like ?

Friday, November 30, 2012

Ingin menguji keserasian? Check it out here :D

Salam Alaik! 
Did you all ever care about CHEMISTRY? err, I mean, keserasian anda dan pasangan or maybe your best friend same gender or opposite gender? haha. btw, sekarang aku nak show something yg might be interesting for you to know. CHECK IT OUT. mungkin anda akan gembira dan mungkin juga tidak. just jgn percaya 100%. ini hanya kajian pakar sahaja. yang menentukan hanya Allah :) have fun. bye.



KESERASIAN DAN PERWATAKKAN.


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,
19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb,
20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb,
21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb,
22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb,
23Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb,
24Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb,
25Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb,
26Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,
27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil,
rajin, terus-terang, cemburu dalam asas
pertandingan, baik hati, peramah dan
autoriti. Anda ingin mendahului dalam
apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah
berada di bawah pimpinan orang lain.
Anda akan bercinta dalam usia yang
muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda.
Malah anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah dengan
anda. Anda seorang yang kuat belanja.
Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang
kecil hati dengan pencapaian anda. Anda
mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh
semua orang kerana anda berperanankan
Bulan dan semua orang suka akan bulan.
Em…bagus! Anda suka bermimpi siang.
Anda kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda
adalah seorang yang sukar diramal
kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan. Anda
juga seorang yang mementingkan diri
sendiri tetapi and mempunyai bakat
dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang
boleh mengetahui perubahan anda. Anda
boleh menjadi Mahatma Gandhi yang
kedua kerana cinta akan keamanan. Anda
juga seorang yang bertanggungjawab
dalam keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.

no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras,
pentingkan diri sendiri, kuat agama dan
suka untuk mempertingkatkan kehidupan
sendiri. Anda mempunyai masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi
dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi
ke mana saja anda pergi anda akan dapat
apa yang anda inginkan. Daripada hari
lahir anda, anda perlu berkerja keras
untuk berjaya. Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda
akan membawa harapan, kegembiraan
dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan
ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan
rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-
kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang
lain. Anda berbakat dalam penyelidikan
dan seni. Anda akan membantu ahli
keluarga atau kawan-kawan yang
menghadapi masalah tanpa berfikir
panjang. Anda kena berhati-hati dengan
orang sekeliling anda kerana mereka
mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan
masa dan wang ringgit anda dan selepas
itu menjauhi daripada anda apabila anda
dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang
sabar dan tegas. Pasangan ideal anda
adalah no.1, 8.


no.5
Anda sangat popular dalam komuniti.
Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan. Anda
mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-
buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
Kawan-kawan dan ahli keluarga anda
juga akan minta bantuan anda apabila
mereka memerlukan bantuan. Anda
bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda
mempunyai ciri-ciri seorang pengembara
dan ahli silap mata. Anda mempelajari
hidup melalui pengalaman. Pasangan
ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup
ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara
dan hanya ingin berseronok dalam hidup
anda saja. Anda sangat pandai dalam
pelajaran dan pengurusan perniagaan.
Anda seorang genius, baik hati (tapi
hanya orang yang beranggapan anda
orang baik), mempunyai paras rupa yang
cantik atau kacak. Semua benda yang
baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga
dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang
murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada
sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan
seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
Anda mempunyai masalah sikap iaitu
panas baran. Namun demikian, anda
banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di
tempat yang amat tinggi sekali sehingga
kadang-kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk
memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan
seorang yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.


no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat
kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah
menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam
hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup,
tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor
ini telah membawa anda ke puncak
kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli
pasukan, keluarga dan pejuang yang
sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 4.


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah
dari segi fizikal dan juga mental. Anda
mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat
dihormati dalam komuniti. Anda adalah
orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu
bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin
meningkat anda adalah seorang anak
yang taat dan hormati mereka. Anda
sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan
yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan
ideal anda adalah no. 3, 5, 6



P/S: wahh. sasaran pasangan ideal saya mengena. anda bagaimana? :p

Thursday, October 4, 2012

apa khabar hati ?

salam alaik.


"Don't WORRY, be HAPPY,
when READY, MARRY me"
;)

(muka bajet baik -.-)


kbye !

p/s: maaf. tiada motif kot. ahaha :D SELAMAT EXAM ! :)

Saturday, September 22, 2012

PEREMPUAN makhluk yang sukar untuk difahami ?


Salam Alaik !

hi hi hi. mshty kowunk winduu angatt kat iteww enn? ngehehe.

hmm. ikut hati mmg banyak yg nak dicoretkan, tapi ape kan daya, tahap kemalasan sangat memuncak hingga ke tahap level yang paling atas !  -.-


hah! malas nak intro pepanjang. korang bukan baca pongg. :D okay. kali ini tajuk title bunyi mcam emosi tapi sebenarnya tak. 
haha. okay let's start. 

Susah ke nak faham PEREMPUAN ? (nama lain : WANITA, AN-NISA, GIRLS, WOMEN, SISWI, OGHE TINO, SASTERAWATI. EHH? hahah.
Jawapan pada persoalan ini ialah YA, MEMANG SANGAT SUSAH NAK FAHAM PEREMPUAN. TAPI KALAU STUDY, FAHAM dan SENANG LA KOT (erkk, bunyi mcm ayat lecturer utk subjek Chemistry pulak -.-)

HAHA. ye bukan apa. aku sebagai seorang perempuan yang halus hatinya (ehemm :p) merasakan memang susah nak faham perempuan ni. Andaikata aku ni lelaki, serius, aku mesti macam nak pecah otak
untuk faham perempuan ni. sebab apa tau? perempuan sebuah spesies makhluk yang jiwanya pemalu, hati sentiasa berbolak balik dan susah nak menyampaikan sesuatu perkara tu secara direct.

yeahhhh! kalau korang tanya, macam mana aku tahu? ehh, AKU PEREMPUAN, aku TAHU LA derrr. hahaha. 

