like ?

Saturday, April 23, 2011

my 100th entry! *jemput baca :DD*

salam alaik!

ahah! sihat kah anda semua? hahah. sengal kan aku ni :D
this is my 100th entry of post setelah 2 tahun bergelumang dalam dunia blog ni. so, kali ni, aku nak tulis pasal perkara berat sikit la, jemputlah baca kalau sudi ye. terima kasih. hahaahaha :DD

erm, topik kali ini, 
SOLAT. 


 solat tu penting ke? jawapannya. MESTILAH penting. aku ni bukanlah warak dan alim. tapi kan, secara basicnya, aku rasa semua orang dah tau, SOLAT ITU TIANG AGAMA. *bukan tiang rumah yee --' tu lah kan. aku ni sebenarnya tak beberapa perasan, sejak bila aku mula bersolat. hahaha. tapi aku rasa bukan start dari darjah satu laa. erm, entahlah. bagi aku, solat tu, tanda setia dan kesyukuran kita terhadap Allah S.W.T.  bila aku fikir balik, banyak dosa aku ni, sebab aku rasa lepas aku akil baligh dulu dulu pun, aku bukannya solat penuh pun. ada jugak lompong lompong dalam 5 waktu tu. dan aku BERSYUKUR sebab masuk SEMASHUR. walaupun tak jadi pelajar cemerlang dari segi akademik, at least, kat SEMASHUR yang mempunyai atmosfera islamik membentuk sikit la jati diri dan sahsiah yang agak beragama. hahaha. ala, bukan apa pun, aku ni datang dari keluarga yang biasa biasa je wehh. jadi, bila datang SEMASHUR dulu, terus dalam hati ni, ZZUUUPPPP! kejutan tau. ye lahh kan. banyak benda yang aku tak tau. apa apa pun, pandangan aku, solat ni sebenarnya atas inisiatif dan kesedaran sendiri. kalau dah nasihat beribu ribu kali, suruh solat tapi tak solat solat, sama jugak. sendiri jawab la nanti ye. solat ini mencegah kita daripada melakukan sesuatu yang mungkar.*tapi dengan syarat solat yang sempurna la*. ermm, memang susah nak capai khusyuk dalam solat, tapi kita kena cuba jugak. 

LELAKI
aku sebenarnyaa kan, suka bila lelaki solat dan pentingkannya. ye laa, dorg ni kan bakal pemimpin. kena lahh taat kepada PEMIMPIN yang lebih besar dari dorg dulu. kalau ada orang suka kat aku ke atau ngada ngada nak ngorat aku ke, atau nak masuk meminang ke, *cehhh, perasan pulak. hahahaha!*  TAPI SI DIA TU TAK SOLAT, err, mungkin kena difikirkan beribu ribu kali. /:)

PEREMPUAN
haa, perempuan pun, kena lah solat jugak. cuba tengok, betapa Allah sayang gilaa kat kita, Dia ada sediakan cuti setiap bulan *kalau normal laa* . takkanlah, dah ada cuti pun, kita masih tanak solat wehh? aduiyai. aku faham, kadang kadang kita ni malas, TAPI cuba fikir balik, Allah pernah ke malas nak bagi apa yang kita nak? haihh. dulu aku ni pun teruk jugak. tapi sebagai manusia, kita sentiasa harus berfikir berfikir berfikir berfikir dan akhirnya berzikir. aku nasihatkanlahh, tak payah la susah susah nak cari pakwe hensem, yang rambut pacak, yang ada kereta mahal mahal, yang kaya. impikan je suami yang cukup solat dan bertanggungjawab. *tapi kalau dah dapat yang cukup solat, bertanggungjawab serta hensem, kaya, banyak harta, itu mungkin BONUS! hahahahaha. :D*

SENANG JE WEHH. TAK PAYAH PENING PENING.
tertinggal solat *tertinggal tau, bukan sengaja :D.  aku buat kajian, kalau hari cuti, konfem, selalu orang terlajak solat subuh. almaklumlah, cuti. mestilah malam tu enjoy gilaa tgk tv, on9 sampai lebam kann. hahaha. lagi satu solat zuhur dan asar pun orang selalu langgar je bila waktu cuti. tau sebab apa? sebab time tu kan tengah shopping sakan, tengok wayang. kan kan? ha, kalau waktu kerja pulak, orang selalu langgar solat maghrib dan isyak. ye laa, balik balik keje kan penat, zzuupp!, terus terbongkang, tidur. sampaiiii esok pagi. ANDA PERNAH ALAMI SITUASI seperti ini? haaa, tak payah la, aku tau je sebab aku pun PERNAH je melakukan perkara yang sama. so apa yang penting ni, tanamkan dalam dalam kesedaran SOLAT ni dalam kepala otak kita, ingatkan syurga dan neraka. insyaAllah, korang takkan tinggal solat lagi. lagi satu, berdamping la dengan orang orang yang baik agamanya, jangan malu beli buku buku ibadah. belajar jugak rukhsah solat. belajar macamana nak jamak, qasar dan bila yang dibolehkan untuk melakukannya. ingat balik, macamana ustaz ustazah ajar tayamum ke, solat selain berdiri dan lain lain. nak sebut kat sini, memang panjang berjela. ahahhaa. tu je. :)

akhir kata wehh. aku aku tak kesah korang suka ke tak post entry yang ke 100 aku ni, aku pun post pasal solat ni, sebab ada peristiwa yang berlaku dalam minggu ni and tadi baru aku tengok video yang amir post kat facebook. okayy. aku pun manusia biasa, yang tak lepas dari kesilapan wehh dan tak sempurna langsung. saja je nak kongsi . sorry kalau buat salahh. dah. tu je.


kat bawah ni video yang amir syauqie letak kat fb . tgklahh ehh.




p/s:  aku suka ASHRAF MUSLIM wehh. tiba tiba teringat cerita ustaz amirul :)hahaha :D
*sorry tade kena mengena

2 comments:

syueee said...

ainn,, apa kena mengena dengan ashraf muslim?? haha

rafflesia:) said...

saja je syue.. tiba tiba je teringat cerita USTAZ AMIRUL. hahahaha.

sekadar perkongsian :)