mendukung cita - cita negara tau. pemuda dan pemudi merupakan aset sesebuah negara. sbnanya, Malaysia ni sebuah negara yang sangat hebat. bermula dengan kesultanan Melayu Melaka dulu2.. dh menunjukkan yg Malaysia ni sangatlah hebat.
nk citer skit lah kan, pasal merdeka tyme aku kecik2.
aku ni dibesarkan di kampung. then, bile ade sambutan merdeka, kt kampung akan ada bacaan Yasin.
kalo main tyme petang 30 Ogos tu, akan adalah budak2 lalu lalang bawak bendera (giler mangat :D).
ada gak yg ikat bendera kt basikal pastu main lumba2 basikal.
Pastu kan, bila dah nk dekat ambang merdeka pkul 12 tu, kitorg yg kt kampung ni, bukak tv cepat2. nk tgk bunga api la katakan. yelah.. kampung aku ni kt BAGAN DATOH perak bukannya kt KL. hehe.
so tgk je r bunga api tu kt dalam tv. nenek aku pun join sekaki. bila perkataan 'MERDEKA' tu dilaungkan, kitorg satu umah jerit sama2. Esoknya pulak, biasalah cuti umum.. ibu suruh pakai baju kurung. bajet mcm nk sambut raya. pagi tu jugak kitorg pi jln2 kt pekan TELUK INTAN. pergi supermarket la. ade FAJAR, BILLION. kalo pegi supermarket2 ni.. pasti akan terasalah suasana merdekanya tu sebab semua supermarket kat TELUK INTAN tu dihiasi dengan tema MERDEKA.  Petang tu pulak duduk2 kt umah jap, rileks2 di petang merdeka.. then ade la geng2 opah aku dtg umah saja2. bile aku tanya pasal merdeka, mulalah nenek - nenek ni bercerita, siap ajar lagu KIMIGAYO lagi kt aku. wadushh. dorg ckp, zaman Jepun paling horror setakat ni. dan zaman Inggeris plak membuatkan pemikiran dorg jd sempit dan bodoh sebab time tu, Inggeris tak nak org melayu ni jd hebat. alahai. poyo siott. hahah.
ha.. ni citer kt kampung la.. saje nk share.
Kemudian, aku mengorak langkah ke KL. sambutan merdeka di sini tak mcm kt kampung. kt KL ni, kita xkan dpt tgk budak2 kampung lari bawak bendera, ikat kt pokok, ikat kat basikal. kat KL banyak konsert merdeka. bacaan yassin? erm,, mungkin masjid2 terpilih je akan buat.
mungkin semua orang akan ckp yg aku ni kuno, tapi.. percayalah. aku sangat merasakan keKUNOan aku ni membuatkan aku lebih menghargai KEMERDEKAAN lebih dari org lain. Bab2 kenegaraan ni sangat penting bagi aku. Bulan Jun 2009 aritu kan, aku siap join kem BTN lagi. perghh, bapak best. sgt bersyukur dpt pergi. erm.. semangat Malaysia aku smakin berkobar2. chewwahh. dekat kem BTN tu, adelah satu signboard tu, berbunyi "BERAPAKAH UMUR ANDA PADA TAHUN 2020? ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020?" time tu, bulu roma aku tibe2 meremang. aku terus angkat jari dan kire bape umo aku time 2020. umo aku time 2020 ialah 27 TAHUN!! arghh. pada usia 27 tahun inilah waktu yg optimum permulaan individu menerajui tampuk kepimpinan negara, aduyaii. aku takut bila becakap soal wawasan 2020. bukan ape, aku takut andaikata aku sebagai pemudi negara MALAYSIA ni tak mampu menggalasnya.
erm.. itulah antara kebimbangan. kalo ditinjau remaja zaman seusia sekarang di luar sana, ntahlah. aku sgt berharap dorg akan memahami erti kemerdekaan sebenar dan berfikiran seperti aku. aku bukan nak kata yang aku ni bagus sangat, tapi, aku jenis yang suka berfikir tentang perkara2 seperti ini. Jangan dibiarkan masyarakat muda di negara ini lalai dan hanyut budaya2 barat yang tidak sesuai.
tu jelah kut yang hendak aku smpaikan, juz nk meluahkan perasaan tentang merdeka yang agak hambar pada tahun ni. al-maklumlah, kan tgh RAMADHAN. takpe2. aku hanya mampu mendokan kesejahteraan negara dan keteguhan undang2nya tidak akan dicabul sesuka hati.
p/s: mengikut KALENDAR, tahun 2011, kita akan sambut MERDEKA dan RAYA AIDILFILTRI serentak pada hari yang sama. hehehe. x caya? cuba check kalendar.:)

No comments:

sekadar perkongsian :)