like ?

Tuesday, April 5, 2011

penatlah politik macam nii --'

damn! aku seriusly ketakutan.
tolonglah faham :(

Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran.
sesungguhnya, yang batil tetap batil,
sesungguhnya, yang hak tetap hak.

p/s: currently; i'm independent, neutral. and still waiting for the truth.
wallahualam.

gagal lagi. lesen oh lesen

I HATE FAILURE! 
but still, alhamdulillah, aku lulus bahagian 3, jalan raya, aduiyaii.
haihh. BILA laaaa nak ada lesen P nii wehh?

ASYIK LESEN 

JEEE WEHH. waaaaa!

retest retest retest.
sudah bosan.

keep on praying.
aku pasti akan lulus. insyaAllah :)

okayy, hari ni, jumpa kawan baru, nama dia AZIZI. hahah. nice to meet you laa wehh.

and.

tadi jumpa HADI, IQA, NABILA and NAJMI. :)

to HADI and NAJMI; hahaha. kita akan sama sama repeat UJIAN BAHAGIAN 2 nanti.
to IQA and NABILA, don't worry, both of you still have the chance and, i know how you feel tadi. yakin boleh, kita boleh. insyaAllah :)

p/s: SPONSOR pleasssseeee :(
i just need another RM150 . please. hahah

Sunday, April 3, 2011

ohh, masih boleh keluar rupenyee :DD hahaha.

wahahaha. BEST laaaa semalam wehh. 
erm, mungkin setengah org rasa mende yang aku nak cakap ni biasa jee. tapi ntahh, aku nak cakap jugak best ohh keluar dengan


HANNAN NAZALEQ dengan ARINAH HALIM semalammm.

hahaha. ni la FIRST time aku hangout selepas amik result SPM. sumpahh, aku ingatkan, lepas dapat result teruk, bapak aku tak kasi keluar dah ohh. rupenya, masih ada sinar harapan. hahaha. keluar kali ni, aku ajak dorang pegi KARNIVAL JOM MASUK U 


dekat THE MINES SERI KEMBANGAN. tempat tu jauh, so aku mmg plan nak ajak org yang ada transport, tak lain tak bukan, mestilah hannan. hahahahahahaahhh. semalam aku gi blaja driving, lepas tuh, hannan amik aku. uishh, aku igt dia bawak myvi hari tuu. rupanya kali ni dia bawak 
toyota ALTIS pulakk. 


wahhhhhh. bagi org yang biasa biasa dan tak kaya sangat macam aku, sumpah terkesima bila tgk dia bawak ALTIS bapak dia. huyoooooo. hahahahah. okayy, pastu mulalah perjalanan kitorg amik arinah kat ULU YAM --' hahaha. perjalanan yang menakutkan. seriuslyyy. perjalanan kitorang penuh dengan gelak gelak gelak jee. ada satu lawak tuu, sumpah aku tak penah tgk hannan gelak macam nak gila tuuu dohhh. hahaha. okay, bila dah sampai rumah arinah, amik dia. haha, arinah tak pakai seksi sgt dohh. wahhh, malu aku. heee *terms seksi bagi kitorg lain* hahhaaa, baru aku tau, yang mak dia gelar aku makcik. adoiyaii. tua sgt ehh aku ni? hahahha. takpe, redha je laa. okayy, thenn, pegi laa ke THE MINES. perghhh. BAPAKKKK RAMAIII budak budak kat sana. hahaha, sorry la arinah n hannan, aku tau, korang tak minat pun nak gi tempat camni, but, aku kena pergi sebab ni mcm one of usaha aku laa utk masa depan. hahaa. *bunyi mcm skema kannn :DD* erm,, tade pape pun yang menarik kat sini, sebab, dah byk jenis edufair yg aku dah pergi. sekarang berserah kepada Allah tentukan aku dapat course ape. okayyy, time tgh jln kat karnival tu, hannan jumpa NAJMI pulak dahhh, pastu dia cakap, dia pun jumpa sam, ayie, sopek dan lain lain. ohh, ada jugak 0610 yang lain ehh? haha. tapi, kitorg tak jumpa pun dorang tu, kitorg just TERserempak dengan EZZA RINA je dalam perjalanan kitorg nak cari makanan sebab dah lapar sangat dah. 