korang kena sedia maklum ehh, perempuan ni kan, memang spesies yang cakap berbelit belit tauu. tapi percaya la cakap gua, benda yang dia nak sampaikan tu sebenarnya simple je, tapi entah kenapa susah sangat nak cakap. lagi lagi kalau cakap dengan orang yang dia suka. (ngeheheh :p)
kalau ada mana mana guys yang memang dalam proses mengenali girls yang korang minat, solutionnya ialah TOLONGLAH FOKUS dan SABAR bila girls ni cakap sebab, 
FAKTANYA ialah  PEREMPUAN MEMANG KADANGKALA SUSAH NAK BUAT AYAT STRAIGHT TO THE POINT. (ini bukan kes ayat tipu kaki kencing tau. ni ayat betul yang memang ingin disampaikan)

Lagi satu, perempuan ni memang suatu jenis makhluk yang suka cakap ayat INVERSI. bila dia cakap TAK, hakikatnya YA. bila dia cakap TAK NAK, maksudnya dia NAK SANGAT.
bila dia cakap OKAY, maksudnya dia TAK OKAY dan nak SOMEONE YANG BOLEH COMFORTKAN HATI DIA. bila dia cakap TAK APA, TAK PAYAH, hakikatnya ialah dia MAHUKAN SESUATU ITU TANPA DITANYA.
bila dia cakap PERGI MATI, maksudnya dia nak ORANG TU SENTIASA DISAMPING DIA. :p dan bila dia cakap BENCI, hakikatnya SAYANG. puii. :D 
(tapi kekadang perempuan mmg maksudkan apa yang dia cakap :D)

kann? nampak tak susah ? ahahha. aku tahu sebab aku pun selalu buat ! HAHAHA. LAWAK KAN? untuk kes ni, solutionnya sangat susah, hanya ada satu je cara iaitu dengan
menggunakan gerak dan kata hati. jangan risau, gerak khas hati manusia ni sebenarnya sengat hebat. daya ni akan muncul apabila diperlukan. tak perlu dipaksa.

Selain itu , (haha, ada penanda wacana pulak :p) perempuan ni memang ada satu habit iaitu merajuk tak tentu pasal. ahahah. WEHH. COME ON lahh ! sebenarnya perempuan bukannya suka sangat merajuk, tapi entah, kekadang TERmerajuk tak tentu pasal. tapi walaupun nampak tak tentu pasal, percayalah cakap aku MESTI ADA REASON PUNYA (*err, paham tak?) maksudnya, bila perempuan merajuk, lagi lagi dengan someone yang opposite gender, CONFIRM! dia sangat ada perasaan kat orang tu. :p memang bunyi macam GEDIK GILA BAPAK PUNYA, tapi itulah perempuan. Perempuan pun memang akan cepat terasa kalau orang yang dia sayang/suka/cinta tu marah marah kat dia WALAUPUN BENDA TU NAMPAK MACAM REMEH TEMEH contohnya kena marah sebab tak ikat tali kasut masa joging -.-

YA! aku admit. perempuan memang nampak annoying. TAPI ingatlah, perempuan memang jiwa dia lembut. Perempuan tu kalau rupa hodoh macam muka pecah rumah, perngai macam lelaki, hati macam besi, tapi JIWA dia masih perempuan bila ada sesuatu yang mengusik hati dia (maksudnya, bila dia ada minat someone or vice versa laaa) 

(atas ni contoh gmbr perempuan hodoh yang suka beremosi :p)

Emosi perempuan memang suka berubah ubah. kalau ada guys yang mampu mengstabilkan perasaan dan emosi dia, TAHNIAH, anda sangat hebat !
ada sesetengah perempuan, suka tunjuk emosi melalui luaran dan ada juga yang sebaliknya. Guys kena tahu, kalau perempuan ni TERtunjuk emosi dia, maksudnya, mungkin dia nak cari perhatian untuk dikasihani dan dipujuk oleh orang yang dia sayang tuuuuu. (YE, BUNYI MACAM MENYAMPAH TAPI ITU HAKIKAT. hewhewhew). 


Susah gila nak faham perempuan kerana kadang kadang perempuan tu pun sendiri tak faham diri dia sendiri. HAHAHHA. PELIK PELIK PELIK ! :D

*Elehh, tapi ada je LELAKI YANG SUSAH UNTUK DIFAHAMI jugak.* so CONCLUSIONNYA, cara yang spesifik untuk memahami perempuan MEMANG TAKDE. apa yang aku
mampu untuk cakap ialah, MEMANG LELAKI kena STUDY macamana nak faham perempuan melalui kata katanya, body languangenya, dan habitnya. Kejadian manusia ini sangat indah (SubhanAllah)
LELAKI dan PEREMPUAN memang berbeza. sebab tu Allah ciptakan manusia berpasang pasangan supaya kita dapat melengkapi antara satu sama lain.


p/s : TAPI LELAKI kena tengok jugak, KALAU KALAU PEREMPUAN tu OVER GEDIK, rasanya tak perlulah layan. AHAHHAAHAH ! :DD LELAKI PATUT BELAJAR FAHAM PEREMPUAN sebab
ianya jugak boleh diaplikasikan bukan sahaja untuk GF/CRUSH sahaja tapi untuk memahami IBU, ADIK, KAKAK mereka juga. :)


PEREMPUAN PUN KENA BELAJAR FAHAM PEREMPUAN SEBAB, PEREMPUAN MEMANG AKAN BERKONGSI RASA DAN PERASAAN DENGAN BESTIES PEREMPUAN JUGAK. :)

Sunday, July 29, 2012

this is about my family, not your family :D

Salam alaik. :)
SALAM RAMADHAN (rasa macam dah lambat wish, tapi aku harap ia masih diterima)

sihat ? korang rasa diri korang cantik tak hari ni? rasa hensem tak?
ahahaha. kalau jawapannya YA, tahniah, anda mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. YEAHHH ! :p


kali ni aku nak menulis mengenai KELUARGA.
do you love your familyyyy? huuu.
tepuk dada tanya hati apa jawapannya. okay?