*ni gambar tgh makan*



makan nasi ayam yg kosnya, 'hanya' RM 60. hahahaa. XD

err, dah makan tuu, apa lagi, blah la dari the mines yang sesak dengan org tuu. hee, the, sekarang tibalah misi mencari gitar utk hannan ni ha. then, dapatlah satu, err, HANNAN, SORRY, AKU MAMPU BELIKAN KAU GITAR MURAH JE TAU. *murah pun, lebih seratus jugak. hahaha*  apa yg lawak, hadiah hannan tu, dia support sikit jugak duit utk beli. hahahaahaha. bodoh gila bunyinyaaa. tapi okaylahh. lega, erm, ingatkan, lepas tu nak pegi cari UKELELE untuk skin pulak, tapiiii, TIME TU DAH PUKUL 6! adoii, mati laa aku, dah overtime dah nii. aku ckp kat mak aku aku akan balik dalam pukul 6 lebihh, hahah. tapi tak sempat laa. okayy, takpelahhh, nanti bila nak beli ukelele untuk kau skin, aku akan ajak kau sekali tauuu. then, tibalah perjalanan pulanggg. ikut ulu yamm, sampai rumah arinah, dalam kul 7.20 camtuu, aku suruh hannan hantar aku balik rawang pulak, ingatkan sempat, sebab, ingatkan kalau sampai awal, hannan nak tumpang solat maghrib kat rumah aku. tapi tak sempat sebab, perjalan ke RAWANG SGT JEM gilaaaa. nak mati dah aku duk dalam kereta tu wehhh.  bayangkan, bak kata hannan, kereta sedang bergerak 1KM/JAM. tak ke gila? sedangkan, perjalanan tinggal 5KM je nak sampai umah aku., then, singgah laa petronas, hannan nak solat, bagus, alhamdulillah *aku cuti, so duduk je la dalam kereta Altis tuu dengan bangga, dan ada hati jugak la aku nak larikan kereta tu time dia tgh solat. hahaha*  ermm, dahh, macam biasa, mak aku dah call, adik aku call. hishhh. geramnyeee. aku bukan saja nak balik lambat. haihhh. okayy. finally, sampai jugak ke BANDAR COUNTRY HOMES, dalam pukul 9.15 malam. baru aku terasa, betapa jauhnya rawang nii. kesian hannan. sorry wehh, susahkan kau. okayy, apa apa punnn, aku sayang gila kat korang wehhhh. AKU RESPEK LA kat orang macam korang ni, ARINAH AND HANNAN. walaupun korang pandai gilaa, straight A pulak tuu, tapi korang still nak kawan dengan aku. hahhaha. *gelabah tak ayat aku* tapi seriusly, ni ikhlas dari hati aku, aku memang sukaaaaa kawan dengan korang. <3


the end . :)

P/S: patutlahh, hannan asyik cakap surau petronas bagus sebab ada kain pelikat, rupanya, dia mmg pakai kain tu time solat sebab, seluar dia koyak koyak ala ala ROCK ROCK sikit. hahahaha. lawak la kau ni wehhhh. :DD ,to AFIQAH SAKINAH, aku harap kau dapat pergi, takpee, lain kali kita pergi beli UKELELE kau. to ARINAH, kau lah penyeri hidup aku. :) okay tu jee. 

oh, lagi satuu, HAPPY BIRTHDAY AYAH. semoga dirahmati Allah. *balik dari hangout tuu, family aku dengan aku terus pegi PIZZA HUT. almaklumlah, aku belanja. hahahha*


Monday, March 28, 2011

study study!


salam alaik semua !
semalam, hari ahad, aku pergi EKSPO SELANGKAH KE UiTM. memang niat aku pergi untuk mendapatkan penerangan serta panduan untuk menyambung pelajaran aku di peringkat universiti. TERNYATA. ekspo ni serius telah memberi sinar harapan serta masa depan pada aku. err, walaupun aku dapat 6A je untuk SPM tu wehh, tapi aku seriusly tanak la terus kuburkan cita cita aku, dan cita cita mak bapak aku macam tu jee. aku kena buktikan yang aku akan capai impian untuk jadi doktor atau dentist weh. bak kata orang laa, BILA DAPAT STRAIGHT A'S tu sebenarnya memudahkan permulaan perjalanan kehidupan. erm, memang betul pun. tapi bagi orang orang yang dah TERkurang bilangan A nye, kena usaha lebih sikit laa. aku mungkin akan pilih salah satu daripada empat course ini iaitu, DIPLOMA SAINS, DIPLOMA FARMASI, DIPLOMA MIKROBIOLOGI atau DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN untuk membolehkan aku mendapat course MEDICAL unuk degree nanti. program ni, *kalau dapat laa* akan berjalan selama 6 semester atau 3 tahun. erm, mungkin korang akan cakap, pilih matrikulasi lebih baik sebab ia akan jimat masa kan? kan? erm, tapiii, aku dah banyak dengar pasal matriks ni, bila study kat matriks memang kena kaw kaw SCORE semua subjek and kalau boleh pointer tu mesti 4.00. aku bukan ape, takut takut je laa, andaikata, kurangnya pencapaian aku kat matriks dan tak boleh teruskan ke degree, tak ke benda tu jadi sia sia? takpe, biar laa, program yang aku sebut tadi kat UiTM ni, lama sikit pun takpe. at least, kalau 3.5 ke atas, aku dah boleh pegi buat medic or tak pun, teruskan je farmasi or dentistry. mmg setengah org kata, amik diploma ni, play save, tapi ntah laa weh, btul jugak sebenarnya. aku tak kejar sangat pun nak pergi oversea sekarang ni. aku sekarang fokus untuk study and have carier. tu je. 

About other course? erm, kalau ikut hati, nak je aku try semua course, especially LAW and ART. perghh. aku ada jugak saja saja suka suka pergi booth seni reka dan artistik, boleh pulak kan, orang kat situ cakap aku CONFIRM CONFIRM akan diterima oleh fakulti tersebut disebabkan backgroud pengalaman, minat serta kebolehan aku dalam seni. uishhh. dalam hati sumpah berbunga bunga time kena puji tuu. BUTTT. . . AIN ! remember, cari field of study yang critical, kerjaya yang menunggu, serta kerjaya yang memberi manfaat kepada semua orang serta harapan ibu ayah yang utama. then, aku pergi pulak la kat booth ASASI UNDANG UNDANG. ermm, lagilaaa, bila orang tu tgk result aku, dia boleh pulak terus tanya, ADIK MINAT SEJARAH ye ? MESTI ADIK MINAT LAW jugak kan?  haihh, tau la SEJARAH aku A+. hahahaha. :D dulu dulu waktu sekolah rendah, memang tak dinafikan, ada jugak la terselit impian untuk jadi peguam. tapiii, bila terfikir balik, MAMPU KAH aku untuk berlaku adil pada masyarakat ? terus aku melupakan niat tersebut. ada orang cakap, LAW ni bersangkut paut jugak dengan dunnyaa wal akhirah. erm, wallahualam laa. 

so, tu je la kut coretan kali ni. jus nak bagitau, yang aku dah ada arah tujuan. insyaAllah, dipermudahkan oleh NYA dengan doa yang tidak putus putus dari kita. nasihat aku pada kawan kawan yang nak jadi doktor ke atau dentist atau pharmacist tapi result SPM tak beberapa bagus, jangan putus asa, bak kata orang putihh, WHEN THERE'S A WILL, THERE'S A WAY.


p/s: aku minat jugak la nak masuk UiTM, sebab aku memang bersemangat lepas dengar ucapan NAIB CANSELOR UiTM yang cakap "UiTM ialah benteng terakhir anak bangsa" lebih kurang empat tahun lepas laa. biasalah, aku kan patriotik, soo, memang dah berkobar kobar niii. lagipun ayah dengan eda galakkan, almaklumlah, dorang kan, graduan lepasan UiTM. :D moga moga Allah mempermudahkan jalanku. aminn :)

Sunday, March 27, 2011

don't despair and never lose hope, cause Allah is always by your side.

-senyuman kesedihan-

SPM OH SPM. 
tatkala ramai rakan rakanku melakar kejayaan, tika itulah aku rasakan dunia ini gelap seketika

.................................................................................................................

erm, assalammualaikum semua. 
result spm yang keluar pada 23/3/2011 lepas sangatlah mengecewakan aku sikit laa. mana taknya, orang lain boleh je dapat straight a tapi aku? adoiii. 6A sahaja laa. ala, tapi sebenarnya, aku dah agak dah. err, aku memang menyesal sebab aku memang malas belajar. cuba bayangkan, dapat 6A sebab aku malas belajar, KALAULAH AKU RAJIN BELAJAR, mesti result aku 2 kali ganda lebih baik dari ni sebenarnya. hahahah. erm, target aku sebenarnya 8A, tapi ntahlahh. aku sangat harap aku boleh score BIO and CHEM la jugak waktu spm tuu. tp mungkin tade rezeki kutt. sekali tengok, antara subjek elektif yang paling baik ialah, FIZIK. huh. fizik aku dapat B+. about ADDMATH pulak. erm, aku sebenarnya awal awal lagi aku dah tawakal supaya aku tak gagal. alhamdulillah, walaupun sekadar dapat C+. bab bab addmath ni aku paliing lemah n kureng minat sikit laaa. tapi, nasibbb baiklah MATH aku A. tak penah A kutt dulu. syukur syukur. ahahha. aku nak KONGSI sikit la PENGAJARAN yang aku dapat kat sini. sebenarnya, bila kita belajar tu, nawaitu kita tu mesti yang baik baik dan jangan setkan dalam otak, BELAJAR SECARA TERPAKSA. seriusly. lagi satu, kita kena cuba tanamkan perasaan SUKAAAA GILAAAA cikgu yang ajar kita tu dan mempunyai hubungan yang baik dengannya. macam aku la, korang tau tak, aku hanya dapat A+ untuk 2 SUBJEK yang diajarkan oleh cikgu yang sama iaitu SEJARAH dan PENDIDIKAN SENI VISUAL. rasanya, satu sekolah tau aku kamceng la dengan cikgu tuu *sorryy, tiada istilah bodek dalam hidup aku, okayy!* itulah sebabnya. satu lagi, bila belajar, KITA JANGAN SAKITKAN HATI CIKGU dan ADA PRASANGKA yang bukan bukan terhadap cikgu tersebut. ha, lagi satuu, HUBUNGAN dengan TUHAN mestilah dijaga selain menjaga HUBUNGAN dengan IBU BAPA dan manusia yang lain. Allah ialah tuhan sekalian alam ini. semua nikmat, Dia yang kurniakan. so, we need to thanks kepada-NYA everydayyy.
*mungkin aku ada banyak dosa. astagfirullahalazim.*
whatever it is, benda dah berlaku, tak boleh nak ubah dah. 
to IBU and AYAH. i am really SORRY because i COULD'NT make it real your wish. kaklong tau, ibu dengan ayah mesti kecewa gilaaa. sebab kaklong tau, I need to be an idol kepada adik adik. tapi, don't worry, i will make you all proud one day! TRUST me, this is not the ENDING, but this is only THE BEGINNING of my real life on earth. kejayaan dunia tak menjanjikan kejayaan di akhirat.  aku tau, Allah sayang aku, sebab tu dia bagi ujian macam ni dekat aku dan rakan rakanku yang lain. Allah jugak tau apa yang baik untuk aku. AKU PERCAYA tuu. 

p/s:  aku malu sanagt dah nak berdepan dengan kawan kawan yang lagi hebat dari aku. aku segan jugak bila kawan kawan sekolah rendah aku tau aku hanya dapat 6A sedangkan expectation diorang, aku akan dapat straight a. akhir kata CONGRATS kepada siapa siapa yang straight A's dan kepada yang tidak seperti aku, tidak mengapa wahai kawan kawan. kita boleh cuba lagi di kehidupan universiti nanti. 
InsyaAllah, kita pasti boleh berjaya.

FULL REPORT OF MY SPM RESULT
BM : A
BI : A
PAI : A
MATH : A
SEJ : A+
PSV : A+
PHY : B+
CHEM : B
BIO : B
ADMATH : C+

tq. 

Sunday, March 6, 2011

sabtu yang kabut gelibut :DD - kerja + kenduri

semalam aku buat kerja overtime hari sabtu wehh. hahahaha. menyampah betul bila kerja yang terlampau banyak and tak siap, dipostpone pada hari berikutnya. hahaha. almaklumlah, kerja fotostat ni bukan senang tau. macam - macam hal nye. hari sabtu tu memang kabut. aku gi kerja pun pakai seluar track je. tak penah penah. hahahah. time tengah kerja bersama raees, acip, dan syahir kan, tiba tiba je, ada msg masuk. sendernye ialah WARI.  eh? peliknye ohh. dalam msg tu tertulis "weh, ko kat ne ni?" memang pelik, apesal laa si wari ni tanya macam ni. dan disebabkan busy gila, aku abaikan msg tu. tengah banyak2 buat kerja yang sangat berterabur tu, raees pulak tengah main gitar. sebab kerja dia dah siap awal. haihhh. raess sangat hebat wehhh, betulla ajym cakap hari tu yang raees sangat hebat. hahaha. tapi sayang, tak sempat la nak timba ilmu dengan dia. ahhaha. 

ok. pastu kan, dalam kul 3 camtu, keje tak siap lagii. adoii. bile daaa mau siap. pastu fon aku banyak kali bunyii. mak aku call. suh cepat. sebab nak gi kenduri kahwin cucu mak de, anak kak yong, iaitu farhan. haihh. aku dah la tak siap keje lagi. jadi terpaksa la aku tergesa gesa tinggalkan kerja yang tak siap tu pada ACIP, RAEES and SYAHIR. aku bersalah gile ohh. sorry korang :(( dalam kereta, aku rasa macam loser sebab buat kerja separuh jalan. aku ni mmg jenis yang tak suka buat kerja separuh jalan. aku nangis lak tu dalam kereta, lagi syahdu bila waktu tu lagu cinta kristal pulak, aduiyai. pastu acip call, tanya mana kunci kedai. ya Allah. waktu tu aku merasakan yang dunia ni gelap, chewwahhh. lagi tambah sedih la aku ohh. haa, penawar sedih, AKU PUN TIDO kejap. bangun bangun je, dah sampai bukit jelutong. haihh, aku dah la tak tukar baju lagi. pastu aku tukar je and pakai baju kurung dalam kereta. selamba je. hahah. sorry laa ehh, kepada yang ternampak aksi tak beberapa sopan tu, sila abaikan. hahahahah.  pastu kan, sampai sampai je. jeng jeng jeng. aku ikut tema kenduri tu warna purple. hahaahaha. datang datang je, salam la semua sedara mara aku. pastu aku nampak cik yayah. aishh. cik yayah pun turun kl dari johor, mesti bawak wari sekali. haaa, aku masuk je dewan tu, aku pusing tepi, tengok tengok ada wari laa, hahahah. dia peace kat aku. ahahah. OHH, patutlahh, dia kasi msg tadi, sebab dia mmg nak tanya aku kat mana sebab aku tak sampai sampai lagi kenduri tuu. hahahah. macam biasa la, nampak wari je mesti aku excited. almaklumlahh, dia kan my favourite cousin. HEHEHEHEH :DD so, cam biasa,  kitorang wajib tangkap gambar. ahaks. aku tau, bunyi macam gedik tapi nak buat macamana, aku mmg suka kat dia dari kecik lagii. hahaha. tapi tak lebih dari seorang sedara laaaa. ok, tu je. so, here's the photo of the day. :)

ni kak yong, sepupu aku tapi umur dia lagi tua sikit dari mak aku. 
err, korang mesti pening kan? hahahahah

okay, yang kawin ni si FARHAN, anak kak yong merangkap anak sedara aku --'

ha, ni mat bunga mana entahh --'

sepupu - pupu - pupu

wari, abg shahrez, aku, abg ayi terselit, and aina.

ada lagi gambar, malas la nak upload, internet lembap gilee. --'

-------------------------------------------------------------------------------------

haaa, kat sini nak selit sikit satu gambar aku dengan WARI version 2. kalau nak tengok version 1, tengok post lama aku. hahahahhaa.

this is my favourite cousin version 2 :)


p/s: aku suka pergi kenduri kahwin :) sebab, aku suka pakai baju kurung. err, ada kaitan tak? --'


ok. tamat

mimpi yang mengarutt :DD

haihh. selalu hajat aku nak tulis blog terbantut. ha, mana taknye, hari hari aku penat ohh. kalau waktu dulu2 penat sebab memerah kepala otak kita belajar. tapi sekarang ni, bila dah kerja ni kan, penatnya memang dirasakan oleh keseluruhan fizikal laa. ahahaha. alhamdulillah, setelah sebulan bekerja, dah dapat gaji. hehehehe. tapikan wehh, lepas ni konfem konfem la, otak ini akan diperah semula bila dan kat u. adoi. lepas abes blaja kat u, mesti kena guna otak dgn fizikal sekali bila dah ada kerjaya. pastu, perah otak and kerah tenaga lagi waktu dah kahwin untuk jaga keluarga. hahaahha; aduiyai, aku dah terpesong jauh  dari niat sebenar untuk post kali ni. hahaha. 

sebenarnya kali ni aku just nak cerita, ada satu hari tu, aku ada bermimpi, macam ni ceritanya;
pada suatu hari, ada seminar (tak ingat la seminar ape) kat putrajaya. aku nak gila pergi, tapi takde teman. pastu, contact la si HASANI gila tuu untuk temankan aku, then, dia pun setuju ikut aku. dalam kul 9 camtu, aku amik dia kat umah. time tu aku bawak MERCEDES KOMPRESSOR. pehh, gila la. okay, pastu aku gi je la seminar tu dua orang je dengan hasani sebab waktu tu, semua orang busy. tengah bawak kereta dengan kadar 200km/jam, kitorang pun sampai la kat putrajaya tu. Tiba tiba kan, Hasani jatuh sakit. dia yang dah sememangnya kurus, jadi semakin kurus secara mendadak sampai jadi kurus kering tinggal tulang. tiba tiba mercedes aku rosak tak boleh start ohh. cuak gila aku waktu tu, aku ANGKAT DUKUNG si hasani ni, pastu lari - lari tengah putrajaya tu cari klinik. pastu jumpa satu klinik tu namanya KLINIK 7ELEVEN. pehh, depan klinik tu sebijik macam 7eleven. okay, pastu aku pun redah je masuk walaupun klinik tu agak mencurigakan sebab ada orang tengah beli beli barang --'. then, jumpalah sorang doktor ni . memang nampak smart. pastu doktor tu tanya la, kenapa dengan kawan aku si hasani ni kan. pastu aku cakap la, badan dia tiba tiba jadi kurus kering dan dia terjerit jerit perkataan 'FREEZE!' je dari tadi. hahaha. pastu doktor tu pun cakap la, penyakit hasani ni terjadi sebab dia terkena suhu aircond kereta aku yang terlampau sejuk. 
(haaa? --') doktor tu pun bangun cari ubat yang sesuai. LEPAS TU, tiba tiba je, doktor tu datang kat aku sambil cakap kat aku macam ni "you amik KEROPOK RODA WARNA PUTIH ni, and give your friend makan. dia mungkin akan pulih semula". ahahahaha. doktor ni sumpah macam orang gila. ada ke patut dia kasi makan keropok roda warna putih yang banyak gile MONOSODIUM GLUTAMATE tu kat hasani yang tengah nyawa nyawa ikan tu? pastu aku bengang, aku SEPAK je doktor tu and bawak hasani balik. daaannnnn, tiba tiba ALARM PHONE aku bunyi + azan subuh pun berkumandang. 
so, tamat la mimpi aku yang tak berkesudahan tu.

HAHAHAHA, MENGARUT TAK MIMPI AKU? AKU RASA, AKU TERBAWA - TERBAWA PERISTIWA PADA SIANG HARI DALAM MIMPI AKU LA. 
ANTARANYA; 

1) *bawak kereta 200km/j* - petang tu aku tengah belajar drive and cikgu memandu aku kata, aku ni pemandu yang laju. 

2) *watak utama mimpi aku ialah HASANI* - time aku on9 facebook hari tu, aku tgh tengok gambar gambar hasani yang kat zoo tu 

3) *ada watak doktor* - aku memang nak jadi doktor 

4) *keropok roda warna putih* sehari sebelum tu, aku memang ada amik keropok roda warna putih tu kat koperasi ZY tanpa bayar lagi. (tapi sekarang dah bayar la --') 

5) *mercedes kompressor* - sebab aku nak jadi kaya

ahahahahah. tu je la, lain kali, bila nak tidur tu, basuh kaki and, baca doa. haihhh. ain,, ain,, ape la kau ni. :DD.

p/s: hasani watak utama. hahaha 

ok. habis.

sekadar perkongsian :)