keluarga ni ada banyak cabang. pertama keluarga asas, dan seterusnya keluarga kembangan.
 (sila check buku kajian tempatan darjah 4 untuk tahu lebih lanjut. -.-)

for me, jangka masa untuk bersama family adalah sangat pendek. lagi lagi jika korang jadi aku. ye lahh, mana taknye, sejak aku lahir, aku duk kejap dengan ayah ibu, lepas tu, aku dibesarkan oleh nenda kat kampung sampai aku tadika. kat kampung, aku still duduk dengan ibunda tapi ibunda kerja jadi nurse kat hospital, so macam busy sikit sebab kerja shift shift kan, so masa tu terhad la. and ayahanda pula cikgu
 kat KEYYY ELLL. mmg la kan, kitorang duduk kampung, dia macam best je duk KL ;p hmm, lepas habis tadika barulah kitorang duduk bersama balik dan hijrah kembali ke KL. huu. 
(my origin is KAMPUNG okayy, tak lupa daratan, jgn risau. tgk IC nombor tengah tu 08

tup tup dah darjah 6. mungkin aku pandai kot time tu, tu yg dapat tawaran masuk Sekolah Berasrama Penuh. muahahahaha. and, DETIK perpisahan inilah menjadi detik pertama aku 
akan kehilangan masa bersama family terchenta. 

ce tgk analogi masa ni ;
13 y/o - 17 y/o : 5 tahun full time di asrama penuh. hanya cuti semester, cuti raya dan minggu outing je baru jumpa family
18 y/o - 21 y/o : masuk U pulak, U pulak bukannya belakang rumah. kena hidup sendiri lagi.
22 y/o - 24 y/o : rasa nak sambung belajar lagi or kalau malas,  kerja cari duit dulu.
around 24 y/o : TARGET KAHWIN. haihh. ni lagi sedih. start dah ada family baru. terlepas sudah tanggungjawab ayah. dah takde nak hidup senang lenang macam budak budak lagi dah. teruss, hidup sendiri.
27 y/o - bila2  : hidup dah stabil, dah mula la, terus hidup bersama kelauarga yang dibina bersama suami dan anak anak (lagi sedih kalau pindah rumah di area yang agak jauh dari keluarga . ex : RUSSIA :p hehehe)

BILA LAGI AKU NAK SPEND TIME dengan family wehhh kalau bukan masa masa lompong yang aku cari sendiri ni ? :(

hmm. so kesimpulannya, aku nak bagitahu, jangan halang aku untuk having time with my family sebab masa yang aku ada sebelum ni berbanding kau, kau dan kau yang tak pernah berpisah dengan family sangatlah terhad. and aku seru siapa yang still ada ruang masa bersama family anda, sila manfaatkannya. :)


ma famille. 
Ayah, Ibu, Ain, Aina, Ameen, Afeeq.


ada quotes menyatakan : 'WE ARE TOO BUSY GROWING UP but WE FORGET THAT OUR PARENTS ARE ALSO GETTING OLD AND THEY WILL 'GO' SOON' :(

doakanlah ibu bapa kita dan ahli keluarga kita selalu kerana tanpa mereka, siapa kita sekarang. seteruk mana, sejahat mana mereka, mereka tetap darah daging kita. 


p/s: aku tahu aku banyak dosa dgn parents aku. hmm, raya barulah terhegeh hegeh nak mintak maap. harap mereka ampunkan aku sebab 
REDHA ALLAH kepada kita bergantung KEPADA REDHA IBU BAPA kita kepada kita :)

ok . habis.

Tuesday, July 10, 2012

read this.


ALLAH la sebaik baik tempat mengadu dan kepadanya kita WAJIB bersyukur atas segala nikmat.
jangan takutkan makhluk . 

memang sedih kalau tak dapat penghargaan daripada makhluk atas usaha kita TAPI, 
LAGI SEDIH kut kalau tak dapat penghargaan dari Tuhan kita. 





Sunday, July 1, 2012

Jodoh BUKAN di tangan kita.


salam alaik. 

seperti yang telah dijanjikan 3 bulan lepas .
aku kini kembali! huu. okay, ce baca title kat atas ni ? 
A lil bit cliche right? huu. yes, aku tahu, yang semua memang sedia maklum 
yang ajal, maut, JODOH, pertemuan semua di tangan Tuhan kan? tapi, persoalan aku terhadap korang ialah, 
BERAPA RAMAI YANG BETUL BETUL SEDAR AKAN REALITI BAHAWA JODOH SEMEMANGNYA BUKAN DI TANGAN KITA? haaa.

so disini, just nak share je lah. 

bila kita sebut hal CINTA, pernah aku baca dekat TERFAKTAB oleh seorang panel penulisnya, CINTA is all about BERANI. berani untuk apa? salah satunya, BERANI untuk mengharungi suka duka. BERANI menerima kelemahan, dan yang paling besar BERANI UNTUK KEHILANGAN.
untuk skop cinta yang belum mempunyai hubungan yang halal, 
konsep BERANI UNTUK KEHILANGAN memang sesangat lahh sesuai. yelahh, 
nama je bercinta sakan, ke hulu ke hilir dilayan je perasaan tu. 
tapi, pasangan korang tu belum tentu JODOH korang. kan? 

okay, SILA ANGKAT TANGAN KALAU KORANG BETUL BETUL SURE 
yang KORANG PUNYA *ehemm tu SURE MILIK KORANG.?

okay fine, maybe ada je yang cakap 

"wehh, aku dah bercinta dgn si polan 7 tahun kot, takkan la aku tanak kahwin dengan dia kot" 
or 
"family kitorang dah kenal kot, so konfem kitorang akan kawen !" 

err, annoying lah weh kasi jawapan macam ni. bunyi macam bagus je.
i'm sick of hearing this . -______-

ye, betul. CINTA itu salah satu cabang bahagia. tapi,  JODOH bukanlah berpaksikan kepada cinta sangat pun. kadang kadang ada situasi di mana CINTA SAYANG CINTA (whatsoever) tu
datang dulu sebelum JODOH. and ada juga situasi JODOH datang dulu  sebelum CINTA SAYANG KASIH (seperti contoh, perkahwinan yang dirancang keluarga )

pernah tak terfikir semua ni? 
okay, MESTI korang rasa macam aku NI BAJET JE cakap pasal jodoh, cinta bagai ni kan?
well, aku pun manusia biasa wehh. kau ingat aku tade hati jantung limpa semua ke?
 of course ada. pernah je lalui semua ni (err, yeke? :p) 

ohh, terlupa, ada juga suatu situasi, di mana, kita punyalah DENY gila gila yang kita tak ada apa apa hubungan dengan si polan. or kita benci gila dekat si polan tapi last last KAHWIN pulak dahh -.- 
*cliche story. 

well inilah yang dikatakan , JODOH BUKAN DI TANGAN KITA. kita ni manusia yang sentiasa merancang, tetapi segala ketentuan, terletak di tangan Dia.
 actually, bagi aku jodoh ni sesuatu yang REALISTIK dan bukan fantasi semata. 


.
now, kita kosongkan fikiran. aku cuba sentuh satu sub-topic baru which is, 
KITA BOLEH RANCANG JODOH KITA, tapi TERTAKLUK JUGA ATAS KETENTUAN-NYA setuju? ye. sangat boleh. sebab apa boleh? kalau kita asyik buat bodoh tanpa berusaha, memang berkarat lah wehh (especially for lelaki, perempuan takpe kot kalau tunggu je :p)

okay, aku nak tanya. pernah tengok situasi, 

KAWAN DENGAN ORANG LAIN, 
BERCINTA DENGAN ORANG LAIN,
KAHWIN DENGAN ORANG LAIN ?

hahaha. bagi aku itu STANDARD untuk zaman sekarang. 
walaupun aku seboleh bolehnya, TAK NAK situasi macam ni terjadi dekat aku. 
kalau boleh, aku nak persahabatan yang aku hulurkan kepada 'orang tertentu' tuu, akan berakhir dengan sesuatu yang pasti. 
(cinta ke tak cinta, itu belakang kira) . 
sesuatu yang pasti itu ialah pernikahan yang diredhai (over sangat ke?)


kau TAKUT orang yang kau 'cinta macam nak gila' sekarang ni 
bukan jodoh korang? 
ahaha. don't worry. just go wih the flow. sedih tu mmg sedih. yelahh, bak kata orang kita dah serahkan jiwa raga kepadanya tiba - tiba putus tengah jalan. of course korang pernah terfikir yang korang rasa nak LUPUSKAN kenangan dengan dia kan? 
well, sikap benci membenci ni harus dielakkan dalam hidup. just be natural. 
terima dengan redha. Allah knows best.

pernah ada seorang makcik yang aku 
jumpa dalam bas nak pulang ke kampus 
bersama seorang kawan baik lelaki ni pesan.

"takpelah kamu kawan special special sikit. ADA JODOH, KAHWIN, TAK ADA JODOH, KAWAN -.- " 

(I don't give a damn pun dgn kata kata makcik tu, sebab aku tak kesah pun. 
kalau ada jodoh. okay la, tade jodoh pun it's okay. itu semua kerja Allah )


see? org tua tua dulu dulu pun menggunakan 
konsep JODOH tu dengan penuh aman . 
err, maksud aku, dorang tak terlalu stress dalam mencari pasangan dan bab bab cintan ni perlu dilalui dengan keadaan yang cool. mungkin sebab tu lah, org dulu dulu ni redha je mak bapak dorang tentukan pasangan hidup dorang.. kann? 

okaylahh, aku harap korang dapatlah apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ni. JANGAN over dalam bercinta.  JANGAN sedih sangatlahh jika kehilangan orang yang kita sayang lagi lagi yang kita tak sure dia akan jadi milik kita yang sah ke tidak.. 

JANGAN terburu buru mencari pasangan. JANGAN terlalu yakin akan sesebuah perhubungan yang belum pasti. okay?  and yang paling penting berkenaan JODOH ni, just remember, 
kalau ada jodoh, takkan kemana dan takkan lari gunung dikejar.:) 


p/s : PESANAN kepada budak budak bawah umur === 
DIKK, KECIK KECIK, JANGAN GATAL NAK BERCINTA ! ni umur baru 8 tahun, dah bersayang sayang bagai. hahaha. 
ohh, dikesmpatan ini, aku nak ucap selamat berbahagia lahh kepada kawan kawan aku yang dari sekolah bercinta and kekal sampai sekarang. harapnya korang akan sampai ke jinjang pelamin. memang buang masa laa kalau bercinta lama lama, dah macam macam aktiviti korang buat (ex; gaduh, ), 
tup tup, the relationship was over. -.- sakit dohhh. so, doa je lah banyak banyak 

SEBAB JODOH TU RAHSIA ALLAH. :)

Sunday, June 10, 2012

Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti UiTM - Malaysia Book of Records

Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti UiTM -  Malaysia  Book of Records
----------------------------------------------
24 Hours Non Stop Marching Event 


Setelah berpenat lelah untuk Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) , kami pun bersiap sedia 
utuk next event which is Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti yang bertempat di UiTM Perlis, kampus Arau.

uishh, bila aku bagitahu family aku pasal ni, semua macam cakap 
"weh kaklong, tak mati ke kawad lama lama macam tu ha?"
hahaha. ofkos, kalau bagitahu siapa siapa pun, mesti dorang fikir,
 tak makan ke? tak tido ke? tak segala bagai laa.

actually, mmg la 24 jam tapi, ianya bergilir gilir. kan banyak kontinjen. bukan setakat Komander Kesatria, ada jugak PALAPES, Kor-SUKSIS, Kor-SISPA

memang best sangat. kenangan yang sangat manis untuk dikenang.
yelahh. aku suka bila keadaan tu rushing, then kami sama sama bertungkus lumus untuk pastikan segalanya berjalan lancar. :)

1) lepak lepak makan dekat kedai tomyam sampai pukul 2 3 pagi . hee. mmg best. makan sampai kenyang.

2) alang alang dah sampai PERLIS kann, so, kami mmg ada spend masa untuk shopping dekat PADANG BESAR dengan WANG KELIAN.

   (heee. kalau duit kau banyak, boleh la bergumbira. tapi kalau duit kau tak cukup sangat, mmg terkebil kebil la kat tepi kedai :p)
(3 baju warna berlainan tu hasil shopping kami :p)

3) disebabkan kitorg sangat mengejar masa, dan gap masa giliran tu dekat . so kitorg malas la nak balik tidur kat kolej sebab jauh jugak kolej dengan padang kawad . kitorang pun request la tidur dalam bas,
   and pakcik bas pun macam setuju. konon konon, dapat la tidur tepi padang kawad and senang bila tiba giliran, ktorang akan on time sampai terus. 
then, nak dijadikan cerita, semua pun start la tidur. almaklumlah penat + kenyang sebab lepas makan. then, bas pun parking la dekat one side ni yang aku pun tak pasti dekat mana.
tidur tidu tidur tidur dengan lenanya walaupun dalam bas aircond and engine ditutup. esok pagi, 
dalam pukul 4 pagi ktorg pun bangun, 
and bas pun gerak lah ke tempat yang dituju. bila aku selak langsir bas, hahahaha. rupanya bas parking depan KOLEJ. errr. faham tak cerita aku ni?
apa yang aku nak sampaikan ialah, takde beza la tidur dalam bas or dalam kolej sebab, macam sama je. ahahaha. baik tidur kolej, ada katil. haha. kelakar je.

4) aku tak teringat langsung yang AHMAD FAYYADH study kat kampus Arau ni (haa? siapa tuu?) haha. Fayyadh ni senior SEMASHUR aku dulu. okay, apa yg buat aku teringat kat dia bila dia post kat wall FB aku and dia tanya sama ada aku join kawad kaki ni ke tak.
 at that time, baru aku teringat, ohh, ni lah senior aku yg study kat UiTM Arau ni. (yelahh kan, bukannya ramai SEMASHURIAN yang study local macam ktorg) so that's why aku excited. haha. tak silap aku, si Fayyadh ni NYDP MPP UiTM Arau. tapi, tak tahu pulak
dia ni komander jugak! pehhh! dahsyat kau bangg. dulu kat sekolah, hot biasa biasa jdan gitu gitu ee. tapi agak dikenali laa. homeroom AL BATTANI  la katakan. hehehe. 

5) haa, time ni jugak lahh, FIRST TIME AKU NAMPAK ASYRAF ZAINI memberi command serta berkawad (SEMASHURIAN 0610, sila percaya). yela, dalam kelas dulu, suara gila bapak kuat kalau gelak ke apa, no wonder la sesuai bg command. hahaha. seriuslyy. dah lama aku nak tengok dia kawad. tak silap aku, time asyraf masuk SEMASHUR dulu, dia tade masuk kawad pun tapi aku tahu, dia ada ilmu kawad ni. yes. nampak gaya tentera kau disitu. haha. (tapi, apsal aku tengok kau kawad tangan tak paras? :o) 

6) ohh, tidak lupa kepada Al - Rifaie kerana sudi menerima pelawaan untuk mencukupkan kuota yang kekurangan kekuatan anggota itu walaupun betul betul berada di saat akhir. terima kasih :)

7) rasa family EQUINE tu betul2 meresap dalam diri. kan lagi best kalau semua komander UiTM Negeri Sembilan join. :')


overall, mmg best sangat. goodjob to Zullfika Mohiddi kerana beliau dengan penuh dedikasinya
 menjadi ketua platun untuk Negeri Sembilan. :)

DAN ESOKNYA, BELI PAPER, sebab kitorang masuk paper tau uolsss :D

(klik gambo utk kome baca iye.)


p/s: just wanna say, my personal issue and hal hal peribadi tolonglah jangan korang campur adukkan dengan perkara luar dan official menjadi satu adunan. 
sesungguhnya kehidupan lampau aku tiada kena mengena dengan hidup anda dan saya pada masa kini. minta maaf jika ada kekhilafan dan ke-tidak-senang-hati-an disitu. 
fyi, aku mmg sensitif. but, i try to be tough. okay? :p 
gedik je bunyinya. nyampah. hee. 

habis!

Komander Kesatria Endurance Challenge 2012

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE 2012

AMARAN : post ni sudah terlewat 2 bulan. harap maklum :D




Pada 5 - 8 Mei yang lalu, Komander Kesatria Kontinjen Negeri Sembilan telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge 2012 
buat kedua kalinya yang bertempat di Pulau Pinang. 
-----------------------------------------------------------------------------------------

ehhh, jap! tak best la cerita macam skema sangat nii. okay, aku tukar corak penceritaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

seawal 25 April, aku telah pulang ke kampus bersama Komander Jass dan Komander Alifie Farhan. kami lahh antara orang terawal yang pulang. haha.
for your information, aku tak menyertai pun apa apa acara dalam KKEC ni, aku adalah
  TEAM MANAGER! yeahh. bunyi macam senang kan?
tapi, sebenarnya, banyak pengalaman dan ilmu telah aku lalui dan timba sepanjang bergelar PENGURUS PASUKAN ni.
it's a little bit tough tau tak? haha. aku balik awal sebab, 1 day before training bermula, aku kena settlekan macam macam. 
Tugas aku walaupun tidak memerlukan kekentalan FIZIKAL dan FITNESS, tapi, KEKENTALAN MENTAL dan DAYA PENGURUSAN tu perlu ada. haha. aku tak pernah expect untuk
menjawat jawatan ni pun. ni pun gara gara aku terkeluar dari pemilihan peserta EOQ. takpe, next time aku cuba lagi ! ahaha. 

------------------------------------------------------------------------------------------------

okay, nak dipendekkan cerita, kami mula training dan fitness bermula 26 April. dan berakhir pada 3 Mei. banyak pengalaman suka duka kami lalui bersama (chewahhh :p
macam macam peristiwa yang menguji kredibiliti kami sebagai Komander Kesatria. hee. bagi aku, aku dapat rasakan pengalaman KKEC ni berlainan sangat dengan pengalaman aku menyertai Jambori Tahunan pada tahun lepas.
ye lahh kan, sewaktu jambori, mmg boleh dikatakan tenaga kerja semua komander disalurkan demi kelancaran program sebab kami pun tuan rumah. 
KKEC ni betul - betul mencabar diri aku yang SEORANG DIRI ni
untuk mengurus kebajikan mereka (30 orang) dengan penuh amanah. fuhhh.

setelah berTRAINING setiap hari dengan penuh konsisten (hehe, bunyi nak gempak je :p), kemudian kami bertolak ke Pulau Pinang dengan penuhhh HARAPAN. apa yang tertulis dalam minda dan terhembus dalam doaku hanya satu
iaitu, "kami datang dengan harapan, dan kami pasti pulang dengan kejayaan"

Akhirnya, berkat usaha dan doa daripada para komander dan seluruh warga UiTM Negeri sembilan, kami telah menjuarai acara Paintball dan dinobatkan sebagai Platun Disiplin TERBAIK KKEC 2012.
syukur alhamdulillah. tahap kesyukuran aku tidak dapat dibayangkan . ye lahh, walaupun mungkin bagi mereka, aku ni hanya sekadar menumpang nama, 
tapi air mata gembira aku menitik dengan penuh keikhlasan kerana 
biarpun aku hanya sekadar peniup wisel dikala training dijalankan, atau aku hanya pembuat air teh yang tak sedap dikala sarapan pagi, doa untuk kejayaan mereka tidak pernah lekang di bibirku. :) (maaf, ayat jiwang.)
  

Tahniah diucapkan kepada para KOMANDER KESATRIA UITM NEGERI SEMBILAN atas kejayaan yang dikecapi ini. kalah menang, adat bertanding.
 insyaAllah, apabila kita redha, semuanya akan nampak bahagia :D

JUTAAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ;

KAPTEN (KEST) NORMAHANIM BT MOHD NOR atas komitmen beliau dan pengorbanan yang tiada galang gantinya, tidak kira dari segi masa, wang mahupun ilmu yang dicurahkan. 
ENCIK ABU HASAN and ENCIK JIMI HARON atas penyeliaan atas kami.
KRK ASYRAF HAZAHAN atas jasa beliau sebagai Ketua Kontinjen Komander Negeri Sembilan dan pemilihan jersi yang sangat best serta warna yang bagi aku sangat memberi aura baru kepada team kita.
KRK ZULLFIKA MOHIDDI kerana membuka peluang untuk aku belajar menjadi pengurus pasukan yang berjaya :p hee. walaupun mungkin aku perlu memperbaikinya di masa akan datang.
KRK ZULFAHMI AMRI atas kerjasama beliau dalam mengawal pergerakan dan penyampai maklumat kepada komander siswa yang lain (almaklumlah, mereka golongan majoriti, sukar untuk dikawal. haha)
KRK JASS NUUR SARAH ARINA kerana menemani aku disaat aku perlukan beliau.
SEMUA KETUA ACARA (EOQ, JALAN LASAK, 6 PUNCAK MENARA, PAINTBALL,)
SEMUA PESERTA KKEC 2012 atas komitmen anda dalam pasukan kita.



BEHIND THE SCENE;

1) Kini aku memahami erti penat lelah serta perasaan seorang ibu yang perlu menguruskan anak anak. hahaha. ye la, mana taknya, seawal 6 pagi akan mula masak air dan sediakan breakfast para peserta. 
aku lakukannya semampu yang boleh demi menjaga mereka. (bunyi macam ibu tunggal je -.-)

2) Kerap kali, KRK Nurikhmar Surian bertanya khabar dan memberi nasihat kepada aku dalam menjadi pengurus yang baik. aku sangat terharu dan sangat berterima kasih kerana beliau sangat mengambil berat terhadap keluarga komander ini.

3) Aku sangat risau mengenai pemakanan para peserta sebenarnya. sebolehnya, aku nak mereka berpuas hati.

4) Sebenarnya, ada suatu hari, kami (aku, asyraf hazahan, dan zullfika mohiddi) telah melakukan sesuatu yg agak kurang sesuai. kami dengan tidak sengaja TERmelencong ke Seremban 2, dalam perjalanan pulang dari repair basikal peserta eoq. *minta maaf, kami hanya release tension :D

5) Kontinjen Negeri Sembilan merupakan kontinjen yang paling awal tiba di kampus UiTM Pulau Pinang.

6) Kamilah satu satunya kontinjen yang langsung tidak membawa baju korporat.

7) Tidak ramai yang tahu kisah sebenar KOMANDER PENANG, MOHD KHOHA , aku dengan Cik Hanim dan mengapa populariti Khoha kian memuncak. hehe.

8) KRM Zulfikar Samsudin tetap ceria walaupun beliau mengalami kecederaan yang agak serius setelah menang acara paintball.

9) Aku sangat menyayangi mereka semua. walaupun mungkin sekilas pandang, di riak muka aku tiada tergambar perasaan itu, tetapi perasaan di hati, hanya Allah yang tahu :)


itu sahaja. kepada SENIORS, harap diampunkan segala kekhilafan andai terkasar bahasa, tertinggi suara, maafkan saya. kepada Cik Hanim juga ucapan maaf ini saya tujukan dengan penuh rendah diri :)

habis :)

p/s: Penang sangat best :D 

Friday, June 1, 2012

SEMESTER 2 / 2012

salam alaik.

result semester 2 aku?

okay. pointer rahsia. ia sangat teruk sebab
AKU REPEAT 1 PAPER.
paper yang aku dah agak aku akan repeat which is CALCULUS I



bapakk ahhh! bencinyaa aku kat subjek ni :(

addmath,calculus,addmath,calculus,addmath,calculus.
damn! aku mmg rasa aku salah course! 

okay! boleh tak aku nak drop subjek ni?

-.-
aku kena kumpul balik semangat.
aku kena berperang dengan subjek ni! seriusly! 

tarik nafas. lepas. yeah!

doakan aku berjaya next sem ye?

aku nak jadi pelajar cemerlang. dari semua segi.
hopefully.

i love you all. thankyou.




p/s: jeles tengok HANIS ZALIKHA yang fofuler tu dapat ANUGERAH NAIB CANSELOR. pehhh! dahsyat. 
(alaa, itu sebab dia amik course yang dia minat. kalau aku pun boleh .) hmm. ni lah dilema bak kata orang. 
its okay ain. teruskan apa yg dah kau mulakan ni, then degree nanti, ikutlah apa yang kau minat. kau pasti berjaya!

Wednesday, May 30, 2012

leaving on the jet plane. (tiada kena mengena)

salam alaik! 
hey hey hey. laamaaaaaaaaaaaaa sangat aku tak update blog aku nii. dah boleh dapat title blog usang ni haa. -.-


well, there's a lot of things yang aku buat sepanjang cuti sem ni. mmg takde masa nak bernafas panjang pun (okay, tipu)
hahahaha. hmm, kalau ada peluang online pun, aku sekadar bukak FB, update status, tgk apa2 info yg perlu aku tengok, tgk dpat kolej mana dengan check result exam aku.
tu je laaa. haihhh. huntungaaa siapa ada ipad, ifon, tablet, blackberry, and apa apa laa yang canggih manggih dan membolehkan kau 
mencapai dunia internet tanpa sempadan nii. BILA AKU NAK ADA SEMUA BENDA NIIII? haha. sampai hari ni, fon cap ayam aku laa yg masih bersama aku. 

okay, sebenarnya post ni sekadar post yang bak kata orang "warm up" untuk aku update post seterusnya. 
disini senarai post title yang aku akan update selepas post ini aku publish. (paham tak? ahahha, buat buat paham sudah)

1) RESULT SEMESTER 2
2) KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE 2012.
3) KAWAD KAKI 24 JAM TANPA HENTI
4) KURSUS KESEDARAN PENDIDIKAN BENCANA BRIGED SUKARELAWAN UITM 2012.
5) JODOH BUKAN DI TANGAN KITA.

haaa. ni lah antara tajuk tajuk yang sangat terbelengkalai setelah my beloved lappy rosak. YUP! MY BELOVED LAPPY ROSAK. 


(attention to ERWAN JONOH, jangan RISAU, aku dah savekan semua peninggalan kau tu dengan selamatnya. kalau nak, tolong balik Malaysia. haha)  

hmm, banyak sangat perkara terjadi sepanjang cuti sem ni. tak larat nak cerita. alahhh, lagipun korang bukannya kisah pun hidup aku, kan? haha.
apa yang penting, banyak pelajaran yang aku timba sepanjang bergelar retiss student Uitm ni. ahahha.



till then, tunggu jap, nanti kau baca la sampai lebam direct post aku tuu tau. kbye. habis!


p/s: terima kasih kepada pembaca setia. lebiuuuu. <3

Monday, April 9, 2012

al kisahnya TITANIC dan scene scene yang tak patut adik kau tengok.

hai. salam alaik.


TITANIC 3D? wooo ! suka la korang ye? dapat tgk LAGI REAL benda benda yang TAK PATUT ditengok. muahahhaha. hadoiii.
(aku tanak tengok pun, sbb dah tengok dulu dulu.)

okay. apa yang best aku pun tak tahu. nak kata BELUM tengok, DAH TENGOK lamaaaa dah sebenarnya. aku bukan nak merepek cerita pasal sinopsis or jalan cerita titanic ni atau KEHENSEMAN leonardo dicaprio atau KECANTIKAN kate winslet tuu. aku saja j ni. aku  tengah bosan dan mati kutu dek masalah yang bertimbun menimpa otak aku sebenarnya, so post kali ni aku nak share PENGALAMAN dan CERITA FIRST TIME aku tengok cerita titanic tuuu :D


ingat lagi waktu FIRST TIME tengok cerita TITANIC, time tu around tahun 1997 - 1998 kalau tak silap. time tu still tengok kat kampung guna VIDEO TAPE yang besar, tebal tuu. 

waktu tu tengok ramai ramai sepupu kecik kecik dengan ayah, pakcik, makcik sekali kot. tiba tiba, ad satu scene ni, ayah cakap "OKAY ! SEMUA ORANG TUTUP MATAAAAAA!" (banyak kali okehh, bukan sekali je kena tutup mata -.- ) pastu semua pun tutup mata. aku yang mmg curious gila waktu tu, tutup je la mata dengan redha. hahaha. disebabkan aku ni jenis yang TAK PUAS HATI. cuba merungkai apakah yang sedang berlaku, so, esoknya pegilah tengok cerita TITANIC  tu senyap senyap lagi sekali time sepupu sepupu semua tgh main main tepi parit, petik petik bunga, main masak masak. aku pun mulakan la proses siasatan aku, aku tunggu punya tunggu la, apalahh yang rahsia sangat sampai dorang tak kasi budak budak tengok. LAST LAST. rupanya! ada babak ROSE tengah ____________________ (isi sendiri) sambil JACK lukis gambar dia. pehhh, time tu terasa diri ni buat salah yg paling besar. haishhh. apelah aku ni, kecik kecik dah jadi gini. teruk teruk. AHAHAHAHA. lepas tu, opah aku jerit panggil "KAKLONG ! pergi mandi ! jap lagi maghrib, mana kaklong ni?!"  uishhh, terus. aku stop cerita tu, simpan balik video and letak tempat asal seperti sedia kala. fuhhh. selamat. and sekarang baru aku dedahkan perbuatan sengal aku tuu. HAHAHAHA. 
*insaf insaf*

SIAPA NAK TENGOK CERITA TU NANTI KAT WAYANG, 
KAWAL KAWAL LAHH YE MATA dan HATI dan IMAGINASI TU. DAH LA 3D. 
(senang cerita tak payah la tengok movie titanic ni. tengok la movie kartun ke. okay jugak.hehehehehe)


p/s: di zaman itu, aku rasa tiada masalah pun (mungkin la) sebab kanak kanak zaman tu tak berapa nak terikut ikut sangat (err, tapi tak tahu la org lain). tapi yang buat aku risau ni, budak budak zaman sekarang. pehh, aku penah lalu dekat tepi kedai, and ramai budak sekolah rendah. gila laaa. kecik kecik dah pandai cakap kotor. terancam rasanya. -.- betullah jugak. cerita cerita ni sebenarnya mmg kena tapis daripada budak budak tengok tengok benda censored. bukan setakat tambah dosa, otak, hati pun rosak ni. huuuuuuu. so, JOMLAH KURANG KURANGKANLAH tengok benda tak berfaedah ni. 
(aku pun tersentap dengan ayat sendiri --') tu je. kbai.

habis.

Monday, April 2, 2012

help, someone is missing somebody!

(shirt sponsored by : abzlovart boutique
shawl by : abzlovart boutique
spectacle by : abzlovart vision house)

this is NOOR SHAHIRAH NOOR'ADI.
or SCHA ADI.

i miss her.
1) rindu dekat gigi jarang dia.
2) rindu gaduh pasal politik ngn dia.
3) rindu lawak LOSER jadah dia.
4) rindu nak dengar dia cakap cakap merepak dengan crush aku BOYFRIEND dia .
5) rindu nak dengar suara boyfriend dia and tumpang UPDATED perkembangan boyfriend dia.
6) rindu cara dia gelabah.
7) rindu bila dia ANNOYING GILA and SAKITKAN HATI aku.
8) rindu nak menTAZKIRAH dia pasal macam macam.
9) rindu nak makan stok makanan dia.
10) rindu nak pinjam SELUAR dalam LUAR dia. hahaha.
11) rindu nak pakai shawl, baju kurung dia.
12) rindu nak KUTUK dia depan depan.
13) rindu nak pakai BLUSHER dengan LIQUID EYE LINER dia.
14) rindu nak usha macam macam harta dalam fon dia.
15) rindu nak sepak dia. hahah
16) rindu nak nyanyi dengan dia even SUARA AKU LEBIH SEDAP dari dia :p.
17) rindu nak tengok gaya dia sebab DIA LAGI CANTIK, PUTIH dari aku.
18) rindu nak tidur katil dia
19)rindu nak teman dia merepek sidai kain pukul 3 pagi
20) rindu la apapun.

*kau orang penah tak solat jemaah dekat dalam rumah kat kolej? haa, aku penah tauu. solat jemaah dekat RT dengan dia. bunyi macam kelakar. tapi itulah hakikat. 

aku taktahu apa dah jadi. but, to you scha. if you miss me too, please contact my PA ASAP :p 
hhahahah..
FYI, I never neglect you. 
I tak pernah ada rasa sakit hati dengan you.
I tak pernah ada sekelumit rasa nak rampas BF you (even jauh di lubuk hati i tetap suka dia. hewhewhew)
I respect you because of your happy life with happy person.
I love you because you adorable.(aku BUKAN lesbo :p)
I always pray for you.
I selalu harap your relationship dengan dia akan ke jinjang pelamin.

TAKDIR yang pertemukan kita di Bumi Pilah ni. Allah nak tunjuk kat aku siapa kau. dan untuk mengenali kau. Allah nak tunjuk yang aku hanya boleh suka dia,(A bukan nama sebenar :p) secara jauh je. and takdir pertemukan kita untuk having same interest sebenarnya. which means, kadangkala kalau dah dua dua ego. pehh. habis segalanya. -.- thats why, we should be friend.

we need to muhasabah. be matured, tolerate. everything gonna be fine. I always pray for you. 
semua ni terjadi sebab at that time aku mmg betul betul terasa hati dengan sikap kau waktu tu 
(you may know why).
even benda tu kecik but for me, it shows, "jealousy kills the cat". so, from that point, I keep on thinking, suddenly, I mengalah, and give it to you. and niat I betul betul ikhlas time giving chance to you 
and ikhlas nak bagi pinjam kasut (baru ) tuu. .
 ikhlas sampai dah terniat mmg nak bagi terus cause it's too big for me. 

and, aku betul betul mendoakan kemenangan kau (and team) seikhlas ikhlasnye. 

tu je. kalau aku benci kau, dah lama aku IGNORE kau. 
masalah sekarang ,aku TAK BENCI kau. okay?

aku tak kisah if kau benci aku 
sebab mmg dalam hati aku mmg aku dah maafkan segalanya.
biasalah . manusia kan. kita tak sempurna.
and I hope, even kita dah tak selalu bersama tapi, aku harap kau 
amiklah apa apa ajaran aku yang jernih (nampak tak gaya NAQIBAH tu ? (heheheh) 
dan buang segala ajaran aku yang keruh selama ini. (kalau ada la) :)

bila kurang jumpa aku, kuranglah bebelan tazkirah aku kan?. hahah. 
so, I hope. sama sama kita ubah diri from mazmumah to mahmudah.

akhirulkalam. I MISS YOU and OUR MEMORIES.
lets creating it again :D


p/s: I really appreciate when you said "aku tak kisah kau still admire A lagi ke tak sebab aku percaya A seorang yang setia" wahaha. JYEAHHH. thanks for understanding. 
Aida pun tak pernah cakap mcm ni tau :p HAHAHAHAHA. 

bye.

DISCLAIMER : SESIAPA YANG TAKTAHU PASAL NI, PLEASE, DONT MAKE ANY NONSENCE ASSUMPTION. okay? nak tahu penjelasan , tanya kalau tak faham. 
malu bertanya sesat jalan. :D

sekadar perkongsian :